Anda di halaman 1dari 2

Contoh Ucapan YDP 

PIBG
Mei 31, 2007 — mindabahasa

Yang berusaha pengacara majlis,


Yang Berhormat Dato’ Shaziman bin Hj. Abu Mansor, Timbalan Menteri Tenaga, Air dan
Komunikasi, merangkap Ahli Parlimen Tampin;
Yang Berhormat Dato’ Ir. Jamlus bin Hj. Aziz,
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Belia dan Sukan Kerajaan Negeri Sembilan merangkap Ahli
Dewan Undangan Negeri Gemas,
Yang Berusaha Puan Rohanah bt. Baharom,
Pegawai Pelajaran Daerah Tampin Rembau;
Yang Berusaha Encik Anirwan bin Fauzee, Penolong Pegawai Daerah Tampin mewakili
Pegawai Daerah Tampin,
Yang Berusaha Encik Sabudin bin Hj. Sani, Pengetua SMK Jelai (F);
Yang Berusaha Tuan Penghulu Mukim, Pegawai-pegawai Pejabat Pelajaran
Daerah,  Pengurus-Pengurus Gugusan Felda Jelai, Ketua-ketua kampung, pemimpin-pemimpin
masyarakat dan persatuan belia, AJK PIBG, guru-guru, ibu bapa dan tuan puan yang dihormati
sekalian. 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera. 


Saya melahirkan rasa bersyukur ke hadrat Allah kerana kita dapat bersama-sama dalam majlis
penutupan Kejohanan Olahraga SMK Jelai (F) kali ke-17 pada hari ini yang berlangsung
dengan meriah. Saya amat mengalu-alukan Yang Berhormat Dato’ Shaziman bin Hj. Abu
Mansor, Timbalan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi yang dapat bersama-sama dengan kita
pada hari ini. Di sebalik kesibukan tugas, YB. Dato’dapat juga mencuri masa untuk hadir. Kami
rasa berbesar hati dan saya ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih di atas sokongan
dan prihatin YB Dato’ terhadap kami. 

            Bagi pihak PIBG sekolah, saya yakin dengan kehadiran YB. Dato’, akan dapat
menyemarakkan lagi semangat ibu bapa dan masyarakat Gugusan Jelai untuk melibatkan diri
dengan aktif dalam program pendidikan. Kita sedar bahawa dunia pendidikan mengalami
banyak perubahan dari masa ke masa. Peluang pendidikan harus digunakan sepenuhnya bagi
menguasai ilmu, kemahiran dan membina personaliti yang cemerlang. Saya teringat impian
Perdana Menteri kita, YAB. Datuk Seri Abdullah bin Ahmad Badawi yang mengharapkan kita
dapat melahirkan generasi yang mempunyai minda kelas pertama di sebalik kemudahan kelas
pertama. Apatah lagi, tanpa kelulusan dan ilmu yang mencukupi, sukar untuk anak-anak kita
mempunyai masa depan yang cerah. Anak-anak kita pula hidup dalam zaman yang semakin
mencabar kerana masalah sosial dan ekonomi kian bertambah.  

            Ini bermakna peluang pendidikan yang ada harus dimanfaatkan sepenuhnya. Kita
mahukan anak-anak kita cemerlang dalam peperiksaan dan berjaya melanjutkan ke kolej atau
universiti. Dengan adanya dasar baru kerajaan, anak-anak di Jelai ini boleh merebut peluang.
Hal ini kerana markah sebanyak 10 peratus diperuntukkan dalam aspek kokurikulum. Anak-
anak yang aktif dalam kokurikulum boleh menggunakan kelebihan itu disebabkan pencapaian
yang baik dan keaktifan pelajar kita memang sudah terbukti.  

Kita telah berjaya menghasilkan pelajar yang berjaya sehingga ke peringkat kebangsaan.
Semua ini hanya terhasil setelah usaha berterusan dijalankan selama beberapa tahun
belakangan ini dan hasilnya dapat dituai sekarang. Saya juga melihat bahawa penyertaan
pelajar dalam aktiviti kokurikulum dapat mengelakkan anak-anak daripada terlibat dengan
masalah sosial. Apabila mereka mempunyai aktiviti yang baik seperti bersukan dan kawad kaki,
masa mereka terisi dengan sesuatu yang berfaedah dan dapat membentuk disiplin anak-
anak. Bagi memastikan semua pelajar berpeluang mendapat pelajaran dan dapat bergiat
dengan aktif dalam kokurikulum, kemudahan yang ada belum mencukupi. Pihak PIBG telah
banyak menyumbang ke arah kecemerlangan sekolah, tetapi kewangan kita tidak memadai
kerana kos dan perbelanjaan semakin meningkat. Sedangkan perjalanan kita masih jauh dan
kita tidak mahu usaha selama ini menjadi sia-sia dan tersekat di pertengahan jalan. Kita sedang
berada di landasan yang betul untuk melahirkan anak-anak Jelai yang berjaya. Saya mewakili
pihak PIBG mengharapkan sokongan kewangan dan moral daripada semua pihak, terutamanya
daripada YB Dato’ dalam hal ini. Sokongan ibu bapa kepada saya selaku Yang Dipertua PIBG
dan jawatankuasa PIBG juga amat saya harapkan kerana setiap antara kita boleh menyumbang
demi kemajuan anak-anak kita . 

Saya percaya di bawah kepimpinan dan keprihatinan YB. Dato’, kita boleh mencapai prestasi
yang lebih cemerlang dalam semua aspek. Akhir kata, saya mengucapkan ribuan terima kasih
sekali lagi kepada YB. Dato’ yang sudi bersama-sama dengan kita pada petang ini. Saya
menyusun jari memohon maaf sekiranya terdapat salah dan silap. Apa yang saya perkatakan
datangnya dari hati saya yang ikhlas demi melihat kemajuan anak-anak kita jua.  

Sekian.Wabillahi taufiq wal hidayah asm. Wrbh. Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai