Anda di halaman 1dari 7

TAJUK TUGASAN:

REFLEKSI JURNAL (INDIVIDU):

ACETICISME DALAM HINDUISME

NAMA KURSUS:

LMCR 2112 SEJARAH PEMIKIRAN I

NAMA:

SITI NURHALIZA BT ABDULLAH (A177583)

NAMA PENSYARAH:

PROFESOR MADYA DR AMINUDIN BIN BASIR @ AHMAD


Ulasan yang akan saya ulaskan adalah dari artikel yang bertajuk ‘Asceticisme dalam
Hinduisme’ oleh Mohd Haidhar Kamarzaman dari Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Fakulti
Pengajian Islam Malaysia.

Asceticisme berasal dari perkataan Greek askēsis yang bermaksud Exercise, Training
dan Practice. Asceticisme pada peringkat asasnya merupakan satu fahaman yang
sememangnya wujud dalam manusia untuk menolak segala bentuk alam fizikal dengan
menafikan kehendak diri manusia dalam mencapai atau dalam meningkatkan semangat
dalaman (spirituality). Terdapat pelbagai bentuk pengamalan asceticism seperti menafikan
kehendak jasmani dengan bentuk-bentuk ritual, penafian terhadap makanan, minuman, pakaian
dan lebih ekstrim iaitu melakukan pengorbanan dan menyiksa jasad mereka (Salamone, Frank
A. (ed.) 2004: 35). Artikel ini juga menyatakan bahawasanya asceticisme merupakan sebuah
mekanisme bagi seorang penganut agama untuk mencapai Tuhan atau sesuatu yang Mutlak
(Absolute Thing, Holiness dan pelbagai lagi istilah yang telah digunakan).

Selain itu, dari sudut istilah satu bentuk ritual berusaha mendaki untuk mencapai
sesuatu yang transcendence dan juga proses mengeluarkan diri dari hidup bermasyarakat
melalui pengawalan jasmani yang sistematik serta spiritual dengan tujuan untuk mencapai
matlamat yang tertinggi di dalam dunia yang lain. Asceticisme ini berasal dari masyarakat
primitif yang bertujuan menghalang atau mengeluarkan pengaruh kuasa jahat yang datang
dalam masyarakat mereka. Mereka percaya kuasa jahat boleh masuk ke dalam jasad seseorang
manusia itu contohnya seperti semasa makan. Maka, bagi mengelakkan perkara tersebut,
seseorang menahan lapar dalam satu-satu tempoh atau menahan diri dari memakan jenis-jenis
makanan yang tertentu bertujuan mengurangkan cara kemasukan roh jahat tersebut. Namun,
masih terdapat pertikaian tentang asal-usul asceticisme zaman primitif sama ada ianya
dikategorikan sebagai satu aspek asceticism ataupun tidak (Eliade M. (ed.) 1987: 441).

Dalam kalangan masyarakat Amerika-India, mereka juga mengamalkan asceticisme


seperti mempunyai amalan tertentu yang mereka lakukan ketika mencapai waktu baligh yang
bertujuan membangkitkan atau meningkatkan ilham ketika tidur atau mencipta bayangan
(vision) semangat penjaga kepada kanak-kanak yang baru baligh. Kebanyakan bentuk
asceticism seperti menahan lapar, menahan keinginan seks, pengasingan diri dan lain-lain
sudah mula diamalkan sejak zaman primitif lagi. Asceticisme bagi penganut Kristian pula
bertujuan meniru gaya hidup yang diamalkan oleh Jesus sepanjang hidupnya manakala dalam
agama Hindu pula bertujuan untuk mencapai matlamat spiritual iaitu membebaskan diri dari
proses kelahiran semula.

Di samping itu, bentuk-bentuk asas asceticisme secara umumnya wujud dalam setiap
agama tetapi mempunyai beberapa bentuk amalannya yang berbeza. Misalnya, penganut Hindu
mereka mengamalkan asceticisme dalam perayaan Thaipusam seperti menarik Kavadi
menggunakan dawai yang telah dicucuk pada hidung. Kavadi adalah sejenis tempayan besar
yang diisi sesuatu kedalamnya. Bagi Buddha pula bentuk yang mempunyai ciri khusus terhadap
amalan asceticisme dalam satu-satu agama.

