Anda di halaman 1dari 4

MAHAMAD FIRDAUS BIN MAHAMAD PUZI

NO.12G, PARIT 10 TIMUR


SUNGAI PANJANG
45300 SUNGAI BESAR
SELANGOR DARUL EHSAN 019-2196474

Kepada;

Yang Berhormat Tuan Muslimin bin Yahaya


Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan & Koperasi
Ahli Parlimen Sungai Besar

Tuan,

MEMOHON BANTUAN MEMULAKAN PERNIAGAAN (BEKALAN ELEKTRIK TNB).

Merujuk perkara di atas.

2. Saya dan isteri bercadang untuk memulakan perniagaan runcit serbaneka di premis kedai Kawasan Parit 10
Timur, Sungai Panjang. Namun demikian usaha kami agak terhalang disebabkan ketiadaan bekalan elektrik di premis
tersebut setelah dipotong melebihi 10 tahun oleh pihak TNB.

3. Premis tersebut adalah kepunyaan peribadi individu yang tinggal di atas tanah tersebut. Kami berusaha
untuk membuat penyambungan semula tapi terdapat isu nama pada geran tanah tersebut. Usaha membaiki kedai
dan pendawaian telah pun dibuat dengan menggunakan modal saya dan isteri saya sendiri dan menelan belanja
sekitar RM5000. Namun, usaha tertangguh disebabkan isu yang saya nyatakan tadi. (Rujuk lampiran 1)

4. Oleh itu, saya dan isteri ingin memohon bantuan daripada pihak tuan agar dapat menyelesaikan masalah di
atas, mungkin dari segi terus dari TNB atau mungkin bekalan elektrik yang lain seperti solar atau generator.

5. Kami dh cuba pelbagai cara namun usaha kami agak terbantut. Disebabkan barang-barang niaga telah pun
dibeli tapi tidak dapat dijual kerana ketiadaan bekalan elektrik tersebut. Jumlah keseluruhan modal niaga dan
membaiki premis dan pendawaian secara kasar mencecah RM9000.

6. Saya dan isteri amat berharap agar pihak tuan dapat membantu kami berkenaan dengan masalah di atas. Di
sini kami sertakan sekali salinan yang berkaitan dengan urusan TNB dan beberapa gambar berkaitan dengan kedai
dan barang niaga.

7. Segala keperihatinan tuan amat kami hargai.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

…………………………………………………………………..
(MAHAMAD FIRDAUS BIN MAHAMAD PUZI)
830817 02 5011
TEL: 019 219 6474 (Sendiri) / 012 363 6726 (Isteri)
Lampiran 1

Gambar Premis dari luar

Gambar-gambar berkaitan yang lain.

Kerja-kerja membaiki pendawaian dan membaik pulih kedai yang menelan


belanja sekitar RM5000
Barang-barang niaga dan kelengkapan seperti peti sejuk dan rak-rak kedai.
Lampiran 2

Salinan maklumat
berkaitan dengan urusan
Bersama TNB

Anda mungkin juga menyukai