Anda di halaman 1dari 3

CATATAN MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 40 SK KUALA GERIS

TARIKH : 16 OKTOBER 2021

HARI : SABTU

MASA : 8.30 MALAM

TEMPAT : LOKASI MASING-MASING (SECARA TALIAN)

PENGERUSI MAJLIS : PN SURIYATI BT HAMZAH

AGENDA :

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI (YDP PIBG EN.WAN ZAHAR BIN WAN AWANG)

1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan ummul kitab.

1.2 Yang DiPertua PIBG En. Wan Zahar Bin Wan Awang mengucapkan ribuan
terima kasih kepada pihak sekolah dan mengalu-alukan kehadiran semua AJK dan
ahli Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Kuala Geris ke
Mesyuarat Agung Tahunan kali ke 40 ini.

1.3 En. Wan Zahar Bin Wan Awang selaku Yang DiPertua PIBG mengucapkan
syukur ke hadrat Ilahi kerana kehadiran para ibu bapa yang menyertai mesyuarat
secara dalam talian pada hari ini. Penyertaan ibu bapa yang ramai pada hari ini
membuktikan para ibu bapa mempunyai komitmen yang tinggi untuk melihat
pencapaian yang cemerlang dalam akademik dan kokurikulum.

1.4. Yang DiPertua PIBG turut berpesan agar saling menjaga diri dan keluarga di
musim pandemik ini. Mesyuarat pada kali ini terpaksa diadakan secara dalam talian
selaras dengan norma baru. Yang Dipertua PIBG turut mengingatkan ibu bapa agar
memberi perhatian dan kerjasama dalam mengendalikan pembelajaran PDPR anak-
anak untuk membantu lagi tugas guru.

1.4 Yang DiPertua PIBG juga amat berharap supaya para ibu-bapa dapat
mengemukakan cadangan-cadangan yang bernas dalam Mesyuarat Agung pada
hari ini supaya wujud satu kesepakatan antara ibu bapa dan guru-guru bagi
pelaksaanan pelbagai program demi kebaikan anak-anak di Sekolah Kebangsaan
Kuala Geris. Untuk tahun depan,sekiranya bersemuka diharapkan lebih banyak
program dianjurkan dan dengan ini,lebih banyak dana yang diperlukan . Ini sekaligus
memerlukan kerjasama yang lebih komited dari PIBG sekolah.
2.0 KATA-KATA ALUAN PENASIHAT PIBG

2.1 Guru Besar mengalu-alukan kehadiran para ibu-bapa secara dalam talian pada
mesyuarat agung kali ke 40 ini.

2.2 Encik Nor Hisham Bin Muhammad juga amat berharap supaya ibu-bapa
mengambil berat pencapaian anak-anak mereka dalam pelajaran dan mahu ibu-
bapa berjumpa dengan pihak sekolah sekiranya ada permasalahan yang timbul
supaya pihak sekolah dapat berbincang dengan para ibu-bapa untuk mencari
kaedah yang sesuai bagi menyelasaikan segala masalah yang timbul.

2.3 Satu majlis penyerahan Smart Tv akan diadakan di antara wakil PIBG dengan
pihak sekolah dan juga majlis perpisahan dengan mantan guru besar En Shamsul
Kamal Bin Abd Rahman.

2.3 Guru Besar juga memaklumkan berkaitan kejayaan murid- murid dan kejayaan
Sk Kuala Geris sepanjang 2020 – 2021. Antara kejayaan tersebut adalah Anugerah
Pusat Sumber Sekolah yang mendapat tempat pertama di peringkat PPD Kuala Krai
dan menjadi wakil ke peringkat Negeri, Kejohanan Olahraga MSSD Kuala Krai yang
merangkul 3 emas dan 1 Gangsa, Kejohanan Olahraga MSS Kelantan yang
mendapat tempat ke 4 bagi acara lontar peluru lelaki. Antara kejayaan lain juga
adalah tiga orang murid telah menyertai Kejohanan Tennis gaya bebas MSSK 2021
dan dua daripada murid tersebut mewakili Kelantan ke peringkat MSSM .

2.4 Encik Nor Hisham Bin Muhammad juga berharap supaya ibu-bapa dapat
mengemukakan pendapat dan cadangan dalam Mesyuarat Agung pada kali ini.
Guru besar juga turut mengingatkan ibu bapa tentang pentingnya pemantauan dan
bimbingan terhadap pengajaran anak-anak. Beliau juga menegaskan yang selepas
ini sekolah akan menjadi ‘second home’ bagi semua murid dan berharap Yang
Berhormat dapat menyumbangkan dana bagi kecerian sekolah.

3.0 PENGESAHAN MINIT

3.1 En. Norzueafrizal Bin Abdul Halim selaku Setiausaha PIBG mengucapkan terima
kasih kepada semua ibu-bapa yang hadir mesyuarat pada kali ini.

3.2 Setiausaha PIBG membentangkan minit mesyuarat agung kali ke 40 bermula


daripada muka surat 7 hingga muka surat 10 dalam Buku Program Mesyuarat
Agung.

3.3 Puan Nor Khazanah Bt Yaacob mencadangkan Minit Mesyuarat Agung PIBG
kali ke 40 diterima dan disahkan.

En.Saifulkaiza Kamalrudi Bin Ismail menyokong .


4.0 PEMBENTANGAN PENYATA KEWANGAN

4.1 En. Syairi Abd Samad selaku Bendahari Persatuan Ibu-Bapa Dan Guru (PIBG)
Sekolah Kebangsaan Kuala Geris membentangkan Penyata Kewangan PIBG yang
berakhir pada 31 Disember 2020.

4.2 En.Saifulkaiza Kamalrudi Bin Ismail mencadangkan supaya Penyata Kewangan


diterima dan disahkan.

4.3 Puan Suriana Bt Muhammad menyokong

5.0 PEMBUBARAN AJK PIBG SESI 2020/2021 DAN PEMILIHAN AJK BARU SESI
2021/2022

5.1 En. Norzueafrizal Bin Abdu Halim mencadangkan supaya En. Saupi Hasan
dilantik sebagai Pengerusi Sementara.

5.2 Pn Nor Hafiza mencadangkan En. Wan Zahar Bin Wan Awang dikekalkan
sebagai Yang DiPertua PIBG dan disokong oleh En. Fariz Abdillah. Ahli-ahli PIBG
sebulat suara menyokong En. Wan Zahar Bin Wan Awang sebagai Yang DiPertua
PIBG sesi 2021-2022

5.3 Pn Nor Hafiza turut mencadangkan organisasi jawatankuasa PIBG dikekalkan


dan disokong oleh En. Fariz Abdillah. Ahli-ahli PIBG sebulat suara menyokong
organisasi jawatankuasa PIBG dikekalkan bagi sesi 2021-2022.

5.4 Pn Nurul Anis Bt Alias mencadangkan agar cadangan ditutup dan disokong oleh
Puan Sarina Bt Ibrahim.

6.0 UCAPAN PENANGGUHAN

6.1 En. Wan Zahar Bin Wan Awang mengucapkan terima kasih kepada semua ibu-
bapa yang menghadiri mesyuarat agung pada hari ini dan mengucapkan terima
kasih diatas sokongan AJK PIBG yang mencadangkan pengekalan organisasi
jawatankuasa. En. En. Wan Zahar Bin Wan Awang masih kekal sebagai Yang
Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Kuala Geris bagi sesi 2021-2022. Mesyuarat
ditangguhkan pada pukul 10.40 malam.

Disediakan Oleh

Puan Nur Farizan Bt Mat Ghani

(Pencatat minit )

Anda mungkin juga menyukai