Anda di halaman 1dari 19

TZ10103

TOPIK 2: PENGENALAN KEPADA KBSR DAN


KSSR
__________________________________________________

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir pengajaran dan pembelajaran, para pelajar akan dapat;

1. Menjelaskan kronologi perkembangan kurikulum bermula daripada Kurikulum


Lama Sekolah rendah (KLSR) hingga Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR).
2. Mengetahui faktor-faktor penyebab perubahan sesuatu kurikulum.
3. Menghuraikan implikasi perubahan kurikulum dari aspek pembangunan murid
murid sejajar dengan perkembangan globalisasi.

PENGENALAN

Sistem pendidikan perlu mempunyai satu bentuk panduan atau pegangan yang menjadi
petunjuk dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang efektif dan juga mengikut
arus globalisasi. Oleh itu, kurikulum menjadi ilmu teras dalam pendidikan sebagai panduan
bagi memastikan sistem pendidikan mudah dilaksanakan. pembentukan kurikulum bukan
dirancang secara tergesa-gesa dalam masa yang singkat sebaliknya kurikulum dirancang
dengan teliti serta berpaksikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Akta Pendidikan dan Dasar
Pendidikan Kebangsaan.

"…Suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan


kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur
kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan
sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan
mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan."

(Dipetik daripada Akta Pendidikan 1996 [Peraturan-Peraturan (Kurikulum Kebangsaan)


Pendidikan 1997]
UMS
TZ10103

Pembentukan kurikulum pendidikan sesebuah negara perlu mengambil kira keadaan dan
kehendak sosial, ekonomi, politik, masyarakat, budaya dan bangsa. Dengan itu, bidang
kurikulum merangkumi pelbagai cabang ilmu seperti pengurusan, ekonomi, sains,
kejuruteraan, psikologi dan sosiologi. Ini bertujuan memenuhi keperluan dalam sistem
masyarakat supaya ilmu kontan dapat dimanipulasikan secara berterusan bermula dari tahap
yang paling asas iaitu kanak-kanak di sekolah rendah. Pendidikan dalam kalangan kanak-
kanak sekolah rendah adalah untuk memberi kesedaran kendiri, perhubungan dengan individu
serta masyarakat sekeliling, kecekapan dalam urusan ekonomi dan semangat kenegaraan yang
tinggi.

Masyarakat umum telah mengenali istilah kurikulum apabila Kementeria Pendidikan


memperkenalkan KBSR dan KBSM pada tahun 1982. Namun, ramai yang beranggapan
kurikulum itu adalah sukatan pelajaran. Ishak, (2005) menjelaskan bahawa kandungan
kurikulum terdapat pelbagai sukatan pelajaran bagi setiap mata pelajaran yang akan diajar.
Oleh itu, guru merupakan agen perubahan yang menjadi pemangkin untuk menyebarkan
kurikulum kepada para pelajar di sekolah.

Sehubungan dengan itu, amatlah penting bagi seseorag guru mengetahui dengan lebih
terperinci tentang sejarah dan pembentukan kurikulum yang digunapakai dalam sistem
pendidikan di negara kita.

2.1 SEJARAH KURIKULUM PENDIDIKAN SEKOLAH


RENDAH

Pendidikan formal sekolah rendah bermula dengan pelaksanaan Kurikulum Lama Sekolah
Rendah (KLSR) yang diperkenalkan semenjak negara kita mencapai kemerdekaan. Dengan
itu, sistem pendidikan yang berkonsepkan ”pecah dan perintah” yang diamalkan oleh penjajah
Inggeris dalam sistem pendidikan negara kita turut berakhir. Perubahan arus globalisasi juga
telah menyebabkan beberapa pindaan dan perubahan terhadap Akta Pelajaran dan juga
kurikulum pendidikan negara. Misalnya, KLSR telah ditukarkan kepada Kurikulum Baru
Sekolah Rendah (KBSR) pada tahun 1982 dan kemudiannya implikasi keperluan kesepaduan
dalam kontan mata pelajaran, sekali lagi beberapa pindaan dalam Akta Pendidikan dibuat
menyebabkan KBSR diubah kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah rendah (KBSR).

UMS
TZ10103

Terkini, KBSR secara berperingkat-peringkat akan ditukarkan sepenuhnya kepada Kurikulum


Standard Sekolah Rendah (KSSR) bermula sesi persekolahan pada Januari 2011 yang
diperkenalkan kepada murid-murid Tahun Satu.

2.1.1 Kronologi Perubahan Kurikulum Sekolah Rendah

Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) mula dilaksanakan sejak negara mencapai
kemerdekaan hasil daripada Ordinan Pelajaran 1957 yang digubal berdasarkan Laporan Razak
(1956). Laporan ini menggariskan 17 cadangan dengan mengambilkira matlamat akhirnya
membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan.

