Anda di halaman 1dari 4

KESALAHAN BAHASA DALAM KARANGAN

Soalan

Amalan menepati janji amatlah penting dan perlulah disemai pada diri setiap individu.

Bincangkan.

Karangan Lengkap

Pendedahan yang meluas pada berbagai inovasi bukannya bermakna kita perlu
terpinggir amalan mulia. Selain daripada berbudi bahasa, kita juga digalakkan menepati janji.
Janji ialah jaminan yang perlu dilaksanakan. Janji kerap dilakukan bila ada melibatkan
perkara yang penting . Jika janji diabaikan pasti akan menimbulkan pelbagai kesan buruk.
Dalam hal ini, kita seharusnya meneliti sebaik mungkin kepentingan janji dan kesan-kesan
jika janji itu diabaikan.

Sesungguhnya kita maklum sedia bahawa, individu yang menepati janji akan
disenangi semua orang. Hal ini dikatakan demikian kerana, setiap orang mempercayai kata-
katanya. Bukan sahaja itu , setiap tindakan yang berupa merancang akan menarik perhatian
siapa pun untuk ikut serta. Dalam erti kata yang lain, setiap tindakannya dipandang elok.
Benarlah bicara orang-orang tua bahawa , orang sedemikian bukannya bertindak seperti
tanam tebu di bibir mulut. Jelaslah bahawa, semua orang akan menyenangi individu yang
menepati janji.

Pada hemat saya, jika janji ditepati , kita juga akan mudah mendapat pertolongan
apabila diperlukan. Hal ini dikatakan demikian kerana, kita yang pernah menunaikan janji
kepada individu yang lain telah diingati sepanjang hayat. Kerap juga kita mendengar bahawa,
buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. Apabila kita melakukan kebaikan, pasti ada
ganjarannya. Bagi yang menepati janji, pastinya ada mata yang memerhati tindakannya dan
menunggu peluang untuk membalas semua kebaikan-kebaikannya.

Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa, pelbagai kesan buruk akan berlaku jika
janji dimungkiri. Pastinya kita pernah mendengar tentang segerombolan orang memukul
individu sehingga cedera tanpa diketahui puncanya. Setelah diselidiki, rupanya individu
tersebut telah memungkiri janji yang dibuat. Pasti sikap sedemikian akan menimbulkan rasa
kurang senang lalu membangkitkan kemarahan melampau yang memuncak. Kita tidak akan
menafikan pesanan orang lama bahawa, terlajak kata buruk padahnya,terlajak perahu boleh
diundur. Realitinya, jika janji dimungkiri akan menyebabkan kecederaan pada individu yang
berjanji.

Suatu realiti yang bukan omongan kosong adalah orang yang suka memungkiri janji
akan menjadi sindiran masyarakat. Dalam hal ini, ke mana sahaja dia melangkah, pasti akan
dicemuh. Dalam erti kata lain, masyarakat akan melemparkan pandangan negatif dengan cara
menghinanya atau memboikot hidupannya. Berkemungkinan besar juga, dia tidak dibenarkan
untuk memegang sebarang kerja atau melibatkan diri di dalam aktiviti berkumpulan. Setiap
cadangannya tidak akan dihiraukan di atas alasan kepercayaan yang rapuh.Sesungguhnya,
janji yang dimungkiri menyebabkan kita menjadi sindiran masyarakat.

Sememangnya tak dapat disangkal lagi bahawa, individu yang suka memungkiri janji
pasti akan mengalami tekanan perasaan. Hal ini ekoran respon masyarakat yang pelbagai
terhadapnya. Pasti individu itu akan berasa tertekan dan akhirnya akan mengalami
kemurungan . Berkemungkinan juga individu tersebut terpaksa berhijrah ke tempat lain untuk
mula hidup baru. Kebarangkalian untuk menghilangkan tekanan akan berkurang tetapi jika
ada yang mengenalinya, perpindahan ityang berlaku ibarat melepaskan batuk di tangga.

Sebagai penutup wacana, ingin ditegaskan semula terhadap kepentingan menepati


janji. Janji akan menyebabkan kita disenangi masyarakat dan mudah mendapat kawan. Selain
daripada itu, kita juga mudah mendapat pertolongan bila ditimpa kesukaran. Sebaliknya, kita
akan mudah dicederakan jika janji dimungkiri. Yang pasti, kita akan menjadi sasaran sindiran
masyarakat sehingga menyebabkan diri merasa tertekan. Oleh yang demikian hal, elakkan
suka berjanji tanpa ada niat untuk menepatinya.

