Anda di halaman 1dari 11

EDU 3107

STRUKTUR

1. Definisi bimbingan, kaunseling dan psikoterapi


a) Bimbingan
Aktiviti yang dijalankan untuk membekalkan individu atau ahli kelompok dengan ilmu atau
kemahiran tertentu.
b) Kaunseling
suatu proses perhubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsip psikologi
yang dilakukan oleh kaunselor profesional bagi menghasilkan perubahan,
perkembangan dan penyesuaian peribadi klien, yang baik dan menyeluruh secara
sukarela sepanjang hayat berlandaskan etika kaunseling.
c)  Psikoterapi
Pemulihan minda atau pemulihan kendiri iaitu rawatan sakit jiwa atau gangguan mental
dengan menggunakan kaedah psikologi.

Perbezaan bimbingan, kaunseling dan psikoterapi

Bimbingan Kaunseling Psikoterapi


Matlamat Matlamat Jangka pendek dan jangka panjang
jangka
pendek
Fokus Pemberian Bersifat Bersifat
maklumat perkembangan pemulihan
atau nasihat kendiri
Pendekata Pendekatan pencegahan dan Lebih kompleks
n rawatan penyelesaian masalah
Masalah Merangkumi masalah berkaitan Masalah
klien kehidupan seharian atau kompleks
akademik seperti
kecelaruan
mental
Setting Sekolah, IPT, masjid dan Hospital atau
sebagainya pusat rawatan
mental
Tempoh Agak singkat (1-5 sesi) Lebih panjang
rawatan
Pelaksana Guru biasa Guru bimbingan Pakar psikologi
dan kaunseling kaunseling atau
pakar psikiatri
Sasaran Individu, Individu, Individu yg
kelompok kelompok kecil mempunyai
besar dan masalah
kecil psikologi
EDU 3107

2. Perkhidmatan Bimbingan
a) Jenis perkhidmatan bimbingan
 Inventori, taksiran dan rekod
 Bimbingan
 Kaunseling
 Penempatan dan tindakan susulan
 Konsultasi dan rujukan
 Penilaian

b) Prinsip perkhidmatan bimbingan


 Bimbingan dan kaunseling adalah satu proses pendidikan yang terancang dan
berterusan
 Bimbingan dan kaunseling adalah untuk semua kanak-kanak
 Semua kanak-kanak mempunyai hak untuk mendapatkan bantuan apabila mereka
memerlukannya
 Bimbingan dan kaunseling adalah untuk melayan keperluan kanak-kanak bagi
perkembangan potensi dan kebolehan
 Bimbingan dan kaunseling bertujuan membantu kanak-kanak untuk memahami dirinya
dan orang lain
 Bimbingan dan kaunseling adalah satu proses pembelajaran
 Bimbingan dan kaunseling berorientasikan masa kini dan masa depan.

c) Etika kaunseling (Kepentingan)


 Memberi perlindungan kepada ahli dalam profesion kaunseling daripada sebarang
tindakan yang boleh menyebabkan “ public condemnation”(penghinaan masyarakat).
 Memberi perlindungan kepada klien daripada sebarang tindakan atau layanan yang
tidak profesional, atau kecuaian pihak kaunselor.
 Sebagai pengukur kepada “self-regulation” dalam profesion itu sendiri.
 Melindungi kaunselor daripada tindakan undang-undang sekiranya berlaku perkara-
perkara yang tidak diingini bukan disebabkan oleh kesalahan kaunselor itu sendiri.
 Mempertingkatkan keberkesanan diri melalui perkongsian pengetahuan dan kemahiran
selaras dengan tuntutan dan kesedaran pihak klien berkaitan hak mereka dalam
undang-undang.

3. Peranan guru biasa sebagai guru bimbingan/kaunseling


a) Peranan guru biasa
 Memberi bimbingan dari segi maklumat dan nasihat
 Beri peluang kepada murid kembangkan daya kebolehan
EDU 3107

 Bantu murid bentuk tabiat kerja yang baik


 Mengumpul maklumat murid

b) Cara mengenalpasti masalah


 Secara pemerhatian:
o Sebelum sesi pemerhatian, tentukan objektif atau tujuan, sasaran, tempoh dan cara
merekod hasil pemerhatian
o Masuk ke kelas atau tempat murid berkumpul
o Duduk di belakan kelas atau tempat yang sesuai
o Buat pemerhatian sambil catat nota lapangan
 Hasil pemerhatian dicatatkan dalam:
o Rekod anekdotrekod running
o Persampelan masa
o Persampelan peristiwa
o Penulisan diari
o Senarai semak
o Sosiogram
o Hasil karya murid
o Gambar foto