Di antara perkara yang diperkatakan ialah:

1. Semua sekolah menggunakan sukatan pelajaran yang sama.


2. Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan dan menjadi bahasa pengantar
utama.
3. Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris diwajibkan bagi semua sekolah rendah
dan menengah.
4. Bagi sekolah jenis kebangsaan, bahasa Inggeris, Cina dan Tamil menjadi
bahasa pengantar.
5. Sekolah – sekolah rendah ditukar kepada sekolah kebangsaan dan bahasa
Melayu sebagai bahasa pengantar utama.
6. Penubuhan satu jenis sekolah sahaja yang terbuka kepada semua kaum.
7. Guru – guru sekolah rendah dan menengah adalah berkelayakan.
8. Sistem pendidikan sekolah menengah adalah Sekolah Menengah Rendah
(SMR), Sekolah Menengah Atas (SMA) dan Pra Universiti.
9. Semua guru diletakkan di bawah satu perkhidmatan profesional dan Jemaah
Nazir Persekutuan ditubuhkan

2.1.2 Laporan Rahman Talib (1960)

Pada tahun 1959, sebuah Jawatankuasa Penyemak Mata pelajaran telah dibentuk yang
dikenali sebagai Laporan Rahman Talib. Jawatankuasa ini diketuai oleh Menteri Pelajaran
ketika itu, iaitu Encik Abdul Rahman bin Haji Talib. Jawatankuasa ini ditubuhkan bertujuan
untuk mengkaji semula polisi pendidikan kebangsaan sebagaimana yang telah dicadangkan
UMS
TZ10103

dalam Laporan Razak (1956) dan dasar pendidikan awal sebelum itu iaitu Ordinan Pelajaran
(1957). Laporan Rahman Talib (1960) telah mencadangkan beberapa perubahan dan pindaan
yang dibuat dari Laporan Razak (1956) iaitu;

1. Pelajaran di sekolah rendah adalah percuma


2. Sekolah rendah menjadi sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan.
3. Sekolah pelajaran lanjutan merupakan persekolahan hingga umur 15 tahun.
4. Murid naik darjah secara otomatik
5. Pelajaran agama Islam bagi murid-murid hendaklah sekurang-kurannya 15
orang.
6. Pendidikan akhlak dititikberatkan.

2.1.3 Laporan Hussein Onn (1971)

" Sistem pendidikan kebangsaan direkabentuk untuk memenuhi keperluan


negara dan mempertingkatkan pembangunan budaya, sosial. Ekonomi dan
politik. Jadi mulai 1968 bahasa Melayu telah mula menggantikan bahasa
Inggeris secara berperingkat-peringkat sebagai baasa pengantar di
sekolah- sekolah aliran Inggeris”.

(Laporan Hussein Onn, 1971)

Jawatankuasa laporan ini diketuai oleh Tun Hussein Onn yang menjadi Mentei Pelajaran
ketika itu.Tujuan utama Laporan ini selain dari untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan
Negara ketika itu, juga adalah untuk menyediakan pendidikan dasar bagi semua kanak-kanak
dalam lingkungan umur bersekolah. Ini dapat ditampung dalam sekolah-sekolah aliran
Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil. Walaupun kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar utama sistem pendidikan negara, namun kedudukan bahasa Inggeris sebagai bahasa
kedua turut dipelihara. Ini di atas rasa kesedaran bahawa bahasa Inggeris sebagai bahasa
antarabangsa yang amat penting dan penguasaan bahasa itu boleh mempetingkatkan
pembangunan negara.

UMS
TZ10103

“ Bahasa Inggeris adalah diwajibkan di semua sekolahh kerana


kepentingannya dalam pendidikan tinggi dan perdagangan dan juga hal-
ehwal antarabangsa. Peringkat penguasaan bahasa Inggeris yang tinggi
menjadi sasaran sistem pendidikan. Masa mengajar bahasa Inggeris
ditambah dan guru-guru diberi latihan untuk hasil yang baik. Bahasa
Inggeris terus menjadi bahasa kedua”.

(Laporan Hussein Onn, 1971)

