Anda di halaman 1dari 14

Persoalan Fiqh Kenegaraan Dalam Islam

‫فقه الدولة في اإلسالم‬


Fiqh Kenegaraan Menurut Islam
Oleh Al-Faqir Ila Allah:
Zaharuddin Abd Rahman
zaharuddin@yahoo.com

‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬

MUQADDIMAH

Segala puji bg Allah, selawat dan slaam buat junjungan SAW serta para keluarganya dan sahabatnya yang terpillih
dan seluruh mukminin dan mukminat yg menuruti jlnnya dgn haq.

Penulisan ini menyentuh beberapa aspek kenegaraan dalam sudut pandangn Islam, antara aspek yg disentuh :
1. Kewujudan Politik di dalam Islam.
2. Cabaran pemisahan islam dan politik.
3. Perbincangan tentang Dawlah Islam dan konsep asas pemerintahan Islam.
4. Hak wanita sbg pemimpin, politik dll.
5. Hak bukan Islam di dalam Pemerintahan Islam.
6. Demokrasi serta pendirian Islam terhdpnya.
7. Sikap Islam terhdp pilihanraya, demonstrasi dan Parlimen.
8. Berbilang jemaah dlm menuju ke arah pemerintahan Islam dan setelah wujud Dawlah Islam.

Demikian beberapa persoalan yg cuba disentuh secara ringkas.

Persoalan Fiqh Dawlah semakin mendapat perhatian ramai apabila kefahaman Islam berkembang dan menyerapi
pemikiran umat manusia yang selama ini gersang ditutupi oleh kezaliman ideology amalan para pemerintah
moden. Benarlah sabda Nabi Saw 1:
‫ليبلغن هذا األمر ما بلغ الليل والنهار وال يترك هللا بيت مدر وال وبر اال أدخله هللا هذا الدين بعز عزيز أو بذل ذليل عزا يعز هللا به‬
Mafhum : “ Pasti akan sampai urusan ini (Islam) ke mana sahaja sampainya malam dan siang, Allah tidak akan
tinggalkan satu rumah si kaya mahupun miskin pun, kecuali akan dimasukkan oleh Allah Agama ini…” (riwayat
Ahmad & Al-Baihaqi)

Sejak beberapa lama setelah kejatuhan khilafah Islam terakhir pada tahun 1924m, maka dengan bersendikan
pemikiran mujaddid-mujaddid kurun ini, seperti Syeikh al-Imam Muhammad Abduh, Syeikh Rashid Ridha serta
ramai lagi, lahirlah mujaddid haraki seperti Imam As-Shahid Hasan Al-Banna (1906-1949 M) pengasas jamaah
Ikhwan Muslimin bagi mengharungi perancangan licik Yahudi serta sekutunya di seluruh dunia. Perjuangan demi
menegakkan negara kebajikan Islam , kini menjadi tugas serta kewajiban semasa bagi seluruh umat Islam.
Ulama’ contoh kini seperti Dr.Yusoff Al-Qaradhawi, Syeikh Muhd Al-Ghazali(1916-1996m), Syeikh Abul A’la
al-Maududi(1903-1979m), Syeikh Muhd Qutb, Syeikh Muhd Syaltut, Dr. Solah Abd Fatah al-Khalidi, Tuan Guru
Nik Abd Aziz Nik Mat, Tuan Guru hj Ab Hadi Awang serta ramai lagi boleh memandu kita ke arah peranan yang
sebenarnya.

Imam Abu Hanifah (80-150H) merupakan individu utama dalam meletakkan keadah hukum Islam melalui
gabungan pemikiran sihat iaitu Qias, kerana itulah keperluan utama di zamannya. Imam Malik Anas (93-178 H)
pula merupakan individu utama yang menekankan persoalan ilmu jarh dan ta’dil sebagai keutuhan sumber
perundangan Islam dan keshahihan hadith.

Imam Muhd Idris al-Syafie (150-204 H) dengan tugas semasanya iaitu berperanan sebagai individu utama
menyusun kaedah Usul Fiqh dalam gaya gabungan ahli Hadis dan Ahli ra’yi. Mankala Imam Ahmad Hanbal (164-
241 H) pula merupakan individu pertama dalam menggabung dan mengumpulkan hadith2 Rasulullah saw agar
umat Islam tidak tercari-cari rujukan dr rasulnya, itulah Musnad Ahmad yang mengandungi lebih 40,000 hadith
Rasulullah Saw. Rasul menegaskan daripada Abu Hurairah ra.
‫إن هللا يبعث إلى هذه األمة على رأس كل مائة سنة من يجدد لها دينها‬
Mafhum : “Sesungguhnya Allah membangkitkan kepada umat ini, di setiap permulaan seratus tahun, seseorang
yang melakukan tajdid bagi Agama” ( riwayat Abu Daud: no 4291)

Justeru, adalah menjadi tuntutan kepada setiap individu Islam bagi memikirkan apakah keperluan Islam pada
zamannya sesuai dengan hadith tersebut. Tidak dapat diingkari bahawa, semasa kewujudan Khilafah Islam
sehingga tahun 1924 M sememangnya tidak timbul gerakan Islam berjuang untuk menubuhkan negara kebajikan
Islam tetapi setelah kejatuhannya maka ini lah yang menjadi tuntutan Deen hari ini.

Bagi melicinkan tugas ini, menjadi kewajiban bagi umat untuk memahami selok belok politik dan dawlah Islam
bagi kembali memperkenalkannya kepada manusia hari ini. Selaras sebuah athar :
1
. Riwayat Ahmad dan Baihaqi

1
Persoalan Fiqh Kenegaraan Dalam Islam

‫ال يعرف الفضل ألهل الفضل إال ذو قضل‬


Mafhum : Orang yang tidak mempunyai kelebihan tidak akan dapat mengenali orang yang memiliki kelebihan”

Dan begitu juga, “tak kenal maka tak cinta”

Bagaimana mungkin manusia yakin serta cinta kepada Islam sekiranya mereka tidak kenal dan sedar apakah sistem
kenegaraan Islam dan siasah Islam.

TAKRIF SIYASAH ATAU POLITIK

Siasah menurut bahasa :


“Sasa- yasusu- siyasatan wa riasah” yang membawa maksud tadbir, perintah, mengetuai ( Lisan al-Arab, Dar al-
kutub al-ilmiah)

Manakala menurut istilah para ulama’ terdahulu terbahagi kepada 2 :

1. Makna ‘Am : Mentadbir urusan manusia dan urusan dunia mereka dengan syariat Deen. Dengan
ini kita dapati mereka mentakrifkan ‘Khilafah’ sebagai :
‫نيابة عن رسول هللا صلى هللا عليهم وسلم في حراسة الدين وسياسة الدنيا به‬
Mafhum : “Sebagai pengganti tugas Rasul dalam menjaga Agama dan mentadbir Dunia dengan berpaksikan
agama”

2. Makna Khas : Tindakan2 yang dibuat oleh Imam bersumberkan hukum2 dan ketetapan2 samada
bertujuan untuk menghalang kerosakan atau mencegah kerosakan yang belum melanda atau pemulihan
terhadapnya. (Lihat as-Siyasah as-Syariyyah – Dr. Yusoof al-Qaradhawi, Muassasah al-Risalah, hlm 31)

Sebagai contoh, kepelbagian tindakan yang dilakukan oleh Khalifah Abu Bakar ra yang membakar peliwat, Umar
ra yang mencukur rambut Nasar bin hajjaj akibat digilai oleh perempuan Madinah semasa pemerintahan mereka.
Semua tindakan ini berubah menurut kepentingan maslahat setempat dan zaman.

Menurut As-Syahid Imam Hasan Al-Banna : ‘Sasah adalah kajian tentang persoalan umat Islam samada dalam dan
luar negeri, ia tidak terikat dengan ikatan kepartian semata-mata” (Mabadi’ al-usul fi mu’tamarat al-khassah,
muaassah al-islamiyyah, 1980, hlm 104)

Perkataan asal siyasah digunakan oleh Rasulullah SAW dalam hadithnya 2:

‫ انه سيكون خلفاء فيكثرون‬Š‫كانت بنوا إسرائيل تسوسهم األنبياء كلما هلك نبي خلفه نبي وانه ال نبي بعدي‬
Mafhum : “Dahulunya Bani Israel dipimpin oleh para Nabi, tatkala wafat seorang Nabi maka dibelakangnya
terdapat Nabi (lagi) dan sesungguhnya tiada seorang pun lagi Nabi selepas Aku( Rasulullah ), dana diikuti oleh
para pemimpin…”

Imam Ibnu Qayyim pula menolak pembahagian kaedah hukum kepada syariat dan siyasah, sebagaimana ada
sesetengah kumpulan yang membahagikan Islam kepada Islam syariat, Islam hakikat. Adapun pembahagian yang
tepat menurutnya adalah samada shahih atau batil ( Lihat Turuq hukmiyah, hlm 13-19 )

DALIL KEWUJUDAN POLITIK DI DALAM ISLAM

Sejak berkembangannya fahaman Sekularisme di kebanyakan pelusuk dunia, ramai menjadi terkeliru dengan
istilah2 seperti ‘politik kotor’, tiada politik dalam Islam, Islam tiada kaitan dengan politik dan pelbagai lagi.

Justeru percubaan memisahkan politik dari prinsip Islam ini sentiasa diperjuangkan oleh musuh-musuh Islam dan
anak buahnya dari kalangan umat Islam sendiri. As-Shahid Sayyid Qutb berkata ; Islam yang dikehendaki oleh
Amerika dan kepimpinannya di timur tengah, bukanlah Islam yg menentang penjajahan, kezaliman, komunisme
tetapi sebenarnya mereka tidak mahu islam memerintah, mereka mahu Islam yang membicarakan perkara yang
membatalkan wudhu’ sahaja, dan bukan persoalan ekonomi islam, politik islam, masyarakat islam dan kewangan
islam.