4. Intervensi kaunseling
a) Terapi bermain
i. Definisi terapi bermain
 Penggunaan secara sistematik model tereotikal untuk membentuk proses
interpersonal.

ii. Kelebihan terapi bermain


 Memberi kanak-kanak peluang utk membuat pilihan sendiri tanpa bergantung pada
orang lain
 Membolehkan mereka melahirkan perasaan tidak sedar dan bercirikan fantasi
 Membekalkan tempat yang selamat bagi mereka meluahkan perasaan
 Memupuk empati dan menghormati orang lain
 Menjadi lebih bertanggungjawab dan membentuk lebih strategi berkesan

iii. Ciri-ciri guru mengamalkan terapi bermain


 Menghargai kanak-kanak
 Mempunyai sifat kecindan
 Bersikap gemar bermain
 Berkeyakinan diri dan boleh dipercayai
 Bersifat terbuka dan jujur
EDU 3107

iv. Teknik terapi bermain


 Bermain dengan anak patung
 Bermain dengan boneka
 Main pasir

v. Persediaan pelaksanaan terapi bermain


 Bilik terapi bermain
 Media mainan

b) Terapi seni
i. Konsep terapi seni
 Seni dianggap sebagai sublimasi di mana kehendak tidak sedar kanak-kanak
ditunaikan.

ii. Tiga jenis lukisan dalam terapi seni


 Potret diri
 Lukisan bebas atau spontan
 Lukisan keluarga

iii. Persediaan terapi seni


 Pemilihan tempat
 Dilaksanakan dalam bilik khas yang dibekalkan dengan sinki, apron dan meja yang
mudah dibersihkan

 Pemilihan bahan seni yang asas


a. Krayon
b. Cat jari
c. Pen marker
d. Tanah liat
e. Kertas
f. Gunting
g. Gam dan sebagainya.

iv. Tafsiran hasil karya

Hasil karya Tafsiran


Berbentuk amat kecil dan Serba kekurangan dan tidak
terletak pada sudut kecil selamat
Bahagian muka/matahari Berasa segan/malu dan
digelapkan kesedihan
Berwarna biru gelap, kuning Ketenagan, kemesraan serta
atau merah kemarahan atau penuh
bertenaga
EDU 3107

Pemandanagan yang penuh Kasih sayang


dengan jantung
Contengan seperti: “Ibu sayang Tersingkir akibat kasih sayang
saya, ibu benci saya, ibu sayang ibu yang tidak konsisten
saya..”
Alat seperti penukul, pisau dan Kemarahan atau perasaan
sebagainya agresif bersifat pasif

c) Terapi muzik
i. Konsep utama
 Secara intrinsik, muzik adalah sebahagian daripada budaya kita
 Muzik boleh member kanak-kanak peluang untuk mengenali pemikiran dan perasaan
terpendam
 Muzik mempunya struktur asas seperti ritma, melodi,pic dan tempo yang dapat
menstruktur semula pemikiran kanak-kanak

ii. Proses perancangan dan pelaksanaan terapi muzik


 Mendapat persetujuan klien dengan rancangan rawatan dan etika intervensi
 Mengatur pra sesi untuk klien menghadiri terapi supaya klien dapat mengetahui
kemudahan-kemudahan sedia ada
 Mengadakan tempoh penilaian untuk menentukan strategi dan struktu sesi terapi
yang sesuai
 Merekod secara terperinci semua aktiviti yang dilaksanakan
 Refleksi atau tindakan terapis diadakan selepas setiap sesi untuk penambahbaikan
 Memberitahu klien dan penjaganya rancangan dan rawatan sesi yang berikutnya
 Mengakhiri sesi terapi dengan teknik yang sesuai.

5. Peranan guru bimbingan membantu murid dalam pemilihan kerjaya


a) Mengenalpasti trait-trait dan ciri-ciri individu termasuklah personaliti, minat,
nilai, dan pencapaian individu iaitu mengenal potensi diri.
b) Membantu murid mengenalpasti dan menganalisis keperluan-keperluan
pekerjaan iaitu mengenali dunia pekerjaan.
c)Membantu murid dalam memadankan diri murid dengan pekerjaan iaitu
memadankan potensi diri dengan kerjaya yang sesuai.

