Anda di halaman 1dari 20

TASKA FLAMINGO

BUKU PANDUAN
KAKITANGAN

DISEMBER 2019

Disediakan Oleh:
Taska Flamingo
Bahagian Sumber Manusia Ibu Pejabat Kuala Lumpur
No 89-3 Jalan Wangsa Delima 5, Pusat Bandar Wangsa Maju(KLSC) 53300 Wangsa Maju, W.P Kuala Lumpur

Your Attitude Is Like A Price Tag, It Shows How Valuable You Are.
PRAKATA
TASKA FLAMINGO telah di tubuhkan pada tahun 2016 yang di bawah naungan
PN DG SARMILA BINTI SIDEK. Taska Flamingo merupakan jenama yang dicipta
sendiri oleh beliau dan segala modul dan pengisian program adalah olahan dan
buah fikiran beliau sendiri.

Buku panduan kakitangan ini merupakan pindaan yang ke-3 yang telah
dipersetujui oleh pihak pengurusan yang mengendalikan hal elwal berkaitan
kesemua kakitangan.

Buku panduan kakitangan ini juga tertakluk dibawah undang-undang Akta


Pekerjaan 1955 dan terdapat beberapa pindaan dalaman secara berperingkat
berdasarkan kepada keperluan semasa di Taska Flamingo.

Disediakan oleh :
TASKA FLAMINGO
Rujukan Bahagian Sumber Manusia
ISI KANDUNGAN
1.0 JANGKAMASA BEKERJA....................................................................................1
1.2 Waktu Rehat dan Makan Tengahari.................................................................1
1.3 Waktu Solat Fardhu..........................................................................................1
2.1 CUTI.................................................................................................................2
2.2 Cuti Am.............................................................................................................2
2.3 Cuti Tahunan....................................................................................................2
2.4 Cuti Sakit..........................................................................................................3
2.5 “Time Off”........................................................................................................3
2.6 Cuti Kahwin......................................................................................................3
2.7 Cuti Bersalin.....................................................................................................4
2.8 Cuti Ehsan.........................................................................................................5
3.0 GAJI..................................................................................................................5
4.0 KEMUDAHAN PERUBATAN...............................................................................6
5.1 LAIN-LAIN KEMUDAHAN..................................................................................7
5.2 Kerja Lebih Masa..............................................................................................7
5.3 Elaun Kerja Luar (Per Diem)..............................................................................7
5.4 Elaun Perjalanan...............................................................................................8
5.5 Elaun Perpindahan...........................................................................................8
5.6 Elaun Makanan.................................................................................................9
6.0 ETIKA BERPAKAIAN..........................................................................................9
7.0 PERTUKARAN/PINJAMAN KAKITANGAN........................................................10
8.0 REKOD MASA.................................................................................................10
9.1 DISIPLIN..........................................................................................................10
9.2 Disiplin Diri.....................................................................................................10
9.3 Langkah-langkah Peraturan Disiplin. Penggantungan/Pembuangan Kerja.....10
9.4 Jenis-Jenis Salah Laku.....................................................................................11
9.4.1 Salah Laku Kecil.......................................................................................11
9.4.2 Salah Laku Besar......................................................................................12
10.0 PERLETAKAN JAWATAN/PEMBERHENTIAN KERJA........................................14
11.1 POLISI AM.....................................................................................................15
11.2 Keselamatan.................................................................................................15
11.3 Panggilan Telefon.........................................................................................15
11.4 Pelawat.........................................................................................................15
11.5 Kebersihan Pejabat......................................................................................15
11.6 Perkahwinan Sesama Kakitangan.................................................................15
12.0 PERSARAAN..................................................................................................16
13.0 PINDAAN DAN PERUBAHAN.........................................................................16
TASKA FLAMINGO Buku Panduan Kakitangan

1.0 JANGKAMASA BEKERJA


Hari dan waktu bekerja adalah seperti berikut:-

Hari Pejabat
Isnin hingga Jumaat Semua negeri kecuali Kelantan, Kedah
dan Terengganu
Ahad hingga Khamis Kelantan, Kedah dan Terengganu

Pejabat Waktu
Semenanjung dan Kuching 6.30 Pagi hingga 4.30 Petang
Miri dan Kota Kinabalu 6.00 Pagi hingga 5.30 Petang

Semua kakitangan adalah dimestikan untuk menggunakan sistem perekod masa


harian seperti yang ditetapkan oleh pihak pengurusan.