Secara amnya, perkembangan sistem pendidikan negara pada tahun ini boleh dibahagikan
kepada tiga tahap iaitu Tahap Pertama (1963 -1965), Tahap Kedua (1966-1970) dan Tahap
Ketiga (1971-1975). Tahap pertama merupakan tahap perlaksanaan rancangan sistem
pendidikan yang telah dikuatkuasakan dalam Akta Pelajaran 1961. Tahap kedua pula
merupakan tahap perlaksanaan rancangan pendidikan di bawah Rancangan Malaysia Pertama.
Ia digubal dengan tujuan untuk menyelesaikan masalah ekonomi dan sosial yang timbul
dalam tempoh ini. Antara matlamat lain yang ingin dicapai ialah memperkukuhkan sistem
pendidikan kebangsaan bagi memupuk perpaduan sosial, kebudayaan dan politik,
menyediakan kemudahan pendidikan yang lebih bersistematik dan selesa kepada para pelajar,
meningkatkan taraf pendidikan di seluruh negara serta melaksanakan pendemokrasian
pendidikan tanpa mengira bangsa, kaum mahu pun agama.
Perkembangan sistem pendidikan dalam tahap ketiga pula ialah merupakan
pengubahsuaian sistem pelajaran dan latihan untuk memenuhi keperluan perkembangan
ekonomi serta untuk menghasilkan lebih ramai pekerja mahir bagi melaksanakan Dasar
Ekonomi Baru (DEB). Sistem pendidikan pada tahap ini dirancang supaya memberi
sumbangan penting bagi menggalakkan perpaduan di kalangan rakyat berbilang bangsa.
Perubahan-perubahan sistem pendidikan ini adalah akibat dari konflik perkauman yang
tercetus pada 13 Mei 1969. Kerajaan Malaysia terpaksa mengkaji semula matlamat -matlamat
pendidikan negara dan seterusnya merancang suatu sistem pendidikan yang lebih sesuai
dengan harapan boleh menyatupadukan rakyat berbilang kaum dan dapat mengelakkan
tragedi konflik perkauman itu daripada berulang kembali.

UMS
TZ10103

2.1.4 Jawatankuasa Kabinet (1979)

Pembentukan Jawatankuasa Kabinet tahun 1974, adalah kerana berlakunya peristiwa rusuhan
kaum 13 Mei 1969, pembentukan Rukunegara, 1970 dan pelancaran Dasar Ekonomi Baru,
1970. Peristiwa-peristiwa tersebut, telah mendorong kerajaan mengkaji semula dasar
pendidikan kebangsaan sebelum ini yang kurang menitikberatkan perpaduan negara dan
memajukan aspek sosial, ekonomi dan politik untuk membangunkan bangsa dan
negara.Jawatankuasa ini diketuai oleh Tun Dr Mahathir Mohamad yang pada ketika itu ialah
Menteri Pelajaran Malaysia. Laporan Jawatankuasa Kabinet, 1979, yang menitikberatkan
aspek nilai hanya diistiharkan pada tahun 1998 dan dijelmakan secara rasmi melalui Falsafah
Pendidikan Negara pada tahun 1988. Ciri-ciri Laporan Kabinet 1979 adalah seperti berikut;

1. Penegasan kepada pendidikan asas 3M (membaca, menulis dan mengira)


2. Penegasan kepada pendidikan kerohanian yang kukuh dan unsur-unsur
disiplin yang diingini
3. Penegasan kepada kurikulum ala Malaysia
4. Pendidikan menengah atas melalui dua jurusan, akademik dan vokasional
5. Peluang melanjutkan persekolahan dari 9 tahun ke 11 tahun
6. Melicinkan tatacara pengurusan pelajaran meningkatkan mutu pelajaran
keseluruhan

Implikasi Laporan Kabinet 1979 ini penggubalan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)
dilaksanakan yang bertujuan untuk menyatupadukan rakyat Malaysia yang terdiri daripada
masyarakat majmuk supaya dapat hidup dalam perpaduan yang harmonis. Kurikulum ini telah
mula dilaksanakan di semua sekolah rendah bermula pada tahun 1982 di 305 buah sekolah
rendah dan pada tahun pelaksanaan penuh di semua sekolah rendah seluruh negara.
Perakuan 2(a) Laporan Jawatankuasa Kabinet mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran
dalam Laporan (1979) menyatakan, “Kementerian Pelajaran mengambil langkah-langkah
tertentu supaya pendidikan di peringkat rendah bercorak pendidikan asas dengan memberikan
penegasan kepada pendidikan dalam membaca, menulis, dan mengira (3M)”. KBSR dibentuk
berdasarkan perakuan 57 (a) Laporan Jawatankuasa Kabinet iaitu kurikulum sekolah rendah
hendaklah dirancang bagi membolehkan pelajar mencapai kemahiran dalam tiga asas iaitu
bidang komunikasi, bidang manusia dan alam sekitar dan bidang perkembangan diri individu

UMS
TZ10103

sesuai dengan keperluan, minat, bakat, dan kemampuan mental serta kesediaan pelajar
(Laporan Jawatankuasa Kabinet,1979).

Terdapat tiga komponen dalam KBSR. Pertama, komponen komunikasi iaitu


kemahiran asas (membaca, menulis, dan mengira), bahasa, dan matematik. Kedua, manusia
dan alam sekitar terdiri daripada kerohanian, nilai dan sikap, kemanusiaan dan alam sekitar,
pendidikan agama Islam, pendidikan moral dan alam dan manusia. Ketiga, perkembangan diri
individu yang terdiri daripada kesenian dan rekreasi, muzik, pendidikan seni dan pendidikan
jasmani, dan kesihatan.

