Anda di halaman 1dari 41

SMK KOMPLEKS MENGABANG

TELIPOT, 21030 KUALA NERUS,


TERENGGANU

MODUL SEJARAH DUNIA (1500-1955)


940/1
SEMESTER 1

TEMA 4 : NASIONALISME DAN


PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA
1. Huraikan faktor-faktor yang menyebabkan tercetusnya Perang Candu Pertama 1839-
1842 (STPM 2017)

Pengenalan
Perang Candu Pertama (1839-1842) juga dikenali sebagai Peperangan Inggeris-China
Pertama. Peperangan ini tercetus ekoran daripada pertembungan antara dua kebudayaan yang
bertentangan. Pertembungan budaya ini boleh dilihat dari aspek konsep perdagangan yang
bertentangan, sekatan kerajaan China terhadap perdagangan asing, sistem hubungan
antarabangsa yang bertentangan, pertentangan undang-undang , kekejaman undang-undang
China , kemasukan candu dan tindakan Lin Tsu -Hse. Peperangan ini menandakan dinasti
Manchu telah mengalami kemerosotan dan menyebabkan kuasa-kuasa Barat mula bertapak di
negara China.

1. PERTENTANGAN KONSEP UNDANG-UNDANG


Konsep undang-undang yang bertentangan juga merupakan faktor yang menyebabkan
tercetus perang antara China dengan Inggeris. Mengikut konsep undang-undang China,
seseorang itu dianggap bersalah sehingga ia dapat membuktikan bahawa ia tidak bersalah.
Manakala konsep undang-undang Barat pula menekankan bahawa seseorang itu tidak bersalah
sehingga kesalahannya dapat dibuktikan. Pertentangan dalam konsep undang-undang China dan
Barat menyebabkan hubungan antara China dengan Inggeris menjadi bertambah buruk.

2. KEKEJAMAN UNDANG-UNDANG CHINA


Orang Barat menganggap undang-undang China bersifat tidak adil dan amat kejam.
Pada tahun 1784, seorang kelasi kapal Lady Hughes telah melepaskan tembakan hormat apabila
sampai di Whampoa yang menyebabkan seorang Cina terbunuh. Kelasi berkenaan telah dicekik
sehingga mati tanpa sebarang perbicaraan apabila diserahkan kepada kerajaan China. Pada bulan
Julai 1839, kelasi-kelasi Inggeris yang mabuk telah membunuh seorang Cina bernama Lin Wei-
hsi. Kerajaan China menuntut agar pesalah tersebut diserahkan kepadanya manakala pihak
Inggeris enggan berbuat demikian. Perkembangan ini menyebabkan hubungan antara Inggeris
dengan China menjadi semakin tegang.

3. KONSEP PERDAGANGAN YANG BERTENTANGAN


Kerajaan China dan negara-negara Barat mengamalkan konsep perdagangan yang
bertentangan. Kerajaan China tidak berminat untuk mengadakan hubungan perdagangan
dengan negara-negara Barat kerana negara China mampu memenuhi keperluannya dan sumber
ekonomi utamanya berasaskan pertanian.Tambahan pula, masyarakat China menganggap aktiviti
perdagangan sebagai kegiatan yang hina. Sebaliknya, masyarakat Barat pula berpegang kepada
dasar perdagangan bebas. Negara-negara Barat berlumba-lumba untuk mendapatkan pasaran
dan bahan mentah untuk kilang-kilang yang muncul ekoran Revolusi Perindustrian.Terdapat
permintaan yang tinggi bagi barangan China seperti teh dan sutera di Britain.