Bagi mengembalikan kefahaman umat, menjadi kewajiban bagi merujuk kepada rujukan utama Islam dalam hal
kesempurnaan Islam dalam kepelbagaian bidang kehidupan:

Al-Quran

)41:‫الذين إن مكناهم في األرض أقاموا الصالة وآتوا الزكاة وأمروا بالمعروف ونهوا عن المنكر وهلل عاقبة األمور ( الحج‬

2
. Riwayat Bukhari no 3268 , Muslim no 1842, Ahmad no 7947, Ibnu Majah 2871. Hadith Shahih

2
Persoalan Fiqh Kenegaraan Dalam Islam

Mafhum : Sesungguhnya orang yang kami berikan kpd mereka kekuasaan di atas muka bumi, mereka mendirikan
solat, menunaikan zakat, menyuruh kepada kebaikan, melarang kemungkaran, dan kepada Allah mereka
menyerahkan penghujung sgl usaha”
)89:‫ونزلنا عليك الكتاب تبيانا لكل شيء وهدى ورحمة وبشرى للمسلمين (النحل‬
Mafhum : Dan telah Kami turunkan kepada kamu, Kitab (al-Quran) yang didalamnya mengandungi penerangan
terhdp semua perkara serta menjadi petunjuk dan rahmat dan membawa berita gembira bg muslimin"

Al-Hadith

1.
3
)‫إذا كان ثالثة في سفر فليؤمرو اعليهم أحدهم (رواه ابو داود والطبراني عن أبي سعيد و أبي هريرة وإبن مسعود بإسناد صحيح‬
Mafhum : “Apabila keluar tiga orang semasa bermusafir maka telah mesti ke atasnya melantik seorg drnya sbg
ketua” ( Riwayat Abu Daud dan At-Tabrani, dgn sanad yg shohih)

2. )‫أفضل الجهاد كلمة حق عند سلطان جائر (النسائي وصححه النووي‬


Mafhum : “Sebaik-baik jihad adlh perkataan yang haq dihadapan pemerintah yang zalim”

3. )‫سيد الشهداء حمزة ثم رجل قام إلي إمام جائر فأمره ونهاه فقتله ( الحاكم وصححه األلباني‬
Mafhum : “ Penghulu para syuhada; adalah Hamzah ra, kemudian lelaki yang bangun kpd pemerintah yang zalim
lalu mengajaknya kpd kebenaran dan melarangnya dr kemungkaran lalu ia dibunuh krn itu” ( Al-Hakim
mentashihkan hadith ini)
4
4. ‫رواه مسلم)) من مات وليس في عنقه بيعة فإن ميتته جاهلية‬
Mafhum : “Brgsp yang mati, dlm keadaan tiada padanya suatu bai’ah( iqrar janji taat kpd pemimpin Islam) maka
matinya seumpama dlm keadaan Jahiliyyah” (Riwayat Muslim)

Athar Sahabat

Berkata Saidina Umar al-Khattab : ‫ وال إمارة إال بالطاعة‬,‫ال إسالم إال بجماعة وال جماعة إال بإمارة‬
Mafhum : Tiada Islam kecuali dgn Jemaah, tiada Jemaah kecuali dgn Kepimpinan, Tiada Kepimpinan kecuali dgn
Ketaatan. (Lihat Mawsu’ah an-Nuzum wa al-Hadharah al-Islamiyah, Ahmad Syalabi, 2/29)

Berdasarkan beberapa ayat , hadith serta athar tadi jelas bahawa aspek siyasah (politik pemerintahan) semestinya
terkandung di dalam Islam bahkan Nabi SAW juga merupakan seorang pemimpin politik apabila baginda menjadi
ketua negara di madinah. Saya merasakan tidak perlu memanjangkan bahagian ini kerana meyakini kejelasannya
di pemikiran para pembaca.

ILMU SIYASAH ISLAM DALAM SEJARAH PEMBUKUAN

Perkembangan ilmu politik Islam tidak terlepas daripada pandangan para pimpinan Islam sejak kewafatan
Rasulullah SAW. Antaranya tandanya bolehlah kita melihat kepada buku-buku yang dikarang berkaitan tajuk ini,
antaranya fiqh Umar al-khattab ra yang begitu banyak membuat pembaharuan dan ijtihad dalam perkara2 umat
Islam ( Mausu’ah Fiqh Umar Al-Khattab oleh Dr. Muhd Rawwas Qal’ah Ji ) buku terawal mengenai siyasah
ditulis Qadhi Abu Yusof Ya’qub B Ibrahim al-hanafi ( m 183 H) bertajuk Al-kharraj, Yahya Adam al-Quraisy (m
204 H) bertajuk Al-Kharraj, Abu Ubaid al-Qasim ( 224 H) bertajuk Kanzul al-amwal, seterusnya Imam Ibn
Qutaibah ( 267 H) bertajuk ‘Al-Imamah wa al-Siyasah’ ‘,setersunya al-Madinah al-Fadhilah, oleh Abu Ali Bin
Sina ( 428 H). Manakala penulisan oleh Imam al-Mawardi as-Syafie ( m 450 H) bertajuk adab al-wazir’ dan juga
al-ahkam as-sultaniyah, Abu Ya’la al-Farra al-hanbali ( 458 H) bertajuk al-ahkam as-sultaniyah, Imam haramian
al-syafie ( 476 H) bertajuk Ghiasu al-umam, penulisan oleh Shihabuddin al-Qarafi bertajuk ‘ahkam al-ahkam fi
tamyiz al-Fatwa’ , seterusnya Imam Ibnu Taimiyah al-hanbali ( 728 H) bertajuk al-siyasah al-syariyyah fi islah al-
ra’ wa al-raiyyah, Imam Ibnu Qayyim al-hanbali ( 749 H) Turuq al-hukmiah dan Al-Ahkam Ahli Dzimmah, Imam
Ibnu Rejab al-hanbali ( 795 H) bertajuk al-istikhraj fi ahkam al-kharraj dan banyak lagi, sehinggalah ke hari ini.
Ini membuktikan bahawa ilmu siyasah Islam bertali arus dari sudut perhatian para ulama’ terdahulu sehinggalah
sekarang.

CABARAN SEKULARISME DALAM FAHAMAN POLITIK DI MALAYSIA

Akibat pegangan fahaman pemisahan Deen daripada urusan kehidupan serta menyerahkan urusan deen kepada
individu, dan tidak menjadi tanggung jawab pemerintah maka sehingga kini bentuk2 sekular telah berkembang
biak memasuki bidang pendidikan, kemasyarakatan, politik, ekonomi dan hampir menyelinap di semua aspek
kehidupan masyarakat Malaysia. Keadaan ini menyebabkan ilmu Islam dipandang remeh, sampingan, tiada harga,
second class dan sebagainya. Harta dan pangkat keduniaan dilihat dengan penuh liuran dan rakus, sekiranya

3
Lihat Nailul Awtar, 8/608, Kitab Aqdhiyah wa al-ahkam.
4
Shohih Muslim dgn Syarh Imam Nawawi, 12/240

3
Persoalan Fiqh Kenegaraan Dalam Islam

keadaan ini berterusan, pasti akan lahir masyarakat perosak, keamanan lenyap sedikit demi sedikit, Islam hanya di
masjid, itu pun hanyalah persoalan tertentu daripada juzu’ kecil ilmu Islam.

Alangkah malangnya, sekiranya para terpelajar dari generasi muda terutamanya yang mempelajari Islam juga
terhanyut jauh dalam suasana tersebut tanpa memahami tuntutan semasa Islam. Kerana itulah, memahami Politik
Islam menjadi ‘compulsary subject’ bagi kita samada suka atau tidak, tiadalah kuat Islam tanpa politik dan politik
akan hancur tanpa aqedah.

Berkata Imam Ibnu Taimiyah5: ‫يجب أن يعرف أن والية الناس من أعظم الواجبات الدينية بل ال قيام إال بها‬
Mafhum : “ Wajib diketahui bhw kekuasan ke atas manusia adalah sebesar2 tuntutan agama, bahkan tiada
pemerintahan kecuali dgnnya”

Aqidah sebagai asas kekuatan manusia, tanpanya generasi manusia pasti menyesal di akhirat nanti. Firman Allah
SWT

)85:‫ومن يبتغ غير اإلسالم دينا فلن يقبل منه وهو في اآلخرة من الخاسرين(ال عمران‬
Mafhum : sesiapa yang mengikuti selain Islam sbg cara hidupnya maka tidak akan sekali2 diterima oleh Allah
dan ia di akhirat akan menjadi org2 yang rugi” ( Al-Imran : 85)
Bagi tujuan tersebut pembaca harus memahami bahawa Islam akan sentiasa diperintah selagi mana Islam tidak
mengambil tampuk pemerintahan, tujuan menerajui pemerintahan tidak akan terlaksana tanpa politik.

Qaedah Fiqhiyyah menyebut :


‫الحريم له حكم ما هو حريم له‬
Mafhum : “apa yang berada disekeliling yang haram maka hukumnya juga adalah haram”

Menurut Imam Suyuti As-Syafie( Ashbah wa an-nazair, hlm 162 ) dan Imam Zarkasyi al-Syafie (al-Bahrul
Muhit) berkata ‘al-harim’ termasuk dalam perkara wajib lalu timbullah kaedah :

‫ما ال يتم الواجب إال به فهو واجب‬


Mafhum : Kewajiban yang tidak dapat disempurankan, kecuali dgn adanya ‘ia’, maka ‘ia’ juga menjadi wajib
(sbgmn perkara wajib itu)”

Ia juga diistinbadkan dari ayat

)32:‫وال تقربوا الزنى إنه كان فاحشة وساء سبيال (اإلسراء‬


Mafhum : “ Janganlah kamu menghampiri zina, krn sesungguhnya ia adalah pekerjaan yg teramat buruk dan
seburuk2 jalan”

Justeru jalan kepada tertegaknya sebuah negara adil Islam juga menjadi wajib sebagaimana wajibnya menegakkan
negara tersebut. Kita tidak boleh meredhai situasi Islam diperintah, ketidak keredhaan itu merupakan suatu
keimanan dan keyakinan maka hal iman sebagaimana dinyatakan di dalam sebuah Hadith :
‫ليس اإليمان بالتمني والتحلي ولكن ما وقر في القلب وصدقه العمل‬
Mafhum : Tidaklah iman itu dgn angan2 dan perhiasan2, tetapi ia adalah apa yang teriqrar di dalam hati dan
dibenarkan oleh amalan” ( dari Anas Bin Malik, dikeluarkan oleh ad-Dailami dan Ibn Najar) 6

Sesungguhnya keredhaan kepada sesuatu beerti keredhaan kepada hasil yang timbul darinya, sebagaimana kaedah
fiqhiyyah :
‫الرضا بالشيئ رضى بما يتولد منه‬
Mafhum : Redha dgn sesuatu bermaksud, redha jua dengan apa yang bakal terbit darinya”

Maka redha dengan kekufuran maka hukumnya kufur jua.

