Anda di halaman 1dari 1

Guru merupakan orang yang mendidik jasmani, rohani,mental dan emosi murid dengan

ilmu, kemahiran dan ketrampilan dalam melahirkan insan yang bakal menjadi warga yang
berguna kepada agama, bangsa dan negara. Para pendidik hari ini juga memainkan peranan
penting dalam usaha merealisasikan aspirasi negara. Para pendidik hari ini juga memainkan
peranan penting dalam usaha merealisasikan aspirasi negara, mewujudkan perpaduan kaum bagi
menjamin keamanan dan kesejahteraan. Guru merupakan agen kepada keberkesanan pendidikan.

Antara cara untuk memantapkan profesion perguruan di Malaysia ialah memantapkan


latihan perguruan. Pemilihan calon-calon guru haruslah bukan sahaja dari kecemerlangan
akademik dan sahsiah, malah juga perlu memiliki cirri-ciri keguruan, bersungguh-sungguh ingin
menjadi guru, bangga dengan profesionnnya dan yakin dengan kebolehannya untuk memikul
amanah, memupuk generasi yang boleh diletakkan sebaris dengan bangsa-bangsa lain. Kriteria
pemilihan wajar merangkumi maklumat bakal guru berasaskan data penilaian taksiran sahsiah,
bakat kecerdasan dan pencapaian akademik dalam peperiksaan awam. Dalam hal ini,
pengenalpastian cirri dan kriteria berkenaan boleh dilakukan dengan mengenalpasti amalan-
amalan utama oleh pendidik guru serta amalan-amalan oleh guru yang dipilih sebagai guru
cemerlang atau “master teacher”.
Seterusnya ialah menambah baik persekitaran kerja dan kebajikan guru. Melalui strategi
menyediakan persekitaran kerja yang kondusif dan penempatan guru mengikut opsyen dan
keperluan, mutu kerja guru-guru akan meningkat. Keperluan tempat tinggal di kawasan luar
bandar, pedalaman dan bandar besar akan disediakan melalui pembinaan kuarters baharu. Bilik-
bilik darjah juga akan dibaik pulih bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P)
lebih berkesan. Penempatan guru mengikut opsyen merupakan langkah yang amat bijak. Hal ini
kerana, guru-guru akan lebih mudah berkomunikasi antara satu sama lain dengan lebih berkesan
tentang masalah-masalah P&P dan sebagainya. Ini akan dapat meningkatkan tahap pencapaian
murid sekaligus memartabatkan profesion keguruan.

Selain itu juga, Memperkasa Kerjaya Perguruan. Untuk mengiktiraf kemampuan guru sebagai
pendidik yang berwibawa, dicadangkan agar guru diberi kuasa (empowerment) dan kebebasan
dalam membuat keputusan untuk melakukan yang terbaik kerana guru lebih mengetahui apa
yang berlaku di bilik darjah. Penerununan kuasa ke peringkat sekolah akan melahirkan perasaan
tanggungjawab dan komitmen tinggi dalam kalangan guru. Langkah ini akan member keselesaan
kepada guru untuk bertindak di bilik darjah tanpa sebarang tekanan.

Kesimpulannya, Bidang pendidikan sentiasa bergerak maju ke hadapan. Perubahan-


perubahan yang berlaku adalah untuk memenuhi kehendak negara merealisasikan hasrat
wawasan 2020. Setiap perubahan yang dilakukan dalam kurikulum pendidikan menjadi satu
cabaran kepada profesion keguruan. Oleh itu,sewajarnya guru sentiasa berusaha
mempertingkatkan kecekapan kemahiran serta menjaga etika profesion keguruan.

Anda mungkin juga menyukai