Anda di halaman 1dari 18

GMGM 3023 KEPEMIMPINAN DALAM PENGURUSAN AWAM

SOALAN 2

1.0 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB PEMIMPIN DALAM ORGANISASI

Pendahuluan
Organisasi diwujudkan untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Tercapai atau
tidaknya matlamat organisasi bergantung kepada keberkesanan kepemimpinan yang
diamalkan oleh pemimpin dalam organisasi tersebut. Organisasi memerlukan
kepemimpinan efektif yang akan membawa organisasi ke arah kecemerlangan dan
keberkesanan.
Pemimpin dalam sesebuah organisasi mempunyai peranan dan tanggungjawab kepada
berbagai pihak. Beliau berperanan memastikan bahawa organisasi yang dipimpinnya
menyumbang dan memenuhi keperluan kesemua pihak ini. Pihak-pihak tersebut ialah
organisasi itu sendiri, pekerja, persekitaran dan negara.
Tajuk-tajuk dibincangkan
Bahagian 1: PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB PEMIMPIN DALAM ORGANISASI
1. Kepada Organisasi
2. Kepada pekerja
3. Kepada persekitaran
4. Kepada negara
Bahagian 2: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEPEMIMPINAN DALAM ORGANISASI
5. Faktor pemimpin
6. Faktor organisasi
7. Faktor persekitaran
Bahagian 3: ISU-ISU KEPEMIMPINAN DALAM ORGANISASI
8. Wanita dan kepemimpinan.
9. Maklumat, teknologi dan komunikasi (ICT)
10.Ideologi
11.Diversiti
Kepada Organisasi
Beberapa peranan pemimpin kepada organisasi iaitu:
Membentuk visi dan objektif organisasi
Pemimpin berperanan dan bertanggung jawab membentuk visi dan objektif bagi
mencipta kejayaan dan meningkatkan produktiviti serta keuntungan organisasi yang
dipimpinnya.

Menyampai dan menerangkan pelaksanaan visi dan objektif kepada warga organisasi
Visi dan objektif ini perlu difahami oleh semua individu dalam sesebuah organisasi
supaya mereka sama-sama berkongsi visi dan objektif organisasi dan seterusnya
melaksanakan apa yang telah digariskan. Pemimpin memainkan peranan penting dalam
meyakinkan pengikutnya untuk bergerak dan merealisasikan visi dan objektif ini.

Menggembleng kepakaran kesemua warga organisasi


Dalam membina satu pasukan yang teguh, pemimpin perlu menggembleng semua
tenaga dalam organisasi berdasarkan kepakaran masing-masing untuk bersama-sama
berganding bahu merealisasikan visi dan objektif organisasi. Pemimpin seperti nakhoda,
mengemudikan seluruh anak kapal bagi mengharungi cabaran organisasi dan
seterusnya meningkatkan produktiviti organisasi,

Kepada pekerja
Mengikut pengertian yang mudah, kepemimpinan ialah aktiviti mempengaruhi individu
supaya berusaha secara sukarela untuk mencapai objektif kumpulan atau organisasi.
Beberapa peranan pemimpin kepada pekerja ialah:

Peranan Personal
1. Ketua – bertanggungjawab mentadbir para pekerja.
2. Pemimpin- mendorong pekerja kearah mencapai matlamat organisasi.
3. Penghubung- menghubungkan antara individu dan kumpulan sesama pekerja.
Peranan Penerimaan dan Penyampaian Maklumat
1. Peneraju- mendapatkan maklumat semasa daripada pekerja dan menyelaraskan
urusan organisasi.
2. Penyebar- memaklumkan kepada pekerja dari masa ke semasa tentang
organisasi.
3. Jurucakap- menjadi jurucakap mewakili pekerja dan organisasi apabila
berhubung dengan pihak luar sama ada menerangkan tentang dasar,
perancangan atau apa sahaja maklumat berhubung pekerjanya.

