Anda di halaman 1dari 43

Manual Latihan Remaja

Harapan PROSTAR

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA


EDISI PERTAMA 2003
Pengguna manual ini bebas membuat salinan penerbitan dengan
memaklumkan kepada sumber.

Pihak kami mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima


kasih di atas sumbangan mereka.

Senarai Penyumbang:

Dr. Abdul Rasid Kasri


Pn. Suraiya Syed Mohamed
Dr. Anita Suleiman
Dr. Mahanim Md Yusof
Dr. Hayati Adbullah
Dr. Sha’ari bin Ngadiman
En. Mohd. Nasir Abdullah
En. Mohd. Yusof Pandak
En. Zuber Md Saad
Pn. Arizah Zainuddin
En. Ahmad Jamaluddin bin Mohamed

Penyunting:

Dr. Abdul Rasid Kasri


Pn. Suraiya bt Syed Mohamed
kandungan
Kandungan Manual Latihan Remaja Harapan Prostar
PENGENALAN
1 Objektif 2
2 Pelaksanaan 2
3 Metod 2
4 Pemilihan Peserta 2
5 Fasilitator 2
6 Masa dan Tempat 2
7 Jadual Latihan 3

AKTIVITI
1 Diriku Dirimu 4
2 Kenali Kumpulan Anda 9
3 Perubahan Persepsi 10
4 HIV / AIDS / STD : Mesti Tahu? 11
5 Muhasabah Diri 12
6 Kembara Insaf 14
7 Fikir-Fikir 16
8 Manisnya Menjadi Gadis/Teruna 17
9 Dadah dan Rokok 22
10 Aku dan Dia 24
11 Cermin Diri 26
12 Gaya Hidup Saya 27
13 Belajar Mengatakan “Tidak” 29
14 Ke Arah Kecermerlangan Diri 33
15 Bisik-Bisik 34
16 Permainan Dinamik 35
17 Luahan Hati 36
18 Gubahanku 36
19 Ikrar 37
20 Warkah Kasih 38
21 Nyayian Lagu-Lagu Patriotik 39
PENGENALAN

Statistik tahun 2000 menunjukkan golongan generasi muda


yang berusia 15 – 39 tahun adalah seramai 9.25 juta orang.
Ini merupakan 42% dari jumlah penduduk Malaysia. Kajian
pada tahun 1996 di Kuala Lumpur mendapati 6% daripada 4347
remaja berumur 16 – 18 tahun pernah terlibat dengan hubungan
seks bebas. Seramai 25,544 orang remaja hilang di mana
sebahagian yang ditemui semula mengaku terbabit dengan
pelacuran dan penagihan dadah1. Menurut Agensi Dadah
Kebangsaan seramai 85 orang penagih dadah baru dikesan
setiap hari di Malaysia yang mana kebanyakannya adalah dari
golongan remaja. Sehingga Disember 2002 seramai 51,256 kes
HIV/AIDS telah dilaporkan ke Kementerian Kesihatan Malaysia
yang mana 40% adalah daripada kumpulan berumur 13 – 29
tahun2.

Masalah sosial dan keruntuhan akhlak di kalangan remaja merupakan


suatu cabaran yang perlu ditangani dengan bijak oleh semua agensi.
Penyebaran ilmu pengetahuan dan meningkatkan kesedaran sahaja
tidak mencukupi. Gabungan antara pengetahuan, kesedaran, perubahan
sikap dan keprihatinan masyarakat amat perlu dalam menangani
masalah ini.

Manual Latihan Remaja Harapan PROSTAR boleh dijadikan panduan


untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran remaja terhadap
permasalahan mereka terutamanya yang berkaitan dengan HIV/AIDS,
seterusnya dapat mengubah tingkahlaku mereka kepada yang lebih baik.

1
Utusan Malaysia 21hb April 2001
2
Laporan Tahunan 2002
Cawangan AIDS/STD Kementerian Kesihatan Malaysia

1
1. OBJEKTIF
1.1 Meningkatkan pengetahuan dan kesedaran remaja mengenai bahaya HIV/AIDS dan
gejala sosial.
1.2 Meningkatkan kemahiran remaja menangani ancaman HIV/AIDS
1.3 Membentuk, membimbing dan mendorong remaja mengubah tingkahlaku mereka ke
arah amalan cara hidup yang sihat dan berfikiran positif berlandaskan nilai-nilai murni.
1.4 Memperkukuhkan jati diri remaja supaya menjadi ahli masyarakat yang berguna dan
berjasa.

2. PELAKSANAAN
Dilaksanakan bersama agensi-agensi kerajaan seperti Jabatan Pendidikan, Jabatan
Agama Islam, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan lain-lain jabatan yang berkaitan serta
agensi-agensi bukan kerajaan, dimana pihak yang terlibat akan mengenalpasti remaja
yang sesuai bagi mengikuti latihan ini.
Kandungan latihan:
i. Ceramah
ii. Latihan dalam kumpulan
iii. Perbincangan kumpulan
iv. Penghayatan diri
v. Riadah / Kembara
vi. Lawatan – Rumah Solehah, Pusat Serenti, Hospital (Unit Penyakit Berjangkit),
Pemulihan akhlak, Penjara dan lain-lain.

3. PEMILIHAN PESERTA
Remaja–remaja yang bermasalah dan terlibat dengan aktiviti berisiko seperti masalah
disiplin, pengambilan dadah, lari dari rumah, bersekedudukan, dan lain-lain aktiviti berisiko.
Bilangan peserta : 30 – 40 orang (dicadangkan sesi berasingan bagi remaja lelaki dan
perempuan) berumur di antara 13 –18 tahun.

4. FASILITATOR
Fasilitator dipilih dari kalangan anggota kesihatan, guru disiplin, guru kaunselor Jabatan
Agama, Agensi Dadah Kebangsaan, wakil dari NGO atau jabatan lain yang dirasakan boleh
membantu. Pengendalian latihan ini melibatkan seorang fasilitator kepada lima peserta
(1:5). Fasilitator yang dipilih akan dilantik sebagai ‘mentor’ kepada peserta-peserta selepas
latihan.

5. MASA DAN TEMPAT


Latihan ini dijalankan di tempat yang bersesuaian dan tempoh latihan adalah selama 4 hari
3 malam.