Waktu bekerja di bulan Ramadhan akan di ubah mengikut kesesuaian dan budi
bicara pihak pengurusan.

1.2 Waktu Rehat dan Makan Tengahari

Waktu rehat dan makan tengahari pada hari bekerja (kecuali hari Jumaat)
ialah dari pukul 1.00 petang – 2.00 petang kecuali bagi cawangan di Kuching
ialah dari pukul 12.30 tengah hari – 1.30 petang manakala bagi Miri dan
Kota Kinabalu bermula dari jam 12.00 tengah hari – 1.00 petang.

Pada hari Jumaat masa rehat dan solat Jumaat bagi kakitangan ialah di
antara 12.30 tengah hari – 2.30 petang. Manakala bagi cawangan-cawangan
di Kuching, Miri dan Kota Kinabalu waktu rehat dan solat Jumaat ialah 12.00
tengah hari – 2.00 petang.

Waktu rehat di bulan Ramadhan akan di ubah mengikut kesesuaian dan


budi bicara pihak pengurusan.

1.3 Waktu Solat Fardhu

Semua kakitangan yang beragama Islam disarankan supaya menunaikan


solat fardhu di awal waktu. Bagi kakitangan lelaki adalah digalakkan
menunaikan solat fardhu secara berjemaah. Waktu solat fardhu (Zohor dan
Asar) bagi kakitangan lelaki ialah 15 minit selepas masuknya waktu solat
bagi kawasan masing-masing.

[PINDAAN 3.0] 1
2.1 CUTI
2.2 Cuti Am

Pihak firma mengiktiraf hari cuti am yang diwartakan oleh Kerajaan


Persekutuan atau Kerajaan Negeri sebagai cuti yang bergaji.

Jika hari cuti am jatuh pada hari rehat, hari berikutnya akan diganti sebagai
hari rehat. Cuti rehat firma ialah Sabtu dan Ahad kecuali pejabat cawangan
Kelantan, Kedah dan Terengganu hari Jumaat dan Sabtu. Tiada gantian cuti
rehat jika cuti am kerajaan jatuh pada hari Jumaat bagi cawangan Kelantan,
Kedah dan Terengganu dan Sabtu bagi cawangan yang lain.

Bila diperlukan pihak firma boleh mengarahkan kakitangan supaya bekerja


pada hari cuti am atau pada hari rehat. Pihak firma boleh menggantikan cuti
am dengan hari lain atau membayar gaji dengan kadar cuti am.

2.3 Cuti Tahunan

Kakitangan hendaklah membuat permohonan bagi cuti tahunan dalam


masa tujuh (7) hari sebelum tarikh permulaan cuti. Setiap kakitangan yang
telah disahkan di dalam jawatan adalah berhak kepada cuti tahunan
sepenuhnya seperti berikut:-

JUMLAH CUTI TAHUNAN


KAKITANGAN (OPERASI /
PENTADBIRAN TAHUN
1 2 3 4 5 ke atas
PENYELIA 12 14 16 18 20

SENIOR / 10 12 14 16 18

JUNIOR KE BAWAH / 8 10 12 15 20
PEMBANTU KE BAWAH

Cuti tahunan hendaklah diambil pada masa yang memuaskan bagi firma.
Cuti tahunan boleh diambil menurut pilihan kakitangan tetapi kelulusan
adalah di atas budi bicara firma.

Di masa seseorang kakitangan sedang dalam cuti tahunan, jika mendapat


cuti sakit atau cuti bersalin, cuti tahunan tersebut adalah disifatkan sebagai
belum digunakan.
Cuti tahunan hendaklah dihabiskan dalam masa tahun berkenaan. Cuti
tahunan yang tidak digunakan tidak dibenarkan untuk dibawa ke tahun
yang berikutnya atau diganti dengan bayaran wang. Cuti-cuti yang tidak
digunakan dianggap batal.

