Anda di halaman 1dari 16

Aplikasi Nilai Bitara UPSI: Integriti, Profesional dan Semangat Berpasukan | 97

UNIT 7
APLIKASI NILAI BITARA UPSI:
INTEGRITI, PROFESIONAL DAN SEMANGAT BERPASUKAN

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir unit ini, anda diharap dapat:


1. Menerangkan nilai Bitara UPSI: Integriti, Profesional dan Semangat Berpasukan.
2. Membincangkan petunjuk-petunjuk dalam nilai Bitara UPSI: Integriti, Profesional dan
Semangat Berpasukan.
3. Mengaitkan nilai Bitara UPSI: Integriti, Profesional dan Semangat Berpasukan dalam
Pembangunan Sahsiah guru.

7.1 PENGENALAN

“A man is, but the product of his thoughts what he thinks, he becomes”
“Manusia adalah produk daripada pemikirannya. Apa yang difikirannya, itulah jadinya”
(Mahatma Gandhi, 1869 – 1948)

Melihat sejenak daripada pernyataan di atas, apakah yang dapat anda fahami?
Pernyataan ini boleh dikaitkan dengan kepentingan mempelajari nilai-nilai yang
membentuk personaliti Bitara. Nilai-nilai Bitara yang terdiri daripada integriti, profesional, semangat
berpasukan, berorientasikan pelanggan, prihatin kebajikan anggota serta kreatif dan inovatif dapat
melahirkan individu yang bersahsiah tinggi dan mempunyai semangat jati diri yang kental.

K
ita sudah maklum bahawa manusia memainkan peranan penting dalam menggerakkan sesuatu
sistem. Sekiranya manusia tidak mempunyai kecekapan yang diperlukan, sesuatu sistem tersebut
tidak akan berjaya mencapai objektifnya walau sebaik mana sistem itu. Dalam konteks ini, sebuah
institusi persekolahan tidak akan maju sekiranya barisan gurunya tidak mempunyai kecekapan dan
kemahiran yang diperlukan. Guru mestilah menanamkan nilai-nilai yang tinggi di dalam diri mereka supaya
Aplikasi Nilai Bitara UPSI: Integriti, Profesional dan Semangat Berpasukan | 98

profesionalisma dan kredibiliti mereka sebagai warga akademik dapat dikekalkan dan dimantapkan. Nilai-
nilai tinggi ini juga mampu membantu menaikkan tahap kreativiti dan inovasi anda dengan melahirkan idea-
idea baru sama ada dalam sistem, adat, kaedah dan lain-lain. Bagaimanakah nilai-nilai ini terbentuk?

Rajah 7.1 Pembentukan nilai

Rajah 7.1 menggambarkan pembentukan nilai daripada faktor-faktor pendidikan, latihan, ekonomi, budaya,
pengalaman, kepercayaan, masyarakat dan persekitaran. Faktor kepercayaan misalnya menerangkan
kepercayaan kepada agama yang dianuti, tidak kiralah sama ada agama Islam, Buddha, Kristian atau
Hindu yang memberi penekanan untuk menjadi individu yang bermoral tinggi dan tidak melakukan
perlakuan yang boleh mendatangkan bahaya dan kejahatan kepada individu yang lain. Pernahkan anda
mendengar pepatah melayu orang dahulu kala ‘pengalaman mematangkan kita?’ Pengalaman
sememangnya memberikan kita ilmu yang kebanyakannya tidak dipelajari di sekolah. Antara faktor-faktor
pembentukan nilai tersebut, yang manakah paling banyak menyumbang dalam membentuk nilai peribadi
anda? Apakah faktor-faktor lain yang turut menyumbang dalam membentuk nilai diri anda?
Aplikasi Nilai Bitara UPSI: Integriti, Profesional dan Semangat Berpasukan | 99

Sebelum memulakan pengajaran dalam mengenali personaliti Bitara ini, mari kita tentukan
apakah personaliti anda. Kenal pasti personaliti anda dengan menggunakan soal-selidik
Jung Typology Test dengan melawati laman web di alamat http://www.humanmetrics.com/cgi-
win/JTypes2.asp. Selepas anda selesai, refleksi dapatan anda dengan menjawab soalan berikut:

a. Adakah keputusan yang diperoleh konsisten dengan bagaimana anda melihat diri anda sendiri?
b. Adakah dapatan tersebut dapat membantu anda dalam membaiki sikap personaliti anda?