Peranan membuat Keputusan


1. Pengusaha- Pemimpin berperanan dan bertanggung jawab mencetus idea bagi
mempertingkatkan produktiviti pekerja.
2. Penyelamat kekecohan- bertindak sebagai penyelamat kekecohan yang berlaku
antara pekerja.
3. Penyedia sumber- Menyediakan sumber-sumber yang diperlukan oleh pekerja
seperti perkakasan, bantuan kewangan dan sebagainya.
4. Perunding – Pemimpin bertanggungjawab sebagai wakil pekerja dan organisasi
menjalankan rundingan samada di luar atau di dalam bagi menyelesaikan
masalah dengan berkesan.

Peranan pembangun sumber manusia


1. Perancang strategik – merancang strategi untk membangunkan dan
mengptimumkan sumber manusia untuk jangkamasa pendek, sederhana dan
panjang.
2. Perekabentuk dan pembangun sistem – merekabentuk program, intervensi
strategi dan perlaksaan program pembangunan sumber manusia.
3. Pakar – menjadi pakar rujuk dalam segala aspek yang bersangkutan dengan
pembangunan sumber manusia.
Kepada persekitaran
Pemimpin bertanggungjawab melaksanakan tanggungjawab sosial dan membantu
agensi-agensi luar yang memerlukan sumbangan organisasi yang dipimpinnya. Apabila
terdapat satu sinergi antara organisasi yang dipimpinnya dengan persekitaran,
kerjasama ini akan membuahkan berbagai kejayaan dan dalam masa yang sama
membantu pihak-pihak lain mencapai kejayaan mereka pula. Ini juga akan
mengelakkan organisasi yang dipimpinnya daripada mementingkan keuntungan
organisasi semata-mata dan lebih relevan terhadap tuntutan dan keperluan
persekitaran.

Beberapa peranan pemimpin kepada persekitaran ialah:


Persekitaran dalam pemahaman yang mudah ialah segala elemen yang berada
disekeliling sistem kehidupan mahkluk bernyawa yang sama ada secara langsung atau
tidak langsung mempengaruhi kehidupan. Oleh yang demikian, sebagai pemimpin,
mereka mempunyai beberapa peranan terhadap persekitran. Antaranya ialah:
Penghasilan produk yang berkualiti
Memastikan produk yang dihasil dan berikan kepada pengguna adalah berkualiti.
Produk yang dihasilkan perlulah memenuhi kriteria yang ditetapkan. Di mana produk
tersebut tidak menjejaskan atau membahayakan pengguna.
Penawaran perkhidmatan yang berkualiti
Pemimpin perlu memastikan perkhidmatan yang diberikan kepada pengikut atau
pengguna adalah berkualiti dan menepati standard. Kegagalan menawarkan
perkhidmatan yang berkualitui akan menjejaskan nama baik organisasi dan mungkin
imej nya sendiri. Malahan memungkinkan wujudnya tanggapan kurang sihat daripada
pengikut dan pengguna yang akhirnya akan membawa orgganisasi ke kancah masalah.
Memastikan keharmonian
Pemimpin juga berperanan memastikan ketenteraman, keharmonian dan kesejahteraan
kepada kelompok pimpinannya. Kepemimpinan yang gagal mendorong kepada
kesejahteraan, keharmonian dan ketenteraman akan menyebabkan pengikut sukar
menerima pemimpin yang akhirnya akan merugikan semua pihak.

Pengawal alam sekitar


Kepemimpinan juga menuntut pemimpin memastikan sebarang keputusan, tindakan
dan cara perlaksanaan sama sekali tidak menjejskan alam sekitar, sama ada berbentuk
pencemaran atau pelanggaran akta alam sekitar.

Kepada negara
Peranan dan tanggungjawab pemimpin ialah memastikan organisasinya itu membantu
ke arah pembangunan negara. Ini dapat dilakukan dengan memimpin para pekerja dan
organisasinya dalam membantu menyediakan sumber-sumber yang diperlukan dalam
hal pembangunan negara.