Perkara paling asas dalam bentuk ritual asceticisme pertamanya adalah natural
asceticisme dan keduanya spiritual asceticisme. Ritual asceticisme adalah mereka hanya ingin
meningkatkan kemampuan mental dan fizikal dengan tujuan yang tertentu dan bersifat
peribadi. Contohnya, Pythagoras iaitu seorang ahli falsafah Greek yang berusaha untuk
membebaskan diri mereka dari emosi dan kehendak. Spiritual asceticisme pula mempunyai
perbezaan. Sebagai contoh, dalam agama Kristian, Kitab Bible memberikan contoh tentang
Rechabites iaitu satu kumpulan yahudi kuno yang mengamalkan asceticism dengan cara
bersumpah untuk berhenti dari pengambilan arak. Contoh lain antaranya menahan lapar,
penafian terhadap seksualiti, penyiksaan diri (self-mutilation), hidup bersendirian tanpa
bergaul dengan masyarakat (solitary) dan sebagainya.

Asceticisme dalam agama Hindu adalah spirit atau semangat asceticisme, kehidupan
asceticisme, atau mekanisma asceticisme dan ianya sudah terbukti akan kewujudannya dalam
kitab-kitab Hindu. Dalam Kitab Rig Veda beberapa bahagiannya menerangkan berkenaan
asceticisme yang harus diamalkan masyarakat Hindu. Namun begitu, penjelasan dalam Veda
bukanlah satu-satunya sumber utama tetapi sumber utama berkaitan asceticisme banyak
diambil dari kitab Upanishad.

Dalam Kitab Upanishad, mengajarkan bahawa jiwa manusia (atman) adalah salah satu
daripada bentuk yang terjadi daripada emanasi Brahma. Seorang ahli falsafah Hindu terkenal
yang bernama Shankara menegaskan bahawa sebenarnya atman (jiwa manusia) dan Brahman
(Tuhan) adalah benda yang satu dan kehidupan material ni hanyalah suatu bayangan sahaja
(living religions 80). Oleh itu, Atman yakni jiwa manusia dan Brahman yakni Tuhan perlu
disatukan (Moksha) bagi membebaskan diri dari proses kelahiran semula. Usaha pembebasan
jiwa manusia (atman) dari kesengsaraan kelahiran semula adalah dengan melalui proses untuk
menyedarkan atman bahawa ianya adalah Brahman. Dalam Hinduisme, jenis-jenis asceticisme
wujud dalam berbagai-bagai bentuk serta jenisnya adalah banyak dan ianya termasuk
asceticism yang dinamakan sebagai saṃnyāsin, yogin (yoga), Hindi bābā, sādhu dan lain lain.

Dalam artikel ini aspek yang diberi penekanan dan bincangkan adalah yoga. Yoga
merupakan perkataan sanskrit yang bermaksud ikatan manakala dalam bahasa Inggeris disebut
yoke (union). Menurut Hinnells, John R. & Sharpe, Eric J. (1972), yoga merupakan salah satu
daripada gambaran perwatakan milik Tuhan (Shiva) yang dilihat duduk secara bersilang kaki.
Yoga juga berbeza-beza mengikut mazhab yang wujud dalam Hindu serta bergantung pada
aliran pemikiran asceticisme dalam Hindu. Contohnya amalan asceticisme dalam saṃnyāsin,
ianya melibatkan beberapa bentuk yoga seperti Brahmachari, Grahastha, Vanapranastha dan
Sannyasa (Wangu 1991: 108-110). Masyarakat di benua India sejak dahulu lagi mengamalkan
latihan disiplin spiritual yang dibentuk untuk mengosongkan pemikiran dan mencari
ketenangan serta untuk mencapai kesedaran malahan merupakan satu keinginan untuk
mencapai keseimbangan, kesucian, kebijaksanaan dan ketenangan yang tertinggi dalam minda,
dan usaha ini dinamakan sebagai sattvic.