4. SEKATAN TERHADAP PERDAGANGAN ASING


Faktor seterusnya yang menyebabkan tercetus Perang Candu Pertama ialah sekatan yang
dikenakan oleh kerajaan China terhadap perdagangan asing. Pada tahun 1757, Maharaja Chien
Lung mengeluarkan perintah bahawa pedagang-pedagang asing hanya dibenarkan berdagang di
pelabuhan Canton. Tambahan pula, pedagang-pedagang asing tidak dibenarkan membawa
anggota keluarga mereka ke pelabuhan Canton. Setelah selesai menjalankan urusan perniagaan
di Canton, mereka dikehendaki kembali ke Macao. Di samping itu, pedagang-pedagang asing
dibenarkan untuk menjalankan urusan perdagangan melalui kesatuan saudagar China yang
dikenali sebagai Co-hong. Selain itu, tindakan kerajaan China mengenakan cukai-cukai yang
tinggi menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan pedagang-pedagang asing.
5. KEMASUKAN CANDU
Faktor serta-merta yang menyebabkan tercetus Perang Candu Pertama ialah tindakan
orang Inggeris membawa masuk bekalan candu ke negara China. Orang Inggeris menjual candu
bagi mengimbangkan perdagangan teh dengan negara China. Antara tahun 1821 hingga 1839,
jumlah candu yang diimport telah meningkat daripada 4244 buah peti kepada 40 200 buah peti.
Perkembangan ini telah mengakibatkan imbangan perdagangan yang tidak menguntungkan
negara China. Tambahan pula pengimportan candu menyebabkan pengaliran keluar wang perak
yang telah menjejaskan ekonomi negara China. Kerajaan China menentang pengimportan candu
kerana menjejaskan kesihatan dan menimbulkan masalah sosial dalam kalangan penduduk
negara China.

6. PERTENTANGAN BUDAYA
Pertentangan budaya antara negara China dengan negara-negara Barat juga merupakan
faktor yang menyebabkan Perang Candu Pertama. Negara China menganggap dirinya sebagai
'Chung Kao' atau pusat dunia yang bertamadun. Maharaja China menganggap dirinya sebagai
anak syurga dan pemerintah sejagat. Orang Cina menganggap orang Barat sebagai orang gasar
yang tidak bertamadun. Negara China juga menganggap negara-negara Barat bertaraf rendah dan
tidak mahu menjalinkan hubungan diplomatik atas dasar persamaan taraf. Dalam pada itu,
negara China menganggap semua duta Barat sebagai pembawa ufti yang harus Kowtow, iaitu
melutut tanda hormat dihadapan Maharaja. Percubaan British menghantar utusan yang diketuai
oleh George Macartney (1793) dan Lord Amherst (1816) ke Peking untuk menuntut perwakilan
diplomatik dan syarat-syarat perdagangan yang liberal menemui kegagalan. Pertentangan budaya
dan keengganan negara China untuk mengadakan hubungan diplomatik dengan Britain atas
dasar sama taraf telah memaksa Britain menggunakan kekerasan.

7. TINDAKAN LIN TSU-HSE


Tindakan drastik yang diambil oleh Lin Tsu-Hse bagi menghapuskan perdagangan
candu telah menyebabkan tercetus perang antara kerajaan China dengan Inggeris. Pada tahun
1839, Maharaja China telah melantik Lin Tsu-Hse sebagai pesuruhjaya imperial untuk
menghapuskan perdagangan candu. Pada 18 Mac 1839, Lin Tse-hsu telah mengeluarkan titah
perintah meminta orang asing supaya menyerahkan semua candu kepada kerajaan China dan
memberi akuan untuk tidak membawa masuk candu ke negara China. Ekoran daripada titah
perintah tersebut, Kapten Charles Elliot menyerahkan 20 283 buah peti candu kepada kerajaan
China untuk dimusnahkan. Namun demikian, Inggeris enggan memberi surat akuan untuk tidak
membawa masuk candu ke negara China. Perkembangan ini telah menyebabkan Kapten Elliot
bertindak menyerang Chuenpi pada bulan November 1839. Kerajaan Britain menjadikan
peristiwa candu sebagai alasan untuk mengisytiharkan perang ke atas negara China.