Contoh terbaik ialah konsep Persyarikatan Malaysia di mana pihak swasta dan pihak
kerajaan bergabung tenaga membangunkan negara bagi mencapai taraf negara maju
menjelang 2020. Pemimpin bagi kedua-dua organisasi iaitu swasta dan kerajaan
bersama-sama berperanan menggembleng segala kepakaran dan gunatenaga
organisasi masing-masing mencurahkan sumbangan mereka terhadap pembangunan
negara. Beberapa peranan pemimpin kepada negara ialah:

Mengekalkan keharmonian
Pemimpin perlu memastikan keharmonian terutamanya jika organisasi yang
dipimpinnya mengandungi pelbagai kaum.

Mengharumkan nama negara


Pemimpin menjadi cermin kepada negara. Mereka bukan sahaja memimpin
sekelompok pengikut setempat, kemungkinan menjadi pemimpin di peringkat
antarabangsa adalah besar. Pemimpin perlu membawa imej yang baik kerana
kegagalan memberikan imej yang baik akan menyebabkan pihak luar membina
tanggapan kepada negara yang diwakili oleh pemimpin tersebut.

Menambah hasil negara


Pemimpin menjadi agen yang merangka, merancang, membina dan membentuk dana
untuk menghasilkan pendapatan kepada negara. Pemimpin yang bijak, adalah
pemimpin yang dapat meningkatkan dana negara dan seterusnya meningkatkan taraf
hidup rakyat.

Menjana pembangunan
Setiap pengikut inginkan kehidupan yang selesa. Oleh itu pemimpin perlulah
mengusahakan pembangunan sama ada dari perspektif material dan spiritual agar
kehidupan rakyat sejahtera.

2.0 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEPEMIMPINAN DALAM


ORGANISASI

Faktor pemimpin
Pemimpin memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi kepemimpinan
dalam sesuatu organisasi. Pemimpin yang bijak adalah mereka yang mampu
mengaplikasikan kepemimpinan yang mampu mencungkil, membentuk dan
menyalurkan setiap sumber yang ada pada pengikutnya kearah kecemerlangan
organisasi.

Ciri-ciri yang ada pada pemimpin


Kepemimpinan memerlukan pemimpin memiliki ciri-ciri yang sejajar dengan kehendak,
matlamat dan keperluan organisasi atau pengikut. Beberapa ciri sebagai pemimpin
ialah:
1. Berilmu pengetahuan.
Seorang pemimpin hanya akan dapat melaksanakan peraturan,hukum-hakam
sekiranya dia berilmu. Tanpa pengetahuan, seseorang pemimpin akan membawa
organisasinya kearah jalan yang kabur dan tiada petunjuk yang jelas.
2. Adil.
Seseorang pemimpin mestilah bersifat adil untuk mempastikan organisasinya
berada dalam keadaan yang harmoni, toleransi dan bebas daripada ketegangan,
konflik yang boleh memecah-belahkan pengikut-pengikutnya.
3. Kesanggupan.
Seseorang pemimpin itu mesti sanggup melaksanakan apa jua undang-undang
yang telah digariskan oleh organisasinya, sanggup menentang musuh dan
sanggup mentadbir bagi kepentingan umum mahupun keseluruhan organisasi.
4. Kuat.
Yang dimaksudkan dengan kuat ialah berkemampuan dari segi fizikal, mental
dan spiritual untuk memimpin sesebuah organisasi itu.
5. Kecerdasan
Umumnya pemimpin perlulah lebih cerdas daripada pengikut. Sebagai
contohnya, pemimpin ang memiliki IQ yang tinggi mampu memotivasi membawa
pengikut untuk melakukan perubahan.
6. Keperibadian
Aspek ini merujuk kepada inisiatif dan kemampuan pemimpin untuk
melaksanakan sesuatu tanggungjawab yang diamanahkan serta menonjlkan
sikap yang tidak mudah mengaku kalah.
7. Kemampuan menyelia
Pemimpin perlulah mempunyai kebolehan menyelia segala aktiviti yang
dilaksanakan oleh pengikut untuk memastikan matlamat organisasi dicapai.
8. Kebijaksanaan
Adalah penting pemimpin mempunyai daya kebijaksanaan yang tinggi kerana
antara fungsi pemimpin ialah menyelesaikan masalah pengikut. Kebijaksanaan
yang dimiliki akan menyebabkan pengikut lebih menghormati.
9. Kematangan sosial dan emosi
Pemimpin perlulah mempunyai kekuatan emosi khususnya apabila berhadapan
dengan situasi yang mengguris perasan. Malah pemimpin perlu memiliki
kematangan sosial di mana dengan nya akan memudahkan proses pertukaran
maklumat, pembentukkan idea dan membina hubungan.
10.Bersikap positif terhadap orang lain
Pemimpin perlulah bersedia menerima kelebihan dan kekurangan pengikut serta
tidak memperkecilkan kelemahan pengikut . pemimpin juga perlu bersedia
membantu pengikut membangunkan potensi diri mereka.
11.Optimisme
Pemimpin adalah simbol dan model yang berpengaruh di kalangan pengikut.
Sikap optimis pemimpin mampu menjadi pemangkin untuk pengikut menigkatkan
kemampuan dan sekaligus mendorong pengikut bertindak lebih efektif.

