Anda di halaman 1dari 61

Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh

JUR 101/2
(ETIKA PROFESIONALISME)
13 NOVEMBER 2021
3.00-4.00 PETANG

Dr. Siti Soraya Lin Abdullah Kamal


siti.soraya.lin@gmail.com
1
ISI KANDUNGAN

1) Ringkasan berkenaan kursus

2) Hasil pembelajaran kursus

3) Penilaian kursus

4) Topik pembelajaran:
1- Konsep dan definisi etika, nilai dan moral
2- Konsep dan definisi profesion dan etika professional
3- Kajian etika professional
4- Teori-teori etika
5- Hubungan antara etika profesional dengan kepentingan diri, budaya dan agama

PPPJJ

2
RINGKASAN BERKENAAN KURSUS

ETIKA: ETIKA PROFESIONAL:


Prinsip tersebut merupakan 1- Perlu digunakan sebagai garis
1- Dikaitkan dengan nilai yang diterima dan panduan untuk menerangkan
kepercayaan, rasional, moral dipersetujui oleh masyarakat peranan profesion dan tingkah laku
dan akhlak. dan jika dihayati, ianya dapat yang harus diamalkan oleh golongan
menggerakkan individu untuk profesional
2- Prinsip bertingkahlaku yang
mengawal individu atau mengambil keputusan dan 2- Supaya tahap kualiti, produktiviti
tindakan yang bijaksana dan disiplin dalam perkhidmatan
profesion. dapat ditingkatkan.

Ini kerana, Ini kerana, golongan Dalam menggalas Jika tidak, perbuatan tidak
profesional mempunyai status tanggungjawab tersebut, beretika seperti pecah
yang tinggi dalam masyarakat golongan profesional ini ada amanah, mengambil rasuah,
disebabkan peranan mereka yang kalanya berhadapan dengan melakukan penipuan,
signifikan dalam membangun dan dilema etika yang perlu mementingkan diri dan
mempertingkatkan kesejahteraan ditangani dengan kesedaran sebagainya akan berlaku.
hidup orang ramai. etika yang tinggi ,

PPPJJ

3
HASIL PEMBELAJARAN KURSUS
Kursus ini bertujuan memperkukuh konsep-konsep penting dan ciri-ciri utama etika profesional
supaya pelajar bukan sahaja dapat mengawasi dan menilai tingkah laku mereka sendiri tetapi juga
rakan sekerja mereka.

Pada akhir kursus ini pelajar diharapkan dapat:

1- mengenalpasti konsep-konsep asas dan teori-teori etika profesional.


2- membincangkan nilai seorang profesional dan faktor yang mempengaruhinya.
3- mengenalpasti tanggungjawab, obligasi dan hak seorang profesional.
4- mengenalpasti peranan profesional dan pemantauan tingkah laku profesional.

PPPJJ

4
PENILAIAN KURSUS

BIL. TOPIK PENILAIAN TARIKH


1- Konsep asas etika profesional Peperiksaan Berterusan Mac 2022

2- Teori-teori etika Peperiksaan Berterusan Mac 2022

3- Nilai dalam etika profesional dan Tugasan 31 Januari 2021


tanggungjawab semasa bertugas.
4- Tanggungjawab memberikan Tugasan 31 Januari 2021
perkhidmatan
5- Obligasi dan hak golongan Peperiksaan Akhir Julai- Ogos 2022
profesional
6- Peranan profesional dan Peperiksaan Akhir Julai- Ogos 2022
PPPJJ pemantauan tingkah laku
profesional

5
PENILAIAN KURSUS

PENILAIAN KURSUS

1- Kerja kursus (50%)


1.1- Tugasan 25%
1.2- Peperiksaan Berterusan 25%

2- Peperiksaan Akhir (50%)

Jumlah: 100%
PPPJJ

6
TAJUK-TAJUK YANG AKAN DIPELAJARI
WEBEX 1
Tajuk perbincangan: Kajian Etika Profesional dan Teori Etika
• Konsep dan definisi etika, nilai dan moral
• Konsep dan definisi profesion dan etika profesional
• Kajian etika profesional
• Teori-teori etika

WEBEX 2
Tajuk perbincangan: Nilai dalam etika profesional dan tanggungjawab semasa bertugas.
• Hubungan antara etika profesional dengan kepentingan diri, budaya dan agama
• Kegunaan teori etika untuk golongan profesional
• Asas-asas nilai
• Jenis-jenis nilai profesional
• Nilai –nilai teras dalam etika kerja
PPPJJ
• Kesedaran etika seorang profesional

7
TAJUK-TAJUK YANG AKAN DIPELAJARI
INTENSIF: Tajuk perbincangan: Tanggungjawab memberikan perkhidmatan
• Tanggungjawab utama golongan profesional
• Ketidaksamarataan dan faktor ekonomi sebagai faktor penyumbang
• Menghadapi klien tidak beretika
• Obligasi terhadap klien

Selepas intensif

WEBEX 3
Tajuk perbincangan: Obligasi dan hak golongan profesional
• Obligasi terhadap pihak ketiga
• Obligasi terhadap profesion
• Hak golongan profesional dan pekerja
• Diskriminasi
PPPJJ

8
TAJUK-TAJUK YANG AKAN DIPELAJARI
WEBEX 4
Tajuk perbincangan: Tiga peranan profesional dan pemantauan tingkah laku profesional
• Profesional sebagai pengurus
• Profesional sebagai perunding
• Profesional sebagai penasihat dan saksi pakar
• Kepimpinan moral
• Autonomi profesional
• Kod etika profesional
• Sarana pendekatan baru

PPPJJ

9
RUJUKAN

1- Nota kuliah semasa sesi WEBEX oleh pensyarah.