DAWLAH ISLAM

Takrif
Al-Sarakhasi : mentakrifkan ia sebagai : “Ianya tempat yang berada di bawah pemerintahan orang Islam,
tandanya ialah apabila orang Islam aman di bawahnya”

Al-Khatib al-Baghdadi (429 H) : Negera yang masyarakatnya dapat menyeru dakwah Islam tanpa ada rasa takut
dan bimbang, dilaksankan hukum-hakam Islam, manakala ahli Bid’ah tidak bermaharajalela menekan ahli
Sunnah” ( Usul al-Din, hlm 270 )

5
. As-Siyasah as-Syar’iyyah Fi Islah ar-Ra’ie wa ar-Ra’iyyah, Ibn Taimiyah, hlm 217
6
. Imam As-Suyuti mengatakan hadith ini Dhoif, tetapi Al-Albani mengatakan ianya mawdu’. Lihat Dhoif al-Jami’ as-Shoghir
wa ziyadatihi, hlm 700

4
Persoalan Fiqh Kenegaraan Dalam Islam

Al-Imam As-Sya’ari (324 H) : “Negara Islam ialah negara yang berada di abawah penguasaan Islam dan
dilaksanakan setiap hukum2 dan Syiar Islam” (Maqalat al-Islamiyyin wa ikhtilaf al-Musollin, hlm 22)

Syeikh Sa’id Hawwa (1989 M) : “Negara yang meletakkan undang2 Islam yang tunggal untuk mentadbir negara,
ia dipimpin oleh orang Islam yang komited dengan ajaran agamanya..”( Jundullah thaqafatan wa akhlaqan, hlm
35)

Syeikh Abul A’la al-Maududi (1979 M) : "Negara yang dibentuk berasaskan AL-Quran dan Sunnah Rasullullah
SAW, kedua-dua sumber ini berfungsi sebagai pembimbing negara yang memberi keadilan kepada rakyat” (
Nazariyat al-Islamiyyah, hlm 41)

Prof. Dr Muhd Salam Madkur7 : Para Fuqaha mentakrifkan dar Islam sebg sebuah negara yang dipandu oleh
hukum Islam, hukum-hakam Islam juga diamalkan di dlmnya. Sekiranya tidak, maka ia tidak boleh digelar dar
Islam yang sempurna” (Ma’alim Dawlah Islamiyyah, hlm 60)

Para Fuqaha’ telah membahagiakan Negara Islam ini kepada beberapa jenis 8 :
a. Darul ‘adl wa madani : Negara yang diperintah berlandaskan syariat Islam dengan adilnya
serta membangunankan negara melalui tatcara yg sihat dan nilai
murni.
b. Darul bagh : Negara yang diperintah oleh umat Islam yang menderhaka kepada kerajaan
Islam yang adil.
c. Darul Bid’ah : Negara yang diperintah oleh orang Islam yang bercanggah dengan ajaran
sebenar Islam
d. Darul Maslubah : Negara umat Islam yang dijajah oleh orang bukan Islam.

Apapun takrifan bagi negara Islam, hakikatnya tiada ertinya sebuah negara Islam tanpa pelaksanaan syariat Islam
didalamnya kerana ia tidak akan mampu mengembalikan Islam ke mercunya yang sebenar.

DAWLAH ISLAMIAH MADANIAH

Ciri –ciri utama


Al-Imam Al-Mawardi As-Syafie (450 H) di dalam Al-Ahkam as-Sultaniyah hlm 27. Beliau menggariskan tugas-
tugas di dalam sebuah kerajaan Islam tulen antaranya :
1. Menjaga Deen di atas usul2nya yang tetap dan yang diijmakkan ulama’ salaf soleh, serta
menjalankan kewajiban hak2, hudud agar agama terjaga daripada kehancuran.
2. Melaksanakan hukum di antara dua kumpulan berpecah dan menamatkan permusuhan sengketa
3. Menjalankan hukum hudud bagi menjaga laranagan Allah daripada dicerobohi serta menjaga hak
manusia.
4. Jihad menentang pengingkar Islam setelah dakwah.

Pemfokusan penulisan ini meringkaskan kepada beberapa aspek sahaja dari keutamaan sebuah dawlah Islam

1. Perlembagaan
Hanya al-Quran dan al-Sunah menjadi rujukan utama selain Ijma’ dan qias.
Sesungguhnya penurunan syariat Islam adalah demi menjaga kepentingan manusia dan kebajikan mereka (lihat
‘A’lam al-Muwaqqi’in oleh Imam Ibnu Qayyim-) Justeru, semua pihak samada muslim atau non-muslim tidak
perlu takut terhadp pelaksanaan ini, tiada sebarang kezaliman akan berlaku terhadap semua pihak.

2. Pemerintah
Pemerintah bagi sesebuah negara Islam akan dilantik dari kalangan mereka umat Islam yang berilmu, komited
dalam ajaran Islam, mempunyai kekuatan fizikal dan mental dll. Imam Al-Mawardi menggariskan sebanyak 7
sifat, Imam al-Ghazali menyebut 10 sifat, Ibnu Khaldun dan Al-Baghdadi menetapkan 4 sifat. Secara umumnya
semuanya menyebut perkara :
a. Berugama Islam
b. Mujtahid atau berilmu dalam hukum syarak dan memahami masalah semasa.]
c. Adil ( menurut Imam Bukhari iaitu wara’ dan taat serta iltizam dengan perintah Allah)
d. Berkemampuan mental dan fizikal
e. Lelaki ( Bagi kepimpinan tertinggi atau wilayah ‘ammah dengan ikhtilaf di kalangan ulama’)
f. Berpengaruh (mendapat sokongan rakyat)

3. Kaedah Pemerintahan

a. Secara Syura ( input dua hala antara pemerintah-pemerintah dan pemerintah-rakyat )

7
beliau merupakan Profesor dan Ketua Jabatan Syariah Kaherah, Mesir. Juga merupakan prof di Kuwait.
8
. Sistem Pemerintahan Negara Islam, Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang

5
Persoalan Fiqh Kenegaraan Dalam Islam

Dawlah Islam bukan sebuah negara teokrasi yang menindas rakyat atas nama ketuhanan. Bahkan dawlah
Islam sentiasa membuka ruang daripada rakyat samada dari kalangan Islam mahupun bukan Islam untuk
mengkritik kepimpinan apabila melakukan kezaliman serta terpesong dari landasan keadilan hakiki.
Konsep ini ditunjukkan oleh Rasul SAW ketika :
i. Membuka ruang pandangan para sahabat ketika ingin memutuskan tindakan perang atau tidak
semasa kisah peperangan badar sebagaimana sabda baginda : ‫ ( أشيروا علي أيها الناس‬Mafhum :
berikan pandangan kamu wahai para sahabatku) sebanyak beberapa kali bagi memastikan
wakil sahabat2 besar, wakil kaum muhajirin serta ansar memerikan pandangan sebelum
meneruskan rancangan merampas kembali hak umat Islam dari rombongan Abu Sufyan.
ii. Menerima pandangan Salman Al-Farisi dalam tektik perang dengan menggali parit ketika
perang Khandaq ( ahzab)
iii. Menerima pandangan Habbab Ibn Munzir ketika perang Badar dalam menentukan kawasan
terbaik untuk berkubu.
iv. Menerima pandangan sahabat untuk keluar dari Madinah ketika perang Uhud walaupun Rasul
lebih berat untuk berkubu di Madinah.

Syeikh Mahmud Syaltut ( bekas syeikhul azhar ) menegaskan bahawa persitiwa2 telah meletakkan satu bentuk
asas yang amat penting dalam sesebuah negara adil Islam. Iaitu prinsip mendengar pandangan rakyat sebelum
bertindak9. ( Min Taujihat al-Islam , hlm 522) Malah Hadith dari Abu Hurairah menyatakan :

")‫ما رأيت أكثر مشاورة ألصحابه من رسول هللا ( رواه البخاري و البيهقي‬
Mafhum : “Tiadalah aku melihat manusia yang lebih byk bermesyuarat dgn sahabatnya daripada Rasulullah
saw”

Hasilnya, menurut Imam al-Qurtubi, umat Islam ijmak ( bersepakat ) dalam perkara kewajiban syura,
sebagaimana diriwayatkan dari Ibnu Atiyyah : “Syura adalah dari asas syariat dan ketepatan hukum barangsiapa
tidak bermesyuarat dengan ahli ilmu maka berpisah dengannya wajib” 10 ( Tafsir al-Qurtubi, hlm 249, Jld 4)

b. Mendokong Keadilan

Firman Allah :
)58 : ‫(النساء‬..‫ أن تؤدوا األمانات إلى أهلها وإذا حكمتم بين الناس أن تحكموا بالعدل‬Š‫إن هللا يأمركم‬
Mafhum : Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menunaikan amanah terhdp manusia, dan apabila kamu
berhukum maka hendaklah kamu menghukum dgn seadil2nya..” ( An-Nisa’ : 58)

Manusia adalah sama baik dari apa bangsa, warna kulit, bahasa dsbg, perbezaan hanya terletak pada ketaqwaan
kepada Allah SWT, itulah neraca perbezaan mereka di sisi Allah.