Corak kepemimpinan
Lazimnya pemimpin mengamalkan beberapa corak kepemimpinan yang sesuai dengan
kehendak, keperluan dan kemampuan pengikut. Antara corak kepemimpinan yang
selalu dipraktikkan ialah:
1. Sesuai dengan kebolehan dan kemampuan pengikut.
2. Berupaya memenuhi permintaan dan matlamat organisasi.
3. Pencetus inovasi dan pendorong untuk membawa organisasi lebih berdaya saing
dan berdaya maju.
4. Memenuhi kehendak stakeholder.

Fungsi kepemimpinan
Terdapat beberapa fungsi kepemimpinan yang perlu dimainkan oleh pemimpin.
Antaranya ialah:
Fungsi antara personal
Dalam fungsi antara personal, pemimpin bertindak sebagai seorang ketua dan
penghubung antara golongan atasan dan golongan bawahan.
Fungsi penyampaian dan penerimaan maklumat
Bagi fungsi penyampaian dan penerimaan maklumat, seseorang pemimpin itu bertindak
sebagai peneraju, penyebar dan jurucakap atau jurubicara bagi pengikutnya.

Fungsi membuat keputusan.


Bagi fungsi membuat keputusan, seseorang pemimpin itu berperanan sebagai
pengusaha kearah pembuatan keputusan, penyelesai kepada kekecohan akibat
pembuatan keputusan, penyedia sumber dan perunding dalam menentukan sesuatu
keputusan organisasi.

Pengaruh pemimpin
Pengaruh sering ditafsirkan sama seperti kuasa. Sebenarnya kuasa dan pengaruh
adalah dua konotasi yang berbeza. Maimunah (1990) mendefinisikan pengaruh sebagai
kebolehan individu mengawasi tingkahlaku orang lain supaya berfungsi dalam
kelompok. Terdapat beberapa faktor yang menentukan pengaruh pemimpin daln
kelompok. Antaranya ialah:
1. Personaliti.
2. Jawatan dan tugas.
3. Kemahiran khusus yang dimiliki.
4. Latar belakang keluarga.
5. Pemilikan harta dan sumber-sumber.

Faktor organisasi
Faktor organisasi berkait rapat dengan struktur pentadbiran, polisi dan misi sesebuah
organisasi. Organisasi yang mempunyai struktur pentadbiran yang jelas, kemas dan
sistematik akan memudahkan koordinasi kerja dan pengawalan tindakan ahli didalam
organisasi tersebut. Ia juga memudahkan pemimpin untuk bertindak dan membuat
keputusan yang jelas dan tepat dalam setiap aktiviti dan situasi. Di samping itu, ia
menyediakan satu suasana yang kondusif untuk proses penurunan kuasa
(empowerment) berlaku dalam organisasi.

