Anda di halaman 1dari 11

2.

0 Membincangkan peruntukan pembubaran perkahwinan


yang boleh dimohon oleh pihak isteri menurut pandangan
fuqaha secara terperinci dari sumber yang berautoriti. ?

2.1 Khuluk

Khuluk dari segi bahasa arab bermaksud cabut, tanggal seperti menanggalkan baju, pakaian
dan sebagainya. Pengertian ini berdasarkan firman Allah di dalam Surah Al-Baqarah , ayat
187 yang bermaksud mereka itu (isteri-isteri) adalah pakaian kamu dan kamu (suami-suami)
adalah pakaian mereka. Dari segi syarak’ Khuluk bermaksud perceraian yang diminta oleh
isteri dengan membuat gantirugi (bayaran) kepada suami.

Didalam Al-Quran Allah S.W.T telah berfirman :

Talak (yang boleh dirujuk kembali itu hanya) dua kali. Sesudah itu bolehlah ia (rujuk dan)
memegang terus (isterinya itu) dengan cara yang sepatutnya atau melepaskan
(menceraikannya) dengan cara yang baik dan tidaklah halal bagi kamu mengambil balik
sesuatu dari apa yang telah kamu berikan kepada mereka (isteri-isteri yang diceraikan itu)
kecuali jika keduanya (suami isteri takut tidak dapat menegakkan aturan-aturan hukum
Allah. Oleh itu kalau kamu khuatir bahawa kedua-duanya tidak dapat menegakkan aturan-
aturan hukum Allah, maka tidaklah mereka berdosa - mengenai bayaran (tebus talak) yang
diberikan oleh isteri untuk menebus dirinya (dan mengenai pengambilan suami akan
bayaran itu). Itulah aturan-aturan hukum Allah maka janganlah kamu melanggarnya; dan
sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah, maka mereka itulah orang-orang yang
zalim.
(Al-Baqarah : 229)

Hukum khuluk ini adalah harus. Ianya berlaku dengan cara melalui tebusan berbentuk harta
yang diberikan oleh isteri kepada suaminya. Dan jika harta tebusan diketahui dan disebut
semasa ketika lafaz khuluk, tebusan yang disebut itulah yang wajib diberikan oleh isteri
kepada suaminya. Jika sekiranya tebusan tersebut tidak ditentukan dengan tepat, khuluk tetap
sah dan suami wajib mendapat mahar misil daripada isterinya. Sekiranya suami
menggunakan kalimah khuluk untuk tujuan talak tanpa menyebut sebarang harta tebusan dan
tidak terlintas dihatinya untuk mendapatkan tebusan, ia adalah talak biasa yang menggunakan
lafaz khuluk sebagai kinayah (kiasan). Maksudnya lafaz tersebut dianggap sebagai talak
kinayah dan lafaz itu dijadikan talak raj’i.

Salah satu kesan khuluk ialah khuluk tidak dianggap dalam hitungan talaq. Sebagai contoh,
isteri yang telah diceraikan dengan talaq dua yang kemudiannya diceraikan dengan khuluk
pula, maka masih dibolehkan menikahi isterinya tersebut. Disebabkan khuluk disyariatkan
untuk menghilangkan kemudharatan ke atas wanita daripada perangai buruk si suami atau si
isteri yang terpaksa tinggal bersama suami yang dibencinya kerana khuluk dibolehkan pada
bila-bila masa walaupun isteri di dalam keadaan tidak suci.

Selain dapat menghindarkan masyarakat dari bahaya kemudharatan, khuluk dapat


mengurangkan kes-kes penderaan suami terhadap isteri. Tambahan pula, Islam tidak pernah
mengajar si suami menzalimi si isteri. Ini juga membuktikan kepada masyarakat kita bahawa
Islam menyediakan penyelesaian kepada wanita-wanita yang mempunya masalah dengan
menetapkan hukum-hukum dan kelonggaran kepada wanita itu sendiri.

Khuluk juga dapat mengelakkan permusuhan di antara bekas suami dan bekas isteri. Ini
kerana, untuk khuluk, wanita tidak perlu membuka aib suami. Cukup sekadar menyatakan
bahawa beliau tidak menyukai si suami ataupun jika perkahwinan diteruskan, ia mungkin
akan mengakibatkan si isteri hidup dalam keadaan berdosa dan juga nusyuz. Akhir sekali,
kesan khuluk memberi keinsafan kepada suami supaya menyedari kesilapan dan
kesalahannya terhadap isteri demi kebaikan masa depan.

