Anda di halaman 1dari 6

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUN MUTAHIR

73530 BATU BERENDAM, MELAKA.


TEL: 06-3174376
FAX: 06-3171539 Kod Sekolah: MEA 2088

MINIT MESYUARAT PANITIA KEMAHIRAN HIDUP KALI PERTAMA 2011


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUN MUTAHIR

Tarikh : 20 APRIL 2011 (Rabu)


Masa : 11.00 pagi - 12.30 tengah hari
Tempat : Bengkel 3

Kehadiran :
1. En. Low Chor Peng - Ketua Panitia Kemahiran Hidup
2. Cik Nur Fadiah binti Muhammad- Setiausaha
3. Pn. Hasnah binti Seman
4. Pn. Siti Munirah binti Shahari
5. Pn. Eleeza binti Amir
6. Pn. Norazila binti Zakaria
7. Cik Nurhayati Adha binti Kamarudin
8. Cik Siti Norhanes binti Zailani
9. Pn. Khatirina binti Mat Shah
10. Pn. Pon Sau Keng

Tidak hadir bersebab:


1. Tn. Hj Ismail bin Abdullah (GKMP Teknik & Vokasional)
2. En. Yussup Ismail Yusoff
3. Cik saadiah binti Kamar
4. Pn. Rohana binti Mamat

1. UCAPAN PENGERUSI MAJLIS (EN. LOW CHOR PENG)


1.1 Tuan pengerusi mengucapkan salam sejahtera dan mengalu-alukan kedatangan semua
guru atas kesudian menghadiri Mesyuarat Panitia Kemahiran Hidup kali yang kedua
ini.
1.2 Tuan pengerusi juga mengucapkan terima kasih kepada semua ahli panitia yang telah
menjalankan tugas dengan baik selama ini.

2. PEGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU


2.1 Pengerusi membentangkan minit mesyuarat kali pertama 2011. Pn. Eleeza binti Amir
telah mengesahkan minit mesyuarat tersebut dan disokong oleh Pn. Khatirina binti Mat
Shah.
Tindakan : makluman semua guru KH

3. P & P – ANALISIS UJIAN BERKALA 1


3.1 Pengerusi telah memaklumkan tentang analisa keputusan Ujian Berkala 1 adalah seperti
berikut:-
Tingkatan 3 Tingkatan 2 Tingkatan 1
Pilihan 1 (KT) 63.3% 54.1% 55.8%
A = 12 orang A=2 5 orang

Pilihan 4 (PK) 70.9% 57.5% 41.7%


A= 10 orang A= 0 orang 0 orang
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUN MUTAHIR
73530 BATU BERENDAM, MELAKA.
TEL: 06-3174376
FAX: 06-3171539 Kod Sekolah: MEA 2088

3.2 Setelah dianalisa, pengerusi memaklumkan bahawa target 100% tidak dapat dicapai
disebabkan oleh kekangan berikut:
3.2.1 Pelajar sangat lemah dan tidak dapat memahami Bahasa Malaysia dan
seteruskan mereka tidak dapat mengikuti P&P.
3.2.2 Tiada minat belajar dan menganggap matapelajaran KHB tidak penting.
3.2.3 Pelajar yang gagal adalah daripada tingkatan hujung yang bermasalah disiplin
dan dipaksa belajar.
Tindakan : semua guru KH

3.3 Tindakan untuk mengatasi pelajar gagal:-


3.3.1 Program Skor A yang dijalankan bagi Tingkatan 3I, 3A dan 3J membantu
meningkatkan bilangan pelajar yang mendapat A.
3.3.2 Program 30/40 membantu pelajar meningkatkan markah PMR kerana pelajar
diwajibkan mendapat sekurang-kurangnya 30 markah untuk kerja khusus.
3.3.3 Latih tubi pelajar tingkatan 3 membantu mereka meningkatkan pemahaman
dan kecekapan dalam menjawab soalan.
3.3.4 Set Soalan PPD dan soalan negeri lain membantu meningkatkan kemahiran
menjawab soalan.

4. Q NET
4.1 Pengerusi telah memaklumkan target QNet sekolah dan panitia adalah berdasarkan
ujian akhir tahun bagi tingkatan 2 dan 3 manakala tingkatan satu pula adalah
berpandukan ujian berkala 1 (UB 1).
4.2 Pengerusi memaklumkan bahawa peratusan target lulus bagi sekolah ialah 61.0 % dan 39.0 %
pelajar merupakan calon harapan.
4.3 Panitia pula mensasarkan 99 % lulus bagi Kemahiran Hidup pilihan 1 (KT) dan 100 % lulus
bagi Kemahiran Hidup pilihan 4 (PK).
4.4 Pengerusi menyatakan bahawa panitia tidak mensasarkan target 100% bagi Kemahiran Hidup
pilihan 1 kerana semua pelajar kelas hujung mengambil Kemahiran Hidup pilihan 1.
4.5 Ringkasan target QNet bagi panitia dan sekolah adalah seperti berikut:

