GMGM 3023 Kepemimpinan Dalam Pengurusan Awam Soalan 2
GMGM 3023 Kepemimpinan Dalam Pengurusan Awam Soalan 2
SOALAN 2
Pendahuluan
Organisasi diwujudkan untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Tercapai atau
tidaknya matlamat organisasi bergantung kepada keberkesanan kepemimpinan yang
diamalkan oleh pemimpin dalam organisasi tersebut. Organisasi memerlukan
kepemimpinan efektif yang akan membawa organisasi ke arah kecemerlangan dan
keberkesanan.
Pemimpin dalam sesebuah organisasi mempunyai peranan dan tanggungjawab kepada
berbagai pihak. Beliau berperanan memastikan bahawa organisasi yang dipimpinnya
menyumbang dan memenuhi keperluan kesemua pihak ini. Pihak-pihak tersebut ialah
organisasi itu sendiri, pekerja, persekitaran dan negara.
Tajuk-tajuk dibincangkan
Bahagian 1: PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB PEMIMPIN DALAM ORGANISASI
1. Kepada Organisasi
2. Kepada pekerja
3. Kepada persekitaran
4. Kepada negara
Bahagian 2: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEPEMIMPINAN DALAM ORGANISASI
5. Faktor pemimpin
6. Faktor organisasi
7. Faktor persekitaran
Bahagian 3: ISU-ISU KEPEMIMPINAN DALAM ORGANISASI
8. Wanita dan kepemimpinan.
9. Maklumat, teknologi dan komunikasi (ICT)
10.Ideologi
11.Diversiti
Kepada Organisasi
Beberapa peranan pemimpin kepada organisasi iaitu:
Membentuk visi dan objektif organisasi
Pemimpin berperanan dan bertanggung jawab membentuk visi dan objektif bagi
mencipta kejayaan dan meningkatkan produktiviti serta keuntungan organisasi yang
dipimpinnya.
Menyampai dan menerangkan pelaksanaan visi dan objektif kepada warga organisasi
Visi dan objektif ini perlu difahami oleh semua individu dalam sesebuah organisasi
supaya mereka sama-sama berkongsi visi dan objektif organisasi dan seterusnya
melaksanakan apa yang telah digariskan. Pemimpin memainkan peranan penting dalam
meyakinkan pengikutnya untuk bergerak dan merealisasikan visi dan objektif ini.
Kepada pekerja
Mengikut pengertian yang mudah, kepemimpinan ialah aktiviti mempengaruhi individu
supaya berusaha secara sukarela untuk mencapai objektif kumpulan atau organisasi.
Beberapa peranan pemimpin kepada pekerja ialah:
Peranan Personal
1. Ketua – bertanggungjawab mentadbir para pekerja.
2. Pemimpin- mendorong pekerja kearah mencapai matlamat organisasi.
3. Penghubung- menghubungkan antara individu dan kumpulan sesama pekerja.
Peranan Penerimaan dan Penyampaian Maklumat
1. Peneraju- mendapatkan maklumat semasa daripada pekerja dan menyelaraskan
urusan organisasi.
2. Penyebar- memaklumkan kepada pekerja dari masa ke semasa tentang
organisasi.
3. Jurucakap- menjadi jurucakap mewakili pekerja dan organisasi apabila
berhubung dengan pihak luar sama ada menerangkan tentang dasar,
perancangan atau apa sahaja maklumat berhubung pekerjanya.
Kepada negara
Peranan dan tanggungjawab pemimpin ialah memastikan organisasinya itu membantu
ke arah pembangunan negara. Ini dapat dilakukan dengan memimpin para pekerja dan
organisasinya dalam membantu menyediakan sumber-sumber yang diperlukan dalam
hal pembangunan negara.
Contoh terbaik ialah konsep Persyarikatan Malaysia di mana pihak swasta dan pihak
kerajaan bergabung tenaga membangunkan negara bagi mencapai taraf negara maju
menjelang 2020. Pemimpin bagi kedua-dua organisasi iaitu swasta dan kerajaan
bersama-sama berperanan menggembleng segala kepakaran dan gunatenaga
organisasi masing-masing mencurahkan sumbangan mereka terhadap pembangunan
negara. Beberapa peranan pemimpin kepada negara ialah:
Mengekalkan keharmonian
Pemimpin perlu memastikan keharmonian terutamanya jika organisasi yang
dipimpinnya mengandungi pelbagai kaum.
Menjana pembangunan
Setiap pengikut inginkan kehidupan yang selesa. Oleh itu pemimpin perlulah
mengusahakan pembangunan sama ada dari perspektif material dan spiritual agar
kehidupan rakyat sejahtera.
