Anda di halaman 1dari 14

1.

KEPENTINGAN ETIKA PROFESIONAL DALAM PROFESION PERGURUAN

Etika kerja adalah nilai-nilai penting yang perlu dilaksanakan dalam sesebuah
organisasi. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) juga tidak terkecuali mempunyai Etika
kerja sendiri. Takrif yang diberikan oleh KPM tentang Etika Kerja Perguruaan ialah Etika
Kerja ialah panduan tingkah laku yang menjadi pegangan setiap warga KPM berlandaskan
nilai-nilai ahklak yang mulia.

Kepentingan etika kerja perguruan dapat memartabat profesion perguruan itu sendiri.
Kod etika perguruan dianggap penting kerana :

1. Garis Panduan

Kod etika menyediakan garis panduan bagaimana bertingkah laku dalam profesion
perguruan. Ianya sebagai penduan dan juga sesuai untuk dirujuk dan diamalkan oleh guru.

2. Mempertahankan dan memperkuatkuasakan

Kod Etika dalam bentuk dokumen, usaha untuk menyemak semula kod ini dapat dilakukan.
Kecemerlangan sesuatu profesion boleh dilihat menerusi sejauh mana kod etikanya boleh
dipertahankan dan dikuatkuasakan.

3. Membuat pernilaian

Kandungan yang dinyatakan dalam Kod Etika Perguruan di negara ini menunjukkan
perbezaan tertentu berbanding kod etika di negara lain. Perbezaan ini memberi guru-guru
menilai dan melihat keunikan etika yang diamalkan sama ada di negara ini ataupun di negara
lain.

4. Tanggungjawab

Kod Etika Perguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru terhadap
pemegang amanah dalam bidang pendidikan. Ianya juga membantu guru lebih faham dan
jelas tentang tanggungjawab mereka.

5. Mengekalkan dan memelihara kepercayaan

Etika kerja merupakan nilai-nilai yang penting dalam sesebuah organisasi. Pengamalan etika
dapat mengekal, dan memelihara kepercayaan yang diberi dalam menjalankan tugas, serta
memupuk tanggungjawab bersama dan mengeratkan perhubungan atnara ahli dalam
organisasi. (INTAN, 1991).

6. Meningkatkan imej Profesion Perguruan

Menerusi kod etika, guru dapat meningkatkan lagi imej profesion perguruan secara hitam
putih dan rasmi. Ianya dapat membuka mata masyarakat untuk menghayati tanggungjawab
guru yang luas dan berat dan menyokong guru dalam mencapai matlamat pendidikan dan
negara.

Etika yang ditunjukkan oleh guru melalui kod etika perguruan dan prinsip-prinsip etika ini,
sedikit sebanyak menjadi guru-guru sebagai role –model kepada pelajar. Senario ini
mempengaruhi etika pelajar dan membantu pembentukan modal insan pada masa akan
datang. Kesimpulannya melalui pemerhatian pelajar terhadap guru menjadikan pelajar
berkenaan lebih berdisiplin dan beretika. Tingkah laku guru yang berdisiplin dan terikat
dengan garis panduan Etika Perguruan membantu memperkembangan potensi pelajar ke arah
satu pembentukan individu yang berjaya dan menjadikan pelajar lebih cenderung kepada
melakukan perkara-perkara yang positif.

2. CIRI-CIRI DAN SIKAP PROFESSIONAL YANG BERETIKA DALAM PROFESION


TERSEBUT DENGAN MERUJUK KEPADA JENIS KEPUTUSAN DAN TINDAKAN
YANG DIAMBILNYA.

Perguruan adalah satu profisien yang bermatlamatkan pembentukan insan terhadap diri
sendiri, masyarakat, agama serta negara. Dari segi konsep profesionalisme adalah sesuatu
nilai yang berkait rapat dengan fungsi seseorang dengan ciri-ciri dan sikap yang ditunjukkan.
Keberkesanan dalam profisien perguruan berkait rapat dengan usaha serta tindakan seseorang
guru yang melaksanakan tanggungjawabnya.

Seseorang guru perlulah memiliki sikap yang bertanggungjawab terhadap semua keputusan
dan tindakan yang dibuatnya. Tanggungjawab merupakan salah satu sikap perguruan selain
dari rajin dan cekap, malahan merangkumi segala keputusan yang perlu dilaksanakan dengan
bijak. Jika seseorang itu bertanggungjawab terhadap sesuatu tindakan, maka jelaslah sesuatu
kerja itu mempunyai ciri-ciri dan sikap professional.