2
6. JADUAL LATIHAN
MASA TAJUK

HARI PETAMA
2.00 ptg Pendaftaran
5.00 ptg Penilaian Pra-Latihan
Diriku Dirimu
Pembentukan Kumpulan
7.30 mlm Solat / Tazkirah Maghrib / Makan Malam
8.30 mlm Perubahan Persepsi
9.00 mlm HIV / AIDS / STD : Mesti Tahu
10.30 mlm Minum
11.00 mlm Titian Hidup (Muhasabah Diri)

HARI KEDUA
6.00 pg Persiapan Diri / Solat
7.30 pg Sarapan
8.00 pg Kembara Insaf
- Minum Pagi
- Makan Tengahari
- Solat
5.30 ptg Fikir-fikir
7.30 mlm Solat / Tazkirah / Makan Malam
9.00 mlm Manisnya Menjadi Gadis / Teruna
10.00 mlm Minum Malam
10.30 mlm Aku Dan Dia

HARI KETIGA
6.00 pg Persiapan Diri / Solat / Riadah
8.00 pg Dadah Dan Rokok
9.00 pg Belajar Mengatakan ‘Tidak’
10.30 pg Minum Pagi
11.00 pg Ke Arah Kecemerlangan Diri
1.00 tgh Makan Tengahari / Solat
2.00 ptg Gosip
3.00 ptg Cermin Diri / Gaya Hidup Saya
4.00 ptg Minum / Solat
5.00 ptg Permainan Dinamik
7.30 mlm Solat / Tazkirah / Makan Malam
9.00 mlm Gubahanku
10.00 mlm Luahan Hati
HARI KEEMPAT
8.00 pg Sesi Lawatan Dan Bersurai

3
1 DIRIKU DIRIMU

1. Objektif :
1.1 Memperkenalkan diri peserta dalam satu suasana yang mesra
1.2 Mengakrabkan siratulrahim antara sesama peserta dan antara fasilitator.

2. Kaedah : Permainan / perbincangan kumpulan


3. Proses :
Proses ini melibatkan tiga peringkat; pertama, berkenalan dalam kumpulan besar, kedua
pembentukan kumpulan kecil dan ketiga berkenalan dalam kumpulan kecil.
3.1 Berkenalan Dalam Kumpulan besar
Pilihan aktiviti:
Sahabat PROSTAR, Kenalanku, Cari Sahabat, Mengenali Sahabat, Wajahku
(Lampiran 1)
3.2 Pembentukan kumpulan
Pilihan aktiviti:
Ikut Nombor, Ikut Gaya, Ikut Bunyi (Aktiviti 2)
3.3 Berkenalan Dalam Kumpulan Kecil
Pokokku, Lukisan Hati, Teka Kerja (Lampiran 1)

LAMPIRAN 1
SAHABAT PROSTAR
a) Setiap peserta dikehendaki mengisi borang biodata dan selepas itu dikumpulkan semula
oleh fasilitator. Butiran biodata seperti berikut;
Nama
Nama timangan
Alamat
Nombor untuk dihubungi
Tarikh lahir
Adik-beradik
Pendidikan
Kegemaran
Idola

4
DIRIKU DIRIMU
1
b) Edarkan kembali borang biodata tadi kepada peserta dan fasilitator perlu memastikan
peserta tidak mendapat borang biodata sendiri.
c) Peserta diminta membacakan butir-butir di dalam borang berkenaan. Peserta yang
namanya tercatat di borang yang dibacakan itu dikehendaki berdiri.
d) Seterusnya peserta yang dibacakan namanya tadi akan menyambung proses itu dengan
membacakan pula kandungan borang yang ada padanya dan peserta yang dibacakan
namanya itu dikehendaki berdiri. Proses dilakukan sehingga kesemua peserta telah
disebut nama mereka.
e) Dalam masa yang sama, setiap peserta dikehendaki mengingati biodata rakan mereka
yang telah membacakan borang biodatanya.
f) Setelah proses pertama selesai, semua peserta diminta memperkenalkan pula rakan
mereka yang telah membacakan borang biodatanya di awal tadi.

KENALANKU
Proses ini dibahagikan kepada 2 bahagian :
Bahagian Pertama :
Semua peserta diminta duduk dalam satu bulatan tanpa bertindih.
Peserta diminta mengenalkan diri mereka berdasarkan beberapa perkara yang telah
ditetapkan seperti :
a. Nama Penuh
b. Nama Ibubapa (Nama penuh)
c. Berasal dari mana
d. Bersekolah di mana
e. Bilangan adik-beradik (Anak ke berapa)
Setelah selesai mengenalkan dirinya, peserta berkenaan diminta menyebut dua nama
penuh rakan di sebelah kanannya.
Setelah selesai satu pusingan, fasilitator boleh memilih mana-mana peserta yang
dikehendaki menyebut dua nama rakan mereka di sebelah kanan dan kirinya.
Bahagian Kedua :
Masih dalam kedudukkan yang sama, peserta sekali lagi akan mengenalkan diri
berdasarkan kepada beberapa perkara yang telah ditetapkan seperti :

5
1 DIRIKU DIRIMU

a. Nama manja
b. Minat
c. Impian / cita-cita
d. Idola mereka (Mengapa memilihnya)
e. Masalah kesihatan
Setelah semuanya selesai, peserta akan melalui proses yang sama seperti bahagian yang
pertama tadi.
Peserta diingatkan agar mereka dapat memanggil rakan-rakan mereka dengan nama
penuh beliau. Ini akan menambahkan lagi keakraban di antara peserta dan pihak penganjur
serta para fasilitator program berkenaan.

CARI SAHABAT
Setiap peserta dikehendaki memperkenalkan diri masing-masing beserta nama gelaran
untuk digunakan sepanjang kursus. Peserta lain dikehendaki menumpukan perhatian.
Urusetia dikehendaki menulis nama gelaran setiap peserta di atas tag nama. Peserta akan
diberi tag nama secara rawak dan diminta mencari pemilik nama tersebut.

MENGENALI SAHABAT
Peserta diberikan secebis kertas dan pen bagi menulis nama masing-masing, gulungkan
dan masukkan kedalam kotak yang disediakan.
Fasilitator akan menggoncangkan-goncangkan kotak tersebut supaya kertas tersebut
bercampuraduk.
Fasilitator akan mendekati semua peserta dan meminta supaya mereka mengambil satu
gulung kertas tersebut seorang.
Jika terambil nama sendiri diminta supaya memulangkan semula kertas tersebut dan
mengambil yang baru.
Peserta akan mencari tuanpunya nama yang terdapat pada kertas masing-masing dan
mendapatkan biodata mereka.
Masa diberi selama 15 minit untuk berbuat demikian.
Fasilitator akan meminta peserta kedepan secara sukarela bagi mengenalkan kawan baru
mereka satu persatu. Peserta lain dibenarkan menyoal ataupun bertanya jika maklumat
yang diberikan tidak lengkap kepada pembentang.

6
DIRIKU DIRIMU
1
WAJAHKU
Mengikut keadaan fizikal
- Hidung tinggi / hidung pesek
- Tinggi / Rendah
- Warna kulit – cerah / gelap
Fasilitator mengarahkan peserta supaya membentuk kumpulan mengikut keadaan fizikal
seperti di atas satu persatu.
Selepas itu fasilitator bertanya kepada beberapa orang peserta perasaan mereka semasa
berada dalam kumpulan-kumpulan tersebut setiap kali selepas pembentukan kumpulan.
Fasilitator bertanya kembali mengapa mereka berperasaan demikian. Fasilitator akan
mengupas kembali jawaban yang diberi.
Pengajaran : Semua manusia itu sama disisi Tuhan. Keadaan seseorang itu adalah
keistimewaan yang diberi oleh Tuhan. Jangan berbangga dan sombong dengan keistimewaan
dan kelebihan yang dianugerahkan. Gunakan untuk kebaikan diri dan orang ramai.