Peringkat sekolah rendah terbahagi kepada dua tahap. Tahap I iaitu tahun 1 hingga
tahun 3 manakala tahap II iaitu tahun 4 hingga tahun 6. Semua mata pelajaran yang
ditawarkan diperingkat ini adalah merupakan pelajaran ‘teras’ iaitu mata pelajaran yang wajib
dipelajari oleh pelajar pada tahap I dan II. Penerapan nilai-nilai murni melalui sistem
pendidikan dalam mata pelajaran yang ditawarkan (nilai murni merentasi kurikulum) juga
diperkenalkan (Abdullah Sani, 2005: 174-175). Ringkasnya, berdasarkan Laporan
Jawatankuasa Kabinet, 1979, peranan pendidikan tidak lagi hanya ditumpukan kepada
perpaduan negara dan pengeluaran sumber tenaga manusia, tetapi pendidikan turut
ditumpukan kepada pembentukan keperibadian insan selaras dengan pembangunan
kemanusiaan.
Walau bagaimanapun, setelah 10 tahun pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah
semakan semula dilaksanakan dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)
diperkenalkan pada tahun 1993 yang mendukung cita-cita murni dan unggul selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Dasar Pendidikan dan Wawasan 2020, globalisasi dan
pengunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) diperkenalkan. Draf baharu Sukatan
Pelajaran Tahun 1 disediakan pada November 1992dan mula dilaksanakan di beberapa buah
sekolah sebagai percubaan seterusnya dilaksanakan sepenuhnya pada Disember 1994.

Penekanan utama dalam KBSR (1993) yang baharu ini ialah konsep bersepadu yang
terdiri dariapada unsur pengetahuan, kemahiran dan nilai digabungkan supaya wujud
kesepaduan dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Kurikulum ini juga merangkumi
aspek teori dan amali serta nilai murni bagi melahirkan insan yang seimbang. Pembelajaran di
bilik darjah diperkukuhkan melalui aktiviti kokurikulum.

UMS
TZ10103

Kurikulum ini mempunyai kelebihan seperti berikut:

(a) Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, serta kelancaran bahasa
dipertingkatkan, serta memupuk nilai murni
(b) Merangsang pembelajaran secara keseluruhan (holistik)
(c) Kadar pemgembangan murid adalah mengikut individu
(d) Kebolehan minat dan keperluan murid yang pelbagai diambil kira.

2.1.5 Akta Pendidikan (1996)

Menurut Akta Pendidikan tahun 1996, Falsafah Pendidikan Negara tahun 1988, telah
digantikan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan pada tahun 1996 (Kementerian
Pendidikan, 1999). Falsafah Pendidikan Kebangsaan, 1996, telah menetapkan matlamat
pendidikan negara dengan jelas, iaitu pendidikan ke arah melahirkan insan, masyarakat dan
warganegara yang baik. Falsafah Pendidikan Kebangsaan, 1996, berbunyi :

“ Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah lebih


memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruhdan bersepadu untuk
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. “

FIKIR! Penerokaan Lanjutan

1. Jelaskan faktor-faktor yang menyebabkan semakan semula Kurikulum Baru Sekolah

Rendah 1982 yang membawa kepada penggubalan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

1989.

UMS
TZ10103

REKA BENTUK KURIKULUM

KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH

KOMUNIKASI

Kemahiran Asas

(Membaca, Menulis & Mengira)

MURID

MANUSIA DENGAN ALAM PERKEMBANGAN DIRI


SEKELILINGNYA INDIVIDU

Kerohanian, Nilai dan Sikap Kesenian dan Rekreasi


Kemanusiaan dan
Muzik
Persekitaran
Seni Visual
Pendidikan Islam
Pendidikan Jasmani
Pendidikan Moral
Kemahiran Hidup
Pendidikan Sivik &

(Sumber; Pusat Perkembangan Kurikulum, 1999)

UMS
TZ10103

Dengan termaktubnya Akta 1996 ini, maka Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)
semakan semula dilaksanakan dan dengan itu Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah yang
baharu diperkenalkan dan mula dilaksanakan pada tahun 1999 sebagai perintis di beberapa
buah sekolah untuk menambahbaik kandungan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
(1993). Penggubalan KBSR ini bertujuan untuk melahirkan murid yang berperibadi seimbang
dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani (Pusat Perkembangan Kurikulum,
2000).