Keadilan yang disebut tadi telah diterjemahkan praktikal oleh Rasulullah SAW serta para sahabat baginda tanpa
dipengaruhi oleh harta, pangkat atau apa jua perhiasan dunia:

1. Rasullullah memberi peluang kepada sahabat bernama Suad untuk membalas apabila Rasulullah SAW
menolak perutnya dengan busar panah hingga menyakitinya apabila ingin meluruskan saf pembarisan
tentera.
2. Ibnu Qayyim mencatatkan di dalam kitabnya ‘Turuq Hukmiah’. Khalifah Umar al-Khattab semasa
menjadi amir al-mukminin bertanya kepada rakyat apakah pandangan mereka sekiranya seorang amir
sepertinya melihat maksiat dilakukan oleh seorang perempuan. Berkata Ali KW bahawa beliau wajib
menghadirkan 4 orang saksi atau akan disebat dengan had qazf , Ali KW akhirnya berkata “ ‫شأنه في ذلك‬
‫شأن سائر المسلمين‬

Mafhumnya : “Urusannya ( khalifah dlm hal kehakiman) adalah sama seperti seluruh muslimin yang
lain ( tanpa imuniti atau kelebihan).”

Iaitu tanpa perbezaan walaupun Umar ketika itu bertaraf Perdana Menteri bagi seluruh umat Islam.

3. Khalifah Ali KW pernah dibawa ke mahkamah akibat pertikaiannya dengan seorang Yahudi
berkenaan baju besi miliknya yang didakwa dicuri oleh si Yahudi, apabila mahkamah menjalankan
perbicaraan Ali KW gagal mengemukakan bukti jelas akhirnya, Yahudi berhak ke atas baju tersebut wp
sememang ia milik Ali KW. Keadilan kehakiman Islam yang tegas tanpa membezakan samada ketua
negara Islam yang dibicarakan, bahkan walaupun tertuduh merupakan seorang Yahudi, dakwaan tetap
memerlukan bukti jelas. ( al-Ahkam as-Sultaniyyah, Abu Ya’la Al-Farra’ : hlm 66 ) Dalam Islam
seorang Qadhi boleh untuk menolak hujjah Khalifah sekiranya hujjahnya tidak memuaskan sebagaimana
yang berlaku kepada Ali KW, juga Umar ra.

9
. Min Tawjihat al-Islam, hlm 522. Beliau merupakan bekas Syeikhul Azhar
10
. Al-Jami’ li Ahkam al-Quran, Jld 4, hlm 249

6
Persoalan Fiqh Kenegaraan Dalam Islam

Pemerintahan Islam juga berdiri tegas terhadap tuduhan2 jenayah atau seumpamanya sbgmn hadith Nabi SAW :
)‫البينة على المدعي واليمين على من أنكر ( البيهقي‬
Mafhum : Bukti yang jelas bagi mereka yang mendakwa, serta sumpah ( hak pembelaan) bagi mereka yang ingin
menafikannya”

Demikianlah Islam mengganggap bahawa seseorang itu tidak bersalah sehingga dibukitikan bersalah : Kaedah
Fiqhiyyah11 (Imam As-Suyuti, Asbah wa an-Nazair : hlm 74):
‫األصل براءة الذمة‬
Mafhum : Asal ( dlm tuduhan jenayah) adalah tiada bersalah (kecuali setelah dibuktikan)”

Jelas sekali bahawa Islam serta system kehakimannya yang begitu adil dengan menjaga hak individu, serta tidak
terkecuali dari dari sebarang hukuman hatta seorang ketua negara.

Ketua Negara Islam juga dituntut oleh Allah SWT untuk melaksankan keadilan di kalangan rakyatnya
sebagaimana friman Allah :

‫ديد بما‬ŠŠ‫ذاب ش‬ŠŠ‫بيل هللا لهم ع‬ŠŠ‫لون عن س‬ŠŠ‫ياداوود إنا جعلناك خليفة في األرض فاحكم بين الناس بالحق وال تتبع الهوى فيضلك عن سبيل هللا إن الذين يض‬
)26:‫نسوا يوم الحساب (ص‬
Mafhum : “ Wahai Daud, sesungghunya kami telah menjadikan kamu sbg pemerintah di atas muka bumi, maka
wajiblah kamu menghukumi mereka dgn kebenaran dan jangnlah kamu mengikuti hawa nafsu, ( kalau kamu
mengikuti nafsu) nescaya nanti ia menyesatkan kamu dr jalan Allah, ….”

Dengan ini juga, negara kebajikan Islam bukan sebuah negara teokrasi tetapi adalah negara madani yang sentiasa
membangun rohani dan fizikal negara. Ia bukan negara yang hanya hanyut dalam mengejar tamadun maddiyah
bahkan sebuah negara yang sedar bahawa kebangunan material mesti dibina atas keutuhan, kejujuran hati
penduduk kepada penciptanya. Dengan itu negara pasti mencapai kebahagian hakiki.

c. Persamaan Hak ( ‫) المساواة‬

Firman Allah SWT :


)97 :‫من عمل صالحا من ذكر أو أنثى وهو مؤمن فلنحيينه حياة طيبة ولنجزينهم أجرهم بأحسن ما كانوا يعملون( النحل‬
Mafhum : “Brgsp yang membuat amalan soleh dr kalangan lelaki atau wanita dlm keadaan mrk beriman, nescaya
pastilah kami menghidupkan mrk kelak (di akhirat) dgn hidup yang baik, dan kami kurniakan balasan
sebagaimana sebaiknya amalan yg telah mrk lakukan”

Topik persamaan berkisar tentang beberapa kumpulan manusia antaranya:

i. Hak wanita

Dari sudut Islam, lelaki & wanita adalah sama dari sudut kehormatan diri, hak pemilikan harta benda, moral,
beragama. Persoalan yang sering berbangkit berkenaan wanita adalah:
- adakah mereka berhak menjadi pimpinan negara?
Sabda Nabi SAW12 :
)‫لن يفلح قوم ولو ا أمرهم إلى امرأة ( رواه البخاري‬
Mafhum :” Tiada akan berjaya ( selama2nya) suatu kaum yang dipimpin urusan negara mrk oleh wanita”

Mengimbas sebab ‘wurud’ hadith ( sebab terkeluarnya hadith ini dr mulut Rasul) ini adalah apabila Rasul
diberitahu bahawa kerajaan Rom diterajui oleh wanita lalu sebagai respond maka Rasulullah SAW menyebut
seperti hadith di atas. Jelas, mafhum hadith adalah ditujukan kepada persoalan kepimpinan negara bg wanita, tidak
seperti ayat :

‫الرجال قوامون على النساء بما فضل هللا بعضهم على بعض وبما أنفقوا من أموالهم‬

Mafhum : “Para lelaki adalah lebih lurus (kuat) berbanding para wanita, dgn sebab kurniaan Allah ke atas
setengah merka dan dgn sebab apa yang dibelanjakan oleh mrk (lelaki) daripd harta mrk “

yang menyentuh persoalan rumah tangga dan agak kurang tepat digunakan di dalam persoalan kenegaraan..

Bagi menjelaskan topik ini, perlu disedari bahawa kepimpinan sebuah negara Islam dibahagi kepada:-
1) Wazarah at-tafwid (‫ )التفويض‬yang membawa maksud kepimpinan yg menentukan dasar atau mrk yang dilantik
oleh Imam untuk melaksanakan tugas pentadbiran dgn kebijaksanaannya dan ijtihadnya 13 ( Lihat al-ahkam as-
Sultaniyah-Mawardi hlm 33) . Kepimpinan Tafwid memegang bhg :

11
. Asbah wa an-Nazair, Imam Jalaluddin as-Sayuti, hlm 74
12
. Riwayat al-Bukhari (Kitab al-Maghazi dan Kitab Fitan), al-Tirmizi dlm bab Fitan, An-Nasa’ie bab Qadha (kehakiman) dan
Riwayat Ahmad. Bagaimanapun terdapat perbezaan lafaz serba sedikit, tetapi makna yang sama.
13
. Al-ahkam as-Sultaniyyah, al-mawardi, hlm 33

7
Persoalan Fiqh Kenegaraan Dalam Islam

1. Wilayah al-Mazalim (tugasnya mengambil tindakan ke atas pemerintah, pegawai tinggi


kerajaan yg tidak boleh diambil tindakan oleh mahkamah biasa)
2. Wilayah al-Jihad (Berperanan dlm bidang ketenteraan)
3. Wilayah al-hasabah (menjaga kewajiban amar makruf nahi mungkar samada berkaitan
pemerintah atau rakyat)
4. Berhak menjalankan tugas perlaksaan.
5. Berhak mewakili kepimpinan utama.
6. Berhak mendapat kebajikan sbgmn yang diperolehi oleh ketua negara.

Tetapi mrk tidak mempunyai hak dlm bidang :


1. Wilayah al-‘ahd iaitu kuasa ‘melantik’ tidak mempunyai kuasa melantik seseorang lain bg melaksanakan
urusan khalifah.
2. Kuasa mengampun
3. Hak menyingkir individu yang dilantik khalifah.

Contoh semasa di Malaysia bagi kepimpinan ini adalah Perdana Menteri, Presiden, Ketua Hakim atau Hakim,
Menteri-menteri yang memegang dasar dan menjalankan tugas yang diberikan oleh Perdana Menteri
menurut ijtihad dan pemikirannya termasuk juga Menteri Besar (menurut ijthad adalah dlm perkara
ijtihadiyah atau tidak mempunyai dalil yg qat’ie) . Menurut Al-Mawardi juga wzarah ini terbahagi kepada dua:
a. Wazarah Tafwid ‘Ammah
b. Wazarah Tafwid Iqlimiah ( yang bertanggung jawab dlm pentadbiran sesebuah iqlim) iaitu
seperti menteri besar di sesebuah negeri)

2) Wazarah at-tanfiz (‫ ) التنفيذ‬iaitu kepimpinan yang melaksanakan dasar yang telah ditentukan, mereka cuma
mempunyai kuasa dalam mempelbagaikan kaedah perlaksanaan kepada dasar tadi tapi tidak dlm mengubah polisi.
Mrk menjadi orang tengah di antara rakyat dan pemerintah 14. Contoh semasa seperti Ketua Setiausaha
Kementerian, Setiausaha Parlimen, Pegawai Daerah, Ketua Jabatan2 Kerajaan.

