Anda di halaman 1dari 4

3.

Pilih sebuah negara di Asia Tenggara,

A) Namakan pelbagai bentuk pertanian yang dijalankan di negara yang anda


pilih (7M)

Kegitan pertanian yang dijalankan secara aktif di Malaysia dan bentuk


pertanian yang sedia ada ialah pertanian pindah,pertanian kebun kecil ,dan
pertanian sara diri serta pertanian ladang .pertanian pindah mempunyai ciri-ciri
seperti diusahakan oleh orang asli di kawasan pedalaman Sarawak,sabah dan
semenanjung Malaysia.Jenis tanaman yang diusahakan ialah padi
huma,keledek,sayur-sayuran dan buah -buahan.Para petani menggunakan cara-
cara penanaman dan peralatan tradisional seperti cangkul,tugal,kapak,parang
dan batang kayu.Hasil tanaman adalah untuk kegunaan sendiri.Petanian ini
diusahakan oleh ahli keluarga sendiri.Petani akan berpindah dari satu kawasan
ke kawasan baru apabila tanah tidak lagi subur untuk diusahakan.Dari segi
peringkat kerja,teknik yang diamalkan berbeza dengan jenis pertanian yang lain.
Hutan diamalkan dan dibakar, manakala abunya dijadikan baja tanah.

Pertanian kebun kecil atau sara diri pula biasanya mempunyai keluasan
tapak antara satu hingga dua hektar. Ia diusahakan oleh ahli keluarga dengan
menggunakan modal kecil. Kegiatan pertanian ini merupakan kegiatan
terpenting dan paling luas diusahakan adalah untuk memenuhi keperluan
keluarga dan selebihnya dijual kepada penduduk tempatan. Dari segi peralatan,
biasanya jentera kecil dan kemudahan pemprosesan serta pemasaran
disediakan oleh kerajaan. Sungguhpun begitu, masih terdapat petani yang
mengamalkan kaedah pertanian tradisional. Jenis tanaman yang biasa ditanam
ialah padi, buah-buahan, Sayur-sayuran dan jagung serta kelapa sawit, getah,
lada hitam dan koko.

Pertanian ladang lebih ekonomik untuk diusahakan kerana mempunyai


keluasan melebihi 40 hektar. Justeru, ia biasanyadi jalankan secara besar-
besaran oleh syarikat seperti Guthrie, FELDA, IOI dan sebagainya. Tanaman
dagangan yang ditaman ialah getah, kelapa sawit, dan teh. Jenis pertanian ini
menggunakan tenaga buruh yang ramai, peralatan moden, racun serangga.baja
urea dan biji benih yang bermutu tinggi. Hasil pengeluaran ladang sangat tinggi
dan kebayakkanya untuk dieksport.

Safuan Abd Ghani 6AA


B) Jelaskan kepentigan sektor pertanian kepada ekonomi negara tersebut.
(8M).

Sektor pertanian memberikan sumbangan penting dalam ekonomi


Malaysia. Pertamanya ialah membekalkan keperluan makanan dan sumber asasi
penduduk. Tanpa sector pertanian, maka penduduk dalam sesebuah negara
tidak mempunyai sumber makanan yang cukup. Keadaan ini memunkingkan
berlakunya risiko yang besar pada masa hadapan seperti krisis makanan dan
kebuluran jika stok bekalan barangan makanan tidak mencukupi. Dalam konteks
ini, status sector pertanian menjadi keselamatan negara kerana bekalan
makanan uang diimport mungkin boleh diputuskan bila-bila masa sahaja
terutama ketika berlaku peperangan. Oleh sebab itu, keluaran hasil pertanian
makanan dalam sesebuah negara penting untuk menampung keperluan
makanan penduduk dalam negara berkenaan. Sebagai contoh, Malaysia dan
Indonesia amat bergantung kepada import berasdari Thailand.

Selain itu, sector pertanian menyumbang kepada pendapatan negara.


Sector pertanian, perladangan dan kebun kecil boleh memberikan sumbanagan
yang besar dalam mengugukan semula pendapatan eksport neraga khususnya
perladangan getah dan kelpa sawit. Negara Malaysia amat berpontensi untuk
menyatukan semula kedua-dua jenis tanaman tersebut apatah lagi negara kita
pernah muncul sebagai pengeluar minyak kelapa sawit terbesar dunia. Selain
getah dan kelapa sawit, tanaman seperti koko, nanas, teh, lada hitam atau
ternakan akuakultur boleh dikembangkan semula secara komersial.