POKOK KU
Setiap peserta diberi sehelai kertas kosong dan masa lebih kurang 15 minit untuk melukiskan
gambar sebatang pokok pilihan mereka. Pokok tersebut terdiri daripada;
Batang pokok – diri anda
Akar tunjang – ibu bapa
Akar sokongan – adik-beradik / individu lain
Ranting/dahan – perjalanan hidup
Buah – kejayaan
Daun gugur – kegagalan / kesedihan
Peserta kemudiannya diminta untuk menceritakan perihal diri mereka berdasarkan kepada
setiap garisan dan lakaran yang telah mereka lukiskan.
Peserta lain juga diberi peluang untuk bertanya soalan dan setiap peserta diberi masa
selama lebih kurang 5 minit untuk melalui proses ini.
(Proses ini mengambil masa yang agak lama. Sila sesuaikan mengikut masa)

7
1 DIRIKU DIRIMU

LUKISAN HATI
Setiap peserta akan diberi sehelai kertas kosong bersaiz A4
Semua peserta diminta melukiskan gambar wajah masing-masing dengan mengunakan
tangan yang bertentangan iaitu jika mereka biasa mengunakan tangan kanan untuk
berkerja, tapi bagi melukis gambar wajah mereka ini, perlulah mengunakan tangan yang di
sebelah kirinya. Begitu jugalah sebaliknya, jika mereka menggunakan tangan kiri untuk
bekerja.
Peruntukan masa selama 5 minit untuk peserta menyiapkan lukisan itu.
Setelah siap, peserta diminta mengenalkan diri mereka bermula dengan nama penuh.
Berdasarkan gambar yang dilukis, peserta diminta menjelaskan siapakah diri mereka dan
kaitkan dengan setiap garisan di dalam lukisan tersebut.

TEKA KERJA
Proses :
• Peserta dikehendaki duduk di dalam bentuk bulatan.
• Kertas kosong diedar kepada setiap seorang.
• Permainan ini dijalankan secara berpasangan.
• Setiap peserta dikehendaki mengkaji pasangan masing-masing dan meneka sejenis
kerja yang bersesuaian dengannya.
• Tuliskan nama jawatan / kerja di atas kertas kosong dan tampalkan di belakang
pasangan masing-masing.
• Kemudian setiap orang akan cuba meneka nama jawatan yang dipilih untuk dirinya
dengan bertanyakan kepada tiap-tiap ahli dalam kumpulan itu.
• Selepas permainan, peserta digalakkan memberi pendapat mengenai permainan itu.

4. Pengajaran :
Pengenalan diri akan mengujudkan perhubungan yang baik dengan orang lain yang belum
dikenali.

5. Jangkamasa : 1 - 2 jam
6. Peralatan :
Kertas A4, pensil, marker pen, tag nama, pelekat ‘double-sided’.

8
KENALI KUMPULAN ANDA
2
1. Objektif :
1.1. Mengujudkan kemesraan di antara peserta
1.2. Menanam semangat berkumpulan di antara peserta

2. Kaedah : Permainan
3. Proses :
Beberapa kaedah boleh dilakukan bagi tujuan pembahagian kumpulan. Antaranya :

‘Humming’
• Fasilitator menyediakan senarai lagu mengikut bilangan kumpulan yang hendak
dibentuk.
• Tulis tajuk lagu di atas kertas kecil dan lipatkan.
• Setiap peserta mencabut satu kertas setiap seorang.
• Peserta tidak dibenarkan membuka mulut.
• Para peserta dikehendaki mencari dan mengenali kumpulan masing-masing melalui
‘humming’ lagu sahaja.
• Peserta yang gagal mencari kumpulan akan ditolong dengan cara ‘lelong’.

Pilihan lain
Senarai lagu digantikan dengan perbuatan atau bunyi haiwan dan peserta dikehendaki
melakukan perbuatan atau meniru bunyi haiwan.

4. Pengajaran :
• Kita boleh membina persahabatan melalui pelbagai cara iaitu tidak semestinya melalui
kata-kata.
• Permainan ini sebagai satu cara untuk membentuk kumpulan.
• Permainan ini juga dapat mengurangkan rasa malu para peserta untuk berkomunikasi.

5. Jangkamasa : 15 minit

9
3 PERUBAHAN PERSEPSI

1. Objektif :
Mengenal halangan untuk membentuk perubahan diri dan membuang sifat-sifat negatif
yang ada dalam diri.

2. Kaedah : Demonstrasi & Perbincangan


3. Proses :
Peserta ditunjukkan satu demontrasi mengenai proses perubahan diri. Demonstrasi ini boleh
menggunakan air berwarna gelap atau hitam seperti air kopi bagi melambangkan sesuatu
yang kotor. Peserta diminta menumpukan perhatian dan fasilitator boleh memulakan sesi
dengan bertanya tentang cara-cara yang boleh dilakukan untuk membersihkan air tersebut.
Seterusnya fasilitator menunjukkan cara pembersihan dengan menuang air bersih ke dalam
air kopi tersebut sehingga ianya menjadi jernih semula seperti langkah di bawah :
Langkah Pertama :
• Masukkan sedikit air kopi ke dalam gelas.
• Kemudian telangkup baldi di atas gelas tersebut. Tuangkan air jernih di atas baldi dan
minta peserta jelaskan apa yang diperhatikan.
Langkah kedua :
• Keluarkan baldi dan tuangkan air bersih ke dalam gelas tersebut sehinggalah air kopi tadi
menjadi jernih.
• Minta peserta jelaskan apa yang diperhatikan.
Langkah ketiga :
• Tuangkan sedikit air kopi ke dalam gelas berisi air yang telah jernih tadi dan minta
peserta jelaskan pemerhatian mereka.
Permainan simbolik ini sebenarnya cuba menunjukkan perubahan sikap seseorang individu, di
mana air kopi adalah diibaratkan sebagai sikap negatif, baldi sebagai halangan terhadap
perubahan diri dan air bersih sebagai unsur-unsur kebaikan yang hendak diserapkan dalam diri.
Langkah keempat :
• Bincang mengenai apa yang difahami oleh peserta dari demonstrasi di atas.
4. Pengajaran :
• Selagi ada penghalang, perubahan tingkahlaku tidak dapat dilaksanakan.
• Proses perubahan ke arah kebaikan tidak berlaku secara otomatik tetapi memerlukan
masa dan usaha.
• Remaja mudah terpengaruh dengan anasir negatif dan sukar untuk berubah tetapi ianya
boleh diusahakan.