Imam Al-Mawardi ra15 (450 H) menjelaskan jwtn spt Perdana Menteri atau juga menteri bhg ketenteraan adalah
tidak dibolehkan bg wanita serta tidak sesuai dengan kemampuan sifat mereka terutama apabila melibatkan
ketenteraan. Beliau juga menyenaraikan sifat ‘lelaki’ sbg salah satu daripada 10 syarat kepada kepimpinan di
peringkat ‘tafwid’ tetapi tidak di peringkat ‘tanfiz’. ( Al-ahkam as-sultaniyyah, hlm 22)

Menurut Imam Hasan Al-Banna16, wanita tidak dibenarkan menjawat apa-apa jawatan di wilayah ‘ammah atau
wazarah tafwid spt kepimpinan ketenteraan (wilayah jihad), wilayah hisbah, wilayah kehakiman, wilayah haji,
wilayah kharaj dan lain-lain bentuk umum. Selain dalil2 biasa dr Al-quran dan al-Hadtih, beliau juga berdalilkan
jma’ amali sejak zaman Rasul SAW dimana baginda tidak pernah melantik kepimpinan umum di kalangan wanita
dan hal ini berterusan hinggalah jatuhnya empayar Islam Uthmaniyyah. Malah Rasul SAW dan para sahabat juga
tidak pernah melantik ahli kenggotaan syura ( ahl al-hal wal aqd ) dari kalangan wanita.

Dr. Abd Qadir Abu Faris (bekas pensyarah Jami’ah Urduniah) juga berpandangan seperti Imam Hasan Al-
Banna. Beliau menguatkan pandangan Imam Hasan dgn membawa persitiwa bai’ah aqabah kedua dimana Rasul
SAW telah memilih 12 org ketua dan tidak pun melantik wanita sekalipun mrk hadir berbaiah. Begitu juga ketika
Rasul SAW menghimpun sahabat dalam memutuskan keputusan dalam peperangan Uhud, Ahzab, Fath Makkah,
Perang Hunain dll, Rasul tidak pun meminta pandangan dari kaum wanita. Dr. Abd Qadir bukan sahaja tidak
menyetujui kepimpinan wanita di peringkat tafwid malah juga pringkat tanfiz. (rujuk an-nizom as-siyasi fil Islam,
hlm 335)

Dr.Yusoff Al-Qaradhawi dalam kitabnya Min Fiqh al-dawlah fil Islam, mempunyai pandangan yang berbeza,
beliau berpandangan bhw dalam konteks kepimpinan dunia hari ini, beliau lebih cenderung membenarkan wanita
memeganag kesemua jwt termasuk Perdana Menteri atas alasan…bhw kepimpinan hari ini bukanlah bersifat
memutuskan keputusan dengan kuasa vetonya tetapi mrk mempunyai kabinet atau majlis syura yang menentukan
dasar dan bukannya hak Perdana Menteri melakukan seweanang2nya tetapi alasan ini tidak boleh diguna pakai
dlm sebuah negara komunis atau autokratik yang memberi peluang serta kuasa sepenuhnya kepada
Presiden/Perdana Menteri.

Dr. Yusoff Al-Qaradhawi berhujjah dgn dalil berikut :-

1. Kisah kepimpinan wanita di peringkat tertinggi iaitu Ratu Balqis, digambarkan sebagai seorg pemimpin yang
berwibawa serta mampu membawa kaumnya kpd kebaikan dunia akhirat. Firman Allah SWT:

)33: ‫قالوا نحن أولوا قوة وأولوا بأس شديد واألمر إليك فانظري ماذا تأمرين (النمل‬
)44 :‫قالت رب إني ظلمت نفسي وأسلمت مع سليمان هلل رب العالمين (النمل‬
14
. Al-Ahkam as-Sultaniyyah, hlm 36
15
. Ibid, hlm 22
16
. Fiqh Siyasah ‘inda Al-Imam Hasan Al-Banna, Dr Muhd Abd Qadir Abu Faris

8
Persoalan Fiqh Kenegaraan Dalam Islam

Mafhum : Berkatalah kami (lelaki) yang mempunyai kekuatan, sesungguhnya kami serahkan urusan ini kepdamu (
ratu balqis) …” berkatalah Balqis “ Demi Tuhanku sesungguhnya aku telah berlaku zalim terhdp diriku nescaya
kini aku akan beriman kpd Allah bersama Nabi Sulaiman”

2. Menolak sifat umum pada hadith riwayat Bukhari tadi dgn hujjah :
a. Beliau menyatakan bahawa perkara menggunakan umum hadith untuk melarang kepimpinan dari
kalangan wanita adalah tidak disepakati sepenuhnya. Selain itu, sekiranya ia diambil dgn pengertian umum lafaz
sahaja maka akan bertentangan dgn kisah tawladan Ratu Balqis sebagai pemimpin tertinggi yang berjaya. Ratu
Balqis digambarkan oleh Allah sebagai berkata :

)32(‫قالت ياأيها المأل أفتوني في أمري ما كنت قاطعة أمرا حتى تشهدوني‬
Mafhum : “Wahai pembesar berikanlah pandangan kpdku dlm urusan ini, aku tidak pernah memutuskan sesuatu
perkara sebelum kamu hadir memberi pendapat dan mempersetujuinya” ( An-Naml 32)

b. Mengambil kaedah fiqhiyyah ‫ادة محكمة‬ŠŠ‫ الع‬dan bersandarkan kepada fiqh waqi’ , reality hari ini
kebanyakan wanita menyumbang kebaikan yang banyak untuk negara malah adakalanya lebih daripada lelaki,
bahkan mereka juga ada yang lebih berkelayakan dari pelbagai sudut berbanding lelaki.

3. Hadith tadi juga memberi mafhum ketika wujudnya kepimpinan Khilafah Islam, dalam konteks wanita menjadi
imamah uzma iaitu khalifah. Hal ini sememangnya disepakati larangannya, tetapi selepas ketiadaan khilafah tahun
1924 M, sebahagian ulama’ telah meng ‘qias’ kan kepimpinan ratu Balqis sebagai Presiden yang punyai kuasa
memberi persetujuan terhadap sebarang pelaksanaan dasar dilakukan. Justeru, dalam ketiadaan khilafah, negara2
umat Islam hanyalah bertaraf seperti Gabenor di wilayah yang terhad.

Dengan itu, wanita adalah boleh memegang jwtn menteri, Qadhi atau lain-lain.

4. Dalam masyarakat di bawah system demokrasi hari ini, apabila wanita dilantik ke jawatan kementerian,
Parlimen, Pentadbiran atau lainnya, ia tidak bermakna ia memegang jwt ini secara veto, hakikatnya ia adalah
kepimpinan secara kolektif, yang mempunyai sebuah institusi dlm menentukan tindakan. Justeru, menurut al-
Qaradhawi, ia tidak bertentangan dgn Hadtih wp menurut apa jua tafsiran.

Dr. Mohammad Hashim Kamali (UIA) pula berpandangan wanita dibenarkan memeganag apa-apa jawtaan kecuali
Perdana Menteri dan jwt hakim. Manakala jwt2 lain seperti gabenor, wilayah hisbah, wilayah mazalim adalah
perkara yang diperselisihkan antara ulama’. (Freedom, Equality and Justice In Islam, hlm 89)

Al-Imam As-Syawkani (1255 H) di dalam Nailul Awtar menyatakan selain hadith di atas yang menjadi dalil tidak
harus wanita memegang tampuk pemerintahan, fuqaha’ juga berdalilkan satu hadith lain iaitu Mafhumnya :
Dari Buraidah dari Nabi SAW : “Qadhi (hakim) itu tiga, satu di dalam syurga, dau darinya di dalam neraka,
maka mrk adalah lelaki yang mengtahui kebenaran lalumenghukum dgn nya,…..” ( Riwayat Ibn Majah, Abu
Daud, Tirmizi, Nasaie dan al-Hakim17) Justeru sebutan di dalam hadith membuktikan jwt qadhi dan hakim hanya
utk lelaki, demikian juga pemerintah.

Begitulah serba sedikit perselisihan ulama’ dlm menentukan kedudukan wanita di peringkat tertinggi, sebenarnya
ia berlaku akibat demi menjaga kemaslahatan umat manusia, iaitu urusan mentarbiyah anak-anak terutamanya,
dikira sgt penting oleh para ulama’. Lelaki memimpin sebuah negara beserta rakyatnya, ia sememangnya sesuai
dgn tenaga, mental dan fizikal mereka, manakala wanita pula memimpin individu2 yang menjadi rakyat
bersendikan seni halus mereka, kemampuan fizikal yang terhad, serta maruah sbg wanita yang sgt mudah tercemar,
lalu amat sesuai kiranya difokuskan ke bidang tersebut. sekiranya salah satu gagal, maka akan sukarlah negara
mencapai kebaikan.

Bidang tarbiyah anak dan menjaga keamanan rumah tangga jgn dipandang remeh, malah ia sebenarnya amat sukar,
mungkin hampir menyamai kepimpinan sebuah negara. Pandangan remeh terhdpnya adalah kesilapan utama
wanita moden zaman kini hingga terlalu berhasrat menjaga negara sedangkan anak2nya menjadi perosak negara.!!