Sebagai contoh kes yang telah dijalankan oleh Hisham Nazir & Cronies pada tahun 2008 iaitu
kes AZLINA MOHAMED DIN LWN. ABDUL RAZAK AHMAD [2008] 1 MLRS 108
(MAHKAMAH TINGGI SYARIAH, SEREMBAN). Apabila semua pihak bersetuju bagi satu nilai
amaun untuk syarat khuluk, Mahkamah terikat dengan keputusan mereka. Jika ada pihak enggan
hadir, maka satu pendamaian akan diusahakan sehingga hakam dilantik jika ia dianggap perlu.

2.2 Fasakh

Pengertian fasakh menurut bahasa ialah rosak atau putus. Manakala menurut syarak pula,
pembatalan nikah disebabkan oleh sesuatu sifat yang dibenarkan syarak, misalnya,
perkahwinan suami isteri yang difasakhkan oleh kadi disebabkan oleh suaminya tidak mempu
memberi nafkah kepada isterinya. Fasakh tidak boleh mengurangkan bilangan talaknya.

Fasakh hanya boleh dituntut oleh isteri sekiranya terdapat beberapa sebab atau kecacatan
yang terdapat pada pihak suaminya. Mengikut mazhab Shafie, seorang isteri boleh menuntut
fasakh melalui kadi atau mahkamah disebabkan oleh kekurangan suaminya seperti gila
(berkekalan atau sekejab), penyakit kusta, penyakit sopak, penyakit yang menghalang mereka
daripada melakukan persetubuhan, suami tidak mampu memberi nafkah belanja kepada
isterinya seperti makan dan minum serta tempat tinggal, pakaian, memberi mahar dengan
cara tunai sebelum bersetubuh kerana kepapaan atau muflis atau sebagainya, suami tidak
bertanggungjawab dengan meninggalkan isterinya terlalu lama dan tidak memberi khabar
berita, suami yang menzalimi dan memudaratkan isterinya, suami yang fasik serta melakukan
maksiat terhadap Allah dan tidak menunaikan kewajipan kepada Allah, dan murtad salah
seorang (suami atau isteri).

Didalam ayat Al-Quran Allah S.W.T berfirman:

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia


menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya
kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami
isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu
mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang
berfikir. (Surah Ar-Ruum ayat 21)
2.3 Taklik

Taklik menurut bahasa dapat dijelaskan menerusi penelitian terhadap kata asal bagi sesuatu
yang lain. Definisi Taklik menurut syarak diteliti menerusi definisi yang diberikan oleh
fuqaha’. Jumhur fuqaha’ yang terdiri dari al-Hanafiyyah, al-Malikiyyah, al-Shafiʻiyyah dan
sebahagian al-Hanabilah mendefinisikan Taklik sebagai suami menyandarkan talaq kepada
sifat atau syarat yang akan berlaku pada masa terkehadapan.

Taklik ialah suami menceraikan isterinya bersyarat dengan sesuatu sebab atau syarat. Apabila
syarat atau sebab itu dilakukan atau berlaku, maka terjadilah penceraian atau talak.
Contohnya suami berkata kepada isteri, “Jika awak keluar rumah tanpa izin saya, maka
jatuhlah talak satu.” Apabila isterinya keluar dari rumah tanpa izin suaminya, maka jatuhlah
talak satu secara automatik.

Menurut Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan)


1984 Malaysia, Cerai taklik (seksyen 50), Taklik adalah perjanjian yang ditandatangani
semasa pernikahan. Ia membenarkan isteri memohon perceraian sekiranya sisuami melanggar
mana-mana syarat yang terdapat dalam taklik tersebut, misalnya, jika dia tidak membayar
nafkah, atau sisuami menyebabkan kemudaratan dengan mencederakan isteri. Mahkamah
akan membuat siasatan akan kesahihan kenyataan dan sekiranya berpuas hati mahkamah
akan mengesahkan dan merekodkan perceraian tersebut. Bukti seperti laporan polis dan
laporan hospital boleh membantu dalam hal ini

Contoh taklik berlaku dengan cara, “Jika saya menyeksa isteri saya dengan sengaja, atau saya
meninggalkannya selama empat bulan berterusan tanpa kerelaannya, dan jika ia mengadu
kepada kadi atau naib kadi serta membayar RM 1.00 sebagai tebus talak, apabila disabitkan
oleh kadi atau naib kadi maka jatuhlah talak satu ke atas isteri saya dengan nilai tebus talak
tersebut.”
3.0 Menjelaskan TIGA sebab Islam memberikan hak kepada
pihak isteri untuk membubarkan perkahwinan secara
terperinci dengan hujah dan dalil serta contoh.