Faktor pemimpin
Pemimpin memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi kepemimpinan
dalam sesuatu organisasi. Pemimpin yang bijak adalah mereka yang mampu
mengaplikasikan kepemimpinan yang mampu mencungkil, membentuk dan
menyalurkan setiap sumber yang ada pada pengikutnya kearah kecemerlangan
organisasi.
Corak kepemimpinan
Lazimnya pemimpin mengamalkan beberapa corak kepemimpinan yang sesuai dengan
kehendak, keperluan dan kemampuan pengikut. Antara corak kepemimpinan yang
selalu dipraktikkan ialah:
1. Sesuai dengan kebolehan dan kemampuan pengikut.
2. Berupaya memenuhi permintaan dan matlamat organisasi.
3. Pencetus inovasi dan pendorong untuk membawa organisasi lebih berdaya saing
dan berdaya maju.
4. Memenuhi kehendak stakeholder.
Fungsi kepemimpinan
Terdapat beberapa fungsi kepemimpinan yang perlu dimainkan oleh pemimpin.
Antaranya ialah:
Fungsi antara personal
Dalam fungsi antara personal, pemimpin bertindak sebagai seorang ketua dan
penghubung antara golongan atasan dan golongan bawahan.
Fungsi penyampaian dan penerimaan maklumat
Bagi fungsi penyampaian dan penerimaan maklumat, seseorang pemimpin itu bertindak
sebagai peneraju, penyebar dan jurucakap atau jurubicara bagi pengikutnya.
Pengaruh pemimpin
Pengaruh sering ditafsirkan sama seperti kuasa. Sebenarnya kuasa dan pengaruh
adalah dua konotasi yang berbeza. Maimunah (1990) mendefinisikan pengaruh sebagai
kebolehan individu mengawasi tingkahlaku orang lain supaya berfungsi dalam
kelompok. Terdapat beberapa faktor yang menentukan pengaruh pemimpin daln
kelompok. Antaranya ialah:
1. Personaliti.
2. Jawatan dan tugas.
3. Kemahiran khusus yang dimiliki.
4. Latar belakang keluarga.
5. Pemilikan harta dan sumber-sumber.
Faktor organisasi
Faktor organisasi berkait rapat dengan struktur pentadbiran, polisi dan misi sesebuah
organisasi. Organisasi yang mempunyai struktur pentadbiran yang jelas, kemas dan
sistematik akan memudahkan koordinasi kerja dan pengawalan tindakan ahli didalam
organisasi tersebut. Ia juga memudahkan pemimpin untuk bertindak dan membuat
keputusan yang jelas dan tepat dalam setiap aktiviti dan situasi. Di samping itu, ia
menyediakan satu suasana yang kondusif untuk proses penurunan kuasa
(empowerment) berlaku dalam organisasi.
Faktor persekitaran
Setiap organisasi memang dipengaruhi oleh persekitaran. Kesan persekitaran kepada
organisasi merupakan satu fungsi bersandar dan saling mempengaruhi antara satu
sama lain. Pemimpin yang berwibawa sepatutnya mengekalkan hubungan baik di
antara fungsi organisasi dengan persekitarannya.
Sebagai contoh, pemimpin di sesebuah organisasi mestilah mengekalkan hubungan
yang baik dan erat dengan kesatuan sekerja yang ada di dalam organisasi tersebut.
Jika ini dapat dicapai, matlamat organisasi untuk meningkatkan produktiviti dan dalam
masa yang sama mengekalkan keharmonian antara pekerja akan dapat dicapai secara
berkesan.
Selain daripada persekitaran dalam sesuatu organisasi, faktor persekitaran luaran juga
mempengaruhi kepemimpinan dalam organisasi. Sebagai contoh, faktor persekitaran
luaran seperti tuntutan melaksanakan tanggungjawab sosial terhadap pembangunan
negara, pemeliharaan alam sekitar, pembanterasan jenayah, vandalisme dan kempen
masyarakat penyayang mempengaruhi kepemimpinan sesuatu organisai itu untuk lebih
peka dan prihatin terhadap masyarakat luas.
Secara tidak langsung pemimpin organisasi yang prihatin kepada faktor-faktor luaran ini
akan menyerlahkan nilai dan norma organisasi yang positif kepada seluruh warga
organisasi. Ini berupaya mewujudkan budaya kerja dan sikap prihatin individu dan
organisai terhadap masyarakat umum.
Kepemimpinan adalah satu topik yang hangat diperbahaskan kerana secara dasarnya
setiap individu adalah pemimpin; setidak-tidaknya dalam diri sendiri. Semakin
kompeksnya sistem sosial, semakin banyak diperkatakan mengenai kepemimpinan yang
diamalkan oleh seseorang pemimpin.
