Anda di halaman 1dari 22

BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


ARAS 5 & 6 BLOK E14, KOMPLEKS E
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62502 PUTRAJAYA

KERTAS PENERANGAN
SMV ZON PULAU PINANG
C-051-2-01/LE1/IS1

TAJUK KEMAHIRAN DAN TAHAP JURUTEKNIK ELEKTRIK– TAHAP 2

No. DAN TAJUK MODUL M01 THREE PHASE ELECTRICAL DRAWING

No. DAN TAJUK PENGALAMAN LE1 THREE PHASE ELECTRICAL DRAWING


PEMBELAJARAN

DRAW AND DESIGN THREE PHASE LAYOUT DRAWING


OBJEKTIF PRESTASI AKHIRAN
BY REFERRING TO LAYOUT DRAWING AND
SPECIFICATION USING DRAWING INSTRUMENT AND
EQUIPMENT SO THAT THE ELECTRICAL DRAWING IS
DRAWN AND INTERPRETED AS PER SPECIFICATIONS.
ISI KANDUNGAN

LE1 – THREE PHASE ELECTRICAL DRAWING

TASK 01.04 Perform Three Phase Layout Drawing


No. & TAJUK
PENGALAMAN LE 1 THREE PHASE ELECTRICAL DRAWING
PEMBELAJARAN

No. & TAJUK TASK 01.04 Perform Three Phase Layout Drawing
TUGASAN

Code No.: C-051-2-01/LE1/IS1 Muka : 1 drp. : 17

TAJUK : PENGENALAN KEPADA LUKISAN BENTANGAN, LUKISAN PENDAWAIAN DAN LUKISAN


SKEMA DALAM PEMASANGAN INDUSTRI

TUJUAN:

Tujuan kertas penerangan ini adalah untuk mengetahui lebih mendalam mengenai berkaitan dengan lukisan
bentangan , lukisan pendawaian dan lukisan skema dalam pemasangan industri mengikut gambarajah bentangan

PENERANGAN :

Untuk melukis dan menentukan lukisan bentangan dalam pemasangan industri mengikut gambarajah bentangan,
lukisan pendawaian dan lukisan skema, pelatih mesti memahami dan mengetahui setiap langkah-langkah yang
perlu dilakukan mengikut turutan yang betul. Dengan ini ianya akan memudahkan untuk pelatih melukis dan
menentukan lukisan bentangan. Di bawah ini dinyatakan langkah-langkah seperti berikut:-

a. Pelan Bentangan Domestik

Pelan Bentangan domestik menunjukkan lokasi aksesori pendawaian dan alat kelengkapan serta suis kawalan di
dalam bangunan atau rumah kediaman. Susun atur simbol piawai alat tambah pada pelan lantai adalah mengikut
garis panduan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Tenaga. Lagenda disediakan bersama-sama pelan bangunan
bagi menunjukkan simbol piawai alat kelengkapan dan alat tambah.

b. Pelan Bentangan Industri

Pelan bentangan industri menunjukkan lokasi alat kelengkapan di dalam bangunan yang besar seperti makmal,
kilang, dan premis perdagangan. Pendawaiannya memerlukan perlindungan kerosakan mekanikal yang tinggi dan
boleh menampung beban yang besar. Kaedah pendawainya menggunakan kondiut atau sesalur logam. Bilangan
alat tambah dan kelengkapan elektrik pada plan bentangan industri adalah lebih banyak dan dari jenis tugas
berat.

c. Pelan Susunatur

Perkara utama yang dimuatkan dalam lukisan ini adalah pelan susun atur senibina atau akitek.. Ternyata disini
bahawa simbol-simbol senibina juga memainkan peranan yang penting dalam plan susun atur elektrik. Oleh itu
kita digalakkan mengetahui simbol-simbol tersebut agar tidak berlaku salah faham dan kekeliruan.

Susun atur elektrik yang berupa simbol-simbol sebagaimana yang tertera dalam simbol Elektrik Piawai
kemudiannya dimuatkan dalam lukisan yang telah dilukis simbol-simbol senibina mengikut keperluan
tempat/ruang/bilik itu sendiri.
Code No. C-051-2-01/LE1/IS1 Muka : 2 drp : 17

Pada amnya pelan ini dipenuhi dengan simbol-simbol lokasi pencahaya, soket alir keluar, kipas siling dan
peralatan elektrik yang lain. Sekiranya simbol-simbol tersebut dilukis mengikut skala, lukisan yang dihasilkan itu
akan kelihatan sesuai dan berkadaran.