7.2 APA ITU BITARA?

B
itara membawa maksud unik, unggul, tiada tolok bandingannya dan lain dari yang lain. Universiti
Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menggariskan 6 nilai yang membentuk personaliti Bitara yang mesti
dimiliki oleh staf dan juga para pelajarnya. 6 nilai yang telah dinyatakan tadi ialah: integriti,
profesional, semangat berpasukan, berorientasikan pelanggan, prihatin kebajikan anggota dan bersikap
kreatif dan inovatif.

Rajah 7.2 Nilai-nilai yang membentuk personaliti Bitara UPSI


Aplikasi Nilai Bitara UPSI: Integriti, Profesional dan Semangat Berpasukan | 100

7.3 VISI DAN MISI UPSI

Misi Universiti

Menjana dan menatar ilmu menerusi pengajaran, penyelidikan,


penerbitan, perundingan dan khidmat masyarakat, dalam konteks
pembangunan insan untuk mencapai wawasan negara.

Visi Universiti

Menjadi Universiti yang bitara, cemerlang dalam kepimpinan


pendidikan berlandaskan kegemilangan sejarah serta menerajui
perubahan global.

Rajah 7.3 Misi dan visi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

N
ilai-nilai Bitara dapat memantapkan dan menyokong misi dan visi UPSI seperti yang tertera di dalam
rajah di atas. Untuk mencapai misi di atas, UPSI berazam dan beriltizam:

a. Mengutamakan keikhlasan intelek dan kejujuran sikap dalam aktiviti meneroka sambil menyoal
kembali kebenaran yang telah diterima selama ini bagi menjana, mengembang dan memperdalam
ilmu
b. Mewujudkan kesinambungan sumbangan yang berterusan bagi membangun dan memperkaya
ilmu terutamanya menerusi bahasa Melayu dalam pelbagai bidang
c. Menatar dan berkongsi ilmu melalui aktiviti-aktiviti kesarjanaan, termasuk perangkaian maklumat,
pendidikan, penerbitan dan perundingan dalam dan luar negara
d. Membina potensi individu bagi menjadikannya berilmu, berketerampilan, berbakat tinggi, berakhlak
mulia dan bersemangat patriotis
e. Menggerakkan komunitinya supaya lebih prihatin betapa perlunya mereka menyumbang khidmat
kepada masyarakat dan negara, terutama ke arah pemupukan semangat patriotis dan nasionalisis
untuk membina sebuah bangsa Malaysia dan menyumbang kepada kesejahteraan sejagat.
(dipetik daripada laman web rasmi Universiti Pendidikan Sultan Idris, 2011)
Aplikasi Nilai Bitara UPSI: Integriti, Profesional dan Semangat Berpasukan | 101

Di dalam unit 7 ini, tiga nilai Bitara akan diterangkan dengan mendalam manakala tiga nilai lagi akan
dibincangkan dalam modul 8. Secara ringkasnya, nilai-nilai ini Bitara ini dapat diterangkan seperti dalam
rajah di bawah.

Rajah 7.4 Nilai Bitara Integriti, Profesional dan Semangat Berpasukan

7.4 APA ITU NILAI BITARA UPSI 1: INTEGRITI?

I
ntegriti adalah suatu kualiti yang dimiliki secara konsisten bagi mendokong prinsip moral tinggi atau
tahap profesionalisma. Ianya merupakan satu kesatuan yang tidak boleh dipisahkan, yang sempurna
dan tidak boleh dirosakkan. Secara ringkasnya, ia adalah suatu pemilikan kualiti yang konsisten
Aplikasi Nilai Bitara UPSI: Integriti, Profesional dan Semangat Berpasukan | 102