Penerimaan pengikut
Pengikut biasanya mempunyai tanggapan yang tersendiri apabila wanita menjadi
pemimpin. Wujud pelbagai tanggapan yang menjadi cabaran dan halangan kepada
pemimpin wanita. Halangan dan cabaran tersebut adalah:
1. Kepelbagaian rol
2. Stereotaip
3. Penerimaan keluarga, masyarakat dan organisasi
4. Biologikal
5. Pengharapan kendiri
IDEOLOGI
Setiap pemimpin memiliki ideologi yang tersendiri dalam mengimplimentasikan
kepemimpinan. Ideologi pemimpin lebih mudah dianalisis jika pemimpin itu menjadi
ketua negara. Kepemimpinannya akan menyerlahkan apakah ideologi disebalik
perancangan, keputusan dan tindakan. Memahami ideologi pemimpin menjadi satu
kelebihan kepada pengikut kerana mereka boleh memahami dan menjangkakan
bagaimana pemimpin akan bertingkahlaku. Kamus Dewan (1996) ideologi
dimengertikan sebagai fahaman (ajaran) yang dipakai atau dicita-citakan untuk dasar
pemerintahan dan lain-lain.
Setiap pemimpin mempunyai ideologinya yang tersendiri. Ideologi seseorang pemimpin
lazimnya berkait rapat dengan agama, budaya dan nilai yang sedia ada dalam dirinya.
DIVERSITI
Peranan pemimpin dalam era ICT tidak lagi hanya sebagai pencetus, membentuk dan
perancang kepada pembangunan dan perkembangan masyarakat, organisasi dan
negara sahaja. Peranan mereka semakin meluas iaitu pemimpin turut berperanan
sebagai pencetus perubahan, membina idea, pentadbir yang mahir, ahli teknologi dan
pelbagai peranan lain.
Corak kepemimpinan telah berubah iaitu kepemimpinan telah merentasi batu
sempadan, garisan kehidupan dan budaya setempat. Kepemimpinan meletakkan
pemimpin dalam situasi konflik iaitu konflik peranan, konflik nilai, konflik perlakuan,
konflik tugas dan konflik budaya.
Kelemahan
Antara beberapa kelemahan kepemimpinan dalam diversiti ialah:
1. Tidak semua pemimpin dapat menyesuaikan diri dalam era yang semakin
kompleks dan menuntut kepada pemilikan pelbagai pengetahuan dan kemahiran.
2. Kepemimpinan seseorang pemimpin mudah terdedah kepada kecaman kerana
pengikut menjadi penilai yang kritis.
3. Pengikut mungkin menuntut pemimpin melaksanakan tanggungjawab yang
bukan dalam bidang kepakarannya.
4. Diversiti untuk mencapai matlamat kumpulan menjadi lebih rumit, mencabar dan
sukar sekiranya konflik yang wujud tidak dapat diurus dengan sempurna.
Penutup
Faktor-faktor yang mempengaruhi kepemimpinan di dalam sesebuah organisasi. Telah
membincangkan tentang ciri-ciri yang berkaitan dengan faktor pemimpin berdasarkan
pandangan Islam dan Barat. Dibincangkan juga faktor-faktor yang ada pada organisasi
dan persekitaran yang mempengaruhi kepemimpinan sesebuah organisasi.
Pemimpin mempunyai tanggungjawab dan peranan yang penting dalam organisasi
kerana setiap unit dalam organisasi yang diketuainya memerlukan kepekaan, sikap,
sentuhan, wawasan dan kepakarannya. Pemimpin yang memiliki ciri-ciri pemimpin
yang baik, akan memandu organisasinya kearah kecemerlangan dan tidak melupakan
tanggungjawabnya terhadap pekerja, persekitaran dan negara.
Kepemimpinan menjadi semakin kompleks apabila dunia memasuki era ICT. Keadaan
menjadi bertambah kompleks apabila konsep diversiti menuntut pemimpin tidak lagi
hanya berlandaskan sumber dan kemampuan yang sedia dimiliki untuk kekal menjadi
pemimpin.
Diversiti menuntut pemimpin memperkaya dan memperkasakan diri agar segala
kemahuan, kehendak, tuntutan dan matlamat masyarakat, organisasi dan negara dapat
direalisasikan. Malahan wanita mula diterima dan diiktiraf sebagai pemimpin.
Kepemimpinan wanita yang dulunya menjadi isu besar, telah tidak lagi menjadi isu
ekoran ICT dan konsep diversiti memberikan wanita peluang, ruang dan kesempatan
yang luas.