Anda di halaman 1dari 4

NAMA :

NOOR RIZAN BT
ABDULLAH
PEPERIKSAAN SIJIL PENGAJIAN AL-QURAN

AKADEMI PENGAJIAN ISLAM

PUSAT PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA

KURSUS: ULUM AL-QURAN 2

MODUL : 2

TARIKH: 16 JULAI 2021

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

ARAHAN: JAWAB SEMUA SOALAN

SOALAN 1

Pengumpulan al-Quran melalui beberapa peringkat dan zaman. Nyatakan peringkat dan zaman
tersebut dan nyatakan justifikasi atau alas an yang mendorong Abu Bakr dan Uthman ra.
Mengumpul al-Quran.

Al Quran diturunkan kepada nabi Muhammad s.a.w secara berperingkat-peringkat secara beransur-
ansur selama lebih kurang 22 tahun 2 bulan dan 22 hari. Pengumpulan Al Quran melalui dua
peringkat iaitu :

a. Zaman Rasulullah s.a.w


b. Zaman Khulafa ar-Rasyidin

Pada zaman Rasulullah baginda sangat mengambil berat untuk menghafalnya dan kemudian
membacakannya kepada para sahabat yang lain. Baginda adalah orang yang pertama sekali
mendapat penghormatan melakukan kerja mengumpul Al Quran yang mulia dengan tujuan
menghafal dan mengingatinya di dalam hati. Pada masa ini pengumpulan Al-Quran oleh baginda
Rasulullah di dalam dadanya yang mulia dan setiap setahun sekali Jibril a.s akan menyemak
bacaannya. Para sahabat pada zaman Rasulullah juga amat mengambil berat tentang Al-Quran dan
mereka akan bersegera menghafalnya setiap kali Rasulullah mengajar kepada mereka.

Pengumpulan Al-Quran pada zaman Rasulullah juga dibuat secara bertulis oleh para penulis wahyu.
Baginda Rasulullah telah melantik beberapa penulis wahyu di antaranya ialah empat orang khulafa
al-rasyidin iaitu Abu Bakar,Umar,Usman dan Ali, Muawiyah bin Abi Sufian,Zaid bin Thabit, Ubai Bin
Ka’ab,Khalid bi Al walid,Thabit bin Qais,Abbas bin Saad dan lain-lain. Pada masa ini penulisan dibuat
di atas pelepah-pelepah tamar,ketulan-ketulan batu, tulang-tulang unta dan biri-biri yang telah
kering , kulit-kulit binatang, kepingan-kepingan kayu dan sebagainya.
Pengumpulan semula Al-Quran pada zaman Khulafa al-Rasyidin berlaku pada zaman Abu Bakar al-
Siddiq r.a (10 -13 hijrah) dan Zaman Uthman bin Affan r.a (23-35 hijrah).

Pada zaman Abu Bakar Al-Siddiq ramai penghafal-penghafal Al-Quran yang syahid dalam
peperangan-peperangan untuk membenteras penyelewengan-penyelewengan yang digerakkan oleh
orang ramai yang menyangka bahawa agama Islam tamat dengan wafatnya Rasulullah s.a.w dan
sesetengahnya enggan membayar zakat. Contohnya pada tahun 12 Hijrah berlaku peperangan Al-
Yamamah yang telah meragut nyawa tidak kurang dari 70 orang penghafal Al-Quran termasuk Zaid
bin Al-Khattab iaitu saudara kepada Umar bin Al-Khatab r.a. Peristiwa itu mendorong Saidina Umar
r.a untuk mencadangkan kepada Khalifah Abu Bakar Al-Siddiq supaya Al-Quran dikumpulkan ke
dalam satu mushaf yang teratur ayat dan surahnya. Mushaf-mushaf itu disimpan oleh Umar
sehingga beliau wafat dan selanjutnya disimpan oleh anaknya Hafsah Binti Umar.

Pada zaman Uthman bin Affan r.a sekali lagi berlaku perubahan dalam pengumpulan Al-
Quran disebabkan berlaku pertelingkahan dan perselisihan antara penduduk Syam dan Iraq dalam
qira’ah atau bacaan Al-Quran. Pertelingkahan dan perselisihan ini telah menimbulkan pergaduhan
dan pertentangan pendapat di antara mereka sehingga terdapat orang yang mengkufurkan
seseorang yang lain di sebabkan perbezaan bacaan tersebut. Untuk menyelamatkan umat Islam
sebelum mereka berselisih sebagaimana perselisihan orang Yahudi dan Nasrani, maka Saidina
Uthman meminta kepada Hafsah agar meminjamkan mushaf yang disimpannya untuk disalin dalam
beberapa mushaf oleh tiga tokoh Quraisy Zaid bin Thabit, Abdullah bin Zubair, Sa’id bin al-As dan
Abdul Rahman bin Harith bin Hisyam. Mereka diperintahkan supaya menyalin semula nashkah al-
quran itu ke dalam beberapa nashkah mushaf yang lain di samping itu saidina uthman berpesan
kepada ketiga-tiga tokoh quraisy tadi dengan berkata: “sekiranya timbul sebarang perselisihan di
antara kamu bertiga dengan Zaid bin Thabit mengenai sesuatu berkenaan al-quran, maka hendaklah
kamu menulis perkara itu menurut lahjah quraisy, kerana sesungguhnya al-quran diturunkan dengan
bahasa mereka” dengan adanya mushaf Uthman ini, maka para sahabat yang berada di merata
tempat dapat menjadikannya sebagai rujukan tanpa perlu bergantung kepada cara bacaan mereka
sendiri. Usaha-usaha murni ini telah dapat menghapuskan pertelingkahan dan perselisihan pendapat
di antara umat Islam sesama sendiri.