Konsep Sekolah Bestari juga diperkenalkan dan pelbagai modul pembelajaran telah
disediakan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum sebagai alternatif membantu guru-guru
memahami dan melaksanakan strategi pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid.
Antara modul tersebut ialah

(a) Modul Akses Pembelajaran Kendiri

(b) Belajar Cara Belajar

(c) Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam Pengajaran dan


Pembelajaran

(d) Pengajaran Berasaskan Kajian Masa Depan

(e) Kemahiran Berfikir dalam Pengajaran dan Pembelajaran

(f) Pembelajaran Secara Kontruktivisme

(g) Pembelajaran Secara Kontekstual

(h) Pembelajaran Masteri

(i) Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Sehubungan dengan itu, sekolah hendaklah mengguna pakai Sukatan Pelajaran bagi semua
mata pelajaran KBSR edisi tahun 2000 yang diterbitkan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia dan dicetak oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Bagi Huraian Sukatan
Pelajaran pula sekolah hendaklah mengguna pakai edisi tahun 2002 bagi setiap
Tahun/Tingkatan mata pelajaran berkenaan yang diterbitkan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 11/2002).

UMS
TZ10103

Semakan semula pada KBSR (1999) telah dibuat pada tahun 2002 implikasi daripada Dasar
Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.
Dasar ini digubal berasaskan hakikat bahawa Sains dan Matematik adalah bidang ilmu yang
sangat dinamik dengan pelbagai penemuan baru dan sebahagian besar maklumat yang
berkaitan dengannya terdapat dalam Bahasa Inggeris. Matlamat akhir dasar ini adalah
membolehkan murid mengakses maklumat yang berkaitan melalui pelbagai media supaya
mereka mampu menguasai ilmu Sains dan Matematik dan lebih berdaya saing di peringkat
antarabangsa di samping melahirkan generasi yang kukuh dalam penggunaan bahasa Inggeris
(Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 11/2002). Secara umumnya, perubahan besar penggunaan
KBSR dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah ialah;

(a) penerapan nilai dalam pengajaran dan pembelajaran


(b) penguasaan dan aplikasi kemahiran asas dalam aktiviti harian
(c) menyusun semula kemahiran belajar daripada yang paling atas kepada yang
paling kompleks mengikut topik mengulang kaji sukatan bagi setiap mata
pelajaran
(d) mengintegrasikan penyelesaian masalah dan arithmetik perniagaan ke dalam
topik berkaitan seperti wang, ukuran panjang dan berat
(e) mata pelajaran Alam dan Manusia dibahagikan kepada dua matapelajaran iaitu
Sains dan Kajian Tempatan
(f) pengunaan Bahasa Inggeris dalam pengajaran Matematik, Sains dan semua
matapelajaran teknikal bagi Tahun 1 sekolah rendah.
(g) pengunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pengajaran dan
pembelajaran Matematik dan Sains.

FIKIR! Penerokaan Lanjutan

1. Bincangkan kepentingan elemen kesepaduan diterapkan dalam Kurikulum Bersepadu


Sekolah Rendah dari aspek pembangunan akademik dan sahsiah murid-murid

UMS
TZ10103

2.1.6 Transformasi Kurikulum Pendidikan

” Proses menyeluruh dalam transformasi pendidikan negara perlu


dilaksanakan segera seiring dengan perubahan pantas pertumbuhan
ekonomi Malaysia. Hanya dengan transformasi pendidikan yang berkesan
mampu menghasilkan modal insan yang benar-benar boleh membawa
negara ke tahap pembangunan ekonomi lebih baik berasaskan kreativiti
dan inovasi. Transformasi ini pasti akan memperbaiki kualiti sekolah-
sekolah kita dan membolehkan generasi muda kita menonjolkan potensi
sebenar untuk berjaya dalam persaingan ekonomi global yang semakin
mencabar,”

(Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Pelajaran Malaysia, 2010)

Transformasi pendidikan ialah perubahan terancang bertujuan untuk membangunkan


pendidikan secara sistematik, dan penyediaan pendidikan yang berkualiti sebagai memastikan
murid-murid di sekolah mendapat manfaat sepenuhnya daripada persekitaran sekolah dalam
pemerolehan ilmu pengetahuan untuk melengkapkan mereka dan di masa yang sama
mempunyai nilai-nilai murni yang unik sebagai rakyat Malaysia. Dengan itu, satu proses
perubahan yang holistik kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkan
perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran,
bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah perlu dilakukan sejajar dengan perubahan
keperluan semasa.