Ciri-ciri peranan pemimpin konteks organisasi


Terdapat beberapa ciri yang mempengaruhi peranan pemimpin dalam konteks
organisasi iaitu:
1. Budaya organisasi boleh mempengaruhi corak kepemimpinan seseorang
pemimpin.
2. Kemudahan yang dimiliki dalam organisasi mampu menentukan corak
kepemimpinan.
3. Pemilikan sumber organisasi iaitu sumber manusia dan bukan manusia boleh
mempengaruhi kepemimpinan.

Kriteria yang mempengaruhi peranan pemimpin


Secara asasnya terdapat enam kriteria utama yang mempengaruhi peranan pemimpin
dalam konteks organisasi iaitu:
1. Saiz dan struktur organisasi.
2. Polisi, norma dan budaya organisasi.
3. Kuasa dan kedudukan pemimpin.
4. Sistem ganjaran.
5. Struktur dan kesukaran tugas.
6. Prestasi pengikut.

Faktor persekitaran
Setiap organisasi memang dipengaruhi oleh persekitaran. Kesan persekitaran kepada
organisasi merupakan satu fungsi bersandar dan saling mempengaruhi antara satu
sama lain. Pemimpin yang berwibawa sepatutnya mengekalkan hubungan baik di
antara fungsi organisasi dengan persekitarannya.
Sebagai contoh, pemimpin di sesebuah organisasi mestilah mengekalkan hubungan
yang baik dan erat dengan kesatuan sekerja yang ada di dalam organisasi tersebut.
Jika ini dapat dicapai, matlamat organisasi untuk meningkatkan produktiviti dan dalam
masa yang sama mengekalkan keharmonian antara pekerja akan dapat dicapai secara
berkesan.

Selain daripada persekitaran dalam sesuatu organisasi, faktor persekitaran luaran juga
mempengaruhi kepemimpinan dalam organisasi. Sebagai contoh, faktor persekitaran
luaran seperti tuntutan melaksanakan tanggungjawab sosial terhadap pembangunan
negara, pemeliharaan alam sekitar, pembanterasan jenayah, vandalisme dan kempen
masyarakat penyayang mempengaruhi kepemimpinan sesuatu organisai itu untuk lebih
peka dan prihatin terhadap masyarakat luas.
Secara tidak langsung pemimpin organisasi yang prihatin kepada faktor-faktor luaran ini
akan menyerlahkan nilai dan norma organisasi yang positif kepada seluruh warga
organisasi. Ini berupaya mewujudkan budaya kerja dan sikap prihatin individu dan
organisai terhadap masyarakat umum.

Faktor yang mempengaruhi kepemimpinan


Terdapat nenerapa faktor yang secara khususnya mempengarhi kepemimpinan dalam
konteks persekitaran. antara faktor tersebut adalah:
1. Sosial
a. Budaya
b. Penglibatan wanita
2. Teknologi
3. Ekonomi
4. Politik
5. Globalisasi

3.0 ISU-ISU KEPEMIMPINAN DALAM ORGANISASI

Kepemimpinan adalah satu topik yang hangat diperbahaskan kerana secara dasarnya
setiap individu adalah pemimpin; setidak-tidaknya dalam diri sendiri. Semakin
kompeksnya sistem sosial, semakin banyak diperkatakan mengenai kepemimpinan yang
diamalkan oleh seseorang pemimpin.

WANITA DAN KEPEMIMPINAN


Secara umumnya wanita mempunyai hak dalam kepemimpinan. Setiap individu sama
ada lelaki atau wanita yang dipertanggungjawabkan mengurus atau memimpin orang
lain dalam kelompok yang kecil atau besar, atau dipertanggungjawabkan mengurus
sesuatu kerja dinamakan pemimpin dan bertanggungjawab ke atas pimpinannya.
Northouse (1997) menyatakan bahwa kaum wanita semakin memainkan peranan yang
penting dalam kepemimpinan dan mereka cenderung untuk menggerakkan jentera
kepemimpinan seiring dengan kaum lelaki.

