sekalian, assalamualaikum dan selamat sejahtera. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan
ribuan terima kasih kepada penganjur pertandingan ini. Pada pagi ini bersempena dengan
Hari Industri Kecil dan Sederhana saya akan menyampaikan syarahan yang bertajuk
“Kelebihan dan Kelemahan perniagaan dalam talian.
Hadirin sekalian,
Perniagaan dalam talian merupakan salah satu aktiviti perniagaan yang menggunakan
teknologi yang canggih atau lebih dikenali sebagai e-dagang .E-dagang ialah melakukan
urusan jual beli antara peniaga dengan pengguna melalui internet. Aktiviti perniagaan internet
semakin mendapat sambutan selaras dengan kemajuan pembangunan dan ekonomi di
peringkat globalisasi. Hal ini menunjukkan bahawa perniagaan internet semakin mendapat
sambutan hangat dan memberikan kebaikan kepada peniaga dan pengguna. Walau
bagaimanapun, perniagaan internet juga mempunyai kelemahannya yang tersendiri.
Sidang hadirin sekalian,
Antara kebaikan perniagaan atas talian kepada kita ialah
urusannya yang lebih mudah dan pantas iaitu hanya perlu menekan papan kekunci sahaja. Ini
kerana, urusan jual beli yang dilakukan tidak melibatkan pertemuan penjual dan pembeli
secara langsung. Barang yang dipesan pula tidak memerlukan tempoh masa yang lama untuk
sampai kepada pembeli. Bahkan, urusan pembelian boleh dilakukan pada bila-bila masa
kerana lazimnya perniagaan atas talian ini beroperasi tanpa had masa.Oleh itu,terbukti
bahawa perniagaan dalam talian mampu memudahkan urusan harian kita.Ini kerana barang
keperluan dapat dibeli melalui dalam talian tanpa perlu pergi ke pusat membeli belah.
Selain itu, mereka yang berurus niaga secara atas talian juga mampu menjimatkan banyak
kos. Sebagaimana yang kita sedia maklum, perniagaan atas talian tidak memerlukan premis
perniagaan yang besar dan kakitangan yang ramai.Dengan ini, peniaga dapat menjimatkan
kos sewa premis perniagaan dan kos gaji pekerja. Manakala bagi pembeli pula, mereka dapat
menjimatkan kos petrol, masa dan tenaga kerana tidak perlu keluar untuk membeli barang
yang dihajati.Maka,ini membuktikan perniagaan dalam talian dapat menjimatkan masa
pengguna untuk membeli barangan yang diingini.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Di samping itu, peniaga boleh mencari pelanggan dengan mudah. Pelanggan bagi
perniagaan dalam talian yang sibuk akan menggunakan kemudahan yang ditawarkan. Mereka
tidak tidak perlu meninggalkan rumah atau pejabat di samping menjimatkan minyak dan
masa.Kerana dapat menjimatkan masa dan wang,platform perniagaan dalam talian menjadi
tarikan dan terus menjadi pilihan ramai. Pelanggan boleh menempah dan tunggu barang
tersebut sampai di depan pintu. Contohnya, makanan, pakaian, mencuci kediaman, memindah
barang, menyelenggara peralatan elektrik dan lain-lain.Oleh itu,perniagaan dalam talian telah
memberikan banyak kebaikan kepada pelanggan serta penjual kerana pembelian yang mudah.
Hadirin yang dikasihi,
Namun begitu, di sebalik kelebihan yang diperoleh peniaga dan pelanggan, terdapat juga
kelemahan perniagaan dalam talian. Terdapat beberapa senario terhadap peniaga dan
pelanggan. Misalnya, risiko jaminan kualiti apabila barang yang dibeli tidak menepati
kehendak pelanggan. Selain itu, saiz barang, warna dan gambaran barang sebenar mungkin
berbeza seperti dalam katalog. Pelanggan yang kecewa terpaksa akur apabila sudah menerima
barang tersebut. Terdapat juga golongan yang tidak amanah dengan mengambil kesempatan
menipu dalam urusan jual beli dalam talian. Akibatnya, banyak kes penipuan Internet telah
dilaporkan sejak akhir-akhir ini. Malahan, pelanggan terdedah dengan penipuan seperti
pesanan berbeza daripada barangan yang diterima, bermutu rendah dan caj yang mahal
daripada harga yang tertera dalam iklan serta pelbagai kes lain. Ini sangat membimbangkan
para pelanggan dalam talian.Oleh itu,sebelum melakukan pembelian atasvtalian pastikan
pembeli menyemak atau memeriksa terlbih dahulu peniaga tersebut.
Kelemahan perniagaan dalam talian lain adalah berlaku ketidaktentuan trasaksi.
Misalnya, akses internet yang lambat di sesetangah kawasan menyebabkan pengguna sukar
membuat tempahan atau pembelian. Barang yang dibeli pengguna juga kadangkala tidak
sampai kepada pengguna seperti dalam terma dan syarat yang dipersetujui antara pengguna
dan pengeluar. Senario ini akan menyebabkan sebilangan pengguna tidak berminat dalam
urus niaga menggunakan akses internet ataupun e-dagang.
Hadirin yang budiman,
Sebagai kesimpulannya, perniagaan dalam talian bukan sahaja memberikan manfaat
kepada pengguna tetapi juga memberikan kemudahan dan kelebihan kepada peniaga. Walau
bagaimanapun, kita bukan sahaja menerima kebaikan dan faedahnya, malahan perniagaan
tersebut turut memberikan impak negatif juga kepada negara.
Sekian terima kasih,Assalamualaikum.