Pada pandangan saya, jawatan sebagai guru layak dianggap sebagai professional walaupun
ada segelintir masyarakat menggangap bidang guru tidak standing dengan jawatan lain.
Faktor yang menyebabkan mereka beranggapan sedemikian adalah disebabkan pekerjaan
tersebut merupakan pekerjaan biasa dan boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja. Namun,
sekiranya mereka terlibat secara langsung dalam pekerjaan ini, barulah mereka sedar bahawa
seorang guru bukan hanya perlu mengajar, tetapi perlu juga melakukan pelbagai tugasan lain
yang tidak boleh dilakukan oleh seseorang yang tidak berpengalaman.

Salah satu ciri-ciri dan sikap yang berkaitrapat dengan perguruan adalah etika seseorang guru.
Etika adalah melibatkan akhlak dan tingkah laku bagi sesuatu kumpulan manusia atau
organisasi. Dasar ini meliputi aspek baik dan buruk yang perlu dipatuhi oleh setiap ahli-ahli
dengan mengikut garis panduan yang ditetapkan. Sebagai contoh, etika yang dipegang oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia dalam konteks perguruan adalah “Tatasusila Profesion
Keguruan”. Etika tersebut perlu dipatuhi oleh semua kakitangan perguruan dan sekiranya
melanggar etika tersebut akan dikenakan tatatertib serta hukuman yang sewajarnya.

Dengan ungkapan “Segala sesuatu itu bermula daripada diri kita dahulu” menjelaskan
hubungan penghayatan tatasusila dengan peningkatan taraf profesionalisme keguruan.
Maksudnya adalah, jika seseorang itu memahami dan mematuhi segala peraturan yang
termaktub dalam etika perguruan maka dia telahpun menghayati tatasusila tersebut yang telah
ditetapkan oleh organisasi pendidikan. Di Malaysia, martabat yang tinggi akan menjadikan
profesionalisme itu disanjung tinggi, mempunyai nilai, dan berkuali tinggi. Sekiranya ingin
menaiktaraf profesionalisme keguruan, perlulah bersedia memikul tanggungjawab, mematuhi
tatasusila dan menerima segala perubahan. Sifat-sifat diri ini perlu wujud untuk melahirkan
seorang guru yang berkualiti dan mencapai matlamat profesionalisme keguruan tersebut.

Konsep pembelajaran sepanjang hayat amat penting bagi seseorang dalam bidang perguruan
yang melibatkan ciri-ciri dalam mengambil tindakan yang diambilnya. Pembelajaran
sepanjang hayat adalah konsep kepada proses pendemokrasian pendidikan yang merangkumi
program peningkatan pengetahuan, kemahiran dan kompentasi sama ada secara formal di
sekolah, pusat latihan vokasional, atau secara tidak formal berdasarkan pengalaman dan
latihan di sekolah. Pengalaman tersebut bersifat pengetahuan yang tidak dapat dipelajari dari
bentuk yang biasa, tidak secara formal dan latihan. Dalam memahami erti perkongsian ilmu,
mencipta dan dissemination perlu melalui pusingan yang berterusan. Dalam pandangan
tersebut, boleh disimpulkan bahawa pembelajaran sepanjang hayat mempunyai proses seperti
proses yang berterusan untuk meningkatkan kemahiran atau membangunkan kerjaya pada
waktu terkini atau masa akan datang dan juga proses meningkatkan ilmu pengetahuan yang
tidak akan berakhir selepas tamat persekolahan, dalam erti kata yang lain adalah proses
sepanjang hayat.

Sebagai seorang pendidik, perlulah menghayati dan mengamalkan prinsip-prinsip


pembelajaran sepanjang hayat yang dilengkapi dengan ilmu pengetahuan yang dinamik. Hal
ini bertujuan untuk menyebarkan ilmu tersebut kepada para pelajar. Maka setiap guru perlu
menerima dan menambahkan ilmunya agar menjadi lebih baik. Seseorang guru juga perlu
memahami dan menghayati tugas-tugasnya, bukan hanya sekadar mengajar. Guru juga perlu
membentuk individu supaya dapat meningkatkan mutu kehidupan yang berfikiran rasional,
inovatif, kreatif dan mempunyai dya tahan fizikal dan mental. Guru merupakan sumber
rujukan dan maklumat kepada para pelajar, rakan setugas dan juga ibu bapa. Seseorang guru
perlu mengamalkan prinsip pembelajaran sepanjang hayat agar dapat memahami budaya ilmu
yang diterapkan kepada para pelajar dan menjadikan ilmu seseorang itu sentiasa dinamik.

