Anda di halaman 1dari 5

Kod :JXEA 1104

Nama Topik: Hikayat Abu Nawas

Nombor Matrik: JEA 080121

Ringkasan Cerita

Abu Nawas adalah tokoh utama dalam cerita ini.Ia adalah putra penghulu Kerajaan

Bagdad yang terkenal adil dan alim .Agamanya Islam .bersikap jujur ,dan patuh pada
ayahnya .Sifatnya arif bijaksana ,suka menolong orang lain ,baik orang kaya mahupun

orang miskin.Semuanya akan ditolong sesuai dengan hukum yang berlandaskan Islam

.Semua masalah yang dibebankan kepadanya diselesaikan dengan baik dan bijaksna

,walaupun kadang-kadang menjengkelkan .Raja Harun Al-Rashid sering memberi

perintah kepada Abu Nawas sesuatu yang mustahil.Namun, Abu Nawas dapat

menyelesaikan walaupun tidak sampai dilakukannya ,seperti menjahit lumpang batu atau

memindahkan masjid ,

Abu Nawas seorang yang berilmu pengetahuan .Hal ini sedemikian kerana Abu Nawas

seorang yang mengamalkan nilai kecerdikan iaitu nilai budaya yang diamalkan dalam

hubungan manusia dengan diri sendiri .Sebagai contoh ,dalam semua episode ,Abu

Nawas selalu menndapat cubaan baik daripada raja dan permaisuri mahupun daripada

orang lain .Abu Nawas disuruh mengerjakan hal-hal yang mustahil seperti memindahkan
masjid,tetapi dapat diatasi dengan baik dan sempurna .Abu Nawas dapat mengerjakan

hal- hal tersebut dengan baik kerana Abu Nawas mempunyai satu jenis ilmu pengetahuan

iaitu ilmu .Ilmu atau pengatahuan ialah pengetahuan yang diperolehi manusia melalui

tanggapan pancainderanya secara sepintas lalu atau sekali imbas yang merupakan satu

imbasan atau impression yang terbentuk di dalam fikirannnya secara sepintas lalu dan

bersifat sementara dengan pengukuran kebenarannya berasaskan deria /pancaindera

semata-mata.

Kajian-kajian falsafah sesuai dengan keragamankan fikiran manusia ,menimbulkan pula

pelbagai aliran atau sudut pendekatan kajian iaitu epistemology melalui aliran

empirsisme.Empirisme aliran yang dikaitkan dengan John Locke (1632-1704),David

Hume(1711-76)dan John Stuart Mill(1806-73)yang berpendapat bahawa ilmu

pengetahuan itu diasaskan atau diperolehi melalui pengalaman ,iaitu dikaitkan dengan

perkara-perkara yang boleh diinderai dan dialami .Sebagai contoh ,Raja Harun Al-

Rashid memanggil Abu Nawas dan menanyakan maksudnya menjual dia kepada tukang

bubur.Abu Nawas menjawab bahawa kalau dia mengadukan hal tukang bubur itu,raja

tidak akan percaya .Akan tetapi,kalau raja sendiri yang mengalami kejadian itu tentu

dapat dipercaya dan terhindar daripada hukuman akhirat kerana ada rakyatnya yang

berbuat zalim.Oleh itu,raja mendapat pengalaman melalui kejadian tersebut.

Tradisi falsafah Yunani yang menjadi tunjang falsafah Barat memancarkan pandangan

hidup dalam aspek teologi.Teologi bermaksud kajian tentang tuhan yang menguasai alam

semesta ini.Dalam Hikayat Abu Nawas terdapat unsure teologi .Sebagai contoh ,Hikayat
Abu Nawas memaparkan nilai budaya percaya kepada tuhan.Nilai budaya percaya

kepada tuhan terdapat pada tokoh ayah Abu Nawas. Beliau menjadi penghulu dan

mengerjakan semua perkerjaannya sesuai dengan perintah agama .Semua pengalaman itu

dikemukakan oleh Kadi Maulana kepada anaknya ,Abu Nawas sebelum beliau meninggal

dunia.Beliau selalu berbuat sesuai dengan hukum agama .Meskipun,telah berusaha

,mungkin sahaja ada saatnya lupa atau tanpa sedar ,beliau telah melakukan hal yang

sebenarnya tidak ingin dilakukan .Itulah sebabnya ketika beliau meninggal dunia ,telinga

kanannya berbau busuk .Hal itu menunjukkan bahawa beliau mendapat seksa tuhan

setelah meninggal dunia.

Hikayat Abu Nawas memaparkan falsafah Islam sebagai sumber falsafah Melayu. Islam

telah meletakkan asas –asas falsafah yang jelas bagi bangsa Melayu,daripada aspek

ketuhanan kepada aspek- aspek kehidupan seluruhnya.Sebagai contah ,masyarakat yang

terdapat dalam Hikayat Abu Nawas mengamalkan falsafah Islam dalam kehidupan

mereka .Nilai budaya hubungan manusia dengan tuhan ialah taat pada hukum agama.

Nilai budaya terdapat pada tokoh Abu Nawas dan ayahnya.Abu Nawas tidak mahu

diangkat menjadi kadi .Pertama ayahnya ,yang taat kepada hukum agama sahaja

mendapat seksa .Kedua,Abu Nawas harus menuruti permintaan ayahnya sebelum

meninggal dunia untuk tidak menerima perkerjaan itu apabila telinga berbau busuk.

Anda mungkin juga menyukai