KESIMPULAN
Pertembungan budaya yang bertentangan memang merupakan faktor utama yang
menyebabkan tercetus Perang Candu 1839-1842. Namun isu candu menjadi faktor semerta yang
mencetuskan perang candu Pertama ini. Perang ini menyebabkan kuasa-kuasa Barat mula
bertapak dan meluaskan pengaruh di China. Perang ini juga telah menjejaskan maruah dan
kedaulatan China kerana telah dipaksa menandatangani perjanjian dengan kuasa-kuasa Barat.
2. Bincangkan kesan Perang Candu Pertama (1839-1842) dalam bidang politik dan ekonomi
China.

Pendahuluan

Perang Candu Pertama (1839-1842) juga dikenali sebagai Perang Inggeris-China Pertama.
Peperangan ini tercetus ekoran pertembungan antara dua kebudayaan yang bertentangan.
Peperangan ini telah menyebabkan kuasa-kuasa Barat bertapak dan mengukuhkan kedudukan
mereka di China.Sememangnya Peperangan ini meninggalkan kesan yang amat mendalam dalam
bidang politik dan ekonomi.

Kesan politik

1. Kedaulatan negara terjejas


Perang Candu Pertama menjejaskan maruah dan kedaulatan China. China terpaksa
menandatangani beberapa perjanjian dengan kuasa-kuasa Barat. Contohnya Perjanjian Nanking.
Melalui perjanjian tersebut, China terpaksa memberi konsesi kepada kuasa-kuasa Barat. Selain
itu ,pedagang-pedagang Barat diberi kebebasan untuk berdagang tanpa sebarang sekatan di
pelabuhan-pelabuhan perjanjian iaitu Canton, Amoy Foochow, Ningpo Shanghai Perkembangan ini
menunjukkan kerajaan China terpaksa akur kepada tekanan dan desakan kuasa-kuasa Barat.

2. Perjanjian dengan kuasa-kuasa Barat

Selain Perjanjian Nanking, China terpaksa menandatangani perjanjian-perjanjian lain dengan


kuasa- kuasa Barat.Antara perjanjian-perjanjian yang ditandatangani oleh China dengan kuasa-kuasa
Barat ialah Perjanjian Tambahan Bogue (British), perjanjian Wanghia (Amerika Syarikat) dan
perjanjian Whampoa (Perancis). China juga terpaksa menandatangani perjanjian dengan Norway,
Sweden dan Rusia.Perjanjian-perjanjian ini telah dipaksa oleh kuasa-kuasa Barat terhadap China.

3. Dasar tutup pintu tamat


Perjanjian Nanking menyebabkan dasar tutup pintu yang diamalkan oleh China tamat.
Sebaliknya, China terpaksa buka pintu kepada kuasa-kuasa Barat yang ingin menjalankan aktiviti
perdagangan dengan bebas tanpa sekatan. China terpaksa menjalin hubungan politik, ekonomi dan
undang-undang dengan kuasa-kuasa Barat berdasarkan prinsip sama taraf.

4. Kemerosotan kerajaan Manchu.


Perang Candu Pertama menyebabkan kerajaan Manchu mengalami kemerosotan yang amat
ketara. Kekalahan China dalam perang tersebut menunjukkan bahawa kerajaan Manchu tidak
mempunyai keupayaan untuk menghadapi kemaraan kuasa-kuasa Barat. Kelemahan Kerajaan
Manchu menyebabkan rakyat mula menentang kerajaaan hingga tercetusnya Pemberontakan
Taiping.

5. Kemunculan Gerakan Menguatkan Diri.

Perjanjian Nanking menunjukkan kelebihan kuasa-kuasa Barat dalam bidang sains dan
teknologi. Barat. Kesedaran ini membangkitkan minat rakyat China untuk memulakan Gerakan
Menguatkan Diri dengan melakukan pembaharuan dalam bidang ketenteraan, ekonomi,
perhubungan dan pengangkutan, hubungan diplomatik serta bidang pendidikan.

Kesan Ekonomi.