2- Archer, D, Grainger, K. & Jagodzinski, P. (2020). Politeness in professional contexts: John Benjamins
Publishing Company

3- Hashi, A.A. (2019). Professional Ethics Its foundations and practices.. Gombak: IIUM Press.

3- Hussin, H. & Abbas, R. (2020). Etika Profesionalisme. Oxford Fajar: Selangor. (rujukan utama)

4- Quinn, M.J. (2017). Ethics for the information age (7th ed.). Boston: Pearson.

5- Johari, M.J. (2013). Etika Profesional. UTM Press: Johor Bahru, Malaysia. (rujukan utama)

6- Naagarazan, R.S. (2006). A textbook on professional ethics and human values. New Delhi: New Age
PPPJJ International

10
RUJUKAN

PPPJJ

11
TUGASAN KUMPULAN- arahan
TAJUK: NILAI SEORANG PROFESIONAL DAN FAKTOR YANG MEMPENGARUHINYA
Kumpulan (5-6 orang ahli)

- Kemukakan dua contoh profession bergaji atau perunding.

- Huraikan contoh-contoh perlakuan beretika dalam memenuhi tuntutan kerjaya , melalui tindakan,
perlakuan atau keputusan yang diambil oleh professional terbabit.

- Huraikan contoh- contoh perlakuan tidak beretika yang boleh berlaku atau dilakuan oleh ahli
profesional tersebut.

- Berikan kesan perlakuan tidak bertika yang dilakukan professional tersebut kepada dirinya dan orang
lain.

- Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi perlakuan etika atau tidak beretika ahli –ahli profesional
tersebut.

- Gunakan hujah dalam nota WEBEX sebagai contoh untuk menghuraikan faktor-faktor tersebut. (ciri-
ciri individu, pembolehubah struktur, budaya organisasi, isu kritikal).
PPPJJ - Tugasan yang baik perlu disokong oleh rujukan nota kuliah/ WEBEX dan rujukan luar seperti contoh
buku, jurnal atau akhbar dan majalah.

12
TUGASAN KUMPULAN- arahan
TAJUK: NILAI SEORANG PROFESIONAL DAN FAKTOR YANG MEMPENGARUHINYA

- Tugasan ini perlu ditaip dengan menggunakan FONT 12 Times News Roman dengan Spacing 1.5.

- Panjang tugasan mestilah lebih kurang 10 muka surat.

- Gunakan/ muat turun muka hadapan tugasan daripada laman web e-Tugasan PPPJJ.

Tugasan perlu dicetak dan dihantar ke pejabat PPPJJ (samaada melalui pos atau serahan tangan) sebelum
atau pada 31 Januari 2022.

PPPJJ

13
TUGASAN KUMPULAN- cadangan isi kandungan

TAJUK: NILAI-NILAI SEORANG PROFESIONAL DAN FAKTOR-FAKTOR YANG


MEMPENGARUHINYA

Cadangan Isu Kandungan:


i- Pendahuluan
- Definisi profesion, profesion bergaji dan perunding.
- Contoh-contoh profesion bergaji dan perunding di Malaysia.

ii- Etika profesional


- Diskripsi berkenaan profesion yang dipilih (bidang-bidang tugas, tempat bertugas dan lain-
lain maklumat yang berkaitan).
- Definisi etika profesional.
- Kepentingan mengamalkan etika profesional dalam bidang kerjaya yang dipilih di atas
(Gunakan rujukan nota slaid pembentangan/ WEBEX).

iii- Contoh perlakuan beretika


- Contoh-contoh sikap, cara fikir, tindakan atau keputusan yang dikenal pasti sebagai
perlakuan beretika beserta huraian.
- Kejayaan profesional dalam melaksanakan tanggungjawab kepada pihak klien dan pihak
PPPJJ ketiga pada bidang profesion yang dipilih berdasarkan kes di Malaysia dan luar negeri.

14
TUGASAN KUMPULAN- cadangan isi kandungan

iv- Contoh-contoh perlakuan tidak beretika


- Contoh-contoh sikap, cara fikir, tindakan atau keputusan yang dikenal pasti sebagai
perlakuan tidak beretika beserta huraian.
- Kegagalan profesional dalam melaksanakan tanggungjawab kepada pihak klien dan
pihak ketiga pada bidang profesion yang dipilih berdasarkan kes di Malaysia dan luar negeri.

v- Kesan-kesan perlakuan tidak beretika


- kepada individu/ masyarakat/negara/ alam sekitar dan sebagainya.

vi- Faktor-faktor yang mempengaruhi berlakunya perlakuan tidak beretika tersebut


- ciri-ciri individu, pembolehubah struktur, budaya organisasi, isu kritikal.

PPPJJ

15
TUGASAN KUMPULAN- cadangan isi kandungan

vii- Penutup
- Penegasan kepentingan etika professional dan kesan-kesan buruk sekiranya etika
profesional tidak diamalkan.
- Refleksi diri dan kumpulan apa yang dipelajari daripada penghasilan tugasan
kumpulan ini.
- Pengajaran
• berkaitan topik
• berkaitan pelaksanaan tugasan berkumpulan
- Pengalaman
• kaedah pengumpulan maklumat
• kerja berkumpulan/ komunikasi sesama ahli/ pembahagian tugasan

viii- Senarai rujukan luar yang digunakan (selain Nota slaid pembentangan/WEBEX)
dilampirkan di akhir muka surat tugasan menggunakan format APA.

