Anda di halaman 1dari 1

Refleksi

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan hidayah
daripadaNya Program Bina Insan Guru (BIG) siri ke-6 berjaya dilaksanakan dengan jayanya.
Program BIG siri ke-6 ini bertemakan program interaksi profesional bersama pensyarah
cemerlang yang diadakan pada hari Rabu, 20 April 2016 bertempat di Institut Pendidikan
Guru Kampus Raja Melewar (IPGKRM)

Program BIG siri-6 ini memberi banyak impak pada diri saya. Soalan-soalan yang
diutarakan memberi fokus kepada kaedah pengajaran subjek Sejarah dan cara terbaik
mengajar subjek tersebut menggunakan teknik pengajaran abad ke-21. Semua jawapan
hasil temu bual bersama pensyarah cemerlang iaitu Dr. Mohd Asyraf bin Ibrahim jelas
memberi nafas baru dalam proses merancang pengajaran subjek sejarah. Apa yang
diutamakan ialah penguasaan mata pelajaran yang diajar dan penelitian rancangan
pengajaran harian. Guru perlu mengetahui apa yang ingin diajar dan apa keperluan murid.
Guru perlu belajar daripada murid kerana dengan cara ini guru dapat menambah baik
kelemahan yang terdapat dalam teknik dan juga kaedah mengajar yang telah dijalankan.
Selain itu, beliau menggalakkan guru-guru melaksanakan program Professional Learning
Communities (PLC). Perbincangan antara guru-guru terhadap proses pengajaran dan
pembelajaran akan membantu guru meningkatkan kualiti mengajar. Usaha ini juga
membantu guru mencapai objektif pengajaran yang disasarkan. Beliau juga memberitahu
bagaimana tugas seorang guru cemerlang dan berpendapat sistem pendidikan yang tidak
berpaksikan peperiksaan ini amat baik dan sesuai dilaksanakan. Sistem ini membantu murid
lebih menguasai mata pelajaran tanpa tekanan peperiksaan. Pada mata saya, Dr. Asyraf
merupakan seorang pensyarah yang menepati kriteria pensyarah cemerlang.

Program ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang rintangan tetapi terdapat
beberapa aspek yang boleh diperbaiki sekiranya perancangan dibuat lebih awal dan
tersusun. Reaksi pensyarah jemputan juga amat positif dan berpuas hati dengan
pengedalian majlis bersama beliau. Beliau berbangga dapat mencurahkan ilmu kepada
mahasiswa-mahasiswa unit Bahasa Melayu semester 6 yang cuba menambah baik kaedah
pengajaran dan pembelajaran diri. Insya Allah, segala input yang diperoleh akan
diaplikasikan pada masa akan datang demi meningkatkan kualiti pendidikan disamping
membentuk pelajar cemerlang.

Disediakan oleh;
Abd Rahim bin Mohamed Said

Anda mungkin juga menyukai