BENTUK KEPIMPINAN WANITA

Kepemimpinan wanita pada diri sendiri


Kepemimpinan wanita kepada diri sendiri adalah dengan mempertingkatkan kualiti diri
ke arah yang lebih mantap, matang, dan cemerlang iaitu dengan berilmu, bertaqwa,
berakhlak mulia dan beramal soleh.
Wanita yang memiliki sifat-sifat positif ini akan dapat melahirkan kepemimpinan melalui
teladan kepada anggota keluarganya sendiri dan masyarakat awam, sama ada secara
formal atau tidak formal. Selain daripada itu, sifat positif ini juga dapat menjadikan
seseorang wanita itu pemimpin sejati, tokoh yang dihormati dan disanjung tinggi.

Kepemimpinan wanita dalam rumahtangga


Kepemimpinan wanita dalam rumahtangga adalah sebagai pengurus kepada
rumahtangga suaminya. Pendidik dan pembimbing kepada orang-orang yang menetap
bersama-samanya seperti keluarga dan anak-anaknya.
Umumnya ditanggapi kepemimpinan wanita adalah terbatas dan hanya mencakupi
aspek-aspek tertentu sahaja. Namun begitu, wanita masih memiliki hak dalam bidang
kepemimpinan rumahtangga sebagai pembantu kepada suami, pengurus rumahtangga
dan pemimpin kepada orang yang berada di rumah suaminya.
Bagi menjamin kejayaan kepemimpinan wanita di dalam rumahtangga, wanita perlu
memerlengkapkan diri dengan memiliki ciri-ciri asas suri rumahtangga mengikut
kehendak setempat serta keadaan semasa.

Kepimpinan wanita dalam masyarakat


Wanita sebagai manusia dinamik turut berperanan dan memberi sumbangan pada
pembangunan insan, agama dan Negara. Kepemimpinan wanita bersifat sepadu iaitu
kepemimpinan yang menitikberatkan di antara pembangunan material dan rohani.
Matlamat kepemimpinan wanita di dalam pembangunan insan adalah bagi membina
masyarakat yang maju, berilmu, berkemahiran, berkualiti, di samping masyarakat yang
mempunyai akhlak yang baik, bermoral, berhemah tinggi, dan hubungan sesama
manusia. Maka dengan itu, kepemimpinan wanita di dalam masyarakat bersifat
bersepadu, terikat dan seimbang.

Kepemimpinan wanita dalam organisasi


Kepemimpinan wanita dalam organisasi semakin diterima dan diiktiraf sejajar dengan
perkembangan semasa. Wanita yang menduduki sesuatu jawatan penting dalam
organisasi mempunyai kuasa, tanggungjawab dan peranan yang tersendiri yang secara
langsung mempengaruhi perjalanan dan perkembangan organisasi tersebut.

Penerimaan pengikut
Pengikut biasanya mempunyai tanggapan yang tersendiri apabila wanita menjadi
pemimpin. Wujud pelbagai tanggapan yang menjadi cabaran dan halangan kepada
pemimpin wanita. Halangan dan cabaran tersebut adalah:
1. Kepelbagaian rol
2. Stereotaip
3. Penerimaan keluarga, masyarakat dan organisasi
4. Biologikal
5. Pengharapan kendiri

Kepemimpinan wanita dan era globalisasi


Wanita semakin diterima sebagai pemimpin dan kepemimpinan mereka diakui dan
diikhtiraf. Di Malaysia sebagai contoh, semakin ramai wanita dilantik, dipilih atau
diwakilkan sebagai pemimpin. Globalisasi menjadi pembuka ruang dan peluang kepada
kaum wanita untuk terus melibatkan diri dalam kepemimpinan di masyarakat,
organisasi dan negara.