Sebagai contoh, amalan belajar adalah sebahagian daripada ibadah kita umat Islam di mana
sesungguhnya setiap amal itu bermula dengan niat. Segala pemikiran, amalan dan tingkah laku ialah
ibadah jika dilakukan dengan niat kerana Allah S.W.T. Intailah keredhaan Tuhan setiap masa. Ini juga
termaktub di dalam perkara pertama Rukun Negara kita iaitu Kepercayaan kepada Tuhan yang perlu
dipatuhi oleh semua rakyat Malaysia. Ibadah juga membawa maksud membuat segala perkara yang baik
dalam kehidupan seharian. Kita mestilah ingat bahawa Tuhan melihat kita setiap masa, oleh itu kita jangan
sekali-kali melakukan perbuatan yang mungkar. Didiklah diri kita untuk meredhai semua ketentuan-Nya
dan mengaturkan kehidupan mengikut sunnah nabi. Hindari segala keburukan, maksiat, kejahatan dan
segala perlakuan yang merosakkan diri kita dan juga orang lain.

Rajah 7.5 Nilai Integriti

Sebagai ahli akademik dan guru, personaliti Bitara memainkan peranan penting untuk menjamin
masa depan yang cemerlang di UPSI. Dalam membentuk personaliti Bitara ini, nilai integriti mempunyai
empat petunjuk iaitu bersikap adil, amanah, akauntabiliti dan telus.

Petunjuk Adil: Guru memulakan dan menamatkan kuliah tepat pada masanya dan dalam tempoh yang
telah ditetapkan. Guru tidak menggunakan masa yang sepatutnya untuk “mencuri tulang” atau membuang
masa dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak berkaitan dengan hal akademik.

Petunjuk Amanah: Bersikap amanah tentunya adalah dengan menyampaikan fakta yang benar dalam
pembelajaran. Guru juga menjalankan perundingan dengan murid-murid mengikut jadual yang ditetapkan.
Guru digalakkan supaya membuat jadual waktu mengandungi masa konsultasi yang telah ditetapkan dan
memaklumkan masa tersebut kepada murid-murid. Dengan demikian, pihak guru dan murid-murid dapat
mengaturkan sistem perundingan dengan lebih berkesan melalui perancangan yang telah ditetapkan. Guru
juga tidak menciplak harta intelek orang lain dan menjaga serta menyayangi harta dan kemudahan
universiti dengan amanah. Di Malaysia, menciplak harta intelek orang lain masih lagi dipandang remeh dan
sekiranya dikenakan tindakan, hukuman yang dikenakan sangat minimum. Di negara yang sudah maju
sistem akademiknya, menciplak harta intelek orang lain boleh dikenakan hukuman berat dan boleh
Aplikasi Nilai Bitara UPSI: Integriti, Profesional dan Semangat Berpasukan | 103

digantung status profesion akademik seseorang. Sebagai contoh di Amerika Syarikat, untuk menggunakan
soal selidik yang dibangunkan oleh ahli akademik yang lain, adalah wajib untuk meminta izin dan
membayar sejumlah wang sebelum menggunakannya. Setelah persetujuan dicapai oleh kedua-dua pihak,
soal selidik bolehlah digunakan tanpa adanya isu etika. Hal Ini juga sama dengan menggunakan isi-isi
penting di dalam artikel individu yang lain di mana hasil kerja mereka haruslah diberi akreditasi jika tidak,
kita akan dikenakan hukuman plagiarism. Ini juga selaras dengan tuntutan guru yang lain iaitu tidak
menyalahgunakan kedudukan sebagai ahli akademik untuk kepentingan diri sendiri.

Sepanjang pengalaman anda sebagai guru, kongsikan bersama pengalaman anda tentang sikap negatif ini
sekiranya ada.

Petunjuk Telus: Petunjuk seterusnya untuk nilai integriti ialah bersikap telus. Guru mestilah melaksanakan
proses pelaksanaan (kursus dan praktikum) secara adil dan telus mengikut skema dalam tempoh masa
yang ditetapkan.