10
PERUBAHAN PERSEPSI
3
6. Jangkamasa : 1/2 jam
7. Peralatan :
2 biji gelas, air kopi, baldi, sebaldi air bersih, kertas mahjung dan pen marker.

HIV / AIDS / STD : MESTI TAHU?


1. Objektif :
4
Menerangkan apa itu HIV, cara jangkitan, pencegahan dan kaitan dengan masalah sosial
di kalangan remaja.

2. Kaedah :
Ceramah dan perbincangan

3. Proses :
Skop ceramah meliputi :
• Apa itu HIV, jangkitan HIV dan AIDS.
• Situasi semasa HIV/AIDS seluruh dunia, Pasifik Barat dan Malaysia.
• Bagaimana tubuh badan manusia melawan penyakit.
• Bagaimana HIV membiak di dalam tubuh manusia.
• Peringkat-peringkat jangkitan HIV.
• Ujian HIV serta makna daripada keputusan positif dan negatif.
• Bagaimana manusia boleh dan tidak boleh dijangkiti virus HIV.
• Bagaimana jangkitan HIV dapat dicegah.
• Menerangkan STD dan kaitannya dengan HIV.

4. Pengajaran :
Pengetahuan akan meningkatkan kesedaran dan perubahan tingkahlaku ke arah amalan
cara hidup yang sihat.

5. Jangkamasa : 1 jam
6. Peralatan :
Komputer dan LCD projektor.

11
5 MUHASABAH DIRI

1. Objektif :
1.1 Menguji daya tahan mental / emosi dan fizikal peserta
1.2 Mengukur sejauhmana keberanian dan ketabahan peserta menghadapi suasana yang
luar jangkaan.
1.3 Menanam keyakinan tentang keupayaan berdikari dan berfikir dalam keadaan
mendesak.

2. Kaedah : Penghayatan
3. Pilihan Aktiviti :
3.1 Titian Hidup
Proses :
• Fasilitator mesti mengenal pasti kawasan yang sesuai untuk aktiviti ini.
• Ikat tali dari point pertama ke point akhir (dicadangkan sebanyak 10 point).
• Aktiviti dijalankan mulai 11.00 tengah malam.
• Peserta dikumpul dan dipastikan bilangannya.
• Pastikan peserta memakai pakaian yang sesuai dengan aktiviti waktu malam.
• Adakan persediaan mental dan perasaan melalui taklimat.
• Kemudian setiap peserta dikehendaki menutup mata dengan sehelai kain hitam.
• Seterusnya peserta diminta berjalan seorang demi seorang dengan memegang kepada
tali yang diikat antara point ke point.
• Apabila tiba tempat yang dimaksudkan, fasilitator terakhir akan memberi isyarat dengan
menepuk bahu peserta terakhir untuk tinggal di situ sementara yang lain meneruskan
perjalanan. Demikian seterusnya sehingga ke semua peserta ditinggalkan di dalam
‘kawasan’ tersebut.
• Peserta dilarang bercakap sebaliknya diminta menginsafi diri dalam masa 10 minit.
• Selepas satu jangkamasa yang tertentu fasilitator akan mengumpul semula ke semua
peserta dan kembali ke dewan untuk sesi penghayatan diri.

12
MUHASABAH DIRI
5
Jangkamasa : 1 jam 30 minit
Peralatan :
Tali, kain hitam penutup mata, lampu suluh (untuk fasilitator).

3.2 Renungan / Penerokaan Diri


Proses :
Peserta akan ditayangkan sedutan dari filem ‘SiTanggang’ dan diikuti dengan lagu "Syurga
Di Bawah Tapak Kaki Ibu’. Seterusnya peserta diminta menutup mata dan deklamasi sajak
bertajuk ‘Kasih Ibu’ diperdengarkan dengan nada suara yang syahdu dan menyentuh kalbu
seterusnya membawa peserta mengimbau kembali layanan dan kasih seorang ibu yang
tidak mengharapkan apa-apa balasan. Suasana perlulah sunyi dan peserta diminta diam
dan tidak bercakap-cakap. Setelah selesai peserta diminta untuk berkongsi dan meluahkan
perasaan.

Jangkamasa : 1 jam 30 minit


Peralatan :
Projektor LCD, CD Sedutan ‘SiTanggang’, radio, lagu ‘Syurga Di Bawah Tapak Kaki Ibu’,
sajak yang berkaitan dengan kasih ibu atau sajak lain yang bersesuaian.

4. Pengajaran :
Setiap remaja perlu menginsafi diri dan mereka perlu kepada bimbingan dan panduan pada
setiap masa.

13
6 KEMBARA INSAF

1. Objektif :
1.1 Memupuk semangat kerja berpasukan, keyakinan serta jati diri.
1.2 Meningkatkan kesedaran tentang HIV dan AIDS.
1.3 Menghayati dan menghargai kehidupan dan sekitarannya.

2. Kaedah : Riadah
3. Proses :
Langkah 1 : Taklimat sebelum kembara
• Peraturan aktiviti
• Keselamatan & disiplin
• Pakaian yang sesuai
• Mengikut arahan
• Menepati masa
• Makan / minum disediakan
• Memilih ketua
• Kerja berkumpulan

Langkah 2 : Menyediakan Arahan Halangan Check Point


• Check Point 1 : ‘Word Game’
Fasilitator menyediakan perkataan-perkataan berkaitan HIV/AIDS yang ditulis di atas
kertas kecil yang dilekatkan di objek-objek di sekeliling contoh : pokok, daun, batu dsb.
di sepanjang laluan ke check point 1.
Peserta diminta mengumpulkan kertas bermaklumat dan diminta membentuk ayat yang
bermakna dan berkaitan dengan isu remaja dan HIV/AIDS.
• Check point 2 : ‘Nilai Murni’
Fasilitator menyediakan scenario masalah remaja. Peserta diminta menyenaraikan
langkah-langkah mengatasinya. Contoh :
Senario 1 : Ali seorang pelajar yang akan menduduki peperiksaan hujung tahun ini.
Beliau suka ponteng sekolah. Sebagai sahabat apakah tindakan anda untuk membantu.
Senario 2 : Siti seorang pelajar mengalami kesempitan wang. Beliau ingin mendapatkan
wang dengan cara mudah dan cepat. Beliau berhasrat untuk bekerja sambilan sebagai
GRO di sebuah pusat hiburan. Sila Bantu Siti.
Senario 3 : Bala seorang kaki pukul di sekolah. Dia telah terlibat dengan dadah. Bantu
Bala kembali ke pangkal jalan.
14
KEMBARA INSAF
6
(Atau kumpulan boleh juga diminta menyenaraikan beberapa nilai-nilai murni.)
Sebelum melepaskan peserta untuk meneruskan perjalanan ke check point seterusnya,
peserta diminta memilih dua orang di antara mereka sebagai orang yang telah dijangkiti
HIV. Perjalanan hendaklah diteruskan.
• Check point 3 : Rasa Selamat
Peserta dikehendaki melepasi halangan spider web tanpa menyentuhnya. Spider web
diibaratkan sebagai jangkitan HIV. Peserta yang gagal melepasi halangan tersebut atau
telah menyentuh spider web telah ‘jangkiti’ HIV dan hendaklah ditandakan. Tanya peserta
tersebut mengenai perasaannya.
• Check point 4 : Kepimpinan
Kumpulan diminta memecat ketua lama dan memilih seorang ketua baru. Minta sebab
yang rasional dan konkrit. Ketua lama dan ketua baru diminta untuk meluahkan perasaan
secara bertulis dan diserahkan kepada fasilitator. Sediakan halangan yang sesuai seperti
mendaki dan menuruni bukit, menentang arus sungai dsbnya untuk aktiviti ini.