PPPJJ

16
PENGENALAN ISU-ISU ETIKA

1- Isu-isu etika berlaku kerana nilai etika dan moral tidak lagi menjadi amalan utama
dalam kehidupan seharian. Persengketaan dan konflik berlaku dan ia menggugat
keamanan dunia.

2- Peperangan, perebutan kuasa, jenayah terancang dan kebejatan sosial yang


keterlaluan seperti hiburan yang melampaui batas, penjualan bahan-bahan lucah secara
terbuka, penyalahugunaan kuasa dan penglibatan dalam rasuah telah meruntuhkan dan
mengikis etika, nilai dan moral pada masa ini.

3- Senario ini mencetuskan kebimbangan kepada semua pihak. Tambahan pula, kes
jenayah seperti ini ada yang melibatkan golongan profesional. Golongan profesional ini
yang bertanggungjawab menjalankan operasi kewangan, undang-undang, pentadbir,
penggubal polisi dan sebagainya yang berisiko tinggi untuk menyalahguna kuasa
sehingga mewujudkan pelbagai jenis jenayah.

PPPJJ

17
PENGENALAN ISU-ISU ETIKA

4- Begitu juga jenayah siber pengubahsuaian program, pencurian maklumat,


pengintipan, perjudian Internet, skim cepat kaya, penyebaran virus dan pornografi kian
serius berlaku di Malaysia.

5- Apa yang menakutkan adalah penjenayah siber ini mungkin terdiri daripada golongan
profesional.

6- sehubungan itu, pihak kerajaan menyedari akan kepentingan etika, nilai dan moral
dalam sistem pendidikan negara. Institusi pendidikan merupakan ejen perubahan dalam
masyarakat yang berperanan memberikan pendidikan serta berfungi menangani
masalah kepincangan etika, nilai dan moral

PPPJJ

18
CONTOH ISU-ISU ETIKA

PPPJJ

19
CONTOH ISU-ISU ETIKA

PPPJJ

20
CONTOH ISU-ISU ETIKA

PPPJJ

21
CONTOH ISU-ISU ETIKA

PPPJJ

22
CONTOH ISU-ISU ETIKA

PPPJJ

23
CONTOH ISU-ISU ETIKA- TUGASAN

Arahan: Pilih satu isu etika daripada senarai dan kemukakan di


atas dan berikan pandangan anda berkaitan isu etika yang
dipilih tersebut.

https://padlet.com/JUE100/z1u1iifmgjlrc6ia

PPPJJ

24
KONSEP DAN DEFINISI ETIKA, NILAI DAN MORAL

ETIKA

1- Etika berasal daripada 3- Ilmu yang berkaitan dengan


2- “Ethos” bermaksud sikap dan
perkataan “ethics” yang diambil akhlak dan moral atau prinsip
adat yang menentukan tingkahlaku
daripada perkataan “ethos” dalam moral yang menjadi pegangan
seseorang.
Bahasa Greek. individu atau masyarakat.

4- Prinsip moral/akhlak/nilai-nilai 6- kod ukuran moral seseorang/


5- Etika terserlah dalam perbuatan
akhlak/ tingkah laku yang menjadi sesuatu kumpulan yang memberi
yang dizahirkan oleh seseorang
pegangan seseorang atau suatu panduan kepada individu atau
sehingga menjadi rutin kehidupan
kumpulan seperti persatuan, kumpulan tersebut untuk membuat
pekerjaan dan lain-lain. (Kamus atau peribadi seseorang serta
keputusan (kejujuran, integriti,
dewan edisi keempat, 2005). boleh dinilai oleh pihak lain.
hormat hak manusia dll).
PPPJJ

1 25
KONSEP DAN DEFINISI ETIKA, NILAI DAN MORAL

NILAI

3- Satu set idea atau prinsip yang


1- Sesuatu yang dikira baik membantu individu membezakan
2- Kecenderungan
seperti kasih sayang, baik antara perkara baik dengan buruk
seseorang dalam
hati, kejujuran, ketenangan, dan kemudiannya bertindak
menunjukkan keutamaan mengikut pilihan berasakan
kesedehanaan (Jules Henry,
(Cart Rogers, 1968). perbezaan tersebut (Nik Aziz Nik
1975) Pa, 1994).

4- Nilai adalah sesuatu yang 5- Nilai memainkan peranan


dapat memberikan manfaat yang cukup besar dalam
kepada setiap individu tanpa mempengaruhi amalan dan
mengira apa-apa jua pergaulan sosial dalam diri
PPPJJ keadaan. seseorang.

26
KONSEP DAN DEFINISI ETIKA, NILAI DAN MORAL

MORAL

1- Bahasa Latin “mores” iaitu kata 2- Tingkahlaku individu yang


jamak daripada perkataan “mos” bertepatan dengan tatasusila, adab,
yang ditakrifkan sebagai adat sopan santun serta peraturan
kebiasaan (Ya’kub, 1978). masyarakat (Ee Ah Meng, 1988).

3- Hal yang berhubung dengan


standard kelakuan baik dan buruk,
4- Merangkumi semua sifat luhur
keadilan dan kejujuran yang
dan baik seperti kejujuran, keadilan,
dipercayai oleh individu selain
PPPJJ toleransi, baik hati dan semangat
undang-undang (Cambridge
masyarakat.
International Dictionary of English,
1995).
27
DEFINISI PROFESION

Tiada takrifan yang boleh diterima umum. Perkataan ‘profesion’ boleh disinonimkan dengan ‘pekerjaan’.
Secara umumnya, Maksud profesion menurut Martin dan Schiuzer (1996) dan Bayles (1981) ada 6 ciri:

1) Ilmu pengetahuan: kerja atau tugasan profesional memerlukan pengetahuan dari segi bagaimana
dan apa kemahiran yang sofistikated dan ilmu teori, untuk membuat penilaian dan melakukan budi
bicara. Amalan ini memerlukan ilmu pengetahuan yang mencukupi dan mendalam.