2.4 Cuti Sakit

Setiap kakitangan yang telah disahkan di dalam jawatan adalah berhak


kepada cuti sakit bergaji seperti berikut:-

JUMLAH CUTI SAKIT BERGAJI TAHUNAN


TAHUN
1 dan 2 3 dan 4 5 ke atas
8 12 15

Sekiranya penghospitalan diperlukan, seseorang kakitangan boleh


mengambil cuti sehingga enam puluh (60) hari dengan syarat jumlah
bilangan hari cuti sakit berbayar dalam satu tahun kalendar tidak boleh
melebihi enam puluh (60) hari pada keseluruhannya.

Kakitangan mestilah memberitahu kepada pihak majikan bahawa dia telah


mendapat sijil sakit dan tidak dapat hadir bekerja pada hari itu dan sijil sakit
mestilah diserahkan kepada Pegawai Pentadbiran dan Perjawatan sebaik
sahaja datang semula untuk bertugas.

Sekiranya seseorang kakitangan mendapat cuti sakit yang telah disahkan


oleh doktor yang berdaftar tetapi tidak memberitahu atau cuba untuk
memberitahu tentang cuti sakitnya dalam masa lebih daripada empat puluh
lapan (48) jam dari masa ia mendapat cuti sakitnya akan dianggap sebagai
tidak hadir.

2.5 Cuti Kahwin

Cuti kahwin diberikan sebanyak tiga (3) hari tanpa rekod kepada seseorang
kakitangan tetap yang disahkan jawatan untuk perkahwinan pertama
sahaja.
2.6 Cuti Bersalin

Kakitangan tetap wanita yang telah disahkan dalam jawatan adalah layak
untuk faedah bersalin kepada lima (5) kali bersalin sahaja selama
berkhidmat dengan firma tanpa mengambil kira anak keberapa. Bagi
kakitangan yang mengalami keguguran yang memerlukan masa cuti sama
dengan masa cuti bersalin adalah dipertimbangkan, bergantung kepada
nasihat doktor yang bertauliah.

Seseorang kakitangan wanita hendaklah memberitahu firma secara bertulis


tidak kurang dari satu minggu sebelum tarikh di mana dia mungkin
memulakan cuti bersalin.Tanpa mengira tarikh bersalin, cuti bersalin bergaji
akan diberi tidak lebih dari enam puluh (60) hari. Sebarang ketidakhadiran
disebabkan oleh kesakitan selepas berakhirnya tempoh cuti bersalin
hendaklah dikira sebagai cuti sakit biasa.

Kakitangan tetap lelaki yang mana isterinya bersalin layak menerima cuti
tanpa rekod selama tujuh (7) hari dari hari isterinya bersalin tetapi perlulah
memaklumkan terlebih dahulu kepada pihak pengurusan secara bertulis
dan tertakluk kepada kelulusan. Cuti hujung minggu atau hari kelepasan am
yang lain akan dikira termasuk dalam tempoh tujuh (7) hari di atas.

2.7 Cuti Ehsan

Cuti ehsan selama satu (1) hari boleh diperolehi sekiranya terdapat
kematian di kalangan keluarga terdekat (ibu/ayah/isteri/
suami/abang/adik/kakak/ibubapa mertua). Salinan sijil kematian perlu
disertakan dalam tempoh tiga (3) hari sebagai bukti terdapat kematian di
kalangan keluarga terdekat.

Jika seseorang kakitangan gagal mengemukakan sijil kematian dalam


tempoh tiga (3) hari, maka cuti tersebut dikira sebagai cuti biasa yang akan
ditolak dari cuti tahunan.

Selain daripada hal kematian, cuti ehsan juga boleh dipertimbangkan


mengikut budi bicara pihak pengurusan.
3.0 GAJI
Gaji bulanan akan dibayar pada setiap hujung bulan iaitu pada 01 haribulan
setiap bulan dan tidak lewat daripada 7 haribulan bulan berikutnya.
4.1 KEMUDAHAN PERUBATAN
Tuntutan perubatan kepada kakitangan tetap yang disahkan jawatan dihadkan
kepada RM 100 setahun. Kos perubatan ini tidak termasuk kos pergigian,
penjagaan mata, cermin mata dan kanta sesentuh. Kos selain daripada
perubatan biasa perlu mendapat kelulusan pihak pengurusan.

Bagi kakitangan wanita yang melahirkan anak atau keguguran, bil perubatan
tidak akan ditanggung oleh firma.