Senario sekarang ialah perubahan yang tidak terancang kian cepat dan pantas
implikasi arus globaisasi dan dunia tanpa sempadan. Bagi institusi sekolah, perubahan ini
tidak dapat dielakkan kerana ianya berfungsi dalam dunia yang sentiasa berubah, memerlukan
sekolah turut berubah untuk mengadaptasikan dengan persekitaran global. Oleh yang
demikian, untuk mengekalkan keberkesanan dan prestasi yang lebih optimum, sekolah perlu
berubah kerana struktur kurikulum sedia ada (KBSR) agak kurang relevan dan efisien, untuk
menghasilkan insan cemerlang yang berpengetahuan luas, sesuai dengan warga negara masa
depan, tetapi mengikut acuan yang digarapkan oleh FPK. Transformasi pendidikan ini juga
diharapkan akan berupaya mewujudkan suasana perpaduan yang lebih erat dalam kalangan
masyarakat berbilang kaum di negara ini

UMS
TZ10103

TRANSFORMASI PENDIDIKAN
(ELEMEN – ELEMEN PEMBENTUKAN KSSR)

BENTUK

BAHAN ORGANISASI

PENGURUSAN
KSSR KANDUNGAN
KURIKULUM

PERUNTUKAN
PENTAKSIRAN
MASA

PEDAGOGI

(Sumber; Pusat Perkembangan Kurikulum, 2010)

Sehubungan dengan itu, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah digubal
berpaksikan keperluan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006 -2010 yang dicetuskan
oleh mantan perdana menteri Tun Sri Abdullah Ahmad Badawi. Dasar membangunkan
modal insan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran serta menghayati nilai-nilai murni
seperti yang digariskan dalam Teras 2 PIPP. Matlamat utama dasar ini ialah memastikan anak
bangsa Malaysia dipupuk semangat menguasai ilmu pengetahuan, kemahiran dan kompetensi
serta menerapkan nilai- nilai murni. Dasar ini akhirnya direalisasikan dalam Kurikulum
Standard Sekolah Rendah seperti yang diumumkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku
Menteri Pelajaran.

UMS
TZ10103

Buat peringkat permulaan, sebanyak 500 buah sekolah telah menjalani uji rintis mulai 31 Mac
2009 sehingga akhir Jun 2009. Sebanyak 50 buah sekolah akan menjalani uji rintis semua
mata pelajaran manakala sekolah selebihnya akan menjalani uji rintis dalam mata pelajaran
terpilih. Bermula tahun 2011, semua sekolah akan menggunakan satu kurikulum baru yang
dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Kurikulum ini akan
dijalankan secara berperingkat di seluruh Malaysia bermula tahun 1 2011 (Pusat
Perkembangan Kurikulum, 2010). Kurikulum ini selaras dengan perkembangan dan
permintaan semasa yang menuntut modal insan yang lebih berkualiti sejajar dengan zaman
yang serba maju dan canggih kini.

REKA BENTUK KURIKULUM PERSEKOLAHAN


Komunikasi
Penggabungjalinan
kemahiran bahasa secara
lisan dan bukan lisan semasa
Sains & Teknologi berinteraksi Kerohanian, Sikap &
Penguasaan pengetahuan sains,
kemahiran dan sikap saintifik
Nilai
Penghayatan amalan
Penguasaan pengetahuan dan
agama,
kemahiran matematik
kepercayaan, sikap
Penguasaan pengetahuan dan
dan nilai
kemahiran berasaskan
teknologi Insan
seimbang Kemanusiaan
Perkembangan Penguasaan ilmu dan
Fizikal & Estetika amalan tentang
Perkembangan jasmani dan kemasyarakatan dan alam
kesihatan untuk kesejahteraan sekitar setempat, negara
diri dan global
Pemupukan daya imaginasi,
imaginasi, Penghayatan semangat
kreativiti,
kreativiti, bakat dan apresiasi patriotisme dan perpaduan
Keterampilan Diri
Pemupukan kepimpinan dan
sahsiah diri melalui aktiviti 2
kurikulum dan kokurikulum

(Sumber; Pusat Perkembangan Kurikulum, 2010)

UMS
TZ10103

Berdasarkan rekabentuk kurikulum transformasi tersebut dapat dilihat terdapat enam tunjang
yang membawa kepada perkembangan individu secara seimbang dengan pemikiran kreatif
dan kritis serta mempunyai pemikiran inovasi yang tinggi. Setiap tunjang ini mempunyai
penegasan dan fokus tersendiri iaitu kategori bidang ilmu yang relevan dengan keperluan
setiap tunjang. Dalam tunjang yang pertama iaitu Tunjang Komunikasi memberi penekanan
kepada proses menggabungjalinkan kemahiran berbahasa semasa berinteraksi. Interaksi yang
dimaksudkan sama ada berlaku dalam bentuk verbal dan juga non-verbal dalam bahasa
pengantara yang digunakan bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di bilik
darjah. Melalui tunjang komunikasi, murid didedahkan dengan kemahiran berbahasa seperti
mendengar, bertutur, membaca dan menulis selain nilai tambah kemahiran menaakul. Murid
dituntut menguasai kemahiran-kemahiran di bawah bidang pembelajaran dalam tunjang
komunikasi kerana ia memberi kesan kepada proses pemerolehan ilmu pengetahuan,
kemahiran dan nilai dalam tunjang-tunjang yang lain.

Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai iaitu tunjang yang kedua pula menekankan
aspek kerohanian, sikap dan nilai perlu dibangunkan dengan berkesan supaya insan yang
dihasilkan melalui sistem pendidikan negara memahami, menghayati dan seterusnya
mengamal nilai dan norma kemasyarakatan yang mencerminkan keperibadian yang menepati
identiti Malaysia. Tunjang ini juga memberi penekanan kepada bidang pembelajaran yang
fokus kepada pengamalan ilmu agama dan kepercayaan, sikap dan nilai. Maka, bidang ilmu
yang relevan dengan perkara tersebut seperti Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral menjadi
teras kepada ini.

Tunjang ketiga iaitu Tunjang Kemanusiaan yang dibina sejajar dengan keperluan
Pendidikan di Malaysia yang bertanggungjawab menyediakan individu yang bukan hanya
memahami, malah menghayati dan mengamalkan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai
berkaitan kemasyarakatan & alam sekitar setempat, negara & global. Kesedaran tentang
perkara ini akan mendorong kepada pengupayaan konsep pembangunan berterusan
(sustainable development) dan pembangunan sumber tenaga berterusan (sustainable and
renewal energy). Selain itu, tunjang ini juga memberi penekanan kepada penghayatan
semangat patriotisme dan perpaduan. Dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum,
budaya dan agama, agenda perpaduan perlu dijadikan agenda utama yang menjadi teras
kepada usaha pembangunan negara. Di samping itu, semangat patriotisme perlu ditanam
dalam diri individu bermula dari peringkat awal persekolahan lagi. Oleh yang demikian,
Tunjang Kemanusiaan memberi ruang untuk perkembangan dan pembangunan ilmu,
UMS
TZ10103

kemahiran dan nilai yang ada perkaitannya dengan bidang ilmu Sains Sosial seperti
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, Sejarah, Geografi dan unsur-unsur Pendidikan Alam
Sekitar.

Seterusnya, Tunjang Ketrampilan Diri yang menjurus kepada salah satua agenda
pembangunan modal insan iaitu pembentukan individu yang mempunyai keperibadian
berketrampilan (Towering Personality). Individu tersebut mempamerkan ciri-ciri seperti
mempunyai jati diri yang kukuh, berdaya saing, berilmu pengetahuan, berintegriti, patriotik,
rasional dalam tindakan dan mengamalkan nilai murni dalam kehidupan hariannya. Ciri-ciri
ini tidak mampu dijelmakan dan dinilai melalui pentaksiran bertulis. Namun, pengamalan dan
penghayatan nilai dan ciri tersebut mampu ditonjolkan melalui penglibatan dalam aktiviti
(kurikulum) dan kegiatan kokurikulum yang dilaksanakan di peringkat sekolah, daerah
mahupun kebangsaan. Tunjang Ketrampilan Diri memberi tumpuan kepada pemupukan
kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti kokurikulum. Penglibatan dalam aktiviti
sedemikian memberi ruang dan peluang kepada individu murid untuk menyepadukan
pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik darjah dan mengamalkannya dalam
penglibatan dalam kegiatan kokurikulum di luar sekolah. Penglibatan dalam kegiatan
kokurikulum memberi peluang kepada murid memperkembangkan potensi diri sebagai
pemimpin kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara.

Tunjang Fizikal dan Estetika pula merupakan tunjang yang mendukung hasrat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu untuk melahirkan insan seimbang dari segi jasmani,
rohani, emosi dan inteleknya. Kesihatan jasmani murid menjamin pembangunan potensi
murid dalam domain yang lain. Perkembangan jasmani dan kesihatan murid harus selari
dengan keperluan fizikal dan peringkat umur dan tahap kematangan murid. Bidang
pembelajaran yang berkaitan ilmu Pendidikan Jasmani dan Kesihatan merupakan teras ilmu
dalam menterjemahkan hasrat tunjang ini. Selain aspek fizikal, potensi estetika murid juga
perlu diberi penekanan. Potensi estetika merujuk kepada pemupukan kreativiti, bakat dan
apresiasi yang dapat digunakan dalam melahirkan ekspresi diri. Kreativiti, bakat dan apresiasi
dapat dipupuk melalui amalan dan latihan dalam bidang ilmu kesenian terutamanya
pendidikan seni visual da muzik.