4. Pengajaran :
Check Point 1
• Membina perhubungan lebih mesra
• Menguji kerjasama
• Memperkukuhkan kesedaran HIV/AIDS
Check Point 2
• Komunikasi dua hala
• Membina keyakinan diri
Check Point 3
• Mengetahui perasaan ahli yang dijangkiti HIV
• Menguji kekuatan perpaduan kumpulan
Check Point 4
• Keputusan dipilih akan mempengaruhi diri
• Peluang yang ada mestilah digunakan sepenuhnya
• Hidup bukan berserah pada nasib atau simpati orang lain
5. Jangkamasa : 4 jam
6. Peralatan : Spider web, kertas, pen, sticker, penanda (kain, riben, pewarna).

15
7 FIKIR-FIKIR

1. Objektif :
1.1 Menggalakkan kerja berpasukan.
1.2 Menguji minda dan pemikiran para peserta secara spontan.

2. Kaedah : Perbincangan Kumpulan


3. Proses :
Setiap kumpulan akan diberi satu tajuk berkaitan dengan remaja masa kini. Setiap
kumpulan diminta untuk membincangkan tajuk tersebut dari segi pro dan kontranya.
Seorang dari ahli kumpulan akan diminta untuk menyatakan pendapat kumpulan mereka
tentang tajuk yang telah diberi. Fasilitator diminta mengemukakan soalan berkenaan tajuk
yang telah dibentangkan oleh kumpulan tersebut. Antara tajuk yang boleh dibincangkan
ialah :
• Mengapa Remaja Rentan.
• Adakah Remaja Bermasalah. Ya / Tidak.
• Apakah Yang Anda Tahu Tentang HIV/AIDS.
• Perlukah Pendidikan Seks Di Ajar Di Sekolah.
• Dengan Siapa Remaja Berkongsi Masalah.
• Pandangan Remaja Mengenai Orang Dewasa.
• Pandangan Remaja Mengenai Ujian HIV Pra-Perkahwinan.

4. Pengajaran :
Berkeyakinan diri dalam meluahkan pendapat.
Memperkukuh pengetahuan HIV/AIDS.

5. Jangkamasa :
Perbincangan kumpulan : 20 minit.
Menyatakan pendapat : 10 minit / kumpulan.
Jumlah masa 1 jam untuk 4 kumpulan.

4. Peralatan :
Kertas mahjung, marker pen.

16
MANISNYA MENJADI GADIS / TERUNA
8
1. Objektif :
1.1 Memahami perubahan-perubahan anggota tubuh yang akan dialami oleh remaja.
1.2 Menjelaskan amanah anggota tubuh.
1.3 Memahami sistem reproduktif manusia dan peranan yang diwajibkan.

2. Kaedah : Ceramah, dialog dan permainan


3. Proses : Ceramah terdiri dari dua bahagian :
Bahagian I – Apa berlaku kepada tubuh saya ?
Skop ceramah termasuklah :
• Perubahan fizikal remaja.
• Baligh.
• Perubahan mental, sosial dan emosi semasa baligh.
• Perubahan dan perkembangan ciri-ciri seksual.
Bahagian II – Seks Dan Moral
Skop ceramah termasuklah :
• Pengertian seks (tegaskan homoseks adalah di luar tabii).
• Mengenali organ seks dan fungsinya (dilaksanakan secara permainan mewarnakan
gambar organ seks lelaki / perempuan seperti di dalam gambarajah dan melabel organ
reproduktif lelaki / perempuan seperti di gambarajah).
• Kehamilan, perkembangan janin dan kelahiran.
• Risiko pendedahan seks awal & komplikasinya.
• Penggunaan kondom.
• Pengertian cinta, nafsu, perkahwinan dan keperluan berkeluarga
• Menolak tekanan rakan sebaya (rujuk aktiviti 13).

17
8 MANISNYA MENJADI GADIS / TERUNA

4. Pengajaran :
• Seks tidak semestinya membawa makna yang kotor tetapi ia adalah salah satu aspek
penting dalam kehidupan manusia.
• Remaja perlu menyayangi diri sendiri dan menjaga kehormatan diri.
• Hubungan cinta tidak bermakna hubungan seks (perhubungan antara lelaki dengan
perempuan tidak semestinya berakhir dengan seks).

5. Jangkamasa : 2 jam
6. Peralatan :
Pensil warna, gambarajah sistem reproduktif lelaki dan perempuan (Lampiran 2) dan alat
bantu mengajar yang lain seperti notebook dan projektor.

18
MANISNYA MENJADI GADIS / TERUNA
8
Lampiran 2

Rajah Anatomi Organ Seks Lelaki

1. _______________________________ 5. _______________________________

2. _______________________________ 6. _______________________________

3. _______________________________ 7. _______________________________

4. _______________________________

19
8 MANISNYA MENJADI GADIS / TERUNA

Lampiran 2

Rajah Anatomi Organ Seks Wanita

8. _______________________________ 11. _______________________________

9. _______________________________ 12. _______________________________

10. _______________________________

20
MANISNYA MENJADI GADIS / TERUNA
8
Lampiran 2

Rajah Anatomi Organ Seks Wanita

13. _______________________________ 16. _______________________________

14. _______________________________ 17. _______________________________

15. _______________________________ 18. _______________________________

21
9 DADAH DAN ROKOK

I . DADAH
1. Objektif :
a) Membentuk pemikiran pelajar supaya membenci dadah.
b) Mengubah sikap dan persepsi pelajar terhadap kegiatan dadah.

2. Kaedah :
a) Ceramah.
b) Perbincangan kumpulan.

3. Proses :
i. Sesi ini dimulakan dengan slot "fikir-fikir" yang mana para pelajar diminta mengeluarkan
pendapat mereka mengenai dadah dan kaitannya dengan jangkitan HIV/AIDS.
ii. Menerangkan skop ceramah mengenai :
a) Situasi semasa penagihan dadah di Malaysia.
b) Jenis-jenis dadah yang digunakan.
c) Tanda-tanda dan kesan penagihan dadah.
d) Bagaimana pelajar boleh terlibat dengan dadah.
e) Bagaimana menghindar diri dari terjebak dengan penagihan dadah.