Antara langkah-langkah untuk mempertingkatkan tahap profesionalisme perguruan adalah


seperti berikut:

1) Menghadiri kursus peningkatan profesionalisme seperti kemahiran ikhtisas yang


dianjurkan oleh jabatan. Terdapat kursus Dalam Perkhidmatan dan Kursus Dalaman bagi
menhgembbangkan kemahiran dan menyampaikan pengetahuan kepada pelajar.

2) Membuat penyelidikan dan penulisan untuk mencari kelemahan dan masalah dalam
sistem pendidikan. Contoh permasalahan dalam proses penyelidikan seperti penggunaan
bahan bantu pelajaran, strategi dan kaedah mengajar, pengurusan aktiviti berkumpulan,
perancangan aktiviti pemulihan dalam pendidikan dan penyediaan lembaran kerja sebagai
penilaian.

3) Usaha kearah perkembangan kendiri yang baik seperti yakin, bersikap terbuka,
percaya dan mempunyai nilai-nilai diri yang baik agar dapat membantu seseorang guru
melaksanakan tanggungjawab dengan lebih berkesan dan dapat meningkatkan kualiti
pengajaran.
4) Peka terhadap perkembangan pendidikan dan teknologi terkini mengikut peredaran
zaman agar pengetahuannya selari dengan keperluan masa kini.

5) Pembelajaran sepanjang hayat agar ilmu lebih dinamik membolehkan guru banyak
menyampaikan maklumat kepada pelajar. Hal ini mewujudkan keyakinan dan
kebolehpercayaaan kepada para pelajar.

Seseorang guru juga perlu mempunyai akauntabiliti keguruan iaitu tanggungjawab yang
harus difahami dan dilaksanakan oleh seseorang guru yang membawa maksud
tanggungjawab terhadap profesionalisme keguruan. Ia merangkumi bidang pekerjaan,
sekolah, tingkah laku, murid-murid dan profesion keguruan. Apabila seseorang guru
memahami tanggungjawabnya, maka guru tersebut melakukan tugas-tugasnya dengan
bersunguh-sungguh dan berdedikasi. Oleh itu, ciri-ciri dan sikap guru memainkan peranan
penting untuk mencapai tahap profesionalisme dengan tindakan dan keputusan yang
diambilnya.

3. ISU DAN CABRAN DALAM MENINGKATKAN INTEGRITI DAN AKAUNTABILITI


DALAM BIDANG PERGURUAN

Integriti terbahagi kepada dua asas utama. Pertama, individu dan kedua organisasi. Namun
begitu, pada umumnya integriti merujuk kepada himpunan kualiti unggul yang wujud dalam
kalangan individu dan kualiti ini berteraskan kepada prinsip berpegang teguh kepada
kejujuran dan amalan bermoral tinggi. Di peringkat individu, integriti ialah keselarasan di
antara tindakan dengan prinsip moral, etika dan undang-undang serta keselarasan di antara
kepentingan diri dengan kepentingan umum. Manakala di peringkat organisasi ianya telah
termaktub dalam perlaksanaan kod etika, piagam pelanggan atau sistem dan proses kerja serta
pematuhan kepada amalan terbaik. Kod etika berkenaan ditegaskan, diulangi dan dihayati
oleh anggota organisasi berkenaan sehingga menjadi kebiasaan dan akhirnya menjadi budaya
organisasi (corporate culture). Secara idealnya integriti sama ada di peringkat individu
mahupun organisasi bermaksud code of behavior.
Menurut Community Oriented Policing Services (2014), integriti dan etika adalah asas
kepada pengawasan yang efektif terhadap Polis dan membina kepercayaan dalam komuniti.
Kelakuan dan tindakan Polis sangat penting dalam meningkatkan interaksi masyarakat,
komunikasi dan menggalakkan tanggungjawab dikongsi bersama dalam menangani jenayah
dan gangguan. Jabatan polis boleh perlu berusaha bersungguh-sungguh membaiki dan
mengukuhkan hubungan dengan masyarakat melalui pemahaman tiga konsep utama iaitu
keadilan prosedur, pengurangan berat sebelah dan perdamaian antara kaum. Apabila ketiga-
tiga konsep ini dilaksanakan secara bersama maka akan mewujudkan persekitaran kerjasama
yang berkesan antara polis dan rakyat. Integriti dan etika perlu difahami serta tertanam dalam
budaya kepolisan supaya amalan yang baik terus diamalkan dan kepercayaan masyarakat
diperolehi.