1. Monopoli Co-hong dimansuhkan.


China bertindak memansuhkan monopoli perdagangan oleh Co-hong. Perkembangan ini
menyebabkan pedagang-pedagang asing dapat menjalankan perdagangan dengan bebas.
2. Muncul golongan pedagang baharu.
Penghapusan Co-hong menyebabkan muncul golongan pedagang baharu di China.
Golongan ini terlibat dalam penubuhan pelbagai jenis industri dan perusahaan. Perkembangan ini
menyebabkan muncul sistem ekonomi moden menggantikan sistem ekonomi tradisional.

3. Perniagaan candu meningkat.


Perniagaan candu meningkat secara mendadak selepas Perang Candu Pertama. Perjanjian
Nanking yang menamatkan Perang Candu Pertama tidak menyentuh tentang sekatan terhadap
perdagangan candu Perkembangan ini menyebabkan jumlah candu yang dibawa masuk oleh
pedagang-pedagang Barat meningkat. Contohnya pada tahun 1821 hingga 1839 , import candu telah
meningkat daripada 4244 buah peti kepada 40,200 buah peti.

4. Ekonomi China terjejas.


Syarat-syarat Perjanjian Nanking yang berat sebelah menyebabkan ekonomi China
terjejas. Pengaliran keluar wang perak yang banyak menyebabkan China mengalami imbangan
perdagangan yang negatif. Selain itu, ekonomi China terjejas ekoran kemasukan barang-barang
buatan Barat secara berleluasa. Barangan buatan China tidak mampu menyaingi barangan keluaran
Barat kerana barangan Barat lebih murah dan bermutu. Di samping itu, penguasaan ekonomi oleh
orang asing menyebabkan pengusaha-pengusaha tempatan kehilangan sumber pendapatan.

5. Konsep perdagangan bebas diterima.


China terpaksa akur kepada desakan kuasa-kuasa Barat untuk menjalankan perdagangan
dengan bebas. Selepas Perang Candu Pertama, lima buah pelabuhan dibuka kepada pedagang-
pedagang asing. Contohnya pelabuhan Canton, Amoy, Foochow, Ningpo dan Shanghai. Malah,
kuasa-kuasa Barat juga memaksa China menetapkan kadar cukai import dan eksport.

Kesimpulan

Perang Candu Pertama menandakan kerajaan Manchu mula mengalami kemerosotan.


Selepas peperangan tersebut, kuasa-kuasa Barat mula mengukuhkan kedudukan mereka di China.
Perkembangan ini menimbulkan rasa tidak puas hati China sekali gus mengeruhkan lagi
hubungannya dengan kuasa-kuasa Barat. Hubungan yang semakin renggang menjadi asas kepada
tercetusnya Perang Candu Kedua.
3. Bincangkan faktor-faktor tercetusnya Perang Candu Kedua (1856 – 1860 )