4. Pengajaran :
Pengetahuan dan kesedaran mengenai bahaya dadah boleh menghindari remaja dari
mengambil dadah seterusnya mencegah daripada dijangkiti HIV/AIDS.

5. Jangkamasa : 30 minit
6. Bahan-bahan :
Alat pandang dengar.

22
DADAH DAN ROKOK
9
II. ROKOK
1. Objektif :
• Meningkatkan kesedaran mengenai kesan-kesan buruk akibat rokok.
• Membantu pelajar-pelajar yang merokok membuat keputusan untuk berhenti merokok.

2. Kaedah :
• Ceramah.
• Perbincangan kumpulan.

3. Proses :
Menerangkan skop ceramah mengenai :
• Situasi semasa mengenai tabiat rokok.
• Kesan buruk akibat rokok.
• Kaedah berhenti merokok.

4. Pengajaran :
• Bahaya merokok terhadap diri mereka dan masyarakat sekitar.
• Pelajar dapat mengurangkan tabiat merokok.

5. Jangkamasa : 30 minit
6. Peralatan :
• Alat pandang dengar.
• Buku rujukan manual berhenti merokok.

23
10 AKU DAN DIA

1. Objektif :
• Untuk mengkaji perhubungan peserta dengan orang lain.
• Untuk melihat perhubungan yang berbeza antara individu.

2. Method :
• Fasilitator memberi satu rajah contoh kepada setiap peserta (seperti dalam lampiran 3).
• Peserta di minta memikirkan tentang perhubungannya dengan orang lain seperti yang
terdapat dalam rajah yang diberi.
• Peserta diminta menomborkan 1 hingga 6 di dalam bulatan kecil mengikut keutamaan
dari segi perhubungannya dengan orang-orang tersebut.
• Fasilitator meminta peserta mempamerkan perhubungan itu di hadapan kumpulan.
• Fasilitator menggalakkan setiap peserta berbincang dalam kumpulan tentang pilihan
masing-masing.

3. Setting :
• Dewan
• Tempat terbuka

4. Pengajaran :
• Setiap manusia itu berbeza dari segi latar belakang dan pengalaman.
• Perhubungan dengan orang lain adalah penting untuk keharmonian dan kesejahteraan
hidup.
• Hubungkait tentang perhubungan rapat yang dibina oleh remaja dan rakan-rakan
mereka.

5. Peralatan :
Kertas contoh : gambarajah perhubungan.

6. Tempoh masa : 1 jam

24
AKU DAN DIA
10
Lampiran 3
GAMBARAJAH PERHUBUNGAN

Ibubapa

Adik
Keluarga beradik

Guru Rakan

Lain-lain

25
11 CERMIN DIRI

1. Objektif :
• Untuk menyedarkan remaja bahawa dirinya penting di samping orang lain.
• Supaya remaja lebih menghargai dan menyayangi diri sendiri.
• Untuk menggalakkan remaja memajukan dan memperkembangkan sahsiah diri.

2. Kaedah : Permainan
3. Proses :
1. Peserta dalam kumpulan didedahkan dengan sebuah kotak yang dibungkus cantik.
2. Setiap peserta diminta meneka apa yang terkandung di dalam kotak tersebut.
3. Setelah semua peserta meneka, setiap peserta dikehendaki melihat apa yang terdapat
dalam kotak tersebut secara bergilir-gilir dan merahsiakan apa yang mereka lihat.
4. Peserta diminta berbincang mengenai apa yang dilihat dalam kotak tersebut.
5. Fasilitator berbincang dengan bertanya kepada peserta apakah yang mereka lihat dalam
kotak tersebut. Apakah yang mereka lihat itu sama seperti yang mereka fikirkan pada
mulanya.
6. Fasilitator membincangkan pengajaran yang diperolehi daripada aktiviti cermin diri.

4. Pengajaran :
• Diri kita sendirilah yang lebih penting dalam dunia ini.
• Segala perubahan dan kemajuan yang kita kehendaki haruslah kita usahakan sendiri
(90% motivasi berasal dalam diri ; 10% dari luar).
• Kita perlu menghargai dan menghormati diri kita sendiri sebelum orang lain menghargai
dan menghormati kita.

5. Peralatan :
1. Kotak yang dibalut dengan kertas pembalut hadiah.
2. Cermin muka.

6. Tempoh : 1 jam

26
GAYA HIDUP SAYA
12
1. Objektif :
• Pelajar dapat membuat pendedahan kendiri secara terbuka.
• Pelajar menerima dan menyedari hakikat dirinya.
• Pelajar berupaya membina perubahan.

2. Kaedah : Permainan
3. Proses :
• Fasilitator memberi sekeping gambar (lampiran 4) kepada setiap peserta.
• Setiap peserta dikehendaki menulis 5 ciri positif di dalam belon di sebelah kanan gambar
dan 5 ciri negatif di dalam belon di sebelah kiri.
• Setelah lengkap, gambar dipinkan ke baju dan mengenalkan dirinya kepada peserta lain
dengan menggunakan maklumat yang tercatat dalam belon sebagai permulaan kata.
• Aktiviti dijalankan ke atas semua peserta.
• Akhir sekali fasilitator membuat rumusan berdasarkan pengajaran.

4. Pengajaran :
• Pelajar mengenalpasti kelebihan dan kelemahan diri.
• Untuk memahami diri perlu memahami sifat-sifat positif dan negatif.
• Sifat positif akan dikembangkan dan sifat negatif dijadikan sebagai cabaran untuk
kejayaan.

5. Jangkamasa : 1 jam
6. Peralatan : Gambar belon (rujuk lampiran 4)

27
12 GAYA HIDUP SAYA

Lampiran 4

28
BELAJAR MENGATAKAN TIDA K
(TEKANAN RAKAN SEBAYA)
MENGHADAPI TEKANAN RAKAN SEBAYA
13
Aspek penting dalam mengukuhkan penghayatan cara hidup sihat bergantung rapat
dengan kebolehan menghadapi tekanan rakan sebaya ke arah melakukan perbuatan
mendedahkan diri kepada risiko dijangkiti HIV. Ini termasuklah menjauhi dari minum arak,
menyalahgunakan dadah, melanggani pelacur dan lain-lain bentuk aktiviti berisiko.
Sememangnya amat sukar menolak tekanan rakan sebaya walaupun mereka tahu ajakan
mereka itu adalah merosakkan diri sendiri. Adalah penting bagi remaja mempelajari strategi
menolak tekanan tertentu dan mempraktikkannya selalu.

1. Obiektif pembelajaran :
Di akhir sessi peserta dapat;
Menyatakan cara-cara khusus menolak tekanan rakan sebaya dan mengenal keperluan
menghadapi tekanan rakan sebaya yang mungkin membawa akibat buruk.