Firma juga tidak akan membayar kos perundingan perubatan, kos sebarang ubat
atau X-ray yang dilakukan di klinik panel atau dalam kes kecemasan oleh doktor
kerajaan atau doktor yang berdaftar. Segala kemudahan tidak meliputi perkara-
perkara berikut:-

• Sebarang perbelanjaan yang timbul dari kesakitan, kecederaan atau


kecacatan disebabkan oleh perubatan yang menyalahi peraturan,
kecuaian yang nyata, kelakuan yang tidak berhemah oleh kakitangan,
penglibatan dalam sukan berbahaya, percubaan membunuh diri,
perlakuan perbuatan yang melanggar undang-undang, pendedahan diri
kepada bahaya yang tidak wajar (kecuali dalam ikhtiar menyelamatkan
nyawa manusia), serangan yang dicetuskan oleh kakitangan,
penyalahgunaan dadah, penggunaan alkohol atau sebarang perbuatan
yang mengganggu keamanan, berkelakuan sumbang atau pembedahan
plastik.

• Sebarang perbelanjaan untuk rawatan kes-kes mental yang telah


disahkan.

• Sebarang perbelanjaan bagi sebarang rawatan kesakitan atau kemalangan


yang timbul daripada pekerjaan yang menjadi tuntutan sah di bawah Akta
Keselamatan Sosial Kakitangan dan sebarang perundangan insuran.
5.1 LAIN-LAIN KEMUDAHAN
5.2 Kerja Lebih Masa

Semua kakitangan layak menerima imbuhan kerja lebih masa kecuali Rakan
kongsi, Prinsipal, Pengarah dan Pengurus. Kakitangan yang bertangga gaji
dari RM 1,500 ke atas adalah tidak layak menerima imbuhan di atas.

Kadar bayaran kerja lebih masa adalah seperti yang tertakluk di dalam Akta
Buruh 1955, Seksyen 60 dan Akta Buruh (Pindaan) 1989 di mana kadarnya
adalah seperti berikut:-

Kerja Lebih Masa Kadar


Pada hari biasa 1.5 kali
Pada hari rehat
 Waktu kerja biasa 1.5 kali
 Melebihi waktu kerja biasa 2.0 kali
Pada hari kelepasan Am
 Waktu kerja biasa 2.0 kali
 Melebihi waktu kerja biasa 3.0 kali

 Jadual di atas ada terbatal sekiranya pekerja secara sukarela bekerja dan
mendapat bayaran terus daripada ibu bapa.
 Jadual di atas hanya terpakai apabila pekerja bekerja atas saranan majikan.
 Bayaran lebih masa akan dibayar oleh ibu bapa mengikut Jadual Tugasan perkeja
dalam satu-satu masa.
 Bayaran yang diterima merupakan hak mutlak pekerja.
5.3 Elaun Perjalanan

Kakitangan yang menggunakan kenderaan sendiri diarahkan bertugas


keluar daripada pejabat boleh membuat tuntutan elaun kiraan kilometer.
Semua elaun kiraan kilometer mengikut jawatan kakitangan seperti
berikut:-

Jenis Kenderaan/Jawatan Kakitangan Jumlah Elaun (per Kilometer)


Kereta : (RM)
 Penolong Pengurus ke atas 0.60
 Senior 0.50
 Junior 0.40
Motosikal 0.40

5.4 Elaun Perpindahan - TIDAK BERKENAAN

5.5 Elaun Perpindahan (Sara Hidup) – TIDAK BERKENAAN


5.6 Elaun Makanan

Firma akan memberi elaun makanan kepada kakitangan yang membuat


kerja di tempat pelanggan bagi sebarang tugasan yang mempunyai yuran
professional melebihi RM 5,000 (tidak termasuk belanja luar poket). Elaun
ini diberikan bagi tugasan yang tidak membolehkan elaun kerja luar
kawasan dituntut dan berada seharian di tempat pelanggan sekurang
kurangnya lapan (8) jam.

Elaun makan percuma daripada firma RM5.00 sehari perkepala.

6.0 ETIKA BERPAKAIAN


Etika berpakaian semasa bertugas hendaklah kemas. Semua kakitangan
hendaklah mematuhi etika pakaian yang sopan dan menutup aurat.