2) Latihan intensif dan berterusan: Sebagai kriteria yang menjadi seorang doktor, peguam atau
jurutera, seseorang terpaksa mengikuti kursus yang menawarkan komponen intelektual di univerisiti
selama 4-6 tahun. Hal ini berbeza dengan latihan tukang gunting rambut, tukang jahit dan sebagainya
yang tertumpu kepada kemahiran fizikal dan psikomotor.

3) Perkhidmatan penting untuk masyarakat: profesional memberikan perkhidmatan yang


PPPJJ penting untuk masyarakat agar dapat terus berfungsi. Misalnya, doktor bertanggungjawab
atas hal kesihatan, peguam melindungi hak seseorang dan jurutera memastikan
keselamatan dan kebajikan awam.
28
DEFINISI PROFESION

4) Badan professional: Hampir semua bidang profesion mempunyai badan profesional yang mewakili mereka. Menentukan
standard kemasukan dalam profesional berkenaan, menyediakan kod etika dan mengawal tingkah laku ahli-ahlinya, serta
mewakili pihak masyarakat dan kerajaan.
Contohnya:Doktor- Persatuan perubatan Malaysia
Peguam- Majlis peguam Malaysia
Jurutera- Lembaga Jurutera Malaysia
Arkitek- Pertubuhan Arkitek Malaysia
Akauntan- Institut Perakaunan Malaysia
Kaunselor- Persatuan Kaunseling Malaysia

5) Pensijilan/pertauliahan: Pengamal sesuatu profesion perlu medapat sijil atau lesen yang
dikeluarkan oleh badan profesional masing-masing.

6) Bersifat autonomi: Profesional biasanya mempunyai autonomi dalam membuat sebarang


keputusan penting dan penilaian mengenai hal-hal yang berkaitan dengan profesionnya. Misalnya,
seorang doktor membuat penilaian sendiri terhadap prosedur terperinci dalam sesuatu pembedahan
PPPJJ terhadap pesakitnya. Begitu juga seorang peguam dalam merangka draf perjanjian sesuatu kontrak
untuk pelanggannya.

29
JENIS PROFESION

PROFESIONAL PERUNDING PROFESIONAL BERGAJI


1- Bertindak bagi pihak individu yang 1- Profesional bergaji seperti jurutera yang
menjadi kliennya. makan gaji biasanya menunyai banyak klien
2- Gaji bergantung kepada klien atau tiada langsung pada satu-satu masa.
3- Bersifat seperti seorang usahawan dan Mereka menjalankan tugas seperti yang
lebih cenderung dengan masalah etika kerana diarahkan oleh pihak atasa institusi tempat
segala keputusan dan penilaian terpaksa bekerja.
dibuat sendiri. Kadang-kadang kepentingan 2- Makan gaji dan bukan sebagai seorang
diri mereka mengatasai segala-galanya. usahawan justeru masalah bayaran, dan
4- Memberi perkhidmatan penting. hubungan dengan klien tidak menjadi masalah
Contohnya, kita bergantung kepada utama di kalangan professional yang makan
perkhidmatan doktor untuk hal kesihatan, gaji kerana semuanya ditetapkan oleh
jurutera dan arkitek pula menyediakan syarikat/ institusi tempat bekerja.
khidmat perunding untuk kehidupan moden
kita seperti mereka bentuk struktur rumah,
PPPJJ bangunan, sistem janakuasa, pengangkutan
dan lain-lain.

30
JENIS PROFESION

PROFESIONAL PERUNDING PROFESIONAL BERGAJI


5- Mempunyai monopoli dalam bidang profesion
dan pekhidmatan yang diberikan. Sebelum
menjadi pengamal dalam bidang profesion tertentu,
mereka perlu mendapat lesen yang sah. Pengamal
tanpa lesen dianggap sebagai jenayah. Misalnya,
pengamal perubatan berlesen sahaja oleh merawat
pesakit. Dengan sifat monopoli ini menyebabkan
kadang-kadang terdapat profesional yang
menyalahgunakan kedudukan dan keistimewaan
bagi kepentingan tertentu yang seterusnya
menimbulkan banyak masalah etika.
6- Mereka mendakwa bahawa mereka dapat
mengawal tingkah laku mereka sendiri kerana
telah menjalani latihan intelektual dan penilaian
secukupnya sebelum menceburi bidang
PPPJJ profesionnya. Oleh itu, mereka berpendapat bahawa
masyarakat kurang memahami dan apatah lagi
untuk menilai tingkah laku mereka.

31
TEKANAN YANG DIHADAPI OLEH
SEORANG PROFESIONAL

PPPJJ

32
TEKANAN YANG DIHADAPI OLEH
SEORANG PROFESIONAL

TUGASAN (TIADA PENILAIAN):


Huraikan bentuk-bentuk tekanan
yang dihadapi oleh seorang
profesional .

- Hantar melalui forum yang akan


saya buka di portal.

PPPJJ

33
DEFINISI ETIKA PROFESIONAL

1- Alat kawalan sosial terhadap golongan profesional


yang membolehkan organisasi dan masyarakat
mengawasi dan menilai tingkah laku mereka dari
semasa ke semasa.