6. Kerahisaan dalam kaunseling


a) Prinsip Kerahsiaan dlm Kaunseling.
 Tanggungjawab kaunselor menjaga kerahsiaan kliennya bkn muktamad.Dlm situasi
tertentu boleh dedahkan.
 Kerahsiaan dipelihara sekiranya tdk menggugat hak individu lain atau org ramai.
 Kerahsiaan sesuatu yg tlh diketahui umum - kaunselor tdk terikat dgn kerahsiaan
lagi.
EDU 3107

b) Kepentingan Kerahsiaan
 Klien rasa selesa dan selamat meluah perasaan
 Klien boleh harapkan kaunselor dan menaruh kepercayaan

c) Situasi pengecualian kerahsiaan.


 Klien membahayakan diri dan org lain.
 Klien sendiri meminta maklumat ttg dirinya didedahkan.
 Mahkamah meminta maklumat didedahkan.
 Kaunselor mencurigai klien spt ada penderaan berlaku.

ESEI

1. Teori Kaunseling (TIngkah Laku)


 Teori Behavioris (tingkah laku)
 Hasil kajian Ivan Pavlov dan B.F. Skinner

 Peranan kaunselor
 Bertindak sebagai guru, pengarah, pakar
 Aktif menganalisis rantaian antara tingkah laku bermasalah dan kesannya
 Menjelaskan matlamat dan merancang modifikasi
 Merapatkan jurang diri sebenar dan idaman klien
 Mempamerkan ciri mesra dan empati

 Pandangan teori terhadap manusia


 Tingkah laku manusia terbentuk hasil dari proses pembelajaran dan kematangan.
 Keperibadian manusia dipengaruhi oleh persekitaran.
 Manusia memiliki kecenderungan ke arah positif dan negatif.
 Manusia lahir secara fitrahnya baik.
 Manusia mempunyai potensi untuk berkembang dan segala tingkah laku perkembangan
harus diselesaikan dengan belajar.
 Tingkah laku manusia juga boleh berubah berdasarkan kepada keperluan asas.

 Teknik Teori Tingkah Laku


 Shaping iaitu pembentukan tingkahlaku positif yang diinginkan dengan memberikan
peneguhan positif.
 Membuat kontrak tingkahlaku
 Latihan asertif
 Modeling
 Membuat latihan tingkahlaku yang diinginkan (Behavior rehearsal)
EDU 3107

 Penstrukturan Kognitif
 Extinction iaitu mengurangi frekuensi terjadinya dengan menghilangkan peneguhan.
 Latihan Relaksasi
 Satiation iaitu proses memberi reinforcement yang berlebihan sehingga kehilangannya
nilainya sebagai penguat
 Modifikasi tingkah laku
 Disentisization
 Floating
 Token ekonomi

2. Kemahiran kaunseling individu


 Tahap kaunseling
 Bina hubungan
1. Mewujudkan suasana yg menggalakkan interaksi.
2. Menentukan matlamat awal kaunseling.
3. Menstruktur hubungan.;kefahaman ttg proses kaunseling; penjelasan peranan
klien
 Penerokaan
1. Meneroka skop masalah.
2. Analisis aras perkongsian klien.
3. Analisis pola sejarah klien- adakah pernah alami; adakah resolusi sama.
4. Mengenalpasti kekuatan dalaman klien
 Memilih alternatif
1. Matlamat mesti dipersetujui bersama
2. Setuju dgn pendekatan dan strategi yang digunakan
 Pelaksanaan
Tahap di mana kaunselor berusaha menurunkan aras kerisauan klien, atau
menyelesaikan masalahnya.
 Penamatan
Tahap kaunselor membuat rumusan apa yg tlh berlaku dlm sesi kaunseling dan
kesannya.Tiga perkara yg mesti dicapai:
1. Kemajuan selama menjalankan kaunseling selama ini mesti dirumuskan kpd tiga
kesan-kesannya.
2. Isu-isu yg mesti diselesaikan pd masa ini hendaklah dikemukakan.
3. Memikirkan cara-cara mengekalkan pertumbuhan klien setelah ditamatkan
kaunseling.
EDU 3107

3. Kaunseling kelompok
 Kebaikan kaunseling kelompok
 Membekalkan satu persekitaran yang selamat
 Belajar antara satu sama lain
 Dapat menjimatkan masa
 Ahli berpeluang membantu ahli yang lain
 Memupuk semangat dan motivasi sesama ahli
 Meningkatkan kemahiran komunikasi

 Jenis-jenis kelompok
 Kelompok bimbingan
 Aktiviti terancang
 Fokus kepada mklumat berbentuk pendidikan
 Bertujuan meningkatkan pertumbuhan serta perkembangan
 Kelompok kaunseling
 Pengalaman penyesuaian
 Fokus kepada sokongan interpersonal dan kaedah menyelesaikan masalah
 Bertujuan untuk pertumbuhan dan pemulihan