Sila rujuk jadual di bawah bagi kakitangan lelaki:-

Kakitangan Ikhtisas Berpakaian sopan dan kemas serta memakai


tanda nama.
Wajib menutup aurat dan sentiasa
berpewatakan menarik serta ceria di hadapan
ibu bapa.

Bagi kakitangan wanita yang beragama Islam hendaklah berpakaian sopan dan
menutup aurat. Kakitangan wanita dibenarkan memakai seluar panjang yang
sesuai dan longgar beserta blaus yang labuh. Kakitangan bukan beragama Islam
dibenarkan memakai skirt tetapi mestilah di bawah paras lutut (Sila rujuk
lampiran untuk panduan etika berpakaian kakitangan wanita)

Semua kakitangan dikehendaki berpakaian berwarna biru pada setiap hari Selasa
sebagai warna pakaian rasmi Taska.

Pada hari Isnin dan Jumaat, kakitangan dibenarkan hendaklan memakai baju
formal yang lengkap.
7.0 PERTUKARAN/PINJAMAN KAKITANGAN
Kakitangan boleh dipinjamkan atau ditukarkan ke mana-mana jabatan atau
cawangan mengikut keperluan semasa firma. Tempoh masa tersebut adalah
tertakluk kepada pihak pengurusan. Walaubagaimanapun pinjaman ini tertakluk
kepada keperluan kerja dan arahan pihak pengurusan.

8.0 REKOD MASA


Semua kakitangan adalah dimestikan bagi menyediakan laporan rekod masa
mingguan. Laporan yang telah disemak oleh setiap penyelia hendaklah dihantar
ke pejabat selewat-lewatnya jam 04.00 petang setiap hari Isnin minggu
berikutnya.

9.1 DISIPLIN
9.2 Disiplin Diri

Seseorang kakitangan dikehendaki mengamalkan disiplin diri dengan


mematuhi segala peraturan dan arahan firma untuk mengekalkan layanan
yang adil dan saksama kepada semua kakitangan.

9.3 Langkah-langkah Peraturan Disiplin, Penggantungan dan


Pembuangan Kerja

Bergantung kepada peringkat dan jenis kesalahan yang dilakukan, tindakan


disiplin akan diambil dalam bentuk nasihat lisan, surat nasihat, surat
amaran, penggantungan kerja dan akhir sekali pembuangan kerja.

Kakitangan yang terus menerus tidak menunjukkan sebarang kemajuan


atau melanggar peraturan dan arahan mengenai prestasi dan kelakuan dan
tidak hadir bekerja selama tiga (3) hari berturut-turut tanpa alasan
walaupun telah diberi amaran, akan dibuang kerja.

Salah laku besar boleh mengakibatkan pembuangan kerja serta merta.


Pembuangan kerja serta-merta bererti diberhentikan tanpa notis atau
bayaran bergantung kepada notis dan keputusan lembaga soal selidik.
9.4 Jenis-Jenis Salah Laku

Seorang kakitangan itu adalah dianggap melanggar peraturan jika dia


melakukan mana-mana kesalahan berikut:

9.4.1 Salah Laku Kecil

 Tidak Datang Kerja Dan Kelewatan


Ponteng, dengan sengaja dan tanpa alasan, datang lewat, tiba lewat
atau meninggalkan tempat kerja lebih awal bagi “shif” waktu rehat
atau waktu makan atau waktu balik.

 Merokok di Kawasan Yang dilarang


Antara kawasan yang dilarang adalah seperti di sekitar ruang pejabat
dan kawasan tangga.

 Gangguan Am
Bersorak, mencerca (termasuk menjerit-jerit) oleh mana-mana
kakitangan atau kumpulan kakitangan terhadap kakitangan atau
kumpulan lain di kawasan pejabat.

 Melakukan Perbuatan Yang Tidak Bermoral


Melakukan perbuatan tidak bermoral dalam kawasan syarikat seperti
menganggu kakitangan yang lain, mengeluarkan perkataan yang tidak
sopan dan menyentuh sensitiviti kakitangan yang lain.