Petunjuk Akauntabiliti: Guru juga harus mempamerkan sikap akauntabiliti dengan melaksanakan proses
pengajaran dan pembelajaran mengikut rancangan instruksi yang ditetapkan. Sekiranya guru diarah
menjalankan penyelidikan, ianya haruslah disempurnakan mengikut masa yang ditetapkan. Segala arahan
dan peraturan daripada pihak institusi haruslah dipatuhi dan anda mestilah bertanggungjawab ke atas
kesalahan yang dilakukan oleh diri sendiri dan tidak menyalahkan mana-mana pihak.

Berikan sebab-sebab kenapa mempunyai semangat integriti itu penting dengan anda sebagai
mahasiswa UPSI serta guru di sekolah.

Mahasiswa UPSI Guru Sekolah


Aplikasi Nilai Bitara UPSI: Integriti, Profesional dan Semangat Berpasukan | 104

7.5 APA ITU NILAI BITARA UPSI 2: PROFESIONAL?

Apakah yang anda bayangkan sebelum menjejaki UPSI? Apa yang anda cita-citakan di sini?

Rajah 7.6 Nilai Professional

P
rofesional merujuk kepada kemampuan dan kemahiran dalam profesion serta melibatkan
kemahiran dan kecekapan. Nilai ini membawa maksud melatih diri agar mencapai tahap
kompetensi yang dikehendaki. Apakah tahap kompetensi yang dikehendaki dalam profesion
anda? Tidak kiralah sebagai warga UPSI mahupun sebagai guru sekolah, anda haruslah
menunjukkan minat yang mendalam untuk mempelajari perkara baru dan mengikuti sesi pembelajaran dan
pengajaran dengan sepenuhnya. Hasil tugasan perlu meningkat secara berterusan. Tahukah anda bahawa
hampir semua syarikat swasta kini memastikan setiap pekerja menghasilkan tugasan yang berterusan dan
sekiranya tidak memenuhi piawaiannya, pekerja tersebut akan ditamatkan kontrak. Ini juga berlaku di
syarikat-syarikat besar dunia seperti Google dan rangkaian terbesar Facebook. Facebook sebagai
contohnya memerlukan setiap pekerja berfikiran kreatif dan inovatif (petunjuk ini akan dibincangkan lebih
mendalam di Modul 8) dengan menghasilkan idea pada aplikasi dan paparan yang bernas dari masa ke
semasa. Hal ini demikian kerana mereka sedar bahawa dunia internet bertambah maju dan para pengguna
akan berasa bosan sekiranya menggunakan aplikasi yang sama. Tentu anda sedar apabila laman
sesawang Facebook anda kerap berubah dan aplikasinya juga makin bertambah.
Aplikasi Nilai Bitara UPSI: Integriti, Profesional dan Semangat Berpasukan | 105

Bagaimana anda ingin memastikan supaya hasil usaha anda sebagai guru bukan sahaja
berterusan malah makin bertambah? Bincangkan idea-idea bernas anda ini di dalam forum
myGuru bersama rakan-rakan guru yang lain. Anda bukan sahaja dapat bertukar-tukar pendapat malah
dapat mengenali rakan sekelas anda.

Anda juga harus mahirkan diri anda dengan setiap tugasan. Ajar dan latih rakan-rakan anda yang belum
mahir. Ajak mereka supaya kemahiran dapat ditingkatkan untuk memperkemaskan diri mereka dalam
mengharungi dunia globalisasi kini. Rancang juga peningkatan usaha anda berterusan. Sekiranya hasil
tugasan adalah di bawah standard, hentikan segera dan cuba baiki kesilapan dan kelemahan yang
dilakukan. Kita diajar supaya tidak iri hati terhadap kelebihan orang lain. Tetapi, perasaan iri hati secara
positif boleh meningkatkan kemahiran dan kecekapan kita. Jika orang lain boleh, kenapa kita tidak boleh?
Tiada apa yang mustahil pada masa kini, semuanya dapat dicipta dengan berbekalkan usaha yang lebih
dan semangat yang jitu. Pernahkan anda dengar pepatah orang Inggeris, impossible is only a word?