Terdapat beberapa faktor yang telah dikenalpasti hasil daripada kajian soal selidik yang telah
dijalankan. Pertama, faktor ketirisan integriti masih terus berlaku dan punca utamanya adalah
daripada dalam diri peribadi individu itu sendiri seperti perlakuan egoistik dan
individualistik, ada kalanya mengatasi prosidur dalaman, struktur dan sistem. Kedua faktor
organisasi seperti bentuk struktur organisasi. Organisasi perlu menyediakan diskripsi kerja,
kod etika dan peraturan yang jelas menerangkan tingkah laku beretika. Integriti yang
konsisten boleh dipupuk dalam kalangan pekerja, dalam hal ini, pengaruh kepimpinan (ketua
jabatan) sangat besar ke atas perlakuan beretika atau tidakan para kakitangan. Ketiga, budaya
organisasi seperti sejumlah pengetahuan, pola perlakuan, sikap, kepercayaan dan andaian asas
yang dikongsi bersama dan disebarkan kepada ahli organisasi. Budaya organisasi
berlandaskan standard etika yang tinggi boleh menjadi penggerak dan pengaruh positif
kepada amalan tingkah laku beretika dalam kalangan pekerja. Keempat, tahap kritikal sesuatu
isu etika tersebut penerimaan ahli organisasi terhadap salah laku yang berlaku. Sekiranya
sesuatu tindakan yang dilakukan salah dan boleh menyebabkan kemaudaratan terhadap pihak
lain, ini menunjukkan isu tersebut penting dan perlu diberi perhatian serius.

Demikian itu, pengurusan atasan perlu memantapkan asas moral untuk organisasi dengan
menetapkan dan menunjukkan tahap etika yang tinggi dan menggalakkan integriti bermanfaat
pada orang lain. Berikut merupakan tiga peringkat yang amat penting dalam sesebuah
organisasi. Pertama, melalui komitmen pengurusan atasan ianya meliputi penciptaan etika
organisasi dan melihat komponen kepimpinan adalah aspek penting kerana pemimpin boleh
membuat, mengekalkan atau menukar persekitaran. Sehubungan itu, sokongan untuk inisiatif
etika mesti bermula daripada pengurusan kanan. Mereka boleh menunjukkan komitmen yang
hebat dengan mengambil bahagian dalam sesi latihan dan melibatkan etika sebagai elemen
biasa dalam ucapan, persembahan dan tingkah laku mereka sehingga menjadi contoh kepada
semua kakitangan. Kedua, pemantapan amalan dan budaya kerja terbaik boleh dipupuk
melalui penubuhan Kod etika iaitu menyediakan garis panduan bagi etika dalam membuat
keputusan. Kitson & Campbell (1996: 123) menegaskan kod etika sebagai kenyataan
daripada norma-norma dan kepercayaan sesebuah organisasi dengan tujuan untuk
menggalakkan cara pemikiran serta mencorakkan sikap ke arah yang dikehendaki oleh
tingkah laku. Kod etika menyediakan nasihat dan garis panduan mengenai tingkah laku
pekerja yang dijangka serta kod etika membolehkan organisasi menentukan kedudukannya
untuk menjadi sebuah organisasi yang mempunyai pekerja beretika dan pihak berkepentingan
jelas mengenai nilai-nilai organisasi.

Seterusnya dalam peringkat ketiga iaitu latihan etika perlu disediakan untuk pekerja supaya
mereka terdedah kepada konsep etika kerana dengan memliliki kuasa dan kemahiran mampu
menyumbang kepada keputusan yang beretika. Melalui program latihan etika yang
komprehensif akan dapat mengekalkan organisasi yang beretika. Latihan boleh merangkumi
kuliah, video dan latihan yang disampaikan oleh ketua secara langsung, audio, video
conference atau melalui latihan komputer seperti permainan, kuiz, kajian kes dan simulasi.
Dari semasa ke semasa latihan khusus untuk kakitangan amat perlu dilakukan ini kerana
individu-individu sering berhadapan dengan pelbagai dilema etika dalam pekerjaannya
hampir setiap hari seperti kakitangan Kastam, Imigresen, JPJ, perkhidmatan kaunter
pelanggan, PDRM dan sebagainya. Demikian itu, dalam setiap organisasi bahagian jabatan
latihan adalah tunggak utama dalam mengambil tanggungjawab untuk menyelaraskan dan
penganjuran latihan etika, kerana mereka adalah pakar dalam bidang ini.