Adalah amat penting sekali dan perluh diketahui sistem,lukisan bentangan pemasangan domestik satu fasa. Ia
bertujuan mendedahkan dan menunjukan kedudukan alat tambah peralatan serta kelengkapan elektrik di dalam
sesebuah pelan rumah kediaman mahupun bangunan. Semua kedudukan alatt ambah atau kelengkapan
ditunjukan dalam bentuk simbol.

Pengenalan lukisan bentangan dan kelengkapan elektrik di dalam sebuah pelan rumah kediaman. Kedudukan
alatambah atau kelengkapan itu akan ditunjukan secara bersimbol

a) Perancangan pemasangan yang baik bergantung kepada lukisan.


Ia menunjukan kesemua kelengkapan alatan atau alatambah yang diperlukan pada masa
hadapan. Ini mengelakan sebarang pindaan atau tambahan pendawaian pada masa akan
datang, mungkin melibatkan perbelanjaan yang tinggi.

b) Pengguna membuat tambahan pemasangan tanpa kelulusan boleh membahayakan keselamatan.

c) Gaya lukisan

Terdapat berbagai-bagai cara bagaimana lukisan bentangan dipersembahankan.

Diantaranya garisan lurus selanjar, garis lurus putus-putus.

Bilik Tidur
Bilik stor

Rajah: 1.c1 menunjukan garisan lurus selanjar; keliru dengan garisan bangunan
Code No. C-051-2-01/LE1/IS1 Muka : 3 drp : 17

Bilik Tidur

Bilik stor

Rajah: 1.c2 menunjukan garisan beriak; mudah, cepat, tak perluh alat lukisan

d) Terdapat juga gaya garisan putus-putus berpenunjuk mudah, cepat, perlu lukisan anak panah Rajah : 1.d1

Bilik pejabat

Bilik
ketua

RAJAH:1.d2
Code No. C-051-2/LE1/IS1 Muka: 4 drp : 17

2) Pemilihan penempatan alat tambah dan kelengkapan pada lukisan bentangan adalah mustahak.

a) Menjadi panduan pada pendawai elektrik untuk mengetatui penempatan alat tambah atau
kelengkapan dikehendaki.

Contoh;
pemasangan lampu dalam bilik, lebih daripada satu tidak ada halangan dari mana-mana
pihak kuasa.

b) peraturan tidak membenarkan sebarang jenis soket alur keluar dipasang dalam bilik mandi,
kecuali soket khas untuk pencukur.

c) pihak yang terlibat secara langsung penyediakan bangunan & pendawaian (bangunan-
bangunan JKR) telah menetapkan bilangan perkakas, alat tambah atau kelengkapan.

d) Oleh yang demikian kerja menjadi seragam dan menjimatkan perbelanjaan dan masa
merancang.

Contoh;
rumah-rumah kerajaan direkabentuk oleh JKR, menentukan keperluan khas
perkakas kelengkapan pada setiap bilik.

3) Sebagai pengenalan awal lukisan bentangan, perkara-perkara perlu perhatian apabila melukis gambarajah
bentangan pemasangan domestik. Contoh, Rajah: 3.1

a) Suis hendaklah ditempatkan yang mudah dicapai, tidak terselindung atau tempat yang dilarang peraturan
IEE.

 suis dipasang dalam bilik di tepi dinding pintu masuk ke bilik itu, kecuali bilik mandi. Ia mestilah
dipasang di luar bilik mandi atau menggunakan jenis tarik.

 suis dua hala atau suis perantaraan digunakan di laluan jalan, kaki lima, tangga dan
sebagainya.

 suis jenis tarik boleh digunakan di bilik mandi dan bilik rehat. Berdasarkan peraturaan IEE dan
memudahkan kawalan.

 semua suis-suis di bilik yang sama dikumpulkan tempat yang sama menjimatkan pendawaian
(jimat)

 lampu dinding mungkin sesuai di bilik rehat. Oleh kerana chaya yang dapat disebarkan
terbatas bilangan lampu perluh ditambah lebih daripada satu.

 kipas siling di lukis di tengah-tengah bilik, jika lebih daripada satu ia mestilah dipasang dengan
agar kelihatan seimbang.