Nilai profesional mempunyai empat petunjuk iaitu beretika, iltizam, cinta ilmu dan kompeten.

Petunjuk Beretika: Guru mestilah sentiasa mengutamakan kepentingan organisasi. Berdasarkan konteks
ini, organisasi adalah sekolah kita. Maruah guru yang lain sebagai rakan sekerja dan murid-murid juga
mesti dijaga. Ini termasuk tidak mengaibkan markah murid-murid kepada umum dan tidak bercakap
sumbang di belakang mereka. Ingatlah bahawa kita juga pernah menjadi seorang pelajar dan sudah pasti,
segala maklumat peribadi yang memalukan kita, tidak mahu diketahui umum. What you give, you get
back. Apa yang tidak mahu berlaku kepada orang lain, janganlah kita sekali-kali membuatnya.

Petunjuk Iltizam: Bersikap iltizam atau komited adalah menjalankan tugasan dengan penuh semangat
dan dedikasi. Skop tugasan guru adalah pengajaran dan pembelajaran. Tugasan ini perlu dirancang dan
dilaksanakan dengan terperinci dan teliti. Guru perlu melaksanakan tugasan dan tanggungjawab dengan
sepenuh hati tanpa mengira masa. Sebagai contoh, anda mungkin dikehendaki menjalankan aktiviti pada
hujung minggu. Usahlah menganggapnya sebagai beban yang amat berat tetapi fikirkannya sebagai bukan
selalu dan adalah sebahagian daripada tugas anda untuk menyampaikan ilmu kepada murid-murid anda.
Pastikan juga potensi diri dapat dipupuk dan direalisasikan. Jadikan diri anda sebagai contoh dan teladan
kepada rakan sekerja terutamanya murid-murid.

Petunjuk Cinta Ilmu: Guru kini dikehendaki menjalankan penyelidikan dalam bidang tugas mereka. Maka
penyelidikan haruslah dijalankan dengan sempurna di samping menghadiri sekurang-kurangnya dua
wacana ilmu setahun untuk menghasilkan tugasan dalam pelbagai bentuk. Kaedah tugasan yang
digunakan mestilah mengutamakan sumber maklumat. Berdasarkan cara ini, anda dapat melaksanakan
strategi yang boleh membangunkan minda murid-murid dan diri sendiri. Pada era globalisasi ini, kita adalah
life-long learner ataupun pelajar sepanjang hayat. Tidak kiralah sama ada di pihak pelajar ataupun
pengajar, kita perlu menerapkan amalan ini dalam setiap langkah pekerjaan yang dilakukan. Rangkaian
dengan rakan sekerja dan murid-murid juga dibina dan pastikan diri selalu membaca dan mencari sendiri
Aplikasi Nilai Bitara UPSI: Integriti, Profesional dan Semangat Berpasukan | 106

maklumat. Anda perlu meningkatkan kualiti pencapaian anda dan menganggap tempat anda belajar dan
berkhidmat sebagai tempat yang sempurna dalam mencari ilmu pengetahuan.

Petunjuk Kompeten: Mempunyai sikap kompeten adalah dengan menyiapkan tugasan yang berkualiti dan
efisyen dalam jangka masa yang ditetapkan. Anda juga harus mencapai tahap kecekapan dalam tempoh
yang ditentukan. Sebagai contoh, memastikan pembelajaran yang disampai kepada murid-murid, dapat
difahami dengan baik dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian mereka. Anda juga digalakkan
menyampaikan ilmu dan kemahiran baru kepada rakan sekerja dan murid-murid. Tidak semestinya anda
sebagai guru hanya menggunakan rangka instruksi dan rangka kursus yang dahulu. Untuk memastikan
pembelajaran anda adalah bersifat kontemporari dan sepanjang zaman, anda harus meningkatkan dan
memperkemas diri anda dengan ilmu dan kemahiran baru yang relevan dengan tajuk pembelajaran anda.

Adakah anda bersetuju dengan hujah petunjuk kompeten ini? Mengapa menguasai ilmu dan
kemahiran baru adalah penting bagi diri anda?

