Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA KAYUHAN RIADAH SEMANIS GULA , SEPAHIT KOPI

WARGA SK CHANGKAT JAWI 2020

1. PENGENALAN

            Program kayuhan ini adalah merupakan satu usaha untuk mengeratkan hubungan diantara
guru dan waris SKCJ sebagai institusi masyarakat yang utama.Kayuhan ini akan melawat setiap
rumah murid skcj dan memberi sumbangan sebungkus gula dan sebungkus kopi sebagai simbolik
kepada hubungan guru dan waris skcj. Tugas untuk mendekatkan pentadbir sekolah, guru-guru
dengan waris perlu dilakukan untuk memastikan setiap anggota keluarga waris skcj sentiasa
sedar akan fungsi sekolah yang sebenarnya selain daripada tempat untuk anak anak belajar
menambah pengetahuan. Gabungan antara guru dan waris melalui acara berbasikal kayuhan
riadah ini dirasakan akan menjadi pemangkin kepada ukhwah waris sk changkat Jawi dan
masyarakat di kampung di sekitar sekolah sk Changkat Jawi. Niat murni warga skcj adalah
untuk mengeratkan hubungan yang baik di antara warga skcj dan keluarga waris skcj.

2. RASIONAL

Program ini adalah diharapkan dapat memberikan peluang kepada para pentadbir dan guru guru
skcj menjalin hubungan yang baik, mesra dan mendekatkan diri dengan waris murid skcj.
Disamping itu, ia juga bertujuan untuk menjadikan riadah berbasikal sebagai salah satu aktiviti
bulanan sekolah dalam menjaga kesihatan supaya setiap individu akan sentiasa sihat dan segar .
Para waris juga diharapkan agar dapat menerima kunjungan warga skcj dengan hati terbuka.

3. OBJEKTIF

1.      Mengeratkan hubungan antara waris dan Para pentadbir dan guru guru skcj
2.      Menggalakkan aktiviti riadah sebagai satu ibadah
3.      Menghargai setiap ciptaan dan kurniaan Allah SWT
4.      Menghargai kesihatan diri dan alam sekitar.

4. KUMPULAN SASARAN
     
Sasaran utama aktiviti berkayuh basikal ini adalah terdiri daripada rumah waris yang anak-anak
belajar di SK Changkat Jawi. 
5.      TARIKH & TEMPAT KAYUHAN

Tarikh jangkaan ialah 17.10.2020 (Sabtu) bermula pukul 8.30 pagi. Para peserta akan berkayuh
dari Sekolah ke Kampung Changkat Jawi (rumah -rumah waris yang sedang belajar di SKCJ.
(17 km).

6.    ANGGARAN PERBELANJAAN.

1.      T/Shirt AJK dan peserta         50 helai       X RM 15.00        RM 750.00                 


2.      Cabutan Bertuah                     10 item       X RM  25.00        RM 250.00
3.      Makanan                                 50 bungkus X RM   5.00        RM 250.00 
4.      Cenderahati Jemputan                                                                        RM 100.00     
            JUMLAH                   __________________                     RM   1350.00

7.    TENTATIF PROGRAM

07.30 pagi       Peserta berkumpul di Masjid Ibrahimi, Pasir Puteh


07.45 pagi       Peserta akan berkayuh ke Pantai Tok Bali
08.45 pagi       Dijangka tiba di Pantai Tok Bali
08.50 pagi       Sarapan pagi
09.15 pagi       Bersama jemputan khas
09.45 pagi       Cabutan bertuah
10.00 pagi       Berkayuh balik ke Masjid Ibrahimi
11.00 pagi       Bersurai

PENUTUP

            Di harapkan program ini akan dapat menjadi penyumbang kepada kehidupan
bermasyarakat yang lebih berkat dan harmonis. Kerjasama semua pihak akan memastikan
kelancaran program yang dirancangkan.

“ RIADAH BERKAT, MASYARAKAT SELAMAT”


               

       Disediakan oleh                                                                     Di sahkan oleh

Anda mungkin juga menyukai