Dr. Yusof al-Qaradhawi juga tidak lupa menyatakan syarat kepimpinan wanita, adalah mereka juga tidak gagal
dlm mentadbir anak-anak hinggakan beliau meletakkan umur sekitar 45 ke atas adalah umur yg sesuai.

Jika dilihat daripada umum lafaz hadith, menurut jumhur ulama’ usul fiqh kecuali ulama’ hanafiah, umum lafaz
membawa ‘dalalah zanniyyah’ maka harus untuk ikhtilaf padanya (rujuk al-Syeikh Saifudin al-Amidi, al-Ihkam fi
Usul al-ahkam)

Apapaun, kesesuaian persekitaran merupakan factor penting dalam menentukan keharusan wanita samada dalam
menjadi pemimpin (bukan peringkat tertinggi dan bukan qadhi, hakim), calon, ahli parlimen dan sebagainya,
kerana jika ia harus pada asasnya, tetapi ia mungkin akan menjadi haram krn sebab2 luaran yang mendatang, ia
disebut ‘Haram Li Ghairihi’ di dalam ilmu Usul Fiqh.

17
Sila lihat Nailul awtar, 8/617, Dar al-Fikr

9
Persoalan Fiqh Kenegaraan Dalam Islam

Adakah Mereka Boleh Berpolitik, keluar rumah dan seumpamanya?

Kesimpulan bagi isu ini adalah, menurut pandangan al-qaradhawi dalam Fiqh ad-dawlah, dibenarkan bagi wanita
untuk keluar rumah (syarat dgn redha suami jika sudah bersuami dan ayah jika belum) dengan syarat menjaga adab
dan malu, serta tidak memakai perhiasan seumpama golongan Jahiliyyah.

Ummul mukminin Saidatina A’isyah ra, selaku isteri nabi yang terfaqih dan terbanyak meriwayatkan hadith
sendiri keluar dari rumahnya di Madinah bermusafir ke Basrah, mengetuai bala tentera yang bersamanya ramai
sahabat termasuklah 2 orang sahabat yang dijanjikan syurga iaitu Talhah dan Zubair al-awwam, mereka berdua
juga merupakan calon khalifah yang diletakkan oleh Khalifah Umar ra. A’isyah keluar dengan maslahat umat
Islam, lalu tindakan ini sudah tentu menggambarkan betapa wanita dibenarkan berperanan tetapi dlm had2 yang
dijaga. Maka dlam hal keluar dakwah, berpolitik untuk memenangkan Islam juga mempunyai maksud syarak yang
penting.

Bab wanita menjadi calon, asasnya adalah dibenarkan sebagaimana hujjah2 di atas. Dalam hal ijtihadi ini dan
dalam keadaan semasa yang mengizinkan wanita untuk menjadi calon, maka adalah sewajarnya wanita dapat
memainkan peranan dlm bidang ini. Terutamanya dalam keadaan masa begitu ramai wanita2 terpelajar yang keliru
dan ragu akan hak yg diberikan Islam terhdp kaum Hawa. Kita bimbang, kejumudan ijtihad serta taqlid hukum
tanpa meninjau keperluan semasa dlm perkara yang termasuk maslahah mursalah akan menjauhkan manusia dr
Islam.

Imam Al-Qarafi al-Maliki mengingatkan umat Islam bhw hukum ijtihadi bertukar menurut zaman dan masa,
bersesuaian dgn masalahat untuk Islam di zaman tersebut, kejumudan akan membawa kesesatan dlm agama 18, lalu
dgn berdalilkan maslahat mursalah, atau maslahat muktabarat wanita seharusnya dibenarkan mengetuai
sekelompok masyarakatnya dalam bentuk penampilan yg diterima syarak dan jalan pelaksanaan tugas yg dibantu
oleh kaum adam. Hal perubahan hukum dengan perubahan maslahat juga ditegaskan oleh Imam Ibnu Qayyim 19
dan Az-Zaila’ie al-Hanafi20.

Malah, di bidang pekerjaan juga wanita diberi hak untuknya, dalam syarat agar menjaga tatasusila sebagai sebagai
seorg wanita muslimat serta tidak menyalahi syarak padanya.

ii. Hak Bukan Islam di dalam negara Islam

Hak mereka yang tidak beragama Islam di dalam sebuah negara yang mendawlatkan hukum-hakam Islam adalah
seperti berikut secara ringkas21 :
a. Dipelihara daripada permusuhan dr luar negara.
b. Dipelihara daripada kezaliman dalam negara.
c. Dipelihara darah dan tubuh mereka dari disakiti.
d. Dipelihara harta benda mereka.
e. Dipelihara maruah mereka.
f. Diberi hak kebebasan beragama dan mengamalkan agama mereka.
g. Diberi hak kebebasan dalam kerjaya.
h. Diberi hak memegang jawatan dalam negara.
i. Jaminan penunaian hak-hak yang tersebut di atas.
j. Jaminan mendapat pengadilan seadilnya di dalam bidang kehakiman serta tidak dikenakan hudud
kecuali apabila diminta dgn rela mereka sendiri.

Manakala kewajiban mereka di dalam sebuah negara kebajikan Islam :


a. Membayar cukai jizyah (cukai perlindungan diri menurut kadar kemampuan diri– spt zakat bg umat
Islam) dan kharaj (cukai harta ke atas tanah atau cukai tanah)
b. Redha dan iltizam dgn hukum-hakam Islam dalam bidang urus niaga dan yang berkaitan
kepentingan bersama terhadap negara dan masyarakat.
c. Menghormati syiar2 Islam dan perasaan umat Islam.

Mereka yang dibenarkan menjadi ahli zimmah adalah Yahudi, Nasrani, Majusi menurut ittifaq ulama’ berdalilkan
ayat ke 29 surah at-taubah. Manakala orang2 Murtad dibatalkan kerakyatannya dan tidak diterima menjadi ahli
zimmah, jln keluar bg mereka hanyalah kembali kpd Islam. Manakala golongan kafir yg lain spt as-sobi’in,
Musyrikin, Dahriyyah (atheis) dan lain-lain adalah ikhtilaf di kalangan ulama’ 22.

18
. Al-Furuq, jld 1, hlm 118
19
. ‘Aklam al-Muwaqqi’ien, jld 1, hlm 196
20
. Tabyin al-haqaiq, jld 1
21
. Ahkam ahli Zimmah, oleh Ibnu Qayyim, juga kitab Ghairal Muslimin fi mujtama’ al-Islam, oleh Dr Yusof al-Qaradhawi,
juga kitab Sistem Pemerintahan Negara Islam, oleh Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang
22
. Sistem Pemerintahan Negara Islam, Tuan Guru Hj Ab. Hadi Awang, hlm 208

10
Persoalan Fiqh Kenegaraan Dalam Islam

Adakah Kafir Dzimmi dibenarkan menjadi pemimpin?

Harus bagi kafir dzimiyyun dlm sesebuah pemerintahan Islam untuk memegang tampuk kepimpinan selain
kepimpinan peringkat Tafwid. Bgmnpun mestilah ia mempunyai kelayakan yang cukup untuk tugas yg bakal
diberikan. ( Lihat ahkam as-Sultaniyah, al-Mawardi hlm 20, juga Ma’alim ad-Dawlah Islamiyyah, Prof. Dr Muhd
Salam Madkur, hlm 104) Mereka juga dibenarkan untuk menjatuhkan hukuman di antara kumpulan bukan
Islamdgn syarat ia mempunyai kelayakan, bgmnpun mrk tidak dibenarkan menjatuhkan hukuman kiranya ia
berkaitan dgn urusan Muslimin. ( Prof. Salam Madkur, al-Qadha’ fil Islam)

ISLAM DAN DEMOKRASI

Persoalan yang berkisar dalam tajuk ini adalah :


- Adakah Islam menerima demokrasi atau bertentangan dengannya secara total?
Sebuah Hadith menyatakan 23 :
)‫الحكمة ضالة المؤمن فحيث وجدها فهو أحق بها ( رواه الترمذي وإبن ماجه‬
Mafhum : “Kebijaksanaan adalah spt barang tercicir bg umat Islam, lalu dimana muslim menjumpai kebijaksaan,
maka mrk yang paling layak untuk mengambilnya”

Islam berpendirian terbuka dalam pekara2 baru serta meneliti adakah ia terkandung dalam bidang hukum haram,
halal, harus atau sebagainya. Dalam masalah system pemerintahan cara demokrasi yang merupakan kaedah
pemerintahan yang sgt meluas kini. Sebaranag penerimaan atau penolakkannya adalah merujuk kepada intipati
system tersebut. Berikut adalah perbincangan ringkas mengenainya:

CIRI UTAMA DEMOKRASI DAN MAWQIF ISLAM

a. Pemerintah dari kalangan rakyat.


Asas ini diterima oleh Islam sebagaimana Sabda Nabi SAW :

‫خيارأئمتكم الذين تحبونهم ويحبونكم وتصلون عليهم ويصلون عليكم‬


)‫ (رواه مسلم عن عوف بن مالك‬Š‫ و يلعنونكم‬Š‫ الذين تبغضونهم ويبغضونكم وتلعنونهم‬Š‫وشرار أئمتكم‬
Mafhum : Sebaik2 pemimpin kamu adalah mrk yang kamu sukai, dan mereka( pemimpin) juga menyukai
kamu, kamu mendoakan mrk, begitu juga mrk, manakala seburuk2 pemimpin adalah mrk yg kamu benci
dan mrk juga benci kpdmu, kamu melaknat mrk, mereka juga melaknat kamu” (Riwayat Muslim)

Begitu juga dgn hadith 24 :


‫ رواه إبن ماجه‬- )‫( رجل أم قوما وهم له كارهون‬..‫وذكر أولهم‬..‫ثالثة ال ترتفع صالتهم فوق روؤسهم شبرا‬
Mafhum : “Tiga kumpulan yang tidak diangkat solatnya walapaun sejengkal di atas kepala mrk, …
disebut pertamanya, lelaki yang mengimamkan kaum, dlm keadaan kaum membencinya”

Jelas dr hadith tadi Islam juga menitik beratkan kepimpinan rakyat yang disukai oleh rakyat, justeru
reality semasa bagi mengetahui kesukaan rakyat kepada seseorang pimpinan adalah melalui kaedah
pengundian. (bab undi akan disentuh selepas ini)

b. Pemerintah bekerja untuk rakyat.

