Anda di halaman 1dari 2

Taraf hidup 

umumnya diukur menerusi piawai seperti pendapatan benar (iaitu


pendapatan terlaras inflasi) setiap orang dan kadar kemiskinan. Ukuran-ukuran yang
lain seperti ketersediaan dan kualiti penjagaan kesihatan, ketaksamaan
pertumbuhan pendapatan dan taraf pendidikan juga digunakan. Contoh-contohnya
termasuk keupayaan memiliki sesetengah barang (misalnya bilangan peti
sejuk setiap 1,000 orang), atau ukuran kesihatan seperti jangka hayat. Taraf hidup
ialah mudahnya seseorang yang hidup pada sesuatu masa dan tempat dapat
memenuhi keperluan mereka.

Gagasan terhadap 'taraf' dapat dibezakan daripada mutu kehidupan yang


mengambil kira bukan sahaja taraf hidup kebendaan tetapi juga aspek-aspek
kehidupan yang tidak begitu ketara seperti masa lapang, keselamatan, sumber
budaya, kehidupan sosial, kesihatan fizikal, isu kualiti persekitaran, dan sebagainya.
Cara mengukur kesejahteraan harus digunakan untuk membuat pertimbangan,
dengan ini seringnya amat bersifat politik dan justera itu, amat berkontroversi.
Walaupun dua buah negara atau masyarkat mempunyai taraf hidup kebendaan yang
sama, faktor-faktor mutu kehidupan boleh menjadikan sesuatu tempat lebih menarik
kepada sesesuatu orang atau kelompok berbanding dengan yang lain.

Bagaimanapun, masih terdapat masalah hanya dengan menggunakan purata


berangka untuk membandingkan taraf hidup kebendaan, berbanding dengan,
misanya, indeks Pareto (ukuran lebar pendapatan atau pengagihan kekayaan).
Taraf hidup pada dirinya bersifat subjektif. Misalnya, negara-negara yang
mempunyai kelas atasan kaya yang amat sedikit dan kelas bawahan yang amat
miskin boleh mempunyai tahap pendapatan min yang tinggi, walaupun kebanyakan
penduduk mempunyai "taraf hidup" yang rendah. Ini mencerminkan masalah
pengukuran kemiskinan yang cenderung juga bersifat relatif dan menggambarkan
bagaimana pengagihan pendapatan boleh menyembunyikan taraf hidup yang
sebenar.

Serupa juga, Negara A, sebuah negara sosialis yang sempurna


dengan pendapatan per kapita purata yang sangat rendah akan ditempatkan lebih
tinggi tentang ketaksamaan pendapatan yang lebih rendah, berbanding dengan
Negara B dengan ketaksamaan pendapatan yang lebih tinggi, walau jika lapisan
terendah pengagihan penduduk Negara B mempunyai pendapatan per kapita yang
lebih tinggi daripada Negara A. Contoh-contoh benar terhadap keadaan ini termasuk
bekas Jerman Timur berbanding dengan Jerman Barat serta Korea
Utara berbanding dengan Korea Selatan. Dalam setiap kes tersebut, negara sosialis
mempunyai ketaksamaan pendapatan yang lebih rendah (dan oleh itu, ditempatkan
lebih tinggi daripada segi ini), tetapi mempunyai pendapatan per kapita yang lebih
rendah daripada kebanyakan kaunterpart berjiran mereka. Ini dapat dielakkan
dengan menggunakan ukuran pendapatan pada pelbagai persentil penduduk,
berbanding dengan menggunakan ketaksamaan pendapatan yang sungguh bersifat
relatif dan berkontroversi.

Anda mungkin juga menyukai