Amanah merupakan suatu perkara yang sangat penting dalam kehidupan manusia, apatah
lagi bagi mereka yang telah diberi tanggungjawab dan kuasa terhadap urusan-urusan
pentadbiran, organisasi, negara, mahupun masyarakat yang merupakan urusan yang sangat
penting, sulit dan perlu dilindungi. Ianya perlu dijaga sebaiknya bagi menghindari unsur-
unsur yang boleh merosakkan atau mengancam sistem perkhidmatan. Setiap orang adalah
bertanggungjawab untuk memperbaiki sebarang kerosakan yang berlaku dalam urusan
tersebut kerana itu adalah amanah yang telah dipertanggungjawab kepadanya. Setiap orang
seharusnya menanam nilai-nilai moral dalam diri serta menunaikan amanah kepada Tuhan,
diri, keluarga, masyarakat, majikan dan negara dengan sebaik mungkin.
4) BAGAIMANA TEORI KEPERIBADIAN MULIA DAN TEORI TINDAKAN BETUL
DAPAT DIPRAKTIKKAN DALAM PROFESION PERGURUAN

Teori keperibadian mulia , teori yang telah terhasil daripada falsafah tradisi Greek dan
merupakan salah satu teori yang tertua. Teori ini diasas oleh Aristotle ( 384 - 322 SM ) .
Beliau menekankan tentang keperibadian mulia iaitu ( virtues ) dalam melaksanakan sesuatu
tindakan yang baik. Konsep “ The Golden Mean” menerangkan tentang mencari
kesederhanaan dan bukannya terlaluan dalam sesuatu tindakan. Dalam erti kata
lain,keseimbangan antara keterlaluan dalam perlakuan,emosi,keinginan dan sikap.Apabila
sesuatu tindakan itu dianggap membawa kebaikan iaitu kebahagiaan,ianya dianggap beretika.

Kebaikan sesuatu kelakuan terbahagi kepada tiga bahagian iaitu kebaikan kepada diri
sendiri,kebaikan kepada masyarakat dan kebaikan kepada kumpulan.Kebaikan kepada diri
sendiri dalam profesion perguruan seperti tanggungjawab moral,komitmen terhadap tindakan
misalnya disiplin diri,kejujuran dan ketabahan terhadap tindakan seseorang guru. Guru yang
berdisiplin merupakan guru yang mematuhi masa dalam sesi pembelajaran dan pengajaran.
Guru yang jujur merupakan guru yang melakukan sesuatu tugas yang diberikan oleh
majikannya dengan sepenuh hati dan sebaik mungkin.

Kebaikan kepada masyarakat dalam bidang perguruan amatlah penting kerana guru
membimbing generasi muda yang merupakan pemimpin pada masa depan.Oleh itu,sikap-
sikap keperibadian mulia seperti keadilan,murah hati,membantu dan lain-lain lagi memainkan
peranan yang penting.Sikap keadilan dalam profesion perguruan dapat dilihat apabila
seseorang guru itu bersikap adil terhadap anak didiknya tanpa membandingkan atau melayan
mereka berdasarkan latar belakang keluarga,tahap akedemik dan peribadi seseorang
pelajar.Ciri keperibadian mulia seterusnya murah hati dan membantu dapat dipratikkan dalam
profesion perguruan apabila seseorang guru itu memahami peribadi dan masalah yang
dihadapi oleh anak murid tidak kira dalam kelas mahupun luar kelas.Oleh itu,kementerian
pendidikan telah melaksanakan program mentor mentee dalam kalangan guru dan
murid.Guru akan diberikan 4-6 orang murid untuk dipantau dan dibantu.Program mentor
mentee ini dikatakan dapat merapatkan jurang hubungan antara pelajar dan guru.
Kebaikan kepada kumpulan dalam profesion perguruan dapat dipraktikkan apabila sesebuah
kumpulan guru itu mengaplikasikan konsep kerjasama dalam kalangan mereka. Ciri
keperibadian mulia ini amat penting bagi mana-mana organisasi kerana tanpa kerjasama
dalam kalangan pekerja dengan pekerja mahupun dalam kalangan pekerja dengan majikan,
sesebuah organisasi itu akan hancur.Hal ini kerana , komunikasi yang berkesan datang dari
hubungan yang baik.Seterusnya ciri keperibadian mulia yang dapat dilihat dalam profesion
perguruan adalah kepimpinan.Kepimpinan yang baik adalah mempunyai pemimpin yang
tegas dan mampu memberikan arahan jelas sekaligus mempratikkan komunikasi yang
berkesan.