 Menjalankan perniagaan persendirian di waktu pejabat

 Berpakaian tidak kemas dan tidak menepati etika berpakaian yang


ditetapkan

 Menggunakan peralatan pejabat untuk kepentingan diri sendiri


termasuk menggunakan telefon pejabat untuk menerima/membuat
panggilan peribadi melebihi 3 minit

 Melayari internet, ‘chatting’ bagi tujuan peribadi di waktu pejabat

 Tidur semasa waktu pejabat


9.4.2 Salah Laku Besar

 Tidak Mengikut Arahan


Tidak mematuhi sebarang arahan yang munasabah dan berpatutan
mengikut undang-undang, dari seorang yang lebih kanan, sama ada
dilakukan secara persendirian ataupun bersama orang lain
umpamanya :
a) Keengganan seorang kakitangan mematuhi arahan pihak
pengurusan
b) Tidak menghormati pihak pengurusan dalam bentuk keengkaran
atau kekasaran/keganasan

 Mencuri Atau Menggelapkan Wang


Mencuri, memalsukan, membuka rahsia perdagangan, tidak jujur,
termasuk terhadap harta benda dan perniagaan firma dan juga harta
benda kakitangan lain

 Merosakkan Harta Benda Dengan Sengaja


Merosakkan, membazir, memusnahkan harta benda firma

 Keganasan
Menyebabkan kekacauan dalam kawasan firma berpunca dari
pergaduhan atau menyebabkan kecederaan tubuh kepada orang lain

 Mabuk atau Penyalahgunaan dadah


Datang kerja dalam keadaan mabuk atau dipengaruhi oleh dadah
atau pun membawa minuman keras atau dadah ke dalam kawasan
firma

 Dihukum
Telah dihukum atau dipenjarakan kerana sebarang jenayah di bawah
Undang-undang Malaysia

 Memberi Keterangan Yang Salah


Merahsiakan atau tidak memberi penyataan yang sebenar mengenai
latar belakang peribadi atau lain-lain perkara penting. Sebarang
kenyataan yang salah yang dibuat di dalam borang “memohon
pekerjaan”, kad kerja atau rekod kerja yang lain

 Menerima Wang Atau Hadiah


Mengambil kesempatan daripada kedudukan seseorang untuk
menerima wang atau harta-benda dari orang lain dan mengambil
bahagian dalam sebarang perniagaan yang tidak dibenarkan dalam
kawasan firma
 Membocorkan Rahsia Perniagaan
Mengeluarkan kenyataan dan keterangan mengenai hak milik firma
yang menyalahi undang-undang

 Mogok Yang Menyalahi Undang-undang


Mengambil bahagian di dalam sebarang mogok yang menyalahi
undang-undang atau sengaja melambat - lambatkan kerja atau
menghasut orang lain berbuat demikian

 Merusuh Dan Berkelakuan Tidak Senonoh


Bergaduh dengan kakitangan lain atau dengan pihak atasan,
berkelakuan tidak senonoh, menggunakan bahasa yang kasar dan
lucah semasa atau selepas waktu kerja di kawasan pejabat

 Meninggalkan Tempat Bertugas


Setiap kakitangan dimestikan meminta kebenaran terlebih dahulu
daripada Pengurus sebelum meninggalkan tempat bekerja

 Berjudi
Dalam apa bentuk jua pun - menjual tiket tanpa kebenaran seperti
loteri atau meminta sumbangan tanpa kebenaran di kawasan firma
berhubung dengan sebarang bentuk perjudian atau loteri

 Enggan Bertukar Kerja


Keengganan bertukar kerja kerana keperluan operasi ke lokasi yang
lain

 Meminta Sokongan
Sebarang pengedaran surat siaran, risalah, poster dan sebagainya
yang meminta sokongan bagi perjuangan yang kontroversi atau yang
berbentuk ekstrim/keterlaluan di kawasan pejabat
10.0 PERLETAKAN JAWATAN/PEMBERHENTIAN KERJA
Jika keadaan memerlukan seseorang kakitangan berhenti dari bekerja dengan
firma, surat perletakan jawatan yang dialamatkan kepada Pegawai Pentadbiran
dan Perjawatan hendaklah dihantar.