2- Suatu piawaian yang dibangunkan dan dipelihara


oleh sesuatu golongan profesional sebagai cara yang
paling unggul untuk mengamalkan profesion mereka.
PPPJJ

34
ETIKA PROFESIONAL

Kepentingan etika
profesional

1- masyarakat

1.1- Kepercayaan masyarakat 1.2- Taraf pendidikan semakin


terhadap golongan tinggi – peka dan sedar
PPPJJ profesional semakin merosot- tentang hak sebagai
pendedahan isu etika di pengguna- berani kritik, buat
media aduan

35
ETIKA PROFESIONAL

Kepentingan etika
profesional

2- Ahli profesional

2.1- Panduan untuk 2.2- Mewujudkan autonomi moral 2.3- Mempertingkatkan


penyelesaian masalah i.e kebolehan menggunakan kemahiran dan pemikiran
PPPJJ etika/delima moral pandangan moral yang sesuai etika – tanggungjawab
berdasarkan asas-asas nilai profesional dilakukan dengan
kemanusiaan. lebih yakin

36
FAKTOR BERKAITAN BERLAKUNYA
ISU ETIKA PROFESIONAL

PERTAMBAHAN ISU ETIKA DIKALANGAN PROFESIONAL?

2- Gaya hidup moden- Pergantungan


1- Jumlah profesional yang meningkat
masyarakat terhadap perkhidmatan
menyebabkan, persaingan untuk
profesional meningkat- permintaan –
pelanggan juga meningkat- korbankan
kepentingan diri, rasa tamak, tidak
prinsip-prinsip etika
bertolak ansur, ambil kesempatan,

PPPJJ

37
FAKTOR BERKAITAN BERLAKUNYA
ISU ETIKA PROFESIONAL

1- Masalah kekaburan tentang


pertimbangan etika atau prinsip yang
yang perlu diaplikasi dalam suasana
tertentu- seorang jurutera yang baru 2- Dilema moral- dua atau lebih
bekerja mendapat hadiah sebuah diari prinsip etika yang boleh diaplikasi itu
daripada jurujual yang ada kepentingan bertentangan antara satu sama lain.
perniagaan di tempat kerjayanya.
Adakah ini boleh danggap rasuah dan
boleh menimbulkan konflik kepentingan?

3- Prinsip etika profesional


bercangggah dengan prinsip
majikan (terpaksa bekerjasama
4- Kegagalan badan profesional
dalam keadaan yang ditentukan
untuk bertindak.- mengawal ahli
oleh pihak atasan)/ perbezaan cara
fikir/cara prinsip diaplikasi antara
PPPJJ individu dan majikan.

38
HADAPI DILEMA ETIKA GOLONGAN PROFESIONAL

3- Susun pertimbangan etika


1- Kenal pasti faktor etika 2- Kumpulkan semua fakta
mengikut kepentingan untuk
yang relevan dan alasan- yang berkaitan dengan faktor
diaplikasikan dalam sesuatu
alasannya etika terlibat.
situasi.

4- Sediakan tindakan
6- Buat keputusan secara
alternatif untuk 5- Berbincang dengan rakan
berhati-hati dengan
menyelesaikan masalah untuk mendapatkan
mengambil kira semua faktor
dilema tersebut dan kenal cadangan dan alternatif
etika yang relevan dan faktor-
pasti implikasi setiap tindakan tertentu.
faktor lain.
itu.

PPPJJ

39
TEORI-TEORI ETIKA

Teori: suatu set andaian atau fakta yang diterima ramai yang cuba
huraikan sesuatu fenomena secara rasional.

Teori etika - dibangunkan dari andaian-andaian asas mengenai ukuran


moral (moral standards)
Banyak teori etika – berbeza dari segi :

1- Fokus mengenai penilaian moral

2- Definisi ‘baik’ dan ‘betul’ dan yang mana lebih asas/ menjadi pokok- Asas
pengetahuan etika berasal dari pengalaman, pemikiran logik atau kedua-duanya.
PPPJJ

40
KEPENTINGAN TEORI:
1) MENYELESAIKAN DILEMA ETIKA

1.2) Menyediakan asas yang


tepat tentang maklumat yang
relevan bagi menyelesaikan
1.1) Mengenalpasti isu etika dan 1.3) Memberikan cara untuk
sesuatu masalah. Semua teori
mencari pertimbangan atau menyusun kerelevenan etika
menyokong bahawa dalam
mengikut susunan kepentingan.
alasan munasabah untuk menyelesaikan satu-satu dilema
Dengan ini satu padanan boleh
menyelesaikan masalah etika, semua fakta yang
disediakan untuk menyelesaikan
tersebut. berkemungkinan mendatangkan
masalah tersebut.
akibat buruk kepada masyarakat
umum perlu diberi perhatian
segera.

1.6) Menyediakan rangka kasar


1.5) Menyumbang kepada
dalam perkembangan hujah
1.4) Teori akan membantu penggunaan istilah-istilah etika
etika yang seterusnya
dalam mengenal pasti tindakan- yang tepat yang dapat dijadikan
mempertingkatkan kebolehan
tindakan alternatif sebagai asas pemikiran tentang
PPPJJ isu-isu etika.
kita mendapatkan pertimbangan
dan penilaian seimbang.

41
KEPENTINGAN TEORI:
2) MENGENALPASTI OBLIGASI ETIKA

2.1) Digunakan untuk membuat 2.2) Contohnya obligasi seorang


jurutera adalah memastikan
justifikasi tentang obligasi yang 2.3) Setiap teori mempunyai
keselamatan awam yang
perlu dilaksanakan oleh justifikasi tentang obligasi
menggunakan produk dan
profesional. projek yang dihasilkan.