Sejajar dengan perkembangan komunikasi teknologi maklumat, rekabentuk Tunjang


Literasi Sains dan Teknologi adalah bertujuan untuk memenuhi keperluan tersebut impak
cabaran abad ke-21 menuntut supaya modal insan yang dibangunkan perlu dilengkapi dengan

UMS
TZ10103

ilmu, kemahiran dan nilai berteraskan sains dan teknologi. Di peringkat asas, murid perlu
menguasai pengetahuan, kemahiran dan sikap saintifik berkaitan numerasi, proses sains,
kemahiran menganalisis di samping kemahiran ICT. Murid perlu memahami konsep nombor
dan kemahiran asas mengira. Penguasaan kedua-dua aspek ini dapat membantu murid
mengendalikan urusan harian secara berkesan dan penuh tanggungjawab. Pengetahuan dan
kemahiran asas sains menjadikan murid celik sains dan menyediakan mereka dengan peluang
untuk menguasai kemahiran proses sains melalui kegiatan penyiasatan saintifik yang boleh
diaplikasikan dalam pelbagai situasi dan pengalaman seharian murid. Ledakan maklumat,
globalisasi dan konsep dunia tanpa sempadan menuntut murid disediakan dengan literasi
Teknologi Maklumat dan Komunikasi supaya kekal relevan dengan keperluan semasa dan
masa akan datang. Capaian maklumat melalui kemudahan jalur lebar atau infrastuktur internet
tanpa wayar semakin menjadi kebiasaan dalam kehidupan seharian. Kemudahan ini perlu
digunakan secara berkesan dan optimum supaya manfaat kemudahan transaksi maklumat
(transfer of information) ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua.

INSANKSSR digubal berasaskan Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Standard


Kandungan ialah pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh
lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan
nilai. Standard Pembelajaran ialah satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran
dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan. Penekanan adalah elemen
yang berorientasikan kreativiti dan inovasi, keusahawanan, teknologi maklumat dan
komunikasi. KSSR digubal berdasarkan standard adalah mengambil kira beberapa faktor
seperti; ;

a) Memastikan semua murid melepasi standard yang ditetapkan.


b) Penetapan ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu diukur dengan jelas.
c) Mengenal pasti strategi penambahbaikan (assessment for learning).

d) Mengatasi masalah murid keciciran dalam pembelajaran.


e) Pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah

Berbanding dengan KBSR, seseorang guru akan dibekalkan dengan Sukatan Pelajaran dan
Huraian Sukatan Pelajaran yang dilengkapi dengan Pemetaan Huraian Sukatan Pelajaran,
sebagai panduan untuk menyediakan Rancangan Pengajaran Tahunan dan Rancangan
Pengajaran Harian di peringkat sekolah. Murid – murid pula dibekalkan dengan buku teks.

UMS
TZ10103

Manakala KSSR pula guru-guru akan menggunakan Dokumen Standard yang terdiri daripada
Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran, Modul Pengajaran (Exemplar)turut
disediakan sebagai panduan untuk guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran serta
Modul Pembelajaran adalah untuk bahan pembelajaran untuk murid untuk menggantikan
buku teks.
Penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam
suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.
Satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur
bagi setiap standard kandungan. KSSR diharap dapat meningkatkan penguasaan murid-murid
sekolah rendah khususnya dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Pendekatan teknik
pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih menarik dan interaktif di mana ia
melibatkan penggunaan dua bahasa tersebut serta meningkatkan penguasaannya bagi guru-
guru untuk mengajar dalam subjek Matematik dan Sains sejajar dengan matlamat kerajaan

Pelbagai penambahbaikan yang terkandung dalam KSSR hasil daripada KBSR yang
telah sedia ada. Penambahbaikan tersebut ialah dengan menambahkan elemen kreativiti dan
inovasi di dalam kurikulum, corak pengajaran dan proses pembelajaran serta sistem penilaian
perlu diterapkan dalam pendidikan negara bagi menghasilkan modal insan yang berdaya
saing. Fokus utama KSSR iaah kemahiran asas ICT, perkembangan fizikal, kognitif, sikap
dan nilai bagi Tahap 1 manakala Tahap II, penekanan kurikulum diberikan kepada
pengukuhan dan aplikasi kemahiran 4M serta menguasai kemahiran yang lebih kompleks,
perkembangan fizikal, kognitif, sikap dan nilai. Pengajaran dan pembelajaran adalah
berasaskan bidang ilmu seperti yang terangkum dalam 6 tunjang kurikulum.

2.2 RUMUSAN

Perubahan dalam arus globalisasi memerlukan perubahan yang seimbang dengan kurikulum
pendidikan di negara ini. Bertujuan agar murid-murid yang menjadi pelapis generasi akan
datang tidak ketinggalan dalam arus pemodenan dunia. Sehubungan dengan itu,
penambahbaikan dalam KBSR telah dilakukan dalam sistem pendidikan negara dengan
mewujudkan KSSR secara berperingkat-peringkat dengan harapan dapat memenuhi aspirasi
negara ke arah negara maju.

UMS
TZ10103

FIKIR! Penerokaan Lanjutan

1. Bincangkan perbandingan antara KBSR dan KSSR dari aspek;

a) bentuk
b) organisasi
c) kandungan
d) peruntukan masa
e) pedagogi
f) pentaksiran
g) pengurusan kurikulum
h) bahan

UMS