Target bagi tingkatan 1

Bilangan calon = 228 orang (124 KT & 104 PK)


Target Lulus Keseluruhan Sekolah = 61.0 % (139 orang)
Sasaran Panitia = 99% lulus bagi KT dan 100% bagi PK

Tingkatan 1
Cemerlang (Semua Kumpulan Lulus Kumpulan
M/P A) Harapan
Target sekolah % Bil % Bil % Bil
10.6 24 50.4 115 39.0 89

Target panitia
KH 1 (KT) 24.0 30 75.0 93 1.0 1
KH 4 (PK) 21.0 22 79.0 82 0.0 0
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUN MUTAHIR
73530 BATU BERENDAM, MELAKA.
TEL: 06-3174376
FAX: 06-3171539 Kod Sekolah: MEA 2088

Target bagi tingkatan 2

Bilangan calon = 256 orang (143 KT & 119 PK)


Target Lulus Keseluruhan Sekolah = 61.0 % (160 orang)
Sasaran Panitia = 99% lulus bagi KT dan 100% bagi PK

Tingkatan 2
Cemerlang (Semua Kumpulan Lulus Kumpulan
M/P A) Harapan
Target sekolah % Bil % Bil % Bil
10.6 28 50.4 132 39.0 102

Target panitia
KH 1 (KT) 24.0 35 75.0 107 1.0 0
KH 4 (PK) 21.0 25 79.0 94.0 1 0

Target bagi tingkatan 3

Bilangan calon = 320 orang (143 KT & 119 PK)


Target Lulus Keseluruhan Sekolah = 61.0 % (160 orang)
Sasaran Panitia = 99% lulus bagi KT dan 100% bagi PK

Tingkatan 3
Cemerlang (Semua Kumpulan Lulus Kumpulan
M/P A) Harapan
Target sekolah % Bil % Bil % Bil
10 32 51 163 39.0 125

Target panitia
KH 1 (KT) 24.0 43 75.0 133 1.0 2
KH 4 (PK) 21.0 30 79.0 112 1 0

5. KETETAPAN PELAKSANAAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP 2011


5.1 Pengerusi telah memaklumkan kepada semua guru KH supaya melaksanakan proses
Pengajaran & pembelajaran seperti berikut:
5.1.1 Penggunaan ICT sekurang-kurangnya sekali sebulan.
5.1.2 Berhenti kerja 10 minit lebih awal semasa kerja amali
5.1.3 Membersihkan bengkel, mengemas dan menyimpan alatan & bahan
5.1.4 Peraturan bengkel – beg pelajar tidak dibenarkan letak dalam bengkel
5.1.5 Sukatan Pelajaran dan Rancangan Pelajaran Tahunan – Tingkatan 1,2,3
mengikut minggu yang ditetapkan

5.2 Pengerusi juga telah menerangkan tentang hal-hal berkaitan peperiksaan /ujian yang perlu
diberi perhatian oleh guru KH adalah seperti berikut:
5.2.1 Penyedia soalan dalam jadual yang ditetapkan.
5.2.2 Format soalan mengikut peperiksaan PMR.
5.2.3 Set Soalan & Jawapan, JSU
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUN MUTAHIR
73530 BATU BERENDAM, MELAKA.
TEL: 06-3174376
FAX: 06-3171539 Kod Sekolah: MEA 2088

5.3 Pengerusi menerangkan kapada guru KH tentang latihan pelajar perlu disediakan seperti
berikut:
5.3.1 Buku Nota – setiap pelajar guna satu buku nota.
5.3.2 Buku Latihan – setiap pelajar guna satu buku latihan, buat latihan buku teks
KH bagi setiap bab, latihan tambahan.
5.3.3 Modul Latihan – buat semua soalan dalam modul.
5.3.4 Model Soalan – pelajar tingkatan 1,2,3 semasa ulangkaji.
5.3.5 Soalan Topikal – pelajar tingkatan1,2,3 semasa ulangkaji.

5.4 Pengerusi telah menerangkan kepada guru KH terutamanya guru baru supaya
melaksanakan kerja kursus murid seperti ketetapan berikut:
5.4.1 Modul 1 – tingkatan 1
5.4.2 Modul 2 & 3 – tingkatan 2
5.4.3 Modul 4 – tingkatan3
5.4.4 Pelaksanaan kerja kursus mengikut jadual yang ditetapkan.
5.4.5 Carta Gantt – setiap kelas.
5.4.6 Program 30/40 – gred A/B setiap modul.
5.4.7 Sistem Fail Pelajar – susun mengikut kelas dalam almari besi bengkel.
5.4.8 Pelajar berpindah masuk atau keluar sekolah – guru KH berkenaan.