2. Kaedah :
Permainan – senario tingkahlaku berisiko tinggi.

3. Proses:
a. Bahagikan peserta kepada kumpulan 4 – 5 orang dan minta seorang peserta membacakan
nota "CARA MENOLAK TEKANAN RAKAN SEBAYA" (Lampiran 5).
b. Agihkan senario (Lampiran 5) berlainan bagi setiap kumpulan dan minta peserta
membincangkan bagaimana cara-cara menolak tekanan (seperti lampiran 6 digunakan
dan rancangkan skrip (20 minit). Lakonkan idea kumpulan masing-masing mengikut skrip
di atas (5 minit tiap kumpulan).

4. Setting :
Bilik darjah / dewan atau luar (outdoor).

5. Bahan :
Senario (Lampiran 5 dan 6), kertas dan pensil.

6. Jangkamasa : 45 minit
7. Penilaian :
Peserta mengambil bahagian dengan aktif di dalam perbincangan dan permainan.

29
BELAJAR MENGATAKAN
13 (TEKANAN RAKAN SEBAYA)

Lampiran 5
CARA MENOLAK TEKANAN RAKAN SEBAYA
Mungkin kita telah mendengar seribu kali – "Katakan Sahaja Tidak'. Bunyinya nampak
senang, tetapi pada hakikatnya adalah sukar menyatakan tidak atau tak mahu kepada
ajakan atau tekanan dari rakan sebaya. Sekiranya rakan sebaya mengajak anda untuk
melakukan sesuatu perbuatan yang anda tidak mahu melakukannya, mereka mungkin
membuat anda berasa seolah-olah anda bersalah sekiranya anda tidak menurut ajakan itu.
Bila tekanan makin kuat anda akan mula tidak pasti apa yang anda mahu. Perlu anda ingat,
jika mereka menekan anda sebenarnya merekalah yang bermasalah bukan anda. Adalah
penting untuk anda bersikap jujur terhadap diri sendiri. Disenaraikan cadangan cara-cara
untuk anda menyatakan tidak sekiranya itu yang anda mahu;

Penolakan bersopan
"Boleh saya tawarkan awak
Maaf, terima kasih.
minuman?"

Beri alasan
"Bagaimana dengan beer?" Saya tidak minum.

Mengulangi jawapan
Nah hisap ni (dadah)" Maaf terima kasih,
Cubalah! Maaf terima kasih,
pengecutlah awak ni! Tak apalah, maaf terima kasih

Beri pilihan
"Jum masuk bilik saya" Saya lebih selesa menonton TV
di sini.

Pulangkan tekanan
"Ala, sat saja masuk bilik saya" Awak tak dengar ke apa yang
saya kata tadi?

30
BELAJAR MENGATAKAN TIDA K
(TEKANAN RAKAN SEBAYA) 13
Tunjukkan pendirian
"Kalau awak benar-benar Saya tidak boleh melakukannya.
cintakan saya, buktikan" Berdosa dan belum sampai
masanya lagi.

Beredar
Saya ada barang", mahu belikah "terima kasih" dan beredar dari
situ.

Buat tak kisah


Saya ada barang", mahu belikah Teruskan pejalanan seolah-olah
tidak mendengar.

Bersatu teguh
Berada bersama orang lain yang menyokong / sehaluan dengan
tindakan kita.

Menjauhi situasi
Jika anda tahu orang atau situasi di mana orang akan mempengaruhi
anda untuk membuat perkara-perkara yang anda tidak mahu lakukan,
jauhi situasi sebegini.

31
BELAJAR MENGATAKAN TIDA K
13 (TEKANAN RAKAN SEBAYA)

Lampiran 6
SENARIO
(Buat skrip dan lakonkan)
RAJ Pergi ke disko dengan kawan-kawannya. Di dalam disko ramai orang mabuk dan
dadah juga ada diedarkan. Seorang rakan karib yang telah lama dikenalinya
datang menghampiri Raj dengan segelas beer dan mengajak Raj minum segelas
beer sahaja jika benar-benar Raj kawan sejatinya.
YAAKUB Baru berpindah ke satu bandar yang baru. Kawan sepejabat mengajak Yaakub
dan ternan-teman bujang lain ke rumah dan menjamu mereka. Selepas makan
kawan sepejabat Yaakub mengajak semua yang ada untuk ronda-ronda di bandar
dan menunjukkan kepada Yaakub tempat-tempat hiburan yang ada di bandar itu.
REBECCA lbu bapa Rebecca balik kampung, tinggal Rebecca seorang diri. Beberapa teman
datang ke rumah dan berbual-bual hingga lewat malam. Setelah semuanya balik,
Tony masih meneruskan perbualan dan nampak macam tidak mahu pulang dan
memberi isyarat kepada Rebecca yang dia sukakan Rebecca lebih dari
perempuan lain.
YAZID Tinggal di asrama. Khabar angin menyatakan terdapat dadah disalahgunakan di
asrama tersebut. Yazid baru saja mendapat berita kekasihnya kahwin dengan
orang lain. Dia sangat sedih. Dia masuk ke bilik Lokman dan mendapati dia
sedang menyiapkan perkakas untuk mengambil dadah. Lokman mempelawa
Yazid untuk mengambil dadah yang boleh menghilangkan kesedihan dan
khabamya tidak menyebabkan ketagihan.
YATI Mempunyai sedikit sahaja kawan dan sering tidak bersefahaman dengan kedua
ibu bapanya. Dia anak tunggat dan sering kesunyian. Hizan adalah jiran Yati dan
agak rapat dengannya. Yati juga suka padanya. Hizan mempelawa Yati
menemaninya ke rumah.

32
KE ARAH KECEMERLANGAN DIRI
14
1. Objektif :
• Membantu peserta mempersiapkan diri menjadi insan yang cemerlang.
• Memperkasakan jati diri remaja.
• Mengekalkan kecemerlangan diri yang telah dibentuk.

2. Kaedah : Ceramah dan perbincangan


3. Proses :
• Penceramah memberi input mengenai konsep-konsep kecemerlangan diri.
• Penceramah mewujudkan suasana mesra dan ceria – informal.
• Peserta memberi maklumbalas mengenai perubahan yang telah berlaku terhadap diri
mereka.