Semua pernikahan tentulah mengharapkan bahagia bersama hingga ke akhir hayat. Namun
kadangkala harapan itu tidak kesampaian, di mana bahtera itu boleh karam di tengah lautan.
Seorang isteri harus (boleh) meminta cerai dari suaminya dengan sebab atau alasan yang jelas
dan dibenarkan oleh syarak. Islam memberikan hak kepada pihak isteri untuk membubarkan
perkahwinan adalah seperti berikut.

 3.1 Apabila Suami Tidak Tunaikan Tanggungjawab Sebagai Mukmin

Para suami yang tidak menunaikan tanggungjawab wajib mereka sebagai seorang Islam
dibolehkan untuk isteri meminta cerai daripadanya. Suami, selaku ketua agama di rumah
sepatutnya melaksanakan tanggungjawab mereka supaya dapat membimbing isteri dan anak-
anak untuk bersama-sama mengejar akhirat. Kekurangan pengetahuan dan pendidikan yang
berlatar belakangkan keagamaan serta terperangkap dalam kehidupan dan budaya sosial yang
liar hanya akan mengakibatkan krisis didalam rumah tangga.

Jika seorang suami atau ketua keluarga tidak menunaikan solat, maka perlulah dilihat terlebih
dahulu akan sebab dan punca yang menyebabkan mereka tidak menunaikan solat itu. Jika
seseorang itu meninggalkan solat dalam keadaan dia mengingkari akan kewajipan
menunaikan solat, ataupun dia menunaikan solat tetapi pada masa yang sama dia
mengingkari kewajipan itu, maka jatuhlah hukum kafir murtad ke atasnya berdasarkan Ijma’
Muslimin.

Perkara ini sebagaimana yang dinyatakan dalam hadith Nabi Muhammad S.A.W:

«‫صاَل ِة‬ َ ْ‫ك َو ْال ُك ْف ِر تَر‬


َّ ‫ك ال‬ ِ ْ‫»ِإ َّن بَ ْينَ ال َّرج ُِل َوبَ ْينَ ال ِّشر‬

Yang membezakan antara seorang hamba (yang mukmin) dengan seorang yang syirik dan
kafir, iaitu meninggalkan solat. (Riwayat Muslim 82)
Dalam kes sebegini, jika si isteri ingin memohon cerai, maka perlulah dirujuk ke pihak
mahkamah terlebih dahulu untuk disahkan status keislaman suami tersebut sebelum
mahkamah dapat menentukan hukuman ataupun keputusan yang sesuai berkenaan
perkahwinannya.

3.2 Apabila Suami Menzalimi Isteri

Suami yang zalim, suka mendera isteri secara mental, fizikal, emosi dan seksual serta
menyuruh isteri membuat perkara yang terlarang merupakan antara golongan suami di mana
isteri dibenarkan memohon cerai daripadanya. Al-Shatibi mendefinisikan dharar sebagai
penganiayaan suami terhadap isteri dalam bentuk yang boleh mengancam nyawa, keturunan,
harta benda dan akal isteri.

Dalam konteks undang-undang, semua perbuatan yang boleh menimbulkan kemudaratan


kepada rumah tangga terutamanya isteri sebagai mangsa akan membawa maksud dharar.
Seksyen 2 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam memperuntukkan dharar syarie ialah
bahaya yang menyentuh isteri mengenai agama, nyawa, tubuh badan, akal fikiran, maruah
atau harta benda mengikut kebiasaan yang diakui hukum syarak.

Didalam hadis Rasulullah S.A.W telah bersabda,

“Mukmin yang paling sempurna adalah yang paling baik akhlaknya. Dan sebaik-baik kalian
adalah yang paling baik tehadap isteri-isterinya.” (Hadith riwayat at-Tirmidzi, disahihkan
oleh Syeikh Albani)

Seperti yang disabdakan oleh Rasulullah S.A.W, seseorang suami itu haruslah berakhlak
baik, bersikap lembut dan tidak kasar terhadap isterinya. Hal ini kerana, suami yang bersikap
kasar pasti akan menggugat kebahagiaan hubungan antara dirinya dengan isteri.