Terdapat kepelbagaian bentuk dan jenis yoga serta ianya adalah bergantung kepada
kehendak individu untuk mencapai union dari jenis yang mana dan jenis-jenis yoga ini pula
ada juga yang bersifat gabungan kombinasi antara satu yoga dengan yoga yang lain seperti
mantra-yoga, laya-yoga dan karma-yoga (Pott P. H. 1966: 3). Namun, pada asasnya yoga yang
diamalkan mempunyai empat jenis serta berdasarkan kehendak dan keinginan orang yang
mengamalkan yoga itu sendiri.

Pertama, raja yoga. Raja yoga bertujuan untuk mencapai kesedaran yang tinggi.
Seterusnya ianya menekankan metodologi penumpuan terhadap mental dan sesuai bagi mereka
yang suka bertafakur. Pada tahun 200 ratus sebelum Masehi, seorang Yogi yang dikenali
dengan nama Patanjali telah menggambarkan satu sistem untuk mencapai kesedaran yang
tinggi iaitu dengan melalui teknik Raja-Yoga. Beliau telah membezakan lapan metodologi
seorang yogi iaitu yang pertama ialah unsur moral (yama-niyama), penyesuaian fizikal (asana),
kawalan pernafasan (pranayama), kawalan deria (pratyahara), penumpuan (dharana), meditasi
(dhyana) dan keasyikan dalam suatu keadaan yang tenang (samadhi). Raja Yoga ini dimulai
dengan asanas iaitu latihan dalam bentuk kedudukan jasad yang betul supaya menyucikan jasad
jasmani disertai dengan membangunkan kemampuan minda untuk tujuan penumpuan. Prinsip
moral dan etika yang membentuk cabang pertama dalam amalan seorang yogi adalah
kebenaran, tidak melakukan kekerasan, tidak mencuri, pengawalan nafsu, tidak mempunyai
keinginan, kebersihan, bersifat puas hati terhadap apa yang sudah ada (contentment),
menghapuskan keghairahan, belajar sendiri dan pembaktian diri pada tuhan.

Selain itu, pernafasan merupakan kunci untuk pengawalan aliran tenaga hidup dan
penyerapan kehalusan aliran tenaga sekeliling kepada jasad fizikal. Caranya adalah dengan
melalui jalan chakras (series of chakras), atau dikenali dengan pusat tenaga halus atau tajam
(subtle energy centres) dalam tulang belakang. Pernafasan juga digunakan dengan tujuan iaitu
untuk membetulkan dan menenangkan urat saraf dan meningkatkan kelengkapan dan bekalan
dari badan iaitu prana, atau tenaga hidup (life energy) yang bersifat tidak nampak (invisible).

Seterusnya, Kundalini pula merujuk kepada satu bentuk tenaga yang tersembunyi yang
terletak pada asas tulang belakang. Kedudukannya melingkari tulang belakang tersebut
seolahnya seperti ular membelit sesuatu. Banyak bentuk-bentuk latihan yoga dibangunkan
semata-mata untuk membebaskan tenaga kundalini ini semata-mata untuk mencapai
pencerahan. Secara ideologinya bagi masyarakat Hindu, mereka percaya bahawa pembukaan
chakra (tenaga) yang tertinggi, membawa kepada kebahagiaan bersatu dengan Tuhan. Menurut
Claire & Thomas (2004), kemuncak chakra digambarkan sebagai ribuan kelopak bunga teratai
yang berkilauan dengan cahaya.

Malahan, penambahan terhadap latihan yoga ini, (latihan yang menggunakan tubuh dan
pernafasan) adalah diselitkan dengan idea iaitu latihan suara yang berkait dengan agama
mereka serta sebahagian bunyi-bunyian yang dikeluarkan dianggap suci yang dikatakan juga
merupakan sebahagian dari kemahiran amalan yang dilakukan oleh yogi kuno yang digelar
sebagai mantras (sacred formulas). Bunyi mantras dipercayai bertujuan membangkitkan The
Reality dan bahasa yang digunakan dalam formula mantra ini pula adalah bahasa Sanskrit. Oleh
itu, ianya dianggap suatu penciptaan semula terhadap susunan suara yang sebenar tentang
objek, perbuatan, kualiti yang mana didengari oleh dewa-dewa dalam meditasi.