Pengenalan
Pada tahun 1839-1842 berlaku peperangan antara British dengan China yang dikenali
sebagai Perang Candu Pertama. Peperangan ini ditamatkan dengan termeterainya Perjanjian
Nanking pada 29 Ogos 1842. Perjanjian Nanking hanya menamatkan peperangan tetapi tidak
menyelesaikan masalah dalam hubungan antara China dengan British. Hubungan antara mereka
tetap runcing sehingga mengakibatkan peperangan yang kedua pada 1856-1860 yang dikenali
sebagai Perang Candu Kedua atau Perang Arrow.Terdapat beberapa faktor yang menyebab
berlakunya Perang Candu Kedua. Antaranya ialah faktor kepentingan perdagangan, hubungan
diplomatik yang renggang, sikap antiorang asing, rasa tidak puas hati terhadap Perjanjian
Nanking dan perdagangan candu.
1. Kepentingan perdagangan
Kuasa-kuasa Barat tidak berpuasa hati dengan pelbagai sekatan yang dikenakan oleh
kerajaan China terhadap perdagangan asing. Dalam hal ini, kuasa-kuasa Barat ingin meluaskan
kepentingan perdagangan masing-masing selaras dengan dasar perdagangan bebas yang
diamalkan oleh mereka. Pembukaan lima buah pelabuhan, iaitu Canton, Amoy, Foochow,
Ningpo dan Shanghai kepada perdagangan asing masih tidak memuaskan pedagang-pedagang
asing. Kuasa-kuasa Barat mendesak kerajaan China membuka pelabuhan-pelabuhan ini kepada
perdagangan asing. Kerajaan China juga tidak menghormati syarat-syarat berkaitan dengan
hubungan perdagangan dalam perjanjian-perjanjian yang telah ditandatangani. Selain itu,
pedagang-pedagang Barat masih tidak dibenarkan mengadakan hubungan perdagangan secara
langsung dengan saudagar-saudagar tempatan. Mereka hanya dibenarkan mengadakan hubungan
perdagangan melalui kesatuan saudagar China yang dikenali sebagai Co-hong. Dasar
antiperdagangan yang diamalkan oleh kerajaan China telah menimbulkan rasa tidak puas hati
dalam kalangan pedagang-pedagang asing.
2. Hubungan diplomatik yang renggang
Sikap permusuhan yang ditonjolkan oleh orang Cina terhadap kuasa-kuasa asing
menyebabkan hubungan semakin renggang. Malah percubaan kuasa-kuasa asing menyebabkan
hubungan semakin renggang. Malah percubaan kuasa-kuasa Barat untuk menjalinkan hubungan
diplomatik dengan kerajaan China turut menemui jalan buntu. Di samping itu, tindakan kerajaan
China enggan menerima perwakilan asing telah memburukkan hubungan antara mereka. Pada
tahun 1849, kerajaan China bertindak tidak menjawab surat yang dihantar oleh Lord Palmerston,
Setiausaha Luar Britain kepada Maharaja China. Malah percubaan Pesuruhjaya Amerika
Syarikat, Peter Parker untuk mengadakan perjumpaan dengan pegawai-pegawai China tidak
mencapai kejayaan.
3. Sikap antiorang asing
Sikap antiorang asing yang menebal dalam kalangan orang Cina telah menimbulkan rasa
tidak puas hati kuasa-kuasa Barat. Pada tahun 1847, tentera British menyerang pelabuhan
Canton ekoran sikap penduduk Canton yang enggan membenarkan pedagang-pedagang British
berdagang dengan bebas. Hsu Kuang Ching dan Yeng Ming Chen yang merupakan pegawai hal
ehwal luar Canton mengamalkan sikap antiorang asing. Mereka bertindak membangkitkan
perasaan antiorang asing dan menghasut orang Cina menghalang kemasukan pedagang British
ke pelabuhan Canton. Perkembangan ini menyebabkan hubungan antara China dengan British
menjadi semakin renggang.
4. Rasa tidak puas hati terhadap Perjanjian Nanking
Syarat-syarat Perjanjian Nanking menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan
kuasa-kuasa Barat terhadap kerajaan China. Pembukaan lima buah pelabuhan kepada kuasa-
kuasa Barat tidak memuaskan hati pedagang-pedagang Barat. Kuasa-kuasa Barat mendesak agar
lebih banyak pelabuhan dibuka kepada mereka untuk menjalankan perdagangan. Selain itu,
pihak British masih tidak berpuas hati dengan hak istimewa yang dijanjikan dalam Perjanjian
Nanking. Pihak British mendesak kerajaan China memberikan lebih banyak hak keistimewaan
