Anda di halaman 1dari 9

Arahan : Jawab semua soalan yang disediakan.

BAHAGIAN A :

1.Untuk mengekalkan tahap kesihatan, seseorang itu perlu menjalani pemeriksaan


doktor.............

A. 4 tahun sekali

B. 4 bulan sekali

C. 6 tahun sekali

D. 6 bulan sekali

2. Alat sukan dibawah digunakan dalam permainan................

A. sofbol

B. tenis

C. squash

D. badminton
3. Yang manakah aktiviti berikut tidak meningkatkan daya tahan kardiovaskular?

A. Naik turun bangku B. Berbasikal

C. Menyanyi D. Berjogging

4. Berikut adalah risiko atau kesan negatif terhadap seseorang yang mengambil dadah,

kecuali..........

A.ia meningkatkan prestasi atlit untuk pencapaian yang memberansangkan

B. Ia mempercepatkan kadar nadi yang boleh menyebabkan koma

C. ia merosakkan hati dan komplikasi sakit jantung

D. Ia dibatalkan penyertaan atau digantung dari menyertai acara

5. Sebelum melakukan sesuatu aktiviti sukan, pastikan kita lebih dahulu melakukan

aktiviti _____.

A. lipatan B. imbangan.

C. kecergasan. D. regangan

6. Perkara utama yang perlu dilakukan apabila berlaku kemalangan jalan raya

ialah...................

A. menghubungi ambulans

B. menghubungi polis

C. menghubungi rakan

D. memandang dari jauh


7. Semasa bersenam kita perlu berpakaian seperti berikut kecuali ....

A. memakai kasut sukan yang sesuai

B. berstoking

C. memakai topi keselamatan semasa berbasikal

D. memakai baju dan seluar sukan yang sendat

8. Arman telah diserang penyakit cirit-birit sejak semalam. Apakah kemungkinan yang
menyebabkan Arman sakit ?

i. Arman tidak basuh tangan sebelum makan

ii. Arman memakan makanan yang telah basi

iii. Arman memakan makanan yang sangat besar

iv. Arman makan menggunakan tangan kiri

A. i dan ii sahaja

B. i dan iv sahaja

C. ii dan iv sahaja

D. ii,iii dan iv sahaja

9. Acara 4 X 100 meter lari berganti-ganti disertai oleh _______ peserta.

A. dua B. tiga

C. empat D. lima
10. Apakah tendangan yang digunakan untuk membuat hantaran jarak dekat kepada

rakan.

A. tendangan leret

B. tendangan tinggi

C. tendangan penjuru

D. tendangan penalti

11. Semangat kesungguhan boleh dipupuk dengan cara-cara berikut kecuali ....

A. berlatih mengikut jadual.

B. berkeyakinan

C. berazam untuk berjaya.

D. mudah berputus asa.

12. Apakah kepentingan kita melakukan regangan badan sebelum menjalankan

aktiviti?

A.supaya dapat bermain dengan seronok

B. memastikan badan kita bersedia untuk meneruskan aktiviti

C. supaya kaki dan tangan tidak sakit

D. agar aktiviti selamat dijalankan


Soalan 13 berdasarkan gambar di bawah.

13. Apakah gelaran untuk pemain ini?

A. Penjaga masa B. Penjaga gol

C. Penangkap bola C. Pengutip bola

14. Antara sumber bagi vitamin ialah .........................

A. daging ayam, dan daging lembu

B. coklat, madu dan gula-gula

C. susu dan berbagai jenis bijiran

D. buah limau, betik, nanas dan sayuran hijau

15. Siapakah yang bertanggungjawab melatih sesebuah pasukan ?

A. Guru sukan

B. ketua pasukan

C. jurulatih pasukan

D. pengurus pasukan
16.

Tempat melintas seperti di dalam gambar di atas dinamakan.......................

A. jejambat

B. jejantas

C. lintasan Zebra

D. lintasan lampu isyarat

17. Antara berikut, yang manakah dikategorikan sebagai perasaan negatif?

A. marah

B. sayang

C. gembira

D. teruja

18. Hubungan antara ahli keluarga penting dalam menentukan _________________

sesebuah keluarga.

A. Keharmonian B. Kekayaan

C. Kegagalan D. Keruntuhan
19.
Pertumbuhan bulu ketiak dan sekitar alat kelamin

Suara menjadi garau

Kelenjar peluh menjadi lebih aktif

Pembesaran otot-otot

Pernyataan di atas adalah berkaitan dengan.................

A. perubahan fizikal remaja

B. perubahan fizikal remaja lelaki

C. perubahan fizikal lelaki dewasa

D. perubahan fizikal perempuan semasa akil baligh

20. Antara sumber nutrien berikut, yang manakah tidak membekalkan protein?

A. ikan

B. sayur tomato

C. telur

D. daging
BAHAGIAN B :

Tandakan BETUL ( ⁄ ) atau SALAH ( X ) kepada pernyataan berikut.

1. Aktiviti seperti berlari, bermain bola dan menunggang basikal


dapat meningkatkan tahap kesihatan kita.

2. Kita tidak perlu melakukan aktiviti memanaskan badan dan


meregangkan otot sebelum memulakan senaman.

3. Setiap kali bersenam, saya memakai pakaian dan alatan yang


sesuai demi keselamatan diri.

4. Dollah menggunakan bola tampar dalam permainan bola sepak


bersama rakan.

5. Dalam permainan bola sepak, hanya penjaga gol sahaja yang


dibenarkan menangkap bola.

6. Permainan futsal adalah sejenis permainan berpasukan yang


diubahsuai daripada permainan ragbi.

7. Kemahiran menghantar dan menyambut bola adalah amat


penting dalam permainan bola jaring.

8. Amin suka menunggang basikal dengan laju dan sering tidak


memakai topi keledar.

9. Kita perlu minum sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari


untuk mengelakkan badan kita kekurangan air.

10. Selepas aktiviti bersenam, peralatan sukan hendaklah diletakkan


dan disusun di tempat yang betul.
BAHAGIAN C :

Isikan tempat kosong dengan jawapan yang disediakan

Perubahan fizikal remaja lelaki dan remaja perempuan apabila mencapai akil baligh.

Muka ditumbuhi jerawat Punggung besar

Bahu dan dada membesar Suara garau

Pertumbuhan payudara Pertumbuhan misai

Otot-otot membesar Tumbuh bulu pada ketiak dan kemaluan.

Kedatangan haid Perubahan pada emosi

LELAKI PEREMPUAN

Anda mungkin juga menyukai