Amalan kemahiran amat penting bagi mana-mana bidang profesion.Profesion perguruan turut
tidak lari daripadsa amalan kemahiran ini.Amalan kemahiran seperti kecekapan,ketekunan
dan kreativiti akan dibincangkan.Kecekapan seseorang guru dapat dilihat bagaimana beliau
mengendalikan tugasnya.Ketekunan dan kreativiti dalam profesion guru dapat dilihat apabila
seseorang guru itu mengendalikan tugasnya.Kreativiti seseorang guru itu sangat penting
dalam penyampaian sesuatu tugasan mahupun dalam kelas seperti pembelajaran dan
pengajaran ataupun di luar kelas seperti rekod pengajian tahunan,hari kokurikulum,hari
kantin dan lain-lain lagi.

Kesemua ciri-ciri keperibadian mulia mestilah mengikuti konsep “The Golden Mean” iaitu
pertengahan di antara dua pola , keterlaluan (extremes),berlebihan(excess) atau
kekurangan(deficiency).Hal ini kerana,jika melakukan sesuatu ciri mulia dengan
keterlaluan,nilai murni keperibadian mulia tersebut akan dinilai sebagai negatif.Misalnya,ciri
ketegasan, sekiranya seseorang guru itu terlalu tegas dengan anak muridnya, murid tersebut
akan memberontak dan jika sebaliknya, seseorang murid itu mungkin tidak sopan dan
bermasalah.Akhir sekali yang akan dibincangkan dalam teori keperibadian mulia adalah
elemen kerjasama untuk mencapai kebaikan umum amalan sosial yang diperkenalkan oleh
Alasdair Maclntyre.Terdapat dua kebaikan sama ada dalaman ataupun luaran.Dalam bidang
profesion perguruan, kebaikan yang diperkenalkan oleh Alasdair Maclntyre dapat dilihat dari
segi kepuasan diri apabila anak muridnya berjaya memahami dan menguasai sesuatu subjek
atau kenaikan pangkat.

Teori tindakan betul dapat dipratikkan dalam profesion perguruan apabila seseorang guru itu
dapat membezakan dengan jelas tindakan yang betul dan tindakan yang salah.Tindakan yang
betul seperti mengikuti sukatan pelajaran yang diberikan mestilah diikuti dan tindakan yang
salah yang perlu dihindari seperti memukul anak murid tanpa sebab atau bersebab sehingga
cedera.Kesemua etika ini diperkenalkan bagi mengekalkan dan meningkat integriti moral
bagi mana-mana profesion termasuk profesion perguruan.

5. KEJAYAAN DAN KEGAGALAN PROFESIONAL DALAM MELAKSANAKAN


TANGGUNGJAWAB KEPADA PIHAK KLIEN DAN PIHAK KETIGA PADA BIDANG
PROFESION PERGURUAN BERDASARKAN KES DI MALAYSIA DAN LUAR
NEGARA.

Antara masalah yang dialami bagi rata-rata guru di Malaysia adalah keberhasilan
pelajar yang betul-betul faham akan proses PdP sewaktu di dalam kelas. Pelajar sekolah
rendah mahupun menengah mempunyai masalah yang hampir sama iaitu penat dan bosan.
Akibat daripada timbunan kerja sekolah disamping aktivitit luar darjah, adakalanya
menyebabkan pelajar tidak dapat focus dengan baik di dalam kelas dan seterusnya guru juga
tidak dapat mencapai target yang diperlukan di dalam keperluan akademik.