Cabaran kerjaya semakin meningkat dari semasa ke semasa. Sila isikan ruangan kosong
A pendekatan dulu dan cabaran kini untuk aspek kerjaya. Kemudian, bandingkan jawapan anda
dengan jawapan di belakang. Selamat mencuba.

Aspek Kerjaya Pendekatan Dulu Cabaran Kini


Tugasan Specialist
Kemahiran Kerja Single-Skilling Multi-Skilling
Beban Kerja Lagi Berat
Rakan Kerja Ramai Berkurang
Kaedah Kerja Kumpulan Sendiri
Gaya Kepimpinan Empower
Kepimpinan Ketua
Situasi Kerja Merit

Jadual 7 Pendekatan dulu dan kini dalam aspek kerjaya

Bolehkah anda fikirkan bagaimana anda hendak memajukan diri anda dalam era globalisasi
yang mencabar ini?
Aplikasi Nilai Bitara UPSI: Integriti, Profesional dan Semangat Berpasukan | 107

7.6 APA ITU NILAI BITARA UPSI 3 : SEMANGAT BERPASUKAN?

Rajah 7.8 Nilai Semangat Berpasukan

S
emangat berpasukan adalah sekelompok modal insan yang bekerja tolong-menolong di bawah
satu kepimpinan, untuk mencapai suatu matlamat dalam jangka masa tertentu dan menggunakan
kaedah tertentu. Setiap ahli kumpulan mestilah saling menghormati dan mengelak daripada
bercakap buruk atau fitnah dibelakang antara satu sama lain. Amalkan sikap bekerjasama dalam membuat
sesuatu keputusan dan bertolak-ansur antara ahli kumpulan. Dengan menganggap mereka sebagai ahli
keluarga sendiri, ianya menjadi mudah untuk menegur secara hikmah rakan yang terpesong daripada
norma kumpulan. Anda juga perlu mengingati setiap kebaikan rakan kumpulan dan sumbangan yang
mereka berikan.

Terdapat empat petunjuk untuk nilai semangat berpasukan iaitu muafakat, fokus matlamat, hormat-
menghormati dan bangga UPSI.

Petunjuk Muafakat: Mempunyai sikap muafakat dalam kerja berkumpulan dapat menyelesaikan masalah
secara bersama. Dalam kalangan ahli rakan sekumpulan, salah faham dan prasangka dapat dielakkan.
Galakkan dan bantuan juga dapat diberikan kepada rakan sekumpulan dalam meningkatkan pencapaian
akademik. Selain itu, murid junior yang kurang pengalaman juga dapat dibimbing serta diberi peluang
kepada mereka untuk turut serta dalam kegiatan akademik. Walaupun murid junior tiada di dalam sesuatu
kelas, anda sebagai guru boleh membantu murid-murid yang kurang pengalaman untuk terlibat dalam
kumpulan yang lebih berpengalaman. Anda juga digalakkan untuk menyatukan murid-murid yang berlainan
agama, bangsa dan budaya supaya persefahaman, budaya ilmu dan corak pemikiran dapat diintegrasikan.

Pada pendapat anda, apakah kebaikan lain yang boleh menyokong kenyataan di atas? Sila
berikan hujah anda dalam bentuk senarai ringkas dan muat naik jawapan anda di dalam
myGuru.
Aplikasi Nilai Bitara UPSI: Integriti, Profesional dan Semangat Berpasukan | 108

Petunjuk Fokus Matlamat: Ahli kumpulan mestilah berkerjasama dalam melaksanakan tugas demi
menaikkan reputasi UPSI. Visi dan misi UPSI seperti yang telah dibincangkan di atas, haruslah dipegang
dan dilaksanakan oleh setiap staf dan pelajar. Matlamat jangka masa pendek dan panjang perlu dirancang
dan ditetapkan sebagai satu langkah keberkesanan dalam pencapaian.