2.6) Teori hak asasi menyatakan


bahawa obligasi keselamatan
2.4) Teori ulititarianisme bagi seseroang jurutera adalah
menegaskan seseorang itu 2.5) Teori wajiban pula berdasarkan keperluan yang
bertindak dalam keadaan menekankan bahawa tindakan profesional itu perlu
tertentu untuk memaksimumkan memastikan keselamatan menghormati hak etika kpd
akibat daripada semua hasil merupakan tangungjawab yang mereka yang terlibat dalam
PPPJJ drpd produk dan projek tidak boleh dipersoalkan. kerja-kerja yang dilakukannya.
kejuruteraan yang dihasilkan. Penekanannya adalah yang
tidak mendatangkan kesan
buruk kepada orang lain. .
42
PANDUAN MENGUJI KEBERKESANAN
SISTEM ETIKA

1) Jelas, mudah difahami dan 2) Konsisten dan tidak bertentangan


diaplikasikan. antara satu sama lain.

3) Teori dan hujah tidak berlandaskan 4) komprehensif untuk dijadikan


maklumat yang salah. panduan dalam situasi tertentu.

5) Berdasarkan pemikiran yang


rasional, tetapi tetap mengambil kira
PPPJJ soal emosi dan perasaan.

43
TEORI ETIKA YANG BERKESAN

1) Setiap teori mempunyai kekuatan


2) Semua teori mempunyai prinsip umum
masing-masing dan saling melengkapi yang patut diikuti.
antara satu sama lain.

1- prinsip nilai hidup manusia


2- prinsip kebaikan dan
3) 5 prinsip yang dianggap dapat kebenaran
merentas semua teori etika oleh Jacques 3- prinsip keadilan dan
Thiroux: saksama.
4- prinsip kejujuran
5- prinsip kebebasan individu.

PPPJJ

44
ETIKA DAN AGAMA

Keunggulan Mempunyai disiplin yang kuat dan ketat: setiap tindakan


etika agama ada balasan yang setimpal / tiada pengecualian

Bersifat mutlak dan universal: tidak akan berubah/ tidak


bersifat relatif/ subjektif.

Mempunyai kekuatan etika: keimanan dan kepercayaan


kepada Tuhan yang kuat membawa kepada kesedaran
bahawa semua tindakan dilakukan kerana Tuhan. Ini
PPPJJ menjadi dorongan untuk melakukan kebaikan tidak kira
tempat dan masa.

45
ETIKA DAN AGAMA

Komitmen etika Agama institusi tertua dalam sejarah manusia, mendorong


dan manusia hidup dengan lebih sempurna dan mengawal manusia
Kepercayaan daripada kejahatan.
agama
mempunyai
kaitan yang Drdp segi sejarah, nila-nilai dan sistem etika dikaitkan dengan
positif kepercayaan agama. Misalnya Islam berpengaruh di Timur Tengah
dan negara Asia tertentu, Judeo-Kristian di kalangan masyarakat
barat., Confucianisme di China dan Budha dan Hindu di negara
Asia tertentu.
Hubungan etika dan agama boleh dilihat drpd sudut psikologi.
Agama menjad pendorong yang kuat untuk seseorang melakukan
tindakan beretika. Ini kerana amaln beretika di kaitkan dengan
Kepercayaan kepada Tuhan.

Agama memberikan kedudukan yang tinggi kepada seseorang


yang beretika, malah menjadi salah satu tuntutan utama dalam
PPPJJ kehidupan beragama.

46
TEORI-TEORI ETIKA

1- TEORI
KEPRIBADIAN
MULIA

2- TEORI
4- TEORI HAK TEORI-TEORI
TINDAKAN
ASASI ETIKA
BETUL

3- TEORI
WAJIBAN
PPPJJ

47
TEORI KEPERIBADIAN MULIA

1) Dikatakan sebagai teori tertua hasil daripada perkembangan falsafah tradisi Greek.

2) Pendokong kepada teori ini adalah Aristotle (384-322 SM) dan beliau menyatakan
Keperibadian mulia (virtues) – perlu untuk melaksanakan tindakan rasioanl secara berkesan.
Aktiviti ini yang menjadikan kita hidup sebagai manusia.

3) Kebijaksanaan dan penilaian yang baik penting dalam melakukan sesuatu tindakan dan
Aristotla juga menekankan konsep “Golden Mean” iaitu mencari kesederhanaan (bukan
keterlaluan); iaitu keseimbangan di antara kelakuan keterlaluan dalam perlakuan, emosi dan
sikap.

PPPJJ
4) Contohnya: sifat jujur adalah antara pendedahan semua maklumat secara yang melanggar
peraturan dengan kerahsiaan serta menjadi begitu perahsia. Kemurahan hati pula terletak di
antara pembaziran sumber dengan begitu kedekut.
48
TEORI KEPERIBADIAN MULIA

5) Ahli falsafah, Alasdair MacIntyre telah mengaplikasikan teori ini dalam kajiannya tentang
pemikiran dan etika profesional. Beliau memperkenalkan elemen kerjasama untuk mencapai
kebaikan umum – amalan sosial iaitu aktiviti kerjasama yang boleh dilakukan yang betujuan
untuk mencapai kebajikan umum (kebaikan dalaman dan luaran)

6) Kebaikan dalaman: semua amalan golongan profesional terlibat.– contohnya dalam bidang
perubatan dapat meningkatkan mutu kesihatan masyarakat, perundangan untuk mewujudkan
keadilan sosial.

PPPJJ 7) Kebaikan luaran: wang dan prestij (diiktiraf oleh badan lain).