Bagi seorang guru, klien mereka adalah pelajar. Maka jika hendak melihat
keberjayaan klien guru, boleh dilihat kepada beberapa aspek antaranya akademik,
kokurikulum, sukan, sahsiah dan juga keterampilan diri. Kesemua aspek ini dapat dinilai
semasa bersekolah dan juga ketika habis sekolah. Antara masalah utama pelajar zaman
sekarang adalah adab. Telah menjadi pertelingkahan tentang siapa sebenarnya yang patut
mengajar adab. Adakah ibu bapa atau guru? Seringkali guru menjadi mangsa dalam
kegagalan mengajar tentang adab dan sahsiah kepada pelajar, sedangkan masa guru bersama
pelajar dalam sehari hanya sekitar 7 jam. Maka purata pelajar bersama guru dalam seminggu
hanya kira-kira 40 jam sahaja berbanding bersama keluarga sendiri. Masalah displin pelajar
juga semakin meruncing dengan peningkatan tahap jenayah yang berlaku di sekolah
mahupun di luar. Aktiviti dadah, hubungan seks serta jenayah komersil lain semakin menjadi-
jadi waima sekolah bandar dan luar bandar. Pihak guru tidak mempunyai kuasa dalam
memberi hukuman yang setimpal atas perbuatan pelajar yang bertaraf jenayah akibat
daripada ketiadaan akta yang membenarkan. Maka rakyat akan terus menghukum guru atas
kegagalan mereka untuk tidak menghalang perkara ini berlaku.
Hakikat sebenar yang dihadapi, sekiranya seorang pelajar disyaki telah menghisap
dadah di kawasan sekolah, guru melalui pengetua hanya boleh bertindak untuk memanggil
PDRM hadir ke sekolah dan seterusnya dikenakan tindakan atas undang-undang juvana
sepertimana tertakluk di dalam undang-undang sedia ada. Menurut artikel Berita Harian
bertarikh 18 Feb 2019, sebanyak 10, 154 kes displin bagi pelbagai kesalahan membabitkan
pelajar di Negeri Sembilan pada tahun 2018. Kebanyakkan kesalahan yang dilakukan adalah
ponteng sekolah iaitu sebanyak 7,709 kes, manakala baki adalah kes displin lain seperti
tingkah laku kurang sopan, kekemasan diri dan vandalisme.

Masalah ponteng sekolah dalam kalangan pelajar adalah sangat serius terutama bagi
sekolah yang bersifat harian. Pelajar bebas untuk bergerak ke sekolah tanpa pengawasan
daripada ibu bapa terutama bagi yang menaiki kenderaan sendiri seperti motosikal. Pelajar
jarang untuk ponteng sekolah bersendirian tetapi cenderung untuk melakukan beramai-ramai.
Apabila guru dapat mengenal pasti keadaan ini, keadaan seorang guru yang mungkin
dibataskan pergerakan di sekolah telah menjadikan guru tersebut gagal dalam melaksanakan
tanggungjawab beliau sedangkan beliau sendiri tidak mampu. Walaupun setiap sekolah telah
ditempatkan seorang anggota polis sebagai salah satu cara untuk mengawal masalah displin,
namun anggota tersebut juga mempunyai tugas hakiki beliau bersama orang awam di
kawasan sekitar. Maka kesemua tanggungjawab masih lagi jatuh di bahu guru dan juga
kakitangan sekolah.

Lazimnya, masalah displin pelajar pada zaman sekarang adalah tentang kesalahan buli
pelajar sama ada secara fizikal ataupun berbentuk verbal. Kebanyakkan masalah buli juga
berlaku dalam bentuk kumpulan lebih dari 2 atau 3 orang dan adakalanya lebih ramai. Buli
fizikal seperti memukul, menggunakan senjata tumpul, mengepung dan menakut-nakutkan
mangsa adalah antara cara mereka melakukannya.

Figure 1 : Masalah Buli


Sekiranya saiz sekolah yang kecil serta bilangan pelajar yang rendah, guru mungkin
dapat menghidu perbuatan buli pelajar namun jika ianya berlaku di luar kawasan sekolah,
maka guru tidak dapat berbuat apa-apa kerana ianya telah bersifat jenayah awam. Namun
yang demikian, dalam melaksanakan tanggungjawab kepada pelajar, guru adakalanya
bertindak di luar jangkaan seperti membuat kolaborasi bersama agensi awam yang lain untuk
membuat banteras buli ini. Penglibatan PDRM, kaunselor, Jabatan Penjara dan lain-lain lagi
diharap sedikit sebanyak dapat membantu pelajar dalam mengurangkan masalah buli di
sekolah dan seterusnya dapat melahirkan pelajar yang bersahsiah tinggi serta hebat di dalam
akademik.