5.5 Pengerusi telah memaklumkan bahawa pencerapan akan dilaksanakan mengikut jadual
pencerapan sekolah yang telah ditetapkan. Selain daripada itu, disebabkan guru KH
kebanyakan guru baru, guru lama akan bertindak sebagai mentor kepada guru baru.
Senarai guru pembimbing sebagai mentor adalah seperti berikut:
5.5.1 Ting 3 KH-KT Pn Pon Sau Keng
5.5.2 Ting 3 KH-PK Pn Rohana Mamat
5.5.3 Ting 2 KH-KT En. Low Chor Peng
5.5.4 Ting 2 KH-PK En. Yussup Ismail
5.5.5 Ting 1 KH-KT En. Low Chor Peng
5.5.6 Ting 1 KH-PK Pn Hasnah Seman
Tindakan : semua guru KH

6. KERJA KURSUS KH - PERKEMBANGAN STAF (IN HOUSE TRAINING)

6.1 Pengerusi memaklumkan bahawa Guru KH perlu memastikan semua calon PMR perlu
menyiapkan 4 modul Kursus KH iaitu modul 1 bagi tingkatan 1, modul 2 dan 3 bagi
tingkatan 3 dan modul 4 bagi tingkatan3.
6.2 Semua guru KH juga perlu memastikan perlaksanaan modul berjalan seperti ketetapan
yang dirancang seperti jadual di bawah:

Modul Tingkatan Markah Jangka masa pentaksiran


1 1 10 % Januari - Oktober
2 2 10 %
Januari - Oktober
3 2 10 %
4 3 10 % Januari - Julai
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUN MUTAHIR
73530 BATU BERENDAM, MELAKA.
TEL: 06-3174376
FAX: 06-3171539 Kod Sekolah: MEA 2088

6.3 Pengerusi juga menasihati semua guru KH supaya memastikan pelajar menyiapkan
modul KH di dalam masa yang ditetapkan bagi mengelakkan sebarang masalah kepada
guru tingkatan 3.
Tindakan : Semua guru KH

7. PENGURUSAN BENGKEL
7.1 Pengerusi meminta kerjasama semua pengurus bengkel supaya memastikan bengkel
berada dalam keadaan bersih, kemas dan ceria.
7.2 Senarai pengurus bengkel bagi setiap bengkel adalah seperti berikut:-

Bengkel Pengurus bengkel

Bengkel 1 1. Pn. Khatirina binti Mat Shah


2. Pn. Norazila binti Zakaria
Bengkel 2 1. En. Yussup bin Ismail
2. Cik Sadiah binti Kamar
Bengkel 3 1. En. Low Chor Peng

Bengkel 4 1. Pn. Pon Sau Keng


2. Cik Nur Fadiah binti Muhammad
Bengkel 5 1. Pn. Hasnah binti Seman
2. Cik Siti Norhanes
Bengkel 6 1. Pn. Rohana binti Mamat
2. Pn. Aleeza binti Amir
Bengkel 7 1. Pn. Siti Munirah binti Shahari
2. Cik Nurhayati Adha binti Kamarudin

7.3 Pengerusi juga memaklumkan bahawa akan dilaksanakan kod warna bagi setiap bengkel
memudahkan pengecaman bagi setiap alatan bengkel. Hal ini dapat mengelakkan
kehilangan alatan bengkal. Kod warna yang bagi setiap bengkel adalah seperti berikut:

Bengkel Kod warna

Bengkel 1 Kuning

Bengkel 2 Hitam

Bengkel 3 Merah

Bengkel 4 Kelabu

Bengkel 5 Biru

Bengkel 6 Hijau

Bengkel 7 Putih

Tindakan : semua guru KH


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUN MUTAHIR
73530 BATU BERENDAM, MELAKA.
TEL: 06-3174376
FAX: 06-3171539 Kod Sekolah: MEA 2088

8. HAL-HAL LAIN
8.1 Pengerusi memaklumkan belanja setakat bulan ini ialah RM 8,373.80.
8.2 Pengerusi memaklumkan bahawa guru-guru KH boleh meminjam software bank soalan
daripada beliau dan direkodkan.
8.3 Pengurus-pengurus bengkel juga dikehendaki membuat bayaran RM4 bagi setiap cermin
tingkap yang pecah di bengkel seliaan mereka.

Tindakan : semua guru KH

9. UCAPAN PENANGGUHAN
Mesyuarat Panitia Kemahiran Hidup kali kedua 2011 ditangguhkan pada jam 12.30 tengah hari
dengan ucapan terima kasih daripada pengerusi majlis.

Disediakan oleh:

………………………………………..
NUR FADIAH BINTI MUHAMMAD
SETIAUSAHA
PANITIA KEMAHIRAN HIDUP
.

Anda mungkin juga menyukai