Anda di halaman 1dari 3

1.

Tajuk Kajian: Meningkatkan keupayaan pelajar untuk menulis formula kimia


dan seterusnya meningkatkan prestasi peperiksaan kimia.

2. Penyelidik: Nama Guru : Ooi Bee Hong


Sekolah : Sekolah Menengah Kebangsaan Kepala Batas

3. Refleksi P&P: Pelajar-pelajar gagal menulis formula kimia dengan tepat dalam
peperiksaan, maka mereka tidak mendapat markah yang baik. Ini
kerana pelajaran kimia tidak boleh terpisah dari formula kimia dan
seterusnya persamaan kimia. Maka, masalah ini perlu diatasi kerana
formula kimia dan persamaan kimia adalah asas yang penting untuk
menerangkan sesuatu tindak balas kimia.

4. Fokus Kajian: Masalah yang ingin dikaji ialah kenapa pelajar tidak dapat menulis
formula kimia dengan betul?

5. Objektif Kajian:
Objektif Umum: Pelajar dapat menulis formula kimia magnesium oksida dan
seterusnya dapat menulis formula kimia bagi bahan-bahan kimia
yang dipelajari supaya dapat memberi impak positif kepada prestasi
peperiksaan kimia.
Objektif Khusus: Meningkatkan kemahiran menulis formula kimia dengan cepat dan
tepat. Meningkatkan kemahiran untuk menghafal formula ion.

6. Kumpulan Sasaran: Pelajar-pelajar kelas 4 Sains SMKKB

7.0 Tinjauan Awal: Satu ujian Pra telah dijalankan untuk mengenalpasti bilangan
pelajar yang tidak dapat menulis formula kimia magnesium
oksida dengan tepat. Satu soal selidik telah dijalankan untuk
mengenalpasti sebab-sebab pelajar tidak dapat menulis
formula kimia dengan tepat. Data analisis diperolehi seperti
berikut:
7.1 Data Analisis
Soal-selidik Bilangan Pelajar
Saya sudah belajar formula ion Magnesium 19
Saya menghafal formula ion Magnesium 14
Saya ingat formula ion Magnesium 13
Saya sudah belajar formula ion Oksida 18
Saya menghafal formula ion Oksida 14
Saya ingat formula ion Oksida 13
Saya telah belajar cara menulis formula kimia 18
Dapat menulis fomula ion Magnesium dengan tepat 15
Dapat menulis formula ion Oksida dengan tepat 10
Dapat menulis formula kimia Magnesium Oksida dengan tepat 14
Daripada data analisis keputusan ujian pra, didapati bahawa seramai 5 pelajar
gagal menulis formula kimia magnesium oksida dengan betul.Bilangan ini adalah sama
dengan bilangan pelajar yang tidak menghafal formula ion magnesium dan ion oksida.
Data analisis juga menunjukkan mereka adalah pelajar-pelajar yang sama. Jadi satu
kesimpulan dari kajian ini ialah pelajar tidak dapat menulis formula kimia kerana
mereka tidak menghafal formula ion.

Akan tetapi, analisis kajian menunjukkan seramai 9 pelajar tidak dapat menulis
formula ion oksida dengan betul. Bilangan ini melebihi bilangan pelajar yang tidak dapat
menulis formula ion magnesium dan ion oksida dengan betul. Maka, inferens dibuat ialah
pelajar dalam golongan ini meneka jawapan atau menghafal formula magnesium oksida
secara langsung.

Data analisis menunjukkan 18 daripada pelajar mengaku telah belajar cara


menulis formula kimia, Jadi, kegagalan mereka kali ini menunjukkan mereka tidak
memandang serius terhadap penguasaan formula kimia walaupun guru telah
menegaskannya. Antaranya 3 sebab telah dikenalpasti.:
i) tidak menghafal formula ion magnesium
ii) tidak menghafal formula ion oksida
iii) tidak menguasai cara menulis formula kimia