49
TEORI KEPERIBADIAN MULIA

8) Seorang yang mempunyai tanggungjawab etika dianggap sebagai seorang yang


profesional.

9) Tanggungjawab profesional yang perlu ditunaikan kebaikannya adalah kepada 4


peringkat: kebaikan diri sendiri, kebaikan untuk masyarakat, kebaikan kepada
kumpulan dan kebaikan kemahiran

PPPJJ

50
TEORI KEPERIBADIAN MULIA

1) Kebaikan diri sendiri Kefahaman dan keprihatinan terhadap prinsip moral.


Memahami diri sendiri daripada kekuatan dan kelemahan
terutama kebijaksanaan.
Komitmen terhadap tindakan dan menjadikan kefahaman
kepada tindakan seperti keberanian, disiplin, kejujuran,
ketabahan dan sebagainya.
2) Kebaikan untuk masyarakat Mementingkan kebaikan yang diperoleh masyarakat terhadap
sesuatu tindakan. Kebaikan minimum adalah tidak melakukan
kemudaratan kepada orang lain, termasuk meningkatkan kualiti
hidup masyarakat serta sikap murah hati dan mahu membantu
dan menyumbang masa, bakat dan wang secara sukarela.
3) Kebaikan kepada kumpulan Mementingkan kebaikan bersama rakan sejawat, bekerjasama,
komunikasi secara berkesan, berkepimpinan untuk pikul
amanah dan beri motivasi terhadap orang lain di samping
hormat undang-undang.
4) Kebaikan kemahiran Penguasaan kemahiran dalam bidang profesional tertentu
PPPJJ termasuklah kecekapan, ketekunan dan kreativiti.

51
TEORI KEPERIBADIAN MULIA

Teori ini berkait rapat dengan beberapa sifat di bawah:

1) INTEGRITI - Kesatuan keperibadian berdasarkan keprihatinan moral khususnya berdasarkan


kejujuran.
- Kesinambungan antara sikap, emosi dan tingkahlaku dalam membuat justifikasi nilai
moral.
- Jambatan antara tanggungjawab persendirian dengan kehidupan sebagai profesional.
- Nilai moral patut diamalkan merentasi seluruh kehidupan manusia,
- Tidak dapat diterima jika ada yg mengatakan “ jangan salahkan saya, saya hanya
membuat kerja seperti yang diarahkan”. – kerana ini menunjukkan seperti seseorang
itu hidup dua alam yang terpisah (profesion dan alam kehidupan persendirian) dan
mempunyai nilai yang berbeza untuk diamalkan.
- Ada juga yg berkata, “kalau saya tak buat, orang lain akan buat” untuk pertahankan
salah lakunya. – ini menunjukkan kegagalan mengambil tanggungjawab terhadap
perbuatan sendiri.
- Sikap tolak ansur perlu diamalkan kerana wujud perbezaan nilai di tempat kerja dan
nilai ideal seseorang kerana mungkin wujud perbezaan antara amalan nilai di tempat
PPPJJ kerja dengan nilai ideal seseorang.

52
TEORI KEPERIBADIAN MULIA

INTEGRITI - Walaubagaimanapun, sikap tolak ansur dapat membawa keburukan dan kebaikan.
Dianggap baik kerana dapat mengekalkan hubungan walaupun sedang menghadapi
krisis. Dikatakan buruk kerana boleh menimbulkan konflik yang serius antara
kehidupan persendirian dengan kehidupan di tempat kerja golongan profesional
berkenaan.
- Penting untuk kenal pasti bentuk tolak asnur yang sesuai dan kesediaan untuk
bertolak ansur.
2) - Melibatkan dua aspek penting-ketulusan dan Kepercayaan.
KEJUJURAN - Jujur dalam tindakan umunya adalah amalan menghormati orang lain. Cthnya, amalan
tidak mencuri, tidak melibatkan diri dalam rasuah dan lain-lain.
- Jujur dalam percakapan bermaksud tidak menipu, tidak mengelirukan orang lain dan
sebagainya. Perlu telus dan dedahkan maklumat yang tepat.
- Jujur dalam kepercayaan bermaksud membina kepercayan yang rasional dalam diri
seseorang tanpa menipu dirinya sendiri dan tanpa paksaa atau berat sebelah.
PPPJJ - Kesukaran menjadi jujur adalah kerana:
• tekanan- menyebabkan jadi penting diri
• Kelemahan tekad- untuk menyedari bahwa apa yang dibuat salah
• Sukar untuk mengetahui bentuk kejujuran yang diperlukan.
53
TEORI KEPERIBADIAN MULIA

3) HORMAT DIRI - Menilai diri sendiri dengan pertimbangan moral yang sesuai.

4) RASA TANGGUNGJAWAB - Selain istilah tanggungjwab profesional dan tanggungjawab


moral, terdapat istilah lain yang perlu dijelaskan dan dihalusi
hubungannya dengan kebaikan tanggunjawab profesional.
- Apabila kita mengatakan bahawa seseorang itu
bertanggungjawab, sebenarnya kita memberikan tanggapan
umum tentang sifat kebaikan moral orang itu, iaitu orang itu
sentiasa prihatin dalam melakukan sesuatu yang betul,
sentiasa melaksanakan obligasi dan menjalankan tugas
dengan penuh timbang rasa.
- Mempunyai tanggungjawab moral pula bermaksud semata-
mata obligasi atau tugas untuk melakukan tindakan yang
PPPJJ betul dari segi moral, kita juga berkongsi sama melakukan
sesetengah tanggungjawab ini. Misalnya tanggungjawab
untuk berkata benar, berlaku adil dan menggalakkan sifat
jujur.
54
TEORI KEPERIBADIAN MULIA

4) RASA TANGGUNGJAWAB - Kadang-kadang kita meletakkan tanggungjawab atas


seseorang berdasarkan pemerhatian secara keseluruhan
dan bukannya aspek tertentu tingkahlakunya.
- Dalam situasi lain, tanggungjawab bermaksud akauntabiiti
dalam memenuhi obligasi tertentu- bertanggungjawab atas
semua tindakan yang diambil.
- Isu salah laku tanggungjawab membawa maksud
pencelaan, dalam konteks tingkah laku yang betul pula
tangungjawab menjadi sinonim kepada pujian.