 Papan agihan dan alat kawalan pengunaan ditempatkan dalam bilik pintu masuk rumah itu.
Code No. C-051-2-01/LE1/IS1 Muka : 5 drp : 17

1. Menentukan Lukisan Bentangan Pelan Bangunan

Bagi seorang pendawai elektrik, beliau mestilah mengetahui dan memahami kedudukan dan keperluan bilik-bilik
di dalam lukisan bentangan pelan bangunan yang telah diberi untuk mementukan jenis lampu, kuasa dan
pendawaian yang diperlukan untuk bangunan tersebut. Untuk mengetahui lebih lanjut lagi sila rujuk kepada pelan
kedudukan bilik-bilik di dalam lukisan bentangan pelan bangunan , jenis lampu dan kuasa dan juga jenis
pendawaian untuk lampu dan kuasa yang ditempatkan di dalam setiap papan suis agihan.

Merujuk kepada pelan bangunan dan keperluan bilik kuliah 1, 2 dan 3 yang telah diberi, senarai keperluan
elektrik (lampu dan kuasa) dinyatakan di bawah. ( Untuk melukis pelan susunatur elektrik , pendawai mestilah
memahami setiap keperluan elektrik yang diperlukan oleh bilik tersebut bersesuaian dengan permintaan pemilik
bangunan tersebut.)

2. Melukis lukisan bentangan pelan susunatur elektrik (mengikut ukuran) , Penunjuk elektrik dan
lukisan skimatik elektrik.

Untuk melukis lukisan bentangan pelan susunatur elektrik , pendawai elektrik perlu merujuk kepada lukisan.
Untuk melukis lukisan penunjuk elektrik rujuk kepada lukisan. Untuk melukis pelan skimatik elektrik untuk
bangunan tersebut , sila rujuk kepada lukisan

3. Memeriksa dan memperbetulkan lukisan yang telah siap dilukis.


Untuk memastikan lukisan yang telah dilukis mengikut kehendak elektrik , Pendawai elektrik perlulah memeriksa
dan memastikan setiap perkataan dan lukisan telah dibuat dengan betul.
Code No. C-051-2-01/LE1/IS1 Muka : 6 drp : 17

bil Nama bilik Peralatan elektrik kuantiti

1 1-2x40W (F) lengkapan siling 12


Bilik kuliah 1 Kipas siling 6
1-1x 13A S/A/K 9
1-1x32A Pengasing 1

1-2x40W (F) lengkapan siling 12


2 Kipas siling 6
Bilik kuliah 2
1-1x 13A S/A/K 9
1-1x32A Pengasing 1

3 1-2x40W (F) lengkapan siling 12


Bilik kuliah 3 Kipas siling 6
1-1x 13A S/A/K 9
1-1x32A Pengasing 1

4 Laluan
berbumbung 1-1x40W Lampu pijar lekapan siling 12

Jadual di atas menunjukkan keperluan elektrik untuk setiap bilik kuliah dan laluan berbumbung. Dengan merujuk
kepada keperluan elektrik yang teleh disenaraikan, ianya akan memudahkan pendawai untuk membuat:-

1. Pengiraan kuasa boleh dilakukan untuk memperolehi saiz kabel yang sesuai dan selamat
digunakan untuk bilik tersebut.
2. Pendawai boleh merangka pelan susun atur elektrik yang sesuai mengikut peraturan IEE, JBE dan TNB
3. Ini memudahkan pendawai membuat anggaran harga yang sesuai untuk setiap peralatan elektrik yang
dikehendaki.
Code No. C-051-2-01/LE1/IS1 Muka: 7 drp : 17

Gambarajah III.C –1.01 di atas menunjukkan pelan susun atur bangunan untuk Blok (A) – Bilik Kuliah 1, 2 dan 3
Code No. C-051-2/LE1/IS1 Muka: 8 drp : 17

4. Memahami Simbol-Simbol Lukisan Bentangan Elektrik

Untuk melukis simbol-simbol, pelatih mestilah memahami simbol-simbol elektrik untuk memudahkan pelatih
melukis simbol-simbol yang berkaitan. Lukisan bentangan elektrik, lukisan plan bangunan, yang mana terdapat
simbol-simbol elektrik. Ia menunjukkan alat-alat yang dipasang sama ada di bangunan, dirumah dan sebagainya.