Selain itu juga, sector pertanian telah membekalkan peluang pekerjaan


dan menyerap guna tenaga buruh diluar Bandar. Sungguhpun, sumbangan
sector pertanian kepada KDNK negara semakin merosot tetapi ia masih lagi
penting dalam konteks membekalkan peluang pekerjaan kepada penduduk luar
Bandar. Misalnya pada tahun 2000 sebanyak 1.838 juta penduduk bekerja dalam
sector guna tenaga dalam negara. Dengan adanya pekerjaan dalam sector
pertanian ini pendapatan perkapita penduduk desa dapat ditambahkan dan
seterusnya mengurangkan kadar kemiskinan di desa.

Safuan Abd Ghani 6AA


Kemajuan sektor perindustrian di Malaysia banyak digerakan oleh industri
yang berasaskan oleh bahan mentah pertanian seperti industri
pemprosesankelapa sawit menhasilkan barangan siap seperti sabun,lilin,majerin,
dan sebagainya. Selain itu, industri yang berasaskan getah yang mewujudkan
industri membuat sarung tangan,tayar,alat aksesori kereta dan sebagainya. Di
Malaysia, sesetengah industri ini diletakan di bawah skim Industri Kecil
Sederhana (IKS). Kemajuan industri ini bergatung sepenuhnya kepada sector
pertanian kerana bahan mentahnya adalah daripada sumber pertanian. Tanpa
bahan mentah pertanian, firma –firma dalam industri tersebut tdak boleh
beroperasi.

C) kenal pasti langkah-langkah yang diambil untuk membangunkan sector


pertanian dengan manpam.(10M)

Pelbagai langkah dan kaedah yang diambil untuk membangunkan sector


pertanian menjadi manpan. Antaranya ialah saiz tani yang tidak ekonomi
digabungkan secara bekelompok. Tanah - tanah yang kecil yang tidak ekonomik
perlu disatukan dibawah satu pengurusan yang sistematik ala mmini estet.
Penyataan ini bertujuan untuk menjamin usaha melestarikan dan pemodenan
sector pertanian yang lebih berkesan dapat dilaksanakan terutama bagi tanah –
tanah yang terbiar. Di bawah satu pengurusan, usaha membawa masuk input
pertanian moden penggunaan jentera yang canggih, usaha pengumpulan,
penggedaran dan pemasangan hasil pertanian dapat dijalankan dengan lebih
berkesan.

Selain itu, sediakan dana atau kemudahan kredit. Dana atau kemudahan
kredit kepada petani seperti skim kredit mikro yang dilaksanakan oleh Bank
Pertanian Malaysia disediakan bertujuan untuk membantu para petani yang
miskin di samping mewujudkan usahawan tani yang berdaya saing. Oleh sebab
itu, kerajaan tampil membantu para petani dengan memberikan skim pinjaman
kewanngan yang mudah serta kadar faedah yang rendah.

Selain itu juga, memberikan kemudahan subsidi kepada petani.


Kemudahan subsidi kepada petani seperti subsidi baja kimia, racun serangga,
dan subsidi harga hasil pertanian diberikan. Misalnya dalam sector padi sawah,
petani yang menjual hasil padi kepada BERNAS akan diberikan tambahan harga
sekali ganda daripada hasil yang dijual. Bantuan subsidi baja kimia, racun

Safuan Abd Ghani 6AA


serangga, dan jentera yang dibekalkan oleh Lembega Pertubuhan Peladang
(LPP).para petani boleh memiliki kemudahan yang disediakan ini dengan harga
yang lebih murah di samping mendapat tunjuk ajar di kakitangan LPP untuk
mengendalinya.

Promosi produk pertanian dijalankan sama ada di dalam negara atau di


luar negara secara berterusan. Majlis promosi Minyak Sawit Malaysia (MPOPC)
misalnya ditubuhkan utk mencari pasaran baru untuk kelapa sawit Malaysia.
Pasaran tempatan menpunyai kuasa beli yang terhad. Oleh sebab itu, kerajaan
telah memainkan peranannya menperluaskan pasaran ke luar negara. Kawasan
pasarannya baru seperti cina, negara Timur Tengah, negara- negara benua
Afrika dan negara Ocenia telah diterokai dengan menandatangani pelbagai
perjanjian persefahaman.

Selain itu, langkah melaksanakan konsep pertanian bersepadu juga


penting. Menyedari risiko terlalu bergantung kepada monokultur maka para
petani, pekebun, peladang dan peneroka disarankan agar mempelbagaikan
kegiatan pertanian di atas tapak tani yang sama. Tanaman getah dan kelapa
sawit di serata tempat haruslah seimbang dan menjalankan aktiviti sampingan
seperti menternak lembu, itik, ayam dan akuakultur. Kepelbagaian aktiviti
pertanian ini membolehkan petani memperolehi pendapatan dari sumber yang
pelbagai dan risiko akibat kejatuhan harga pada komoditi tertentu boleh
dielakkan.

Safuan Abd Ghani 6AA