 Kelompok terapi
 Membekalkan pengalaman
 Fokus pada masalah peribadi
 Bertujuan untuk mencapai pemulihan

 Punca kegagalan sesi kaunseling kelompok


 Halangan Psikologikal seperti terlalu pendiam dan takut.
 Halangan fizikal seperti kecacatan anggota badan (pendengaran tidak jelas dan penyakit
kulit).
 Halangan Sosial seperti malu bercakap dan tidak berani mengeluarkan masalahnya.
 Halangan persekitaran seperti bau-bauan dan bunyi bising.
 Perbezaan umur yang ketara.
 Perbezaan jantina.
 Perbezaan tahap pendidikan/kematangan
 Perbezaan status ekonomi dan sosial (SES)
 Pengkritik
 Monopoli

 Keperluan menjadi pemimpin kaunseling kelompok yang berkesan


 Kepercayaan kaunselor terhadap proses kaunseling kelompok
 Kesediaan kaunselor menjadi model kepada ahli-ahli kelompok
 Kemahiran melayan
 Kemahiran penerimaan
 Sikap kaunselor yang dapat berterus terang
EDU 3107

 Sabar dalam menjalankan sesi kaunseling kelompok


 Kaunselor mempunyai daya tahan yang tinggi
 Kaunselor mempunyai unsur kecindan
 Kaunselor mempunyai karisma
 Kefahaman teori oleh kaunselor
 Pengalaman kaunselor dalam bidang berkaitan

 Peranan pemimpin kaunseling kelompok


 Merangsang emosi supaya ahli berani meluahkan perasaan, sikap dan nilai diri.
 Mengambil berat apa yang berlaku dalam kelompok.
 Menyediakan ahli kumpulan untuk menerima dan memahami apa yang berlaku dalam
kumpulan.
 Menentukan peraturan yang harus dipatuhi oleh ahli kelompok. menentukan matlamat,
masa dan etika kaunseling/penstrukturan.
 Sebagai pakar dalam interaksi yang berlaku dalam kelompok.
 Mengembangkan interaksi di antara ahli dalam kelompok.
 Menghalang/campur tangan untuk melindungi setiap ahli dari ciri negatif yang
merosakkan proses kaunseling kelompok.
 Menyelesaikan perselisihan faham
 Pemudahcara

 Ciri pemimpin kaunseling kelompok yg berkesan


 Fasilitatif
 Mesra
 Menghormati ahli kelompok
 Empati
 Ikhlas
 Terbuka
 Tidak menghukum
 Tidak membuat generalisasi
 Tiada tanggapan/penilaian awal
 Kecindan

 Tindakan spontan mengelakkan kecelaruan kaunseling kelompok


 Menangguhkan sesi kelompok kerana ada isu lebih besar perlu diselesaikan.
 Mendapat persetujuan ahli terbabit untuk menjalani sesi kaunseling individu.
 Boleh meminta ahli terbabit keluar kumpulan untuk meredakan emosi sekiranya
pemimpin berhasrat untuk meneruskan sesi.
 Pemimpin kelompok melakukan teknik relaksasi.

 Kriteria pemilihan ahli kaunseling kelompok


 Pencarian ahli / penyebaran maklumat/ pengedaran borang temujanji
 Jumlah ahli / saiz kelompok
EDU 3107

 Umur ahli
 Jantina ahli
 Penetapan Jenis Kelompok
 Penetapan Tujuan Kelompok
 Masa
 Tempat/Lokasi
 Pemimpin kelompok

4. Langkah-langkah utama merangka dan menjayakan program motivasi (info tambahan)


 Pengenalan
 Objektif
 Matlamat
 Jawatankuasa Induk
 Jawatankuasa Pelaksana
 Kumpulan Sasaran
 Tempoh, masa/tarikh pelaksanaan
 Tempat
 Aktiviti
 Strategi pelaksanaan (ceramah, bengkel, LDK)
 Personalia yang terlibat
 Anggaran Perbelanjaan
 Penilaian program

5. Kemahiran asas komunikasi dalam kaunseling


 Membina hubungan
 Memberi perhatian
 Mendengar secara aktif
 Dorongan minimum
 Pendedahan Kendiri
 Menyoal
 Menyemak persepsi
 Parafrasa
 Refleksi
 Kesenyapan
 Konfrontasi
 Meminta penjelasan
 Membuat interpretasi
 Merumus
EDU 3107

Anda mungkin juga menyukai