Gambarajah III.C –1.02 di atas menunjukkan legend (penunjuk) peralatan elektrik yang digunakan di
dalam lukisan elektrik
Code No. C-051-2-01/LE1/IS1 Muka: 9 drp : 17

5. Meletakkan Dan Melukis Simbol-Simbol Elektrik Di Dalam Lukisan Bentangan Elektrik

Untuk melukis simbol-simbol elektrik (lampu dan kuasa), pelatih mestilah memahami simbol-simbol elektrik
dahulu. Untuk melukis simbol-simbol yang berkaitan. Merujuk kepada keperluan elektrik yang disertakan , pelan
susun atur elektrik boleh direka dan dilukis.

Setelah pelan susun atur elektrik telah dilukis di bilik yang sesuai pembahagian litar pendawaian pula dilakukan.

Susunatur elektrik yang berupa symbol-simbol sebagaimana yang tertera dalam symbol Elektrik Piawai
kemudiannya dimuatkan dalam lukisan yang telah dilukis simbol-simbol senibina mengikut keperluan
tempat/ruang/bilik itu sendiri.

Pada amnya pelan ini dipenuhi dengan simbol-simbol lokasi pencahaya, soket alir keluar, kipas siling dan
peralatan elektrik yang lain. Sekiranya simbol-simbol tersebut dilukis mengikut skala, lukisan yang dihasilkan itu
akan kelihatan sesuai dan berkadaran.

Adalah amat penting sekali dan perluh diketahui sistem,Lukisan Bentangan Pemasangan Domestik Satu fasa. Ia
bertujuan mendedahkan dan menunjukan kedudukan alatambah peralatan serta kelengkapan elektrik di dalam
sesebuah pelan rumah kediaman mahupun bangunan. Semua kedudukan alatambah atau kelengkapan
ditunjukan dalam bentuk simbol.

Untuk memudahkan pendawaian elektrik dilakukan, pendawai mestilah melukiskan simbol yang sesuai dan
ditempat yang sesuai. Pembahagian litar (untuk litar tiga fasa) untuk setiap pendawaian elektrik yang dibuat
untuk mengelakkan lebihan beban dan ini njuga akan memudahkan pendawai mendawai.

Dengan adanya pelan susunatur elektrik yang lengkap dengan litar pendawaian elektrik , ini akan memudahkan
pendawai melakukan perubahaan (penambahan litar elektrik atau baikpulih litar elektrik)

Merujuk kepada pelan Bilik Kuliah 1, 2 dan 3 di Blok (A) yang telah disertakan dengan menggunakan skala yang
sesuai telah ditunjukkan kedudukan susunatur pelan elektrik yang telah dilengkapkan dengan keperluan elektrik
yang sesuai mengikut kegunaan sesuatu bilik tersebut. Rujuk di dalam gambarajah susunatur pelan susunatur
elektrik yang telah disediakan di bawah.
Code No. C-051-2-01/LE1/IS1 Muka: 10 drp : 17

Rajah III.C – 1.03 di atas menunjukkan pelan susunatur elektrik tanpa litar pendawaian untuk Bilik
kuliah 1, 2 dan 3 di Blok (A)
Code No. C-051-2-01/LE1/IS1 Muka: 11 drp : 17
Contoh:

Jadual di atas menunjukkan keperluan elektrik untuk setiap bilik kuliah dan laluan berbumbung. Dengan merujuk kepada
keperluan elektrik yang teleh disenaraikan, ianya akan memudahkan pendawai untuk membuat:-

Merujuk kepada jadual 2 dibawah menunjukkan keperluan sebuah banglow dua tingkat yang telah dilengkapkan dengan
keperluan elektrik yang sesuai mengikut kegunaan sebuah rumah tersebut. Rujuk di dalam gambarajah susunatur pelan
susunatur elektrik yang telah disediakan di bawah.

TINGKAT ATAS BANGLOW

TEMPAT JENIS KUANTITI

BILIK MANDI DAN 1 X 60W Lampu Glob 1


TANDAS 2 1 x 3Kw Pemamas Air (jenis serentak) 1

BALKONI BILIK TIDUR 1 X 60Watt Lampu Pijar


UTAMA (lekapan siling) 1

1 X 36W Lampu Pendaflour 2


(lekapan siling)
BILIK TIDUR 1
Kipas siling 1
1 x 13A soket alir keluar 2
1 X 36W Lampu Pendaflour 3
RUANG KELUARGA
(lekapan siling)
Kipas siling 1
1 x 13A soket alir keluar 2
1 X 36W Lampu Pendaflour 2
(lekapan siling)
BILIK TIDUR 3
Kipas siling 1
1 x 13A soket alir keluar 1
BILIK MANDI DAN 1 X 60Watt Lampu Glob 1
TANDAS 3 1 x 3Kw Pemanas Air (jenis serentak) 1
TANGGA
1 X 36W Lampu Pendaflour 2
(lekapan siling)
Kipas siling 1
BILIK TIDUR 2
1 x 13A soket alir keluar 2
1 x 3Kw Penyaman Udara 1
1 x 60W Lampu Pijar (lekapan dinding) 2