Mantras juga menjelaskan satu aspek iaitu tentang ketuhanan dalam susunan kata-kata
dan getaran suara yang dilakukan itu. Malahan, sebahagian getaran suara dikatakan adalah
suara tuhan yang tidak mampu didengari melalui gegendang telinga kita yang biasa. Teriakan
dan suku kata sebutan suci yang diulang-ulang dikatakan untuk mengekalkan minda pemuja
kepada kewujudan Dewa Tanah. Masyarakat India mengibaratkan minda manusia ini dengan
belalai gajah yang sentiasa bergerak melibas ke sana dan ke sini tanpa rehat dan ketenangan.
Sekiranya, diberi sesuatu untuk dipegang pada belalainya, maka belalai tersebut akan tegak
tanpa bergerak walau sedikit pun seolah-olah memberi penumpuan yang sangat tinggi dalam
memegang benda tersebut. Oleh itu, tugas mantra adalah memberikan ketenangan pada minda
suatu objek penumpuan. Maka, secara tenang minda akan memberikan fokus yang tinggi
dengan penumpuan terhadap satu perkara sahaja. Jika mantra itu pula diberikan penumpuan
yang sangat tajam, maka mampu menjadikan seseorang itu merasakan kehadiran dewa dan
mendapatkan restu darinya.

Kedua, jnana yoga. Jnana berasal dari perkataan sanskrit yang bermaksud
kebijaksanaan atau pengetahuan. Yoga ini dikenali dengan yoga tentang kebijaksanaan (Yoga
of Wisdom). Berbanding kebanyakan yoga yang lain, yoga jenis inilah yang memberikan
tumpuan setinggi-tingginya terhadap aktiviti mental. ‘Jnanin’ iaitu orang yang mempraktikkan
Jnana yoga mencari union iaitu dengan jalan membezakan kuasa mental untuk mencari
perbezaan sesuatu yang nyata dalam sesuatu yang tidak nyata serta mencari diri yang terbatas
dalam sesuatu unsur yang tidak terbatas iaitu punca dan sumber bagi segala kewujudan (tuhan).
Maka menurut Calire & Thomas (2004) metodologi meditasi (pertapaan) merupakan satu jalan
yang sangat berpengaruh dalam pengamalan yoga jenis ini.

Yoga jenis ini sangat sesuai bagi mereka yang menggunakan rasional akal dan ia
menjadi amalan mereka, hanya mengambil kekuatan minda yang rasional dan tidak berusaha
untuk mencapai tahap yang lebih dari itu serta melalui latihan kosentrasi (penumpuan). Melalui
yoga jenis ini, kejahilan adalah punca kepada segala masalah yang wujud. Melalui jalan Jnana,
seorang sālik (seeker) mesti membangunkan dan meningkatkan kebaikan spiritual seperti
ketenangan (calmness), pengekangan (restrain), penumpuan (cocentration), keyakinan (faith)
dan lain-lain.

Menurut Swami Vivekananda yang merupakan seorang ahli misticisme, Ramakrishna


Paramahansa pada abad ke-19, pengetahuan spiritual adalah satu-satunya perkara yang mampu
memusnahkan kesengsaraan selama-lamanya. Pengetahuan selain dari pengetahuan spiritual,
hanyalah memusnahkan kesengsaraan buat satu-satu masa sahaja.

Akhir sekali Karma Yoga. Karma berasal dari perkataan Sanskrit yang mebawa maksud
perbuatan atau tindakan (action) dan penyebab (cause). Namun begitu, yoga jenis ini tidak
dibincangkan secara terperinci di dalam artikel ini. Secara keseluruhan artikel ini merupakan
suatu ilmu yang baru kepada saya dan sedikit sebanyak membantu saya memahami secara
umum apakah itu asceticisme serta asceticisme dalam agama Hindu.

Anda mungkin juga menyukai