Perbuatan suami memukul, mengabaikan nafkah atau tidak memberi nafkah langsung,
melayan isteri dengan buruk, malah melacurkan isteri adalah antara contoh dharar syarie.
Isteri wajar diberi hak dan perlindungan. Dalam konteks undang-undang, penganiayaan
dalam bentuk emosi atau mental termasuk menyakiti hati isteri atau suami sama ada
perkataan atau perbuatan seperti menghina, mengeji atau menggunakan bahasa kesat boleh
menyebabkan isteri atau suami sakit hati dan tersinggung. Jika isteri tidak dapat bertahan
lagi, boleh menuntut cerai. Jika alasan fasakh yang dinyatakan sukar dibuktikan, boleh
dilakukan perceraian secara khuluk. (Suriani Abdullah 2018).

3.3 Apabila Suami Tidak Mempunyai Organ Seks Yang Berfungsi

Seorang isteri berhak ke atas nafkah batin. Maka jika nafkah ini tidak dapat ditunaikan oleh
suami kerana organ fizikal tidak berfungsi atau kehilangan zakar akibat kemalangan atau
ditakdirkan tiada zakar sejak lahir maka isteri dibenarkan untuk meminta cerai. Seorang
suami bertanggungjawab memberi nafkah zahir dan batin seperti makan minum, penginapan,
pakaian, kebajikan, keselamatan, pengetahuan agama, hukum hakam dan keperluan seksual.

Sekiranya, seorang isteri itu berkeinginan kepada nafkah batin maka wajiblah ditunaikan oleh
suami melainkan suami mengalami penyakit yang menyebabkan beliau gagal
memberikannya. Sekiranya suami didapati mempunyai masalah atau penyakit maka wajarlah
isteri memujuk suami dengan cara berbincang untuk mendapatkan apa-apa rawatan perubatan
moden atau alternatif untuk memulihkannya. keadaan ini isteri boleh membuat perbandingan
dan mencari jalan penyelesaian yang terbaik.

Selanjutnya, jika masalah ini gagal diselesaikan menerusi perbincangan bersama suami,
pembabitan keluarga perlu. Sebaiknya pilihlah daripada kalangan ahli keluarga yang rapat
dengan suami. Jika isteri merasakan tidak mampu lagi bertahan dengan ketiadaan nafkah
batin itu serta enggan meneruskan perkahwinan, pihak isteri boleh membubarkan
perkahwinan dengan perceraian secara baik atau fasakh.

Masalah ini salah satu alasan fasakh yang diperuntukkan di bawah Undang-Undang Keluarga
Islam bagi Negeri Selangor iaitu di bawah Seksyen 53 (1) (d) iaitu: "Seseorang perempuan
yang berkahwin mengikut Hukum Syarak adalah berhak mendapat suatu perintah untuk
membubarkan perkahwinan atau untuk fasakh atas satu atau lebih daripada alasan-alasan
yang berikut, iaitu-bahawa suami telah tidak menunaikan, tanpa sebab yang munasabah
kewajipan perkahwinannya (nafkah batin) selama tempoh satu tahun".
4.0 Mengemukakan TIGA cadangan terperinci tentang cara
untuk membantu para isteri yang terbelenggu dengan
masalah rumahtangga sehingga memudaratkan kesihatan
dan kesejahteraan keluarga mereka.

Berkahwin dan hidup bahagia selamanya merupakan satu harapan setiap pasangan sewaktu
terlafaznya akad ikatan yang suci sebagai suami isteri. Apabila seseorang itu melalui alam
rumah tangga, sudah tentulah setiap daripada kita mengimpikan kehidupan bahagia tanpa
adanya perselisihan faham yang boleh membawa kepada perceraian.

Bagaimanapun jika berlaku apa-apa masalah besar dalam rumah tangga maka syarak
menggalakkan agar suami dan isteri tahammul (bertahan) namun jika sesuatu hubungan itu
melibatkan soal hati dan perasaan yang dipendam, bukan semua manusia mampu untuk
mempertahankannya. Pujangga Arab ada mengatakan wanita itu adalah tiang negara.
Seandainya wanita itu baik, majulah negara, seandainya wanita itu rosak akhlak maka
mundurlah negara.

Terdapat cadangan tentang cara untuk membantu para isteri yang terbelenggu dengan
masalah rumahtangga sehingga memudaratkan kesihatan dan kesejahteraan keluarga mereka.
Antara cadangan yang boleh penulis cadangkan adalah seperti berikut.