Petunjuk Hormat-Menghormati: Sikap hormat-menghormati haruslah ditanamkan di dalam setiap ahli


kumpulan untuk memupuk dan mengamalkan sikap saling mempercayai dalam kalangan rakan
sekumpulan. Berikan penghormatan yang selayaknya kepada rakan kumpulan tanpa mengira usia,
seniority dan tahun pengajian. Menghormati hak dan keistimewaan orang lain adalah sikap utama yang
dapat menangani masalah konflik dan salah faham di dalam kumpulan. Anda sebagai guru juga, harus
menghormati murid-murid dengan menggunakan bahasa yang sesuai, tidak menyalahgunakan kuasa dan
memberikan penilaian yang sewajarnya. Penulis mempunyai pengalaman di Amerika Syarikat di mana
gurunya sendiri mengucapkan maaf apabila kesalahan secara tidak sengaja dilakukan dan bertukar
pendapat dengan pelajar dalam menjalankan aktiviti pembelajaran yang lebih efektif dan bermakna kepada
pelajar. Perlu diingatkan bahawa murid-murid adalah pelanggan kita dan menjadi kewajipan kita untuk
menyediakan perkhidmatan yang berkesan kepada mereka. Perkara ini akan dijelaskan dengan lebih lanjut
dalam modul 8.

Rajah 7.9 Semangat berpasukan tanpa mengira etnik

Petunjuk Bangga UPSI: Anda mestilah menanamkan sikap rasa bangga terhadap UPSI dengan
mempromosi kehebatan dan pencapaian UPSI di bidang akademik kepada umum. Sebagai contoh, pelajar
menguar - uarkan zaman kegemilangan Sultan Idris Teaching College pada tahun 1924 yang terkenal
sebagai sebuah maktab yang melahirkan ramai tokoh-tokoh guru terkemuka seperti Zainal Abidin Ahmad
atau lebih dikenali sebagai Za’ba. Usaha membina peradaban bangsa menerusi penggunaan bahasa
Aplikasi Nilai Bitara UPSI: Integriti, Profesional dan Semangat Berpasukan | 109

Melayu yang meninggikan bahasa ibunda juga dimulakan pada era ini. Anda juga harus memelihara dan
mempertahankan imej nama baik UPSI dan berkongsi kejayan dan kegagalan dengan UPSI.

7.7 APA ITU MODEL PEMBANGUNAN PASUKAN?

M
odel Pembangunan Pasukan atau Team Developmental Model dibina oleh T.W. Tuckman pada
tahun 1965. Model ini terdiri daripada empat tahap iaitu Pembentukan (Forming), Saat Kebenaran
(Storming), Penerimaan (Norming) dan Pencapaian (Performing).

Rajah 7.10 Model Pembangunan Berpasukan

Model Pembangunan Berkumpulan ini membantu menjelaskan perkembangan dan tingkahlaku kumpulan
bermula daripada tahap pembentukan sehingga matlamat kumpulan dicapai. Model ini juga menerangkan
setiap langkah yang dibina adalah berdasarkan tahap terdahulu dan sebagai persiapan untuk langkah
seterusnya. Cara-cara pembentukan keputusan, penyelesaian masalah dan tingkah laku kepimpinan
dapat dilihat dengan mendalam melalui penggunaan model ini.
Aplikasi Nilai Bitara UPSI: Integriti, Profesional dan Semangat Berpasukan | 110

7.8 BAGAIMANA UNTUK MENANAMKAN SIKAP INTERPERSONAL YANG TINGGI?

H
ormati rakan sekumpulan anda kerana dia juga merupakan seorang manusia seperti anda yang
tidak pernah mungkin lari daripada melakukan kesilapan. Hormati kelebihan dan akui
kelemahannya. Tunjukkan sikap ambil berat anda kepada mereka dengan menganggap mereka
sebagai ahli keluarga anda sendiri. Kenal pasti dan fahami masalah rakan kumpulan anda. Jika anda
mempunyai kepakaran yang lebih dari rakan kumpulan yang lain, tunjukkan kaedah kerja yang sesuai.
Tekankan kepada kaedah menjalankan tugasan untuk meningkatkan prestasi diri dan kumpulan dalam
mencapai objektif. Sediakan ‘Laluan Kerja’ atau ‘Laluan Hidup’ untuk memastikan kelancaran kerja
kumpulan masing-masing. Ikhlas terhadap segala tindak tanduk anda kepada rakan kumpulan.