Tempoh notis yang diperlukan adalah sama bagi ke dua - dua pihak kakitangan
dan firma mengikut peruntukan Akta Buruh 1955 dan Akta Buruh (Pindaan)
1989 adalah seperti berikut :-

Tempoh Perkhidmatan Pemberian Notis

Kakitangan dalam tempoh kontrak Kakitangan tersebut perlu


atau percubaan dan kakitangan tetap memberi satu (1) bulan notis atau
yang telah bekerja kurang daripada membayar sebulan gaji sebagai
lima (5) tahun ganti notis

Kakitangan tetap yang telah bekerja Kakitangan tersebut perlu


lebih daripada lima (5) tahun memberi dua (2) bulan notis atau
membayar dua (2) bulan gaji
sebagai ganti notis

Kakitangan yang dibuang kerja kerana berkelakuan buruk dan melakukan


sebarang kesalahan yang dinyatakan tidak berhak mendapat sebarang notis
atau bayaran.

Kakitangan hendaklah menyerahkan apa-apa alatan atau pakaian kepunyaan


firma yang telah diberikan kepada mereka semasa menjalankan tugas kepada
Pegawai Pentadbiran dan Penjawatan pada hari terakhir perkhidmatannya.
11.1 POLISI AM
11.2 Keselamatan

Adalah menjadi tanggungjawab setiap kakitangan untuk mematuhi


segala peraturan dan arahan keselamatan. Laporkan dengan segera
sebarang keadaan atau kelakuan yang berbahaya di dalam kawasan
firma. Alat keselamatan dan perlindungan hendaklah digunakan
sekiranya difikirkan perlu. Bagi kakitangan terakhir keluar pejabat
pastikan semua alat elektrik dan penghawa dingin ditutup dan pintu
dikunci.

Kebenaran khas daripada Pengurus untuk keluar dari kawasan firma


termasuklah bagi kes-kes kecemasan. Di luar waktu bekerja, kebenaran
hendaklah diperolehi untuk masuk ke kawasan pejabat.

11.3 Panggilan Telefon

Panggilan peribadi luar kawasan kecuali dalam kes kecemasan adalah


tidak dibenarkan. Semua panggilan peribadi hendaklah direkodkan dan
akan dibilkan kepada mereka yang berkenaan pada setiap hujung bulan.

11.4 Pelawat

Setiap pelawat tidak dibenarkan memasuki ruang bekerja. Pelawat akan


diarahkan ke tempat penyambut tetamu sebelum dibenarkan berjumpa
dengan sesiapa yang berkenaan. Semua kakitangan dikehendaki
memastikan pelawat hanya berada di ruang tetamu sahaja.

11.5 Kebersihan Taska

Semua kakitangan bertanggungjawab menjaga kebersihan tempat kerja


dan kawasan taska. Kawasan-kawasan yang perlu diberi perhatian
khusus ialah bilik air dan tandas, kawasan ruang tetamu, bilik tidur, bilik
aktiviti, ruang makan dan dapur. Berikut adalah langkah- langkah untuk
menjaga kebersihan:

• Tidak membuang sampah merata-rata.


• Mengemaskan tempat kerja apabila selesai tugas.
• Memasukkan sisa makanan ke dalam tong sampah bertutup.
• Mencuci tandas mengikut jadual yang telah ditetapkan.

11.6 Perkahwinan Sesama Kakitangan

Sekiranya terdapat kakitangan yang berkahwin dengan kakitangan firma


yang lain, mana-mana kakitangan bagi pasangan tersebut perlu berhenti
bekerja dalam tempoh sebulan dalam kumpulan firma dan cawangan
dari tarikh pernikahan.
12.0 PERSARAAN
Firma telah menetapkan umur bagi persaraan kakitangan tetap adalah seperti
berikut :-

Kakitangan Tetap Umur


Lelaki 55 tahun
Perempuan 55 tahun

13.0 PINDAAN DAN PERUBAHAN


Semua peraturan-peraturan di atas tertakluk kepada pindaan dan perubahan
mengikut keperluan dan polisi firma dan juga tertakluk kepada pindaan-
pindaan Akta Buruh yang di wartakan oleh kerajaan. Peraturan-peraturan
umum yang tidak disebutkan disini hendaklah dirujuk kepada Akta Buruh 1955,
Akta Buruh(Pindaan) 1989, Ordinan Buruh Sarawak dan Ordinan Buruh Sabah.

Anda mungkin juga menyukai