kepada mereka. Kerajaan China tidak berpuas hati dengan Perjanjian Nanking yang langsung
tidak menyentuh tentang perdagangan candu. Rasa tidak puas hati terhadap syarat-syarat
Perjanjian Nanking menyebabkan hubungan antara kerajaan China dan kuasa-kuasa Barat
menjadi buruk.
5. Perdagangan candu
Salah satu faktor yang mencetuskan permusuhan antara kerajaan China dengan kuasa-
kuasa Barat ialah perdagangan candu. Kerajaan China bertindak mengeluarkan perintah
mengharamkan perdagangan candu selepas Perang Candu Pertama. Namun demikian, kuasa-
kuasa Barat terutamanya British masih meneruskan perdagangan candu yang mendapat
keuntungan yang lumayan. Perdagangan candu telah meningkat daripada 46 000 buah peti candu
pada tahun 1848 kepada 52 929 buah peti candu pada tahun 1850. Sikap kuasa-kuasa Barat yang
mahu mengaut keuntungan melalui perdagangan candu menimbulkan rasa tidak puas hati
kerajaan China.
6. Penyemakan semula perjanjian
Kuasa-kuasa Barat tidak berpuas hati kerana kerajaan China enggan menyemak semula
perjanjian-perjanjian yang telah ditandatangani. Perjanjian Wanghia dengan Amerika Syarikat
dan Perjanjian Whampoa dengan Perancis pada tahun 1844 mengandungi syarat tentang
penyemakan semula perjanjian tersebut selepas 12 tahun. Namun begitu, kerajaan China enggan
menyemak semula perjanjian-perjanjian tersebut dengan alasan syarat-syarat perjanjian tersebut
berat sebelah. Sebaliknya, kerajaan China berpendapat perjanjian-perjanjian yang dipaksa
terhadap mereka harus dibatalkan. British berpendapat konsesi yang diberikan dalam Perjanjian
Nanking dan Perjanjian Bogue tidak mencukupi untuk menjalankan perdagangan dengan bebas.
Justeru , Britain berpendapat bahawa Perjanjian Nanking harus disemak semula oleh kerajaan
China pada tahun 1854. Dalam pada itu, usaha perwakilan British, Perancis dan Amerika
Syarikat untuk mengadakan perbincangan dengan kerajaan China telah menemui kegagalan.
Perkembangan ini menyebabkan saudagar-saudagar British mendesak kerajaan British agar
menggunakan kekerasan untuk memaksa kerajaan China menyemak semula perjanjian tersebut.
7. Pembunuhan mubaligh Perancis
Pada bulan Februari 1856, seorang mubaligh Perancis bernama Auguste Chapdelaine
telah dijatuhkan hukuman bunuh oleh kerajaan China di Sin Lin, Kwangsi. Mubaligh tersebut
dituduh menghasut rakyat supaya memberontak terhdap kerajaan China. Pembunuhan mubaligh
tersebut melanggar hak-hak wilayah asingan yang diberikan kepada negara Perancis. Peristiwa
ini telah memberi kesempatan kepada Maharaja Napoleon III untuk menggunakan kekerasan
terhadap China.
8. Peristiwa Lorcha Arrow
Faktor serta-merta yang menyebabkan tercetusnya Perang Candu Kedua ialah peristiwa
kapal Lorcha Arrow. Lorcha Arrow merupakan sebuah kapal yang dimiliki oleh seorang
berbangsa Cina tetapi didaftarkan di Hong Kong. Kapal ini belayar di bawah bendera Britain dan
kapten kapal ini merupakan seorang berbangsa Inggeris. Pada 8 Oktober 1856, ketika kapal
tersebut berlabuh di pelabuhan Canton, anggota polis telah memberkas 12 orang anak kapal atas
tuduhan penyeludupan dan pelanunan. Pada 12 Oktober 1856, Sir Harry Parkes yang merupakan
Konsul British di Contun telah mengemukakan bantahan terhadap tindakan kerajaan China. Sir
Harry Parkes menuntut supaya orang tawanan tersebut dibebaskan dan kerajaan China memohon
maaf atas kejadian tersebut. Pada 22 Oktober 1856, anak-anak kapal tersebut dibebaskan tetapi
kerajaan China enggan meminta maaf atas peristiwa tersebut. Pihak British telah mengambil
kesempatan ini untuk melancarkan serangan ke atas China.
Kesimpulan
Kesimpulannya, China tewas dalam perang ini dan telah menyebabkan kemerosotan
kuasa dan maruah dinasti Manchu. Menjelang pertengahan abad ke-19, kuasa-kuasa Barat ingin
mengukuhkan kedudukan dan pengaruh di China.