Ciri ini juga diterima Islam sebagimana konsep kepimpinan Islam, adalah mereka menjadi petugas bagi
kebaikan rakyat. Sebuah Hadith :
Š‫ سيد القوم خادمهم‬25
Mafhum : “Pemimpin kaum adalah org yg berkhidmat (khadam) bg kaum.” ( Dari abu Qatadah,
dikeluarkan oleh Al-Khatib al-Bahgdadi dan abu Nuaim dlm Arbai’en as-Sufiyyah)

Khalifah Abu Bakar as-siddiq, berkata : Wahai manusia, aku bekerja untuk keluargaku maka aku
mencari penghasilan untuk makanan mereka, sekarang aku bekerja untuk kamu, maka tetapkanlah
buatku dari Baitul Mal kamu”26

Khalifah Uthman ra juga pernah menegaskan bahawa : “ Urusan aku adalah menuruti urusan kamu”

Abu Muslim al-khawalani, seorg faqih tabi’ein masuk menemui Muawiyyah ra. lalu berkata :
‫السالم عليكم أيها األجر‬
Mafhum : “Asallamualaikum wahai org gaji”

23
. Syeikh Nasirudin al-Albani menyatakan bahawa hadith ini sgt lemah
24
. Al-Bushiri berkata di dalam ‘al-zawaid’: sanadnya shahih dan para rijalnya thiqah, juga riwayat Ibn Hibban. Diriwayatkan dr
Ibnu Abbas ra
25
Albani mengatakan hadith ini Dhoif, ms 487
26
. Musykilatuna al-Dakhiliyyah fi Dhaw I al-Nizam al-Islami, Imam Hasan al-Banna, Darul Andalus, Beirut, hlm 360

11
Persoalan Fiqh Kenegaraan Dalam Islam

Malah pemimpin Islam bertanggung jawab menyelamatkan rakyatnya dgn memberikan bantuan apabila
mereka dalam kesusahan sbgmn firman Allah dr ayat 33, surah al-maidah, juga merupakan kewajiban
pemimpin untuk memberi nasihat2 kpd rakyat sebagaimana hadith riwayat Bukhari dan Muslim yang
masyhur dan juga mengguatkuasakan undang2 bagi mencegah keburukan dunia akhirat dari berlaku
terhadap rakyatnya.

Sabda Nabi SAW 27:


‫ ما من عبد استرعاه هللا رعية فلم يحطها بنصيحة إال لم يجد رائحة الجنة‬:‫ سمعت النبي(ص) يقول‬:‫عن معقل بن يسار قال‬
Mafhum : “Tiada seorg manusia pun yg Allah memberikannya kuasa pemerintahan, kemudian ia tidak
memberikan nasihat Islam (kpd rakyatnya) kecuali tiadalah ia mendpt cium bauan syurga” ( Riwayat
Bukhari dan Muslim )

Cuma perbezaannya, pimpinan Islam bekerja untuk rakyat kerana Allah manakala demokrasi tidak
bekerja untuk Allah pada konsep asalnya tetapi bebas menurut pengamal demokrasi tersebut.

c. Suara majoriti adalah terpakai.

Asalnya Islam tidak meletakkan suara majority sbg pemutus dalam semua pekara. Ia tidak tepakai dalam
perkara2 thawabit28. Ia tidak boleh berubah menurut zaman dan masa, ia adalah perkara yang mesti
dilakukan serta tiada ruang ihtimal. Manakala perkara mutaghayyirat adalah perkara dr Nusus Zanniyyah
spt Nas umum (menurut jumhur), lafaz bersifat Mutlaq terutamanya dalam perkara ijtihadiyyah dan
baru29. serta perkara2 bersifat strategi kepimpinan dan politik yang tiada nas qati’e.

Firman Allah SWT :


)116 :‫وإن تطع أكثر من في األرض يضلوك عن سبيل هللا إن يتبعون إال الظن وإن هم إال يخرصون (األنعام‬
Mafhum : “Sekiranya kamu mentaati majority di atas muka bumi, nescaya mrk akan menyesatkan kamu,
mrk tiada menurut kecuali sangkaan…”

Justeru, Islam menerima suara majority dalam hal ‘mutaghayyirat’ tetapi dgn syarat2 tertentu, menurut
keadaan dan maslahat seperti hanya undian di kalangan ‘ahl al-hal wal al-aqd’ 30 atau dalam menentukan
bentuk2 tindakan dan bukannya bersifat hukum. Juga dlm urusan melantik pimpinan atau juga urusan
kemaslahatan rakyat seperti membina lebuh raya dan menetapkan cukai tol.

Ini bermakna unsur ini juga diterima oleh Islam Cuma dalam ruang lingkup yang terhad, ini kerana aqal
manusia tidak mampu mengetahui seluruh kebaikan untuknya, lalu hanya Allah swt yang mengetahui
kebaikan sebenar untk manusia, dlm keadaan Allah tidak menafikan fungsi aqal dlm menentukan
tindakan terhadap perkara baru dgn tidak melanggar nas atau ‘maqasid syariat’.

d. Rakyat diberi hak kebebasan sewajarnya.

Islam juga mengiktiraf kebebasan individu samada dalam menegur pemerintah, kerjaya yg halal,
beragama dan mengamalkan, pemilikan harta dan banyak lagi. Bagaimanapun demi menjaga
ketenteraman manusiawi samada rohani dan jasmani maka kebebasan yang dianjur oleh Islam
mempunyai batasannya. Secara ringkas batasannya terkandung dalam 5 perkara dharuriyyat :

i. Aqidah : Bermakna disekat kebebasan bg keluar atu menggugat aqidah Islam samada murtad atau
memerangi Islam. Juga tidak dibenarkan merosakkan aqidah umat.
ii. Nyawa : Kebebasan Islam tidak membenarkan membunuh tanpa hak, membunuh diri, menyakiti
individu lain tanpa hak, maka tidak dibenarkan juga menyerang sesama manusia tanpa sebab.
iii. Aqal : Kebebasan Islam tidak membenarkan umatnya merosakkan aqalnya samada dgn meminum
arak, dadah atau apa jua yang memabukkan, tidak juga bebas meihat atau melakukan sesuatu yang boleh
merosakkan aqal.
iv. Maruah : Kebebasan Islam juga tidak membenarkan mencabul kehormatan sesama manusia, tidak
juga dibenarkan berzina, menuduh zina tanpa saksi, mengumpat, memfitnah, dan mencari-mancari
kesalahan manusia.
v. Harta : Kebebasan Islam tidak membenarkan merampas harta, curi, rompak, memeras, menipu,
menindas secara riba dan seumpamanya.
27
. Riwayat Bukhari dan Muslim, Lihat al-Lu’lu’ wa al-Marjan no 1200 hlm 469
28
. Ia adalah perkara2 yang dinaqalkan secara qat’ie dr nusus al-quran dan sunnah serta thabit dgn ijma’ seperti perkara
aqidah, ghaibiyyat, amar makruf nahi mungkar, menegakkan keadilan, menyebarkan ilmu, menjaga 5 perkara dharuriyat Islam
dll.
29
. Ia seperti mengumumkan peperangan, menentukan cukai, isytihar darurat, had tempoh Presiden,peraturan jalan raya,
pembinaan kilang dsbg. Begitu juga dalam hal menggunakan pilihanraya, demontrasi, dalam menegakkan dawlah Islam. Jelasnya
ia tiada nas syarak yg melarang secara qat’ie.
30
. Iaitu kumpulan berkelayakan seperti ahli majlis syura di zaman Nabi yang dilantik dr kalangan mereka yang berkelayakan
ilmu dan pengalaman. Imam Hasan al-Banna meletakkan 3 kumpulan manusia yang layak menduduki jawatan ini iaitu
Ulama’, Pakar dlm sector awam dan ketua2 qabilah, kampung atau pemimpin kecil masyarakat.

12
Persoalan Fiqh Kenegaraan Dalam Islam

Lalu, secara teori umum, Islam menerima kaedah ini tapi diperincikan bersama pengecualian2 demi
kemaslahatan manusia.

e. Rakyat berhak menegur kepimpinan yang silap serta berhak menjatuhkannya.

Item ini jelas, bertepatan dgn Islam, ia bertitik tolak dr kepimpinan adalah amanah dan tangung jawab,
sebarang penyelweangan mesti ditegur oleh rakyat. Rasulullah sendiri menerima pandangan dann
teguran para sahabat dalam beberapa persitiwa yang terkenal antaranya, teguran Habbab Ibn Munzir
dalam menentukan kubu terbaik dlm peristiwa perang badar, begitu juga teguran suad dlm kes ditolak
dgn busar oleh Rasul dan banyak lagi.