4. Pengajaran :
Setiap individu berpotensi untuk menjadi cemerlang

5. Jangkamasa : 1 jam
6. Peralatan :
1. LCD
2. Komputer/ Laptop
3. Pen
4. Kertas

33
15 BISIK-BISIK

1. Objektif :
Jelaskan kepada peserta peringkat-peringkat komunikasi di mana halangan boleh berlaku.

2. Proses :
a. Bentuk sekurang-kurangnya dua kumpulan peserta. Tugaskan peserta pertama dari
setiap kumpulan meneliti mesej pendek yang diedarkan. Selepas 2 minit peserta
diminta membisikkan mesej tersebut kepada peserta kedua dan berurutan sehingga
peserta terakhir. Semasa proses ini kumpulan lain dikehendaki menimbulkan
gangguan (kecuali gangguan fizikal) seperti membuat bising dan sebagainya. Peserta
terakhir dari setiap kumpulan diminta mencatat semula mesej. Setelah gerakerja
selesai, mesej dibaca dan dibandingkan dengan yang asal.
b. Kemukakan pertanyaan kepada semua peserta mengenai halangan-halangan
komunikasi yang dapat dikesan. Senaraikan di peringkat mana halangan terjadi dan
syorkan cara mengatasinya. Buat ulasan serta perbandingan dengan carta facilitator.

2. Setting :
Bilik darjah / dewan atau luar (outdoor)

3 Peralatan :
Carta selak, transparensi, papan putih, kertas mahjong dan "flipchart stand"

4. Jangkamasa : 45 minit
5 Penilaian :
Menyoal jenis-jenis halangan dan syor-syor mengatasinya.

34
PERMAINAN DINAMIK
16
1. Objektif :
1.1 Memupuk semangat kerja berpasukan.
1.2 Menerangkan konsep syukur.
1.3 Memupuk nilai kepimpinan.
1.4 Melatih komunikasi berkesan.

2. Kaedah : Permainan dan perbincangan (debriefing)


3. Proses :
Peserta akan melalui 4 check point di bawah secara berkumpulan mengikut masa yang
ditetapkan. Setiap kumpulan akan bergerak serentak mengikut pusingan.
Check point 1 : Sibuta Ku Sayang
Dua orang peserta akan ditutup mata manakala rakan-rakan yang lain memberi arahan
untuk memecah belon.
Check point 2 : Bahasa Isyarat
Seorang peserta akan menggayakan arahan bertulis sementara rakan-rakan yang lain cuba
meneka maksud arahan tersebut.
Check point 3 : Bola Beracun
Setiap peserta akan diberi sebatang sudu dan ditugaskan mengangkat bola pingpong
dengan mulut menggunakan sudu yang diberikan dan memberikan bola tersebut pada rakan
yang lain tanpa menyentuh atau terjatuh. Bola pingpong akan bergerak dari peserta pertama
hingga kepada peserta terakhir.
Check point 4 : Tali Ajaib
Setiap peserta akan diberikan seutas tali dan akan diikatkan kepada tali rakan peserta.
Peserta diminta melepaskan diri daripada tali ikatan tanpa membuka ikatan.
(Alternatif – Boleh menggunakan gelang getah yang disambung-sambung menjadi gelung
dan minta peserta diminta melepasi gelung getah tersebut).
Peserta kemudian dikumpulkan dan bincang tentang apa yang dipelajari dari permainan di atas.

4. Pengajaran : Mensyukuri anugerah tuhan dan berusaha untuk memperbaiki diri.


5. Jangkamasa : 2 jam
6. Peralatan : Tali, kain pengikat mata, gelung getah, belon, sudu, bola pingpong.
35
17 LUAHAN HATI

1. Objektif :
1.1 Melatih keterampilan diri.
1.2 Mengenal pasti masalah peserta.
1.3 Mendapatkan maklum balas peserta terhadap program yang telah dilalui.
1.4 Berkongsi perasaan dan pengalaman.

2. Kaedah : Perbincangan kumpulan


3. Proses :
Sesi ini memberikan peluang kepada peserta untuk meluahkan masalah yang dihadapi
dengan ikhlas serta berkongsi pengalaman di antara peserta dengan fasilitator.

4. Jangkamasa : 1 – 2 jam
5. Peralatan : Kertas, pen, pensil

18 GUBAHANKU

1. Objektif :
1.1 Mencungkil bakat dan kreativiti peserta.
1.2 Menanam semangat kerja berpasukan.

2. Kaedah : Persembahan
3. Proses :
Peserta dikehendaki membuat persembahan dari bahan-bahan terbuang yang dikumpul
sepanjang kursus.

4. Pengajaran :
Kejayaan dicapai melalui kerjasama berpasukan.

5. Jangkamasa : 1 jam
5. Peralatan : Mengikut keperluan persembahan.

36
IKRAR
19
1. Objektif :
Mengukuhkan semangat jati diri dan komitmen untuk membuat perubahan yang positif.

2. Kaedah : Kerja kumpulan


3. Proses :
Setiap ketua kumpulan akan berbincang tentang ikrar yang akan diucapkan berdasarkan
objektif program.

4. Pengajaran :
Mengujudkan komitmen dalam setiap diri setiap peserta untuk mengubah tingkahlaku
kepada yang lebih baik.

5. Jangkamasa : 1 jam
6. Peralatan : kerta dan Pensil

37
20 WARKAH KASIH

1. Objektif :
• Untuk peserta meluahkan perasaan yang terbuku di hati kepada orang yang paling
disayangi.
• Melatih remaja meluahkan inspirasi dan perasaan marah / sayang melalui surat.
• Peserta akan menjadi lebih tenteram dan selesa selepas meluahkan perasaan mereka
dalam surat kepada orang yang disayangi.

2. Kaedah : Kiriman Surat / Nota


3. Proses :
• Setiap peserta diberi seorang adik angkat ‘rahsia’.
• Setiap peserta diminta menulis surat kepada adik angkat dengan identiti dirahsiakan.
• Peserta diminta memasukkan surat yang ditulis ke dalam kotak pos.
• Fasilitator akan membaca surat-surat yang dikirim setiap pagi sebelum bermula sesi.
• Di akhir latihan identiti adik / kakak / abang angkat akan didedahkan.

4. Pengajaran :
• Belajar menyayangi dan menghormati tanpa mengharapkan balasan.
• Kasih sayang hendaklah bermula dari diri sendiri.

5. Tempoh : 5 minit – 10 minit


6. Bahan-bahan :
a. Pen
b. Kertas
c. Sampul surat

38
NYANYIAN LAGU-LAGU PATRIOTIK
21
1. Objektif :
• Membina jati diri dan semangat remaja melalui lagu-lagu patriotik.
• Membentuk keyakinan diri remaja dalam menghadapi kehidupan.
• Menggalakkan remaja supaya berfikiran positif dan sifat sayangkan negara.

2. Kaedah : Nyanyian
3. Proses :
• Para peserta dikehendaki menyanyikan lagu "KAU BOLEH" (yang diubah suai liriknya
oleh peserta sendiri pada hari pertama) dan "KERANAMU MALAYSIA".
• Para peserta menyanyi secara beramai-ramai dengan iringan minus one (jika ada).
• Peserta menyanyikan lagu-lagu ini pada setiap malam sebelum sesi berakhir.

4. Pengajaran : Cintakan negara


5. Jangkamasa : 10 minit

39
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA CAWANGAN AIDS/STD

Anda mungkin juga menyukai