6. KEBERKESANA KOD ETIKA DALAM MENGEKANG, MENGAWAL DAN


MEMBINA ETIKA GOLONGAN GURU BERDASARKAN BEBERAPA KES YANG
BERLAKU DI MALAYSIA DAN LUAR NEGARA.

Berdasarkan laporan berita harian bertarikh 29 jun 2007, Kementerian Pelajaran


menerima 200 aduan berhubung pelbagai salah laku guru di seluruh negara sejak Januari lalu
hingga 15 Mei tahun 2007.Timbalan Menteri pada tahun tersebut, Datuk Noh Omar, berkata
daripada jumlah itu, 81 kes diselesaikan dengan mengenakan tindakan sewajarny berdasarkan
kesalahan. Antara kesalahan ialah tidak hadir bertugas (37 peratus), cabul dan gangguan
seksual (17 peratus), terbabit dalam rasuah dan disiasat Badan Pencegah Rasuah (15 peratus),
pelanggaran tatakelakuan tidak jujur, tidak amanah dan ingkar perintah (10.5 peratus),
penyalahgunaan dadah (9.5 peratus), kecurian (enam peratus), jenayah syariah (tujuh peratus)
dan keterhutangan serius (satu peratus). Daripada jumlah itu, 22 guru dibuang kerja,
senamuak (22 kes), turun gaji dan lucut hak emolumen (masing-masing 17 kes), diberi
amaran (10 kes), selesai secara pentadbiran (lima kes), dibebaskan (empat kes), turun pangkat
(dua kes) dan tangguh gaji (satu kes).

Menurut kajian yang dilakukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sehingga 30 Jun
2008, bilangan guru yang berkhidmat di sekolah rendah dan sekolah menengah di seluruh
negara adalah seramai 369,928 orang dengan guru lelaki sebanyak 118,380 orang dan guru
perempuan sebanyak 251,548 orang. Berdasarkan perangkaan yang diberi, keberkesanan kod
etika dalam mengekang, mengawal dan membina etika golongan guru amat berkesan kerana
peratusan salah laku pada tahun tersebut hanya 0.04% daripada keseluruhan guru di
Malaysia.

Namun begitu, peningkatan kes-kes salahlaku guru semakin meningkat saban tahun dan
terdapat juga kes-kes kesalahan yang tidak dilaporkan. Hal ini boleh dilihat pada laporan
kesalahan guru yang berlaku di jepun yang menyatakan sebanyak 282 guru sekolah awam di
Jepun dikenakan tindakan disiplin untuk tindakan lucah dan seksual lain pada tahun fiskal
2018, menyebabkan kementerian pendidikan jepun mengisytiharkan krisis etika perguruan.
Kementerian itu mengeluarkan hasil kaji selidik mengenai gangguan seksual dan perbuatan
lucah lain yang melibatkan guru pada 24 Disember. Angka itu meningkat berbanding 210 kes
tahun sebelumnya. Kajian itu mengkaji beberapa jenis perbuatan, termasuk kesalahan lalu
lintas dan hukuman fizikal, yang dilakukan oleh guru-guru di sekolah rendah, sekolah rendah
dan sekolah tinggi di semua 47 wilayah dan 20 kota utama yang ditetapkan. Jumlah
perbuatan lucah dalam fiskal 2018 meningkat hampir 1.7 kali ganda dalam dekad yang lalu.

Apa yang boleh disimpulkan dengan keseluruhan kes-kes yang berlaku di Malaysia dan luar
negara ialah etika kerja perguruan adalah berkesan dalam mengekang, mengawal dan
membina etika golongan guru tetapi sehingga ke hari ini masih kedengaran berita-berita yang
tidak menyenangkan baik dari segi tindakan atau hukuman terhadap pelajar yang melampau
mahupun salah laku guru sendiri yang mencalar kewibawaan profesion perguruan ini. Dalam
usaha untuk memastikan martabat pendidikan terus terpelihara dan tidak terpinggir dalam
perubahan arus zaman. Etika Profesion Perguruan harus dikaji semula. (Najib,1971)
RUJUKAN

https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2019/02/532222/10154-kes-disiplin-babit-
pelajar-tahun-lalu

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/01/515510/pegawai-polis-di-sekolah-
langkah-proaktif-tangani-isu-disiplin

http://www.asahi.com/ajw/articles/AJ201912250034./html

http://perkhidmatanawam.blogspot.com/2007/06/dewan-rakyat-200-aduan-salah-laku-
guru/html

Anda mungkin juga menyukai