Anda di halaman 1dari 3

SOALAN LAZIM

BERKAITAN GERAN KHAS PRIHATIN 2.0 (PEMBUKAAN SEMULA)

1. Apakah GKP 2.0?

GKP 2.0 adalah bantuan kewangan secara one-off berjumlah RM3,000


kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan
bagi meringankan beban kewangan perniagaan di samping meningkatkan
produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan.

2. Siapakah yang layak memohon GKP 2.0?

Mereka yang memohon GKP 2.0 perlu memenuhi syarat kelayakan seperti
berikut:

a. Bukan penerima GKP 1.0 sebelum ini; dan


b. Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia; dan
c. Pemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS)
mikro seperti berikut:
i. Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada
RM300,000; dan
ii. Jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 4 orang, tidak
termasuk pemilik; dan
d. Berdaftar dengan agensi-agensi berikut;
i. Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) sebelum
atau pada 31 Ogos 2020 ; atau
ii. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat
Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Ogos 2020; dan
e. Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat.

3. Berapakah nilai bantuan GKP 2.0?

Jumlah nilai bantuan GKP 2.0 adalah RM3,000 secara one-off.

4. Bagaimanakah memohon GKP 2.0?

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui Portal GKP


(https://gkp.hasil.gov.my) yang disediakan oleh LHDNM.
Permohonan secara manual tidak akan diterima.
5. Bilakah tarikh permohonan GKP 2.0 bermula?

Permohonan GKP 2.0 dibuka mulai 1-31 Oktober 2020 (1 bulan).

6. Bilakah keputusan permohonan boleh diketahui?

Pemohon boleh menyemak keputusan permohonan mulai 27 November


2020 di portal rasmi (https://gkp.hasil.gov.my).

7. Saya berdaftar dengan agensi kerajaan (contohnya SSM dan Pihak


Berkuasa Tempatan) tetapi tidak berdaftar dengan LHDNM, adakah
saya layak memohon GKP?

Layak. Pemohon hendaklah mengisi butiran pendaftaran perniagaan di


borang permohonan dalam talian semasa memohon.

8. Bilakah tarikh pembayaran GKP 2.0 akan dibuat?

Pembayaran dijangka akan dibuat bermula 30 November 2020.

9. Bagaimanakah kaedah bayaran GKP 2.0 dilaksanakan?

Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank persendirian pemohon yang


didaftarkan pada permohonan GKP 2.0. Akaun bank mestilah aktif.

Bil Perkara Kaedah bayaran


Ada akaun bank:
i.  Berjaya Kredit Kredit ke akaun bank

10. Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya saya gagal


mengemukakan akaun bank simpanan/semasa untuk pembayaran
GKP 2.0?

Pemohon perlu mempunyai akaun bank simpanan/semasa kerana


pembayaran GKP hanya dikreditkan kepada penerima yang mempunyai
akaun bank yang aktif sahaja.

11. Adakah semakan kelayakan GKP 2.0 akan dibuat dengan mana-mana
Agensi Kerajaan?

Ya. Kerajaan akan membuat semak silang dengan beberapa Agensi


Kerajaan bagi memastikan kesahihan maklumat yang dikemukakan
pemohon.
12. Saya telah menerima bayaran GKP sebelum ini dan ingin menolak
bantuan GKP. Bagaimanakah cara untuk memulangkan bayaran GKP
yang telah diterima?

Tindakan yang perlu diambil adalah seperti berikut:

i. Sila kemukakan surat kepada Kementerian Kewangan Malaysia


dengan menyatakan nama penuh, nombor Mykad dan sebab
pemulangan;
ii. Lampirkan draf bank / cek atas nama Akauntan Negara Malaysia
(mengikut jumlah pemulangan); dan
iii. Surat dan draf bank / cek perlu dikemukakan kepada pihak
Kementerian Kewangan Malaysia di alamat berikut:

Pejabat Belanjawan Negara


Kementerian Kewangan Malaysia
Presint 2, 62592 Putrajaya.

Kemaskini: Pada 26 Februari 2021

Anda mungkin juga menyukai