Hak teguran ini digalakkan begitu hebat di zaman Khalifah Islam yang pertama Abu Bakar As-Siddiq
dimana beliau menyatakan dlm ucapannya yg mashyur31:
‫أطيعوني ما أطعت هللا ورسوله فإذا عصيت هللا فال طاعة لي عليكم‬...‫وليت عليكم ولست بخيركم فإن أحسنت فأعينوني و‬
Mafhum : “Sesungguhnya aku hanya dilantik dr klgn kamu, bukanlah aku yang terbaik dr kamu, kiranya
aku berada di landasan kebenaran maka bantulah aku, taatilah aku selagi mana aku mentaati Allah dan
RasulNya, maka apabila aku menderhaka Allah maka tiadalah wajib lagi taat kpdku”

Islam mempunyai sikap tegas terhadap para pemerintah zalim dan bersifat autokratik atau dictator. Sabda
Nabi SAW 32:
)‫أشد الناس عذابا يوم القيامة إمام جائر ( رواه أبو يعلى الموصلي‬
Mafhum : “Sekeras2 manusia yang dikenakan azab di akhirat kelak adlh pemimpin yg zalim”

Bagaimanapun rakyat yang ingin menegur pimpinan negara Islam 33 seeloknya menjaga adab2 teguran yang sesuai
tetapi jika ia tidak diendahkan, Islam membenarkan pimpinan tersebut diturunkan kerana ia dianggap kepimpinan
negara Islam yang menyeleweng, demikianlah pandangan Syeikh Sa’id Hawwa di dalam kitabnya Jundullah hlm
380. Beliau juga menambah bahwa proses menurunkan perintah itu boleh dibuat secara aman. Prof. Dr. Muhd
Salam Madkur34 menegaskan adalah suatu kewajiban untuk menurunkan pemimpin fasiq dengan syarat kita
mempunyai bukti tentang kefasiqan serta pemimpin tersebut tidak lagi boleh diberi nasihat. Demikian juga
pandangan Imam Abu Hanifah35, Imam al-Qurtubi36 , Imam Abu Hamid al-Ghazali37 (505 H) , Imam as-
Syawkani38 (1255 H) dan Dr. Yusoff Al-Qaradhawi 39. Manakala Abu Yu’la al-Farra al-hanbali40 menuruti
pandangan Imam Ahmad Hanbal yang tidak menentang dan menjatuhkan khalifah Makmun dan Mu’tasim.
Imam Al-Mawardi ( 450 H) menyebut dalam sesebuah negara Islam yang menyeleweng seorang khalifah itu
boleh diturunkan jika berlaku kezaliman dan fasiq41.

Sikap Islam terhadap :

Pilihanraya
Ia adalah suatu proses meraih sokongan dan keyakinanan rakyat bagi membolehkan seseorang pimpinan dipilih
mengetuai sesebuah negara atau kawasan2 tertentu atau organisasi2 tertentu. Islam melihat perkara ini kepada
maqasid atau maksud sesuatu pelaksanaan itu dibuat. Lalu dalam hal ini maksud pilihanraya yang utama adalah
proses melantik pimpinan yang diyakini rakyat. Sikap Islam dalam hal ini adalah jelas menerima dan
sememangnya Rasulullah di permulaan dakwah juga melakukan kempen serta lobi bg menerangkan kpd rakyat
Mekah malah luar Mekah agar meyakini baginda dan seterusnya menganut Islam.

Mengenai kaedah mengundi bg urusan pilihanraya, ia juga diterima oleh Islam memandangkan ia merupakan satu
perkara baru dalam hal keduniaan serta tiada nas qat’ie yang melarang, maka Islam tiada masalah dalam menerima
kaedah baru ini apatah lagi ia boleh di ‘qias’ kan dalam perkara KESAKSIAN. Firman Allah :
)2 :‫(الطالق‬.. ‫وأشهدوا ذوى عدل منكم‬

31
. Turuq hukmiyah, Ibnu Qayyim dan Kanzul Amwal, Abu Ubaid al-Qasim hlm 11
32
. Minhaj as-Solihin, hlm 444
33
. Perlu diingat kepimpinan Malaysia tidak termasuk dalam kepimpinan sebuah negara Islam pd perkiraan penulis, lalu adab2 ini
elok menjadi ikutan tetapi tidaklah sampai ke tahap ketika wujdunya khilafah Islamiyah
34
. Ma’alim al-Dakwah al-Islamiyyah, hlm 290. Beliau merupakan seorang Profesor di Universiti Kaherah suatu ketika dahulu.
35
. Abu Hanifah, Muhd Abu Zuhrah, hlm 9-10
36
. Al-Jami’ li ahkam al-Quran, jld 1, hlm 232
37
. Ihya’ ulumiddin, hlm 179
38
. Nailul awtar, Jld 7, hlm 185
39
. Min Fiqh ad-Dawlah fil Islam, Dar as-Syuruq, Beirut, 1997, hlm 126
40
. Al-Ahkam as-Sultaniyyah, Abu Yu’la al-Farra, Mustapa bab al-halabi, 1987, hlm 22 dan lihat juga Imam Ahmad Ibn
Hanbal oleh Syeikh Muhammad Abu Zuhrah
41
. Al-Ahkam as-Sultaniyyah, Al-Mawardi, hlm 27

13
Persoalan Fiqh Kenegaraan Dalam Islam

Mafhum : “Bersaksilah dgn mrk yang adil dr kalangan kamu”

Undi merupakan satu kesaksian rakyat terhadap penerintah yang dipilihnya dari sudut Islam, kebaikan dan
kelayakan si calon, dan Islam meletakkan pertimbangan undian atau kesaksian tidak boleh kerana lain dr Allah
sbgmn firman Allah :
)2 : ‫وأقيموا الشهادة هلل ذلكم يوعظ به من كان يؤمن باهلل واليوم اآلخر ومن يتق هللا يجعل له مخرجا (الطالق‬
Mafhum : “Berikanlah penyaksian krn Allah….”

Maka tidak boleh pula rakyat tidak keluar mengundi apabila berkemampuan sebagaimana tidak harus saksi2
enggan memberikan penyaksian sbgmn firman allah :
)283 : ‫وال تكتموا الشهادة ومن يكتمها فإنه آثم قلبه وهللا بما تعملون عليم (البقرة‬
Mafhum : “Jgnlah kamu enggan memberikan penyaksian, brgsp yg menyembunyikannya maka berdosa hatinya
…”

Amat jelas terang lagi nyata, Islam dlm hal undian dan pilihnaraya membenarkan malah samapi ke tahap wajib
menyertainya dan keluar mengundi apabila keengganan itu boleh menyebabkan ketewasan calon yang bertaqwa
dan ingin melaksanakan Islam. Manakala sekiranaya Islam merintah, system tersebut boleh diterusan Cuma perlu
diletak beberapa syarat dan panduan lalu, insyaAllah ia akan bertepatan dgn Islam sepenuhnya.

Demontrasi Aman
Imam Hasan al-banna pernah mengeluarkan arahan kpd semua cawangan Ikhwan agar keluar berdemonstrasi
dalam kes Perdana Menteri Mesir, al-Nuhas Baysa yang enggan langsung masuk campur dalam hal revolusi di
Palestin. Ia dilakukan demi memprotes sikap Nuhas dan kenyataannya yang melemahkan umat Islam Palestin.

Dari sudut Islam, demonstrasi aman adalah tidak lain seumpama ibadat haji. Bermula di zaman Nabi, umat Islam
berpakaian ihram (membuka sebelah bahu) sambil melaungkan slogan2 membesarkan Allah, dan berlari-lari anak,
tidak lain hanyalah untuk membesarkan Allah dr segala sesuatu serta menunjukkan kehebatan Islam. Qias dlm
perkara ibadah yang ‘mempunyai logic’ ( ma’qul al-ma’na) adalah harus menurut mazhab Syafie dan mazhab2
lain. (Lihat Nihayat al-Sul syrah Minhaj lil Badhawi, Qadhi Jamaluddin Al-Asnawi, Bab Qias) Jika maksud itu
sama dalam siri2 demonstrasi aman maka ia jelas diterima Islam seperti demonstrasi menuntut pemerintah yang
lupa agar kembali ingat kpd Allah. Cuma pelaksanaannya shj yang perlu aman serta tidak mencederakan sesiapa
dan meroskakan harta benda. Sekiranya hanya berkumpul, tana senjata, tanpa melakukan apa2 kerosakkan tetapi
hanya laungan slogan dan takbir yang merupakan syiar kekuatan Islam, sudah tentu ia tidak bermasalah.

Ahli Parlimen
Ahli Parlimen adalah seorang pimpinan seumpama gabenor wilayah di zaman khilafah Islam, Cuma bezanya ahli
parlimen akan berkumpul di Dewan Rakyat bg mewakili rakyat dalam beberapa perkara:
a. Menggubal dan memperbahasakan undang2 baru.
b. Mengawasi undang2
Kedua2 perkara tersebut adalah termasuk didalam tugas pemerintah di bawah sebuah kerajaan Islam. Sudah tentu
gabenor2 wilayah akan bertindak sbg ahli al halli wal aqd iaitu kabinet utama khalifah. Tugasnya juga sama iaitu
menggubal undang2 baru yang tidak ditentukan oleh Allah secara qa’tie dan juga mnegawasi undang2 iaitu amar
makruf nahi mungkar.

Berbilang Jemaah Dalam Menuju Dawlah Islam dan setelah wujud Dawlah.
Hakikatnya berbilang jemaah adalah seumpama berbilang mazhab, ia hanyalah persoalan perbezaan kaedah dlm
mengamati sesuatu hukum, ia sememangnya tidak bermasalah sebelum wujudnya dawalh Islam, tetapi ketika
wujudnya kerajaan Islam, ia masih lagi boleh diterima dgn syarat2 tertentu seperti :
a. Tidak bertelingkah antara satu sama lain.
b. Perbezaan hanyalah dalam perkara ijtihadi yang tidak dapat disepakati
c. Kesemuanya berperanan terhdp kebaikan Islam dgn menyatukan umat di bawah pemerintah
kerajaan Islam. Keweujduannya tidaklah memceahbelahkan umat Islam dr wala’ terhdp pimpinan
kerajaan Islam yang adil.
d. Ia tidak bekerja memusuhi kerajaan Islam adil dan umat dlm apa jua bentuk.
e. Asas kepada jemaah tadi mestilah Islam.

Demikianlah, perbincangan secara padat dan ringkas sbg muqaddimah terhdp tajuk yang panjang ini, malah ia
berkait dgn pelbagai tajuk2 kecil yang lain, justeru, penulisan ini hanya menumpukan beberapa aspek shj. Semoga
ia dpt dimanfaatkan oleh para pembaca.

Segala yg benar dari Allah, yang silap adlh dr kelemahan diri dan gangguan syaitan.

Wassalam.

Irbid
03022002

14

Anda mungkin juga menyukai