Mengesan Kesalahan Bahasa

Pendedahan yang meluas pada (1) berbagai inovasi bukannya bermakna kita perlu
(2) terpinggir amalan mulia.(3) Selain daripada berbudi bahasa, kita juga digalakkan
menepati janji. Janji ialah jaminan yang perlu dilaksanakan. Janji kerap dilakukan(4) bila ada
melibatkan perkara yang penting . Jika janji diabaikan (5) pasti akan menimbulkan
pelbagai kesan buruk. Dalam hal ini, kita seharusnya meneliti sebaik mungkin kepentingan
janji dan kesan-kesan jika janji diabaikan.

Sesungguhnya kita maklum sedia bahawa, individu yang menepati janji akan
disenangi semua orang. Hal ini dikatakan demikian kerana, setiap orang mempercayai kata-
katanya. Bukan sahaja itu , setiap tindakan yang berupa merancang akan menarik perhatian
siapa pun untuk ikut serta. Dalam erti kata yang lain, setiap tindakannya dipandang elok.
Benarlah bicara orang-orang tua bahawa , orang sedemikian bukannya bertindak seperti
tanam tebu di bibir mulut. Jelaslah bahawa, semua orang akan menyenangi individu yang
menepati janji.

Pada hemat saya, jika janji ditepati , kita juga akan mudah mendapat pertolongan
apabila diperlukan. Hal ini dikatakan demikian kerana, kita yang pernah menunaikan janji
kepada individu yang lain telah diingati sepanjang hayat. Kerap juga kita mendengar bahawa,
buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. Apabila kita melakukan kebaikan, pasti ada
ganjarannya. Bagi yang menepati janji, pastinya ada mata yang memerhati tindakannya dan
menunggu peluang untuk membalas semua kebaikan-kebaikannya.

Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa, pelbagai kesan buruk akan berlaku jika
janji dimungkiri. Pastinya kita pernah mendengar tentang segerombolan orang memukul
individu sehingga cedera tanpa diketahui puncanya. Setelah diselidiki, rupanya individu
tersebut telah memungkiri janji yang dibuat. Pasti sikap sedemikian akan menimbulkan rasa
kurang senang lalu membangkitkan kemarahan melampau yang memuncak. Kita tidak akan
menafikan pesanan orang lama bahawa, terlajak kata buruk padahnya,terlajak perahu boleh
diundur. Realitinya, jika janji dimungkiri akan menyebabkan kecederaan pada individu yang
berjanji.

Suatu realiti yang bukan omongan kosong adalah orang yang suka memungkiri janji
akan menjadi sindiran masyarakat. Dalam hal ini, ke mana sahaja dia melangkah, pasti akan
dicemuh. Dalam erti kata lain, masyarakat akan melemparkan pandangan negatif dengan cara
menghinanya atau memboikot hidupannya. Berkemungkinan besar juga, dia tidak dibenarkan
untuk memegang sebarang kerja atau melibatkan diri di dalam aktiviti berkumpulan. Setiap
cadangannya tidak akan dihiraukan di atas alasan kepercayaan yang rapuh.Sesungguhnya,
janji yang dimungkiri menyebabkan kita menjadi sindiran masyarakat.

Sememangnya tak dapat disangkal lagi bahawa, individu yang suka memungkiri janji
pasti akan mengalami tekanan perasaan. Hal ini ekoran respon masyarakat yang pelbagai
terhadapnya. Pasti individu itu akan berasa tertekan dan akhirnya akan mengalami
kemurungan . Berkemungkinan juga individu tersebut terpaksa berhijrah ke tempat lain untuk
mula hidup baru. Kebarangkalian untuk menghilangkan tekanan akan berkurang tetapi jika
ada yang mengenalinya, perpindahan ityang berlaku ibarat melepaskan batuk di tangga.
Sebagai penutup wacana, ingin ditegaskan semula terhadap kepentingan menepati
janji. Janji akan menyebabkan kita disenangi masyarakat dan mudah mendapat kawan. Selain
daripada itu, kita juga mudah mendapat pertolongan bila ditimpa kesukaran. Sebaliknya, kita
akan mudah dicederakan jika janji dimungkiri. Yang pasti, kita akan menjadi sasaran sindiran
masyarakat sehingga menyebabkan diri merasa tertekan. Oleh yang demikian hal, elakkan
suka berjanji tanpa ada niat untuk menepatinya.

Analisis Kesalahan Bahasa

Kesaalahan Bahasa Alasan Pembetulan

1 …berbagai

2 ..terpinggir..

3 Selain daripada

4 …bila…

5 …diabaikan pasti….

Anda mungkin juga menyukai