JADUAL 2
Code No. C-051-2-01/LE1/IS1 Muka: 12 drp : 17

Merujuk kepada pelan banglo dua tingkat yang telah disertakan dengan menggunakan skala yang sesuai telah
ditunjukkan kedudukan susunatur pelan bangunan untuk dilengkapkan dengan keperluan elektrik yang sesuai
mengikut kegunaan sesuatu bilik tersebut. Dengan merujuk kepada senarai keperluan elektrik yang telah
disenaraikan , masukkankan simbol elektrik yang sesuai dan dikedudukan yang sesuai di dalam gambarajah
susunatur pelan bangunan yang telah disediakan di bawah.

Gambarajah pelan susunatur dua tingkat

Ruang tamu
BAHA

Balkoni
dapur

Rajah di atas menunjukkan pelan susunatur bangunan untuk banglo dua tingkat - tingkat bawah
Code No. C-051-2-01/LE1/IS1 Muka: 13 drp : 17

Bilik mandi dan tandas 2

Bilik tidur 2

Balkoni
bilik tidur
utama Ruang
Bilik tidur 1 keluarga

Bilik tidur 3

Bilik mandi
dan tandas 3

Rajah di bawah menunjukkan pelan susunatur bangunan untuk banglo dua tingkat – tiungkat satu
Code No. C-051-2-01/LE1/IS1 Muka: 14 drp : 17
Merujuk kepada pelan banglo dua tingkat yang telah disertakan dengan menggunakan skala yang sesuai telah
ditunjukkan kedudukan susunatur pelan elektrik yang telah dilengkapkan dengan keperluan elektrik yang sesuai
mengikut kegunaan sesuatu bilik tersebut. Rujuk di dalam gambarajah susunatur pelan susunatur elektrik yang
telah disediakan di bawah.

Gambarajah susunatur pelan susunatur untuk tingkat bawah.

Code No. C-051-2/LE1/IS1 Muka: 15 drp : 17


Gambarajah susunatur pelan susunatur untuk tingkat atas.

Merujuk daripada pelan susunatur elektrik untuk banglo dua tingkat di atas, pelatih boleh menentukan litar
elektrik yang sesuai untuk pendawaian tersebut. Ini akan memudahkan seseorang pendawai elektrik mendawai
dan memasang setiap peralatan di tempat yang sesuai di dalam gambarajah susunatur bangunan mengikut
permintaan .
Code No. C-051-2-01/LE1/IS1 Muka: 16 drp : 17

SOALAN:-

1. Merujuk kepada pelan susunatur bangunan Bilik Kuliah 1,2 dan 3 untuk Blok ( C ),
lukiskan:-
a. pelan susunatur elektrik,
b. Legend Elektrik,
c. pelan susunatur elektrik lengkap dengan litar pendawaian

Lukisan tersebut mestilah mengikut permintaan yang telah disenaraikan di dalam rajah di bawah untuk
rujukan. Setiap litar pendawaian elektrik haruslah mempunyai pembahagian beban yang seimbang.

bil Nama bilik Peralatan elektrik kuantiti

1-2x40W (F) lengkapan siling 12


1 Bilik kuliah 1
Kipas siling 6
1-1x 13A S/A/K 9

2 1-2x40W (F) lengkapan siling


Bilik kuliah 2 12
Kipas siling
6
1-1x 13A S/A/K
9

3
1-2x40W (F) lengkapan siling 12
Bilik kuliah 3
Kipas siling 6
1-1x 13A S/A/K 9

4 1-1x40W Lampu pijar lekapan siling 12


Laluan
berbumbung
Code No. C-051-2-01/LE1/IS1 Muka: 17 drp : 17

Rajah di atas menunjukkan pelan susunatur bangunan untuk Blokm( C ) – Bilik Kulioah 1, 2 dan 3.

RUJUKAN:

Lukisan Elektrik – Abd. Samad Hanif

Anda mungkin juga menyukai