7.2 Tindakan Pertama:

Tindakan segera telah diambil ke atas 9 pelajar yang tidak dapat menulis formula
kimia magnesium oksida dengan betul itu.Guru menghimpunkan 9 pelajar tersebut dan
mengedarkan 3 keping kertas bersaiz 10cm x 7cm kepada setiap pelajar. Guru meminta
mereka menulis formula ion magnesium di atas sekeping kertas manakala formula ion
oksida di atas kepingan kertas yang lain. Guru mengarahkan pelajar untuk meletakkan
kedua-dua keping kad berdekatan antara satu sama lain. Pelajar dikehendaki
memerhatikan cas pada kedua-dua ion tersebut. Guru seterusnya meminta pelajar untuk
menghitung bilangan ion magnesium dan bilangan ion oksida yang perlu untuk
meneutralkan cas antara satu sama lain. Jawapannya ialah 1 ion magnesium akan
meneutralkan 1 ion oksida. Maka formula kimianya ialah MgO. Ringkasan caranya ialah
seperti berikut:

Mg2+ O2-
(2) Darab silang

(1) Tutunkan angka pada bilangan cas 2 2

(3) Formula kimia magnesium oksida ialah Mg2O2

(4) Dapatkan nisbah terkecil, maka formulanya ialah MgO

Permainan diteruskan untuk menulis formula kimia bagi karbonat dan nitrat bagi
magnesium, aluminium dan sodium.
Ujian pos dijalankan untuk menguji keupayaan pelajar untuk menguasai cara
penulisan formula kimia. 10 bahan kimia nitrat, karbonat dan oksida telah disenaraikan.
Pelajar memberi jawapan serta menunjukkan cara mendapat formula kimia tersebut.
Keputusan ujian pos menunjukkan kesemua 9 pelajar tersebut telah berjaya menguasai
cara menulis formula kimia dengan betul. Namun, di antara mereka masih terdapat
pelajar yang didak dapat menghafal formula ion.

Guru seterusnya mengumpul maklumat secara lisan. Didapati bahawa 6 daripada


9 pelajar yang dikaji telah menyelesaian latihan penulisan formula ion dan formula kimia
dengan menyalin jawapan daripada kawan tanpa memahaminya. Guru seterusnya
mengarahkan pelajar untuk membuat semula latihan tersebut di atas sekeping kertas yang
baru supaya mereka betul-betul menguasai cara penulisannya serta dapat menghafal
formula ion secara tidak langsung.

8.0 Refleksi

Semasa P&P berlangsung, guru memperkenalkan formula ion dan seterusnya


mengajarkan cara menulis formula kimia. Guru beranggapan pelajar mempunyai inisiatif
sendiri untuk menghafal formula ion dan seterusnya menyelesaikan latihan penulisan
formula kimia sebagai latih tubi. Ini kerana pelajar kelas sains adalah dianggap pelajar
yang berkualiti dan mereka seharusnya cukup matang untuk melakukan tindakan yang
perlu untuk menghafal. Namun, hasil kajian menunjukkan tidak semua pelajar dapat
berbuat demikian.
Maka, guru hendaklah memberi perhatian yang serius terhadap perkara ini, iaitu
mempastikan semua pelajar dapat mengikuti cara penulisan formula kimia serta
menghafal formula ion supaya dapat meningkatkan bilangan pelajar yang menguasai
pelajaran kimia. Guru sedar bahawa bagi pelajar golongan sederhana, pelajaran menulis
formula kimia perlu dipisahkan daripada pelajaran menulis formula ion. Ini bermakna
pelajar menguasai dan menghafal formula ion sebelum mereka diajar cara menulis
formula kimia. Akan tetapi, guru mempunyai kekangan untuk menghabiskan sukatan.
Jadi satu sistem baru mesti diperkenalkan supaya dapat memperbaiki sikap pelajar
terhadap pelajaran, iaitu menghafal maklumat yang sepatutnya selepas P&P dan bukanya
semasa mendekati peperiksaan.
Memandangkan pelajar hanya belajar apabila peperiksaan menjelang, maka, ujian
perlu dijalankan dengan lebih kerap, iaitu secara topikal. Ujian ini hendaklah
menyumbang kepada markah ujian bulanan.