SOALAN 2

Jelaskan maksud `Asbab al-Nuzul` dan adakah semua ayat mempunyai `asbab al-Nuzul` serta
berikan satu contoh `Asbab al-Nuzul` dan 3 faedah mengetahui `Asbab al-Nuzul`.

Maksud `Asbab al-Nuzul` dari segi bahasa adalah gabungan dua kalimah `Asbab’ dan
‘Nuzul`. Asbabun ertinya sebab ,alasan atau illat manakala  nuzul ertinya turun. Jadi asbabun nuzul
adalah sebab-sebab turunnya ayat Al-Quran. Dari segi istilah syara’ Asbabun nuzul adalah suatu
perkara yang kerananya ayat Al-Quran diturunkan untuk menerangkan suatu hukum pada masa
perkara itu terjadi, baik berupa peristiwa maupun pertanyaan.

Namun tidak semua ayat Al-Quran diturunkan kerana adanya suatu peristiwa atau kerana suatu
pertanyaan. Ada diantara ayat al-Qur’an yang diturunkan sebagai permulaan tanpa sebab. Seperti
kewajiban muslim, mengenai akidah dan syari’at Allah SWT dalam kehidupan umat manusia.
Sebab turunnya suatu ayat itu berdasarkan kepada dua perkara iaitu:

1. Apabila terjadi suatu peristiwa, maka turunlah ayat Al-Quran mengenai peristiwa tersebut,
seperti kisah turunnya surah Al-Lahab.
2. Apabila Rasulullah SAW ditanya tentang sesuatu hal, maka turunlah ayat Al-Quran untuk
menerangkan hukumnya. Seperti ketika Khaulah binti Sa’labah dikenakan zihar oleh
suaminya Aus bin Tsamit, maka Khaulah bertanya kepada Rasulullah SAW mengenai
hukumnya, maka turunlah surah Al-Mujadalah ayat 3.

Terdapat banyak faedah mengetahui asbab al-Nuzul. Antaranya ialah:

1. Penegasan bahawa Al-Quran benar-benar dari Allah swt bukan dari Nabi Muhammad saw.

2. Dapat membantu dalam memahami ayat-ayat Al-Quran dan menghilangkan keraguan


tentangnya.

2. Asbab al- Nuzul sangat bermanfaat bagi orang mukmin dan yang bukan mukmin. Bagi orang
mukmin akan semakin kuat keimanannya dan jelas baginya hikmah disyari’atkannya suatu
hukum oleh Allah SWT. Manakala bagi yang bukan mukmin dapat mengetahui bahawa
syari’at Islam itu mendatangkan manfaat dan menolak kemudharatan bagi pemeluknya.
.

SOALAN 3

Jelaskan perkara berikut secara ringkas.

i- Makna `Ayat` dan `Surah`.


Pengertian ‘Ayat’ adalah kumpulan kata yang mempunyai permulaan dan akhir.
Kumpulan kata tersebut berada dalam suatu surah dalam Al Qur’an.
Pengertian ‘Surah’ adalah sekumpulan ayat dalam Al Qur’an yang berdiri sendiri, yang
mempunyai permulaan dan akhir.

ii- Makna ayat maqru`ah dan ayat manzurah.


Ayat maqru’ah ialah ayat yang dibaca.
Ayat-Ayat Manzurah ialah ayat-ayat yang boleh dilihat dengan pancaindera iaitu
kejadian alam ini.

iii- Makna ayat Makkiyah dan ayat Madaniyyah.


Ayat Makkiyah adalah ayat-ayat yang turun sebelum Rasulullah SAW hijrah ke Madinah
Ayat Madaniyah adalah istilah yang diberikan kepada ayat Al Qur'an yang diturunkan di
Madinah atau diturunkan setelah Rasulullah SAW hijrah ke Madinah

iv- Makna ayat Muhkamat dan ayat Mutasysbihat.


Ayat Muhkamat adalah ayat-ayat yang nyata dan jelas erti dan maksudnya. 
Ayat Mutasyabihat pula adalah ayat-ayat yang mengandungi makna yang tidak jelas dan
tidak dapat difahami maksudnya.
 

Anda mungkin juga menyukai