MAKLUMAT, KOMUNIKASI DAN TEKNOLOGI (ICT)


Globalisasi telah mengecilkan sempadan dunia sehingga interaksi antarabangsa tidak
lagi terhad kepada aktiviti-aktiviti ekonomi semata-mata tetapi juga mencakupi isu-isu
sosial seperti hak asasi manusia dan alam sekitar. Dalam masa yang sama,
pembangunan maklumat, komunikasi dan teknologi (ICT) telah menyemarakkan lagi
perkembangan dan melengkapkan proses globalisasi. Fungsi kepemimpinan dalam era
ICT juga menjadi semakin kompleks dan mencabar.

Cabaran kepemimpinan dalam era ICT


Cabaran di era globalisasi adalah cukup hebat. Sebagai pemimpin, seseorang itu
perlulah mengenalpasti dan tahu bagaimana untuk menyahut cabaran di era ini. Antara
cabarannya ialah:
1. Menguasai perubahan teknologi maklumat dan komunikasi.
2. Keupayaan berinteraksi dengan baik.
3. Pembangunan dan pembentukkan pengikut.
4. Pekerja berilmu.
5. Penyelidikan dan pembangunan.
6. Rantaian dan jaringan hubungan.
7. Mewujudkan persekitaran pencapaian tinggi.
Trend mempengaruhi kepemimpinan dalam era ICT
Terdapat beberapa trend yang secara langsung mempengaruhi kepemimpinan di era
ICT, antaranya ialah:
1. Globalisasi dan liberalisasi
2. Teknologi maklumat dan komunikasi
3. Pegangan terhadap nilai-nilai kerohanian dan agama
4. Peralihan kepada Knowledge Economy (K. economy)
5. Perubahan sosial
6. Taraf pendidikan
7. Perubahan perundangan dan peraturan
8. Peningkatan peranan dan kepemimpinan wanita

IDEOLOGI
Setiap pemimpin memiliki ideologi yang tersendiri dalam mengimplimentasikan
kepemimpinan. Ideologi pemimpin lebih mudah dianalisis jika pemimpin itu menjadi
ketua negara. Kepemimpinannya akan menyerlahkan apakah ideologi disebalik
perancangan, keputusan dan tindakan. Memahami ideologi pemimpin menjadi satu
kelebihan kepada pengikut kerana mereka boleh memahami dan menjangkakan
bagaimana pemimpin akan bertingkahlaku. Kamus Dewan (1996) ideologi
dimengertikan sebagai fahaman (ajaran) yang dipakai atau dicita-citakan untuk dasar
pemerintahan dan lain-lain.
Setiap pemimpin mempunyai ideologinya yang tersendiri. Ideologi seseorang pemimpin
lazimnya berkait rapat dengan agama, budaya dan nilai yang sedia ada dalam dirinya.

Keistimewaan ideologi pada pemimpin


Terdapat beberapa keistimewaan ideologi pada pemimpin iaitu:
1. Batu asas untuk pembentukan corak kepemimpinan.
2. Pemimpin tahu hala tuju dalam kepemimpinan.
3. Pengikut faham dan sedar bagaimana pemimpin ingin memandu mereka.
Kelemahan
Juga, terdapat beberapa kelemahan ideologi pada seseorang pemimpin iaitu:
1. Kemungkinan pemimpin terlalu taksub mengimplikasikan ideologi sehingga lupa
kepada tuntutan dan perkembangan semasa.
2. Pengikut mungkin tidak boleh menerima ideologi pemimpin.
3. Kegagalan melaksanakan ideologi menyebabkan pemimpin kehilangan pengaruh.
4. Pertentangan ideologi pemimpin dengan pengikut boleh menyebabkan keadaan
tidak stabil.

DIVERSITI
Peranan pemimpin dalam era ICT tidak lagi hanya sebagai pencetus, membentuk dan
perancang kepada pembangunan dan perkembangan masyarakat, organisasi dan
negara sahaja. Peranan mereka semakin meluas iaitu pemimpin turut berperanan
sebagai pencetus perubahan, membina idea, pentadbir yang mahir, ahli teknologi dan
pelbagai peranan lain.
Corak kepemimpinan telah berubah iaitu kepemimpinan telah merentasi batu
sempadan, garisan kehidupan dan budaya setempat. Kepemimpinan meletakkan
pemimpin dalam situasi konflik iaitu konflik peranan, konflik nilai, konflik perlakuan,
konflik tugas dan konflik budaya.

Ciri-ciri kepemimpinan dalam diversiti


Wujudnya beberapa cirri kepemimpinan dalam konteks ini iaitu:
1. Peranan dan tanggungjawab pemimpin semakin kompleks.
2. Kepemimpinan menuntut kepada pengorbanan, kewangan, masa dan semangat
yang padu.
3. Pemimpin dan pengikut saling peka dan mengambil tahu aktiviti dan tindakan
satu sama lain.
4. Kepemimpinan menjadi satu kerjaya dan memberikan pendapatan.
5. Fenomena konflik menjadi sebahagian daripada rutin pemimpin dan pengurusan
konflik menjadi keperluan.
Kekuatan
Antara beberapa kekuatan diversiti dalam kekepimpinan ialah:
1. Pemimpin sentiasa bersedia melengkapkan pengetahuan dan kemahiran dalam
pelbagai bidang.
2. Pemimpin mampu menjadi rol model.
3. Kepemimpinan menyebabkan seseorang pemimpin merentasi sempadan dan
landasan setempat.
4. Kepemimpinan menuntut pemimpin untuk memiliki kepelbagaian pengetahuand
an kemahiran.

Kelemahan
Antara beberapa kelemahan kepemimpinan dalam diversiti ialah:
1. Tidak semua pemimpin dapat menyesuaikan diri dalam era yang semakin
kompleks dan menuntut kepada pemilikan pelbagai pengetahuan dan kemahiran.
2. Kepemimpinan seseorang pemimpin mudah terdedah kepada kecaman kerana
pengikut menjadi penilai yang kritis.
3. Pengikut mungkin menuntut pemimpin melaksanakan tanggungjawab yang
bukan dalam bidang kepakarannya.
4. Diversiti untuk mencapai matlamat kumpulan menjadi lebih rumit, mencabar dan
sukar sekiranya konflik yang wujud tidak dapat diurus dengan sempurna.

Penutup
Faktor-faktor yang mempengaruhi kepemimpinan di dalam sesebuah organisasi. Telah
membincangkan tentang ciri-ciri yang berkaitan dengan faktor pemimpin berdasarkan
pandangan Islam dan Barat. Dibincangkan juga faktor-faktor yang ada pada organisasi
dan persekitaran yang mempengaruhi kepemimpinan sesebuah organisasi.
Pemimpin mempunyai tanggungjawab dan peranan yang penting dalam organisasi
kerana setiap unit dalam organisasi yang diketuainya memerlukan kepekaan, sikap,
sentuhan, wawasan dan kepakarannya. Pemimpin yang memiliki ciri-ciri pemimpin
yang baik, akan memandu organisasinya kearah kecemerlangan dan tidak melupakan
tanggungjawabnya terhadap pekerja, persekitaran dan negara.
Kepemimpinan menjadi semakin kompleks apabila dunia memasuki era ICT. Keadaan
menjadi bertambah kompleks apabila konsep diversiti menuntut pemimpin tidak lagi
hanya berlandaskan sumber dan kemampuan yang sedia dimiliki untuk kekal menjadi
pemimpin.
Diversiti menuntut pemimpin memperkaya dan memperkasakan diri agar segala
kemahuan, kehendak, tuntutan dan matlamat masyarakat, organisasi dan negara dapat
direalisasikan. Malahan wanita mula diterima dan diiktiraf sebagai pemimpin.
Kepemimpinan wanita yang dulunya menjadi isu besar, telah tidak lagi menjadi isu
ekoran ICT dan konsep diversiti memberikan wanita peluang, ruang dan kesempatan
yang luas.

Anda mungkin juga menyukai