4.1 PERSATUAN BUKAN KERAJAAN NGO

4.1.1 Pertubuhan Tindakan Wanita Islam (PERTIWI)

Pertubuhan Tindakan Wanita Islam (PERTIWI) merupakan sebuah organisasi


kesukarelaan yang berorientasikan projek, beramal-bakti ke arah menangani hal-hal
kebajikan dan keperluan kaum wanita dan kanak-kanak.
Sejak ditubuhkan pada 17 November 1967, PERTIWI telah memainkan peranan
penting dalam usaha untuk menangani isu-isu gender dan mengangkat hak-hak wanita
di Malaysia. Pelbagai aktiviti kemasyarakatan, pendidikan, kebajikan, sosial dan
keagamaan telah dilaksanakan, dengan tujuan untuk mendidik, memupuk dan
memperkasakan wanita, tetapi pada waktu yang sama, mengekalkan peranan tradisi
kekeluargaan.

4.1.2 Majlis Perundangan Wanita Islam Malaysia

Majlis Perunding Wanita Islam Malaysia (MPWIM) ialah sebuah badan yang
ditubuhkan di bawah YADIM untuk menggembleng tenaga dan kepakaran kaum
wanita ke arah memartabatkan kaum wanita dan menggerakkan potensi kaum wanita,
kuasa intelek, kepakaran dan keprihatinan mereka untuk membangunkan umat. Dalam
konteks Program Islam Hadhari, ia berperanan untuk memastikan bahawa pembelaan
hak kumpulan minoriti dan wanita di Malaysia terjamin dan terpelihara. Prinsip ini
menuntut kewujudan dasar, undang-undang, sikap dan tindakan pihak kerajaan yang
prihatin dan saksama terhadap hak-hak minoriti dan wanita yang sering terabai. Oleh
yang demikian, tuntutan hak-hak itu hendaklah dibuat tanpa menjejaskan nilai-nilai
dan norma agama atau tatasusila budaya tempatan.

4.2 Penyelesaian Menggunakan Khidmat Orang Tengah

Penyelesaian krisis rumah tangga menggunakan bantuan orang tengah biasanya melibatkan
krisis yang telah berlanjutan dan telah sampai kr tahap di mana suami dan isteri tidak dapat
mengawal perasaan masing-masing. Sekiranya krisis sudah sampai ke tahap ini, maka aduan
boleh dibuat ke mahkamah dan rnahkarnah akan melantik wakil untuk berbincang tentang
cara terbaik untuk menyelesaikan krisis (Zaleha Kamaruddin, 300 1 : 15). Orang tengah atau
pendamai berperanan untuk membantu menyelesaikan krisis rumah tangga yang dihadapi
oleh pasangan suami isteri.

Allah S.W.T telah berfirman pada Surah (An-Nisa : ayat 35)


Dan jika kamu bimbangkan perpecahan di antara mereka berdua (suami isteri) maka
lantiklah "orang tengah" (untuk mendamaikan mereka, iaitu), seorang dari keluarga lelaki
dan seorang dari keluarga perempuan. Jika kedua-dua "orang tengah" itu (dengan ikhlas)
bertujuan hendak mendamaikan, nescaya Allah akan menjadikan kedua (suami isteri itu)
berpakat baik. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui, lagi Amat mendalam
pengetahuanNya.

4.3 Khidmat Kaunseling

Penyelesaian krisis rumah tangga di peringkat suami isteri mungkin akan menemui jalan
buntu sekiranya krisis berada di tahap yang serius. Peranan pegawai perunding atau kaunselor
bertauliah serta mempunyai pengkhususan dalam bidang kekeluargaan adalah penting untuk
menjernihkan keadaan yang semakin keruh.

Tujuan utama kaunseling dilakukan adalah untuk mengenalpasti punca ketegangan hubungan
antara pasangan suami isteri dan cuba untuk mendamaikan pasangan agar hubungan mereka
dapat dipulihkan.

Khidmat kaunselor juga boleh diperolehi di Pejabat Kadi di sctiap daerah. Setelah aduan
diperolehi daripada isteri, kaunselor akan meminta suami dan isteri hadir ke pejabat pada
masa yang telah dijanjikan untuk mendengar permasalahan dan aduan kedua belah pihak.
Pada peringkat ini, pasangan biasanya diberi nasihat agama dan kaunseling agar bersabar dan
cuba memperbaiki hubungan antara mereka. Sekiranya rundingan cara ini tidak bcrkesan dan
tidak mampu mengubah keadaan, maka kaunselor akan bertindak memberikan laporan
kaunseling dan nasihat kepada pasangan agar mcrujuk perkara tersebut ke mahkamah untuk
dibicara.

Anda mungkin juga menyukai