PPPJJ

55
TEORI TINDAKAN BETUL

1) Menekankan sifat-sifat baik tertentu yang perlu ada pada diri seseorang. Diharapkan dapat
bimbing seseorang untuk buat tindakan yang membawa kebaikan kepada diri sendiri,
kumpulan dan masyarakat.

2) Teori ini dianggap umum kerana banyak faktor yang mempengaruhi setiap tindakan kita
seperti persekitaran, situasi, masa, budaya, agama dan lain-lain.

3) Dalam teori Teleologi, kriteria dan piawai asas tentang sesuatu yang baik, benar, salah,
jahat dan sebagainya ialah penghasilan nilai moral yang baik (Miller, 1964)

PPPJJ
4) Mengikut teori ini, kebaikan dan kejahatan sesuatu ditentukan oleh nilai instrumental.
Dengan itu, sesuatu tindakan dianggap baik jika jumlah kebaikan yang dihasilkan melebihi
kejahatan.
56
TEORI TINDAKAN BETUL

5) Teori Etika Teleologi juga dikenal sebagai consequentialism- setiap tindakan yang
menghasilkan kesan yang baik adalah tindakan yang beretika.

6) Wujud beberapa jenis etika Teleologi yang berbeza seperti utilitariasnime dan pelbagai cara
prinsip utility digunakan..

7) Contohnya, Jeremy Bentham: utilitarian hedonistik; iaitu kebaikan = keseronokkan (pain and
pleasure)

8) Contoh lain adalah John Stuart Mill: Utilitarianisme-lakuan (kualiti kebaikan); iaitu, tindakan
membawa kebaikan kepada seberapa ramai orang yang boleh – memaksimakan kebaikan
PPPJJ
9) Contoh seterusnya adaah Richard Brandt: Utilitarianisme-aturan: kepuasan yang dinikmati
dari mengikuti peraturan seperti hukum agama dalam melakukan sesuatu tindakan. Contoh:
hukum agama – jangan mencuri, cederakan orang lain 57
TEORI WAJIBAN

2) Asas teori ini –


tanggungjawab (jujur, adil, 3) Prinsip dan penilaian etika
1) Disebut juga sebagai Teori
patuhi janji, tidak aniayai orang berpaksi kepada sifat betul
Deontologis.
lain dll.) dan bukan akibat baik (rightness)
yang baik.

6) Ianya juga dikenali sebagai


5) Sama ada tindakan betul etika berdasarkan peraturan
4) Kelakuan moral lebih penting
atau tidak bergantung kepada (rule-based ethics) kerana
daripada akibat sesuatu
komitmen seseorang atau peraturan mengikat seseorang
tindakan
kehendak agama. kepada kewajipannya (rules
bind you to your duty).
PPPJJ

58
TEORI WAJIBAN

KELEMAHAN TEORI WAJIBAN DIKENAL PASTI MELALU PERSOALAN-


PERSOALAN DI BAWAH
3) Apakah gunanya
1) Bolehkah kita mengenepikan 2) Apakah faedahnya sesuatu
mengamalkan satu sistem etika
langsung akibat daripada satu- sistem etika itu kalau tidak
yang begitu ketat sedangkan
satu tindakan apabila membawa akibat baik terhadap
sistem etika itu tidak boleh
menentukan satu sistem etika diri kitas endiri, orang lain atau
membawa kebaikan dalam
yang berkesan? kedua-duanya sekali.
situasi-situasi tertentu?

5) Apa perkara yang harus


4) Bagaimana membuat garis
diambil kira untuk menenntukan
panduan menghalang kita
mengapa sesuatu itu harus
daripada mengambil kira akibat
diterima sebagai
daripada sesuatu tindakan?
tanggungjawab?

PPPJJ

59
TEORI HAK ASASI

DUA PENDOKONG TEORI

JOHN LOCKE (TEORI HAK ASASI)

A.I. MELDEN (HAK KEBAJIKAN)

PPPJJ

60
BUDAYA DAN RELATIVISME ETIKA

• Setiap budaya mempunyai adat dan sistem nilai berbeza.


Kepelbagaian ini menyebabkan nilai etika bersifat relatif. Lantas
timbullah konsep relativisme etika timbul.
• Konsep relativisme menekankan bahawa tindakan itu dianggap
beretika jika selari dengan kehendak adat dan undang-undang .
• Penerimaan terhadap konsep ini adalah kerana undang-undang
dan adat adalah perkara yang nampak dan jelas, sesuatu yang
objektif.
• Selain itu nilai dianggap sesuatu yang subjektif di kalangan budaya.
Standard budaya berbeza daripada satu budaya kepada satu
budaya yang lain.
• Semua prinsip/kelakuan moral adalah relatif. Ianya berbeza
PPPJJ mengikut peredaran masa dan juga budaya. Apa yang dianggap
betul seratus tahun lalu mungkin salah pada hari ini.
61

Anda mungkin juga menyukai