7.9 SETIA PADA ORGANISASI

S ebagai pelajar UPSI, anda seharusnya menunjukkan rasa setia dan sayang kepada UPSI. Elakkan
daripada bercakap perkara negatif mengenai UPSI. Sekiranya terbit permasalahan atau konflik,
adakan mesyuarat kerana komunikasi adalah kunci mencapai persefahaman. Ingat, UPSI adalah
keluarga besar anda dan anda perlu mempertahankan maruah UPSI sepanjang masa.

Apakah yang menyebabkan semangat berkumpulan itu penting bagi anda di peringkat
kumpulan tugasan dan di peringkat mahasiswa UPSI?

_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
Aplikasi Nilai Bitara UPSI: Integriti, Profesional dan Semangat Berpasukan | 111

RUMUSAN

1. Bitara bermaksud unik, unggul, lain dari yang lain dan tiada tolok bandingannya. Terdapat enam
nilai yang membentuk personaliti Bitara UPSI. Integriti, profesional, semangat berpasukan,
berorientasikan pelanggan, prihatin kebajikan anggota dan kreatif serta inovatif.

2. Terdapat empat petunjuk untuk nilai integriti iaitu adil, amanah, telus dan akauntabiliti. Nilai ini
adalah suatu kualiti yang dimiliki secara konsisten mendokong prinsip moral yang tinggi.

3. Terdapat empat petunjuk untuk nilai profesional iaitu iltizam, cinta ilmu, kompeten dan beretika.
Nilai ini merujuk kepada kemahiran dan kemampuan melaksanakan tanggungjawab di dalam
profesion.

4. Terdapat empat petunjuk untuk nilai semangat berpasukan iaitu muafakat, fokus matlamat,
hormat-menghormati dan bangga UPSI. Nilai ini terbit apabila ahli kumpulan berkerjasama dalam
satu kumpulan untuk mencapai sesuatu matlamat dalam jangka masa tertentu menggunakan
kaedah tertentu.

KATA KUNCI

1. Nilai Personaliti Bitara 6. Menyampaikan dapatan


2. Integriti
3. Profesional
4. Semangat Berpasukan
5. Membuat kesimpulan

PENILAIAN KENDIRI

1. Dengan menggunakan perkataan sendiri, huraikan apa yang dimaksudkan dengan Bitara dan nilai-
nilainya?
2. Senaraikan empat petunjuk utama bagi integriti dan kesan yang akan dialami sekiranya tidak
mempunyai semangat integriti yang kukuh.
3. Jelaskan tahap-tahap Model Pembangunan Berkumpulan dan kepentingan setiap tahap kepada
penubuhan kumpulan.
Aplikasi Nilai Bitara UPSI: Integriti, Profesional dan Semangat Berpasukan | 112

RUJUKAN

HumanMetrics. (1988). Jung Typology Test. Dimuat turun daripada http://www.humanmetrics.com/cgi-


win/JTypes2.asp pada 10 Februari 2011.

Oregon Small School Initiative (2010). Tuckman’s Team Developmental Model. Dimuat turun daripada
http://www.e3smallschools.org/ pada 10 Februari 2011.

Universiti Pendidikan Sultan Idris (2011). Visi, Misi dan Matlamat. Dimuat turun daripada
http://www.upsi.edu.my/ pada 10 Februari 2011.

JAWAPAN

Aspek Kerjaya Pendekatan Dulu Cabaran Kini


Tugasan Specialist Generalist
Kemahiran Kerja Single-Skilling Multi-Skilling
Beban Kerja Berat Lagi Berat
Rakan Kerja Ramai Berkurang
Kaedah Kerja Kumpulan Sendiri Matriks
Gaya Kepimpinan Kawal/ Selia Empower
Kepimpinan Ketua Facilitator
Situasi Kerja Jaminan Kerajaan Merit