4. Bincangkan pembaharuan (Gerakan Menguatkan Diri ) yang dilakukan oleh negara


China dalam menghadapi ancaman kuasa Barat pada pertengahan abad ke-19.

Pendahuluan

Kelemahan negara China jelas dapat dilihat mulai pertengahan abad ke-19. Ia terbukti
daripada kekalahan yang dialami oleh China dalam Perang Inggeris-China Pertama dan Perang
Inggeris- China Kedua. China terpaksa menandatangani perjanjian-perjanjian yang merugikan
seperti Perjanjian Nangkin, Perjanjian Tientsin dan Konvensyen Peking. Dinasti Manchu juga
menghadapi pemberontakan dalam negeri seperti Pemberontakan Taiping yang menjejaskan
kewibawaan kerajaan Manchu. Keadaan ini menimbulkan kesedaran dalam kalangan beberapa
orang pegawai istana Manchu seperti Putera Kung, Feng Kuei Fen dan Tsung Tang tentang
keperluan menguatkan dan memodenkan negara China. Pada tahun 1861, pembaharuan telah
dilakukan oleh negara China melalui gerakan menguatkan diri meliputi pelbagai bidang iaitu
bidang ketenteraan, bidang ekonomi, bidang perhubungan dan pengangkutan, bidang diplomatik
dan bidang pendidikan.

1. Bidang Ketenteraan

Kerajaan China mengambil beberapa langkah untuk memodenkan bidang ketenteraan.


Pemimpin-pemimpin seperti Putera Kung dan Wen -hsiang sedar bahawa kekurangan senjata
moden merupakan punca kekalahan kerajaan China dalam peperangan dengan kuasa-kuasa
Barat. Kerajaan China mengambil tindakan untuk memodenkan tentera mengikut sistem
ketenteraan Barat. Pegawai yang terlibat dalam usaha memodenkan bidang tentera termasuklah
Tseng Kuo-fan, Li Hung-chang dan Tso Tsung-tang. Antara langkah-langkah yang diambil
untuk memodenkan tentera adalah membina gudang senjata dan limbungan kapal. Contohnya
kilang senjata dibina di Kiangnan di Shanghai pada tahun 1865. Kilang senjata in menghasilkan
serbuk letup, senapang, meriam dan peluru. Kerajaan China juga menghasilkan lapan buah kapal
perang, menyediakan sekolah tentera untuk memberikan latihan ketenteraan kepada pekerja-
pekerja, menyediakan pusat penterjemahan buku dalam bidang ketenteraan dan kejuruteraan
asing ke dalam bahasa Cina. Maktab Tentera Laut dan Maktab Tentera Darat telah dibina di
Tientsin, Whampoa dan Nanking, Kerajaan China juga menghantar pegawai-pegawai Cina ke
Eropah untuk mempelajari sains ketenteraan dan pada tahun 1872 , pegawai-pegawai Cina
dihantar ke Jerman, Britain dan Perancis.

2. Bidang Ekonomi

Kerajaan China menghadapi masalah untuk membangunkan ekonomi kerana kerajaan


menanggung hutang yang banyak dan terpaksa membayar ganti rugi kepada kuasa-kuasa Barat.
Sistem ekonomi sara diri merosot selepas kedatangan kuasa-kuasa Barat. Justeru, Kerajaan
China telah mengambil pelbagai langkah untuk membangunkan ekonomi negara. Kerajaan
telah menubuhkan pelbagai jenis industri secara kecil-kecilan untuk menambahkan pendapatan
negara. Pada tahun 1877, syarikat perlombongan arang batu ditubuhkan bagi mengendalikan
perlombongan arang batu. Kerajaan China juga telah mengambil langkah-langkah untuk
meluaskan kawasan pertanian dan meningkatkan pengeluaran hasil pertanian. Antaranya ialah
menggalakkan petani mengusahakan tanah pertanian yang terbiar, meneroka kawasan-kawasan
baharu untuk tujuan pertanian di wilayah Sinkiang, menjual tanah kepada petani dengan harga
yang murah, mengurangkan cukai pertanian, membina sistem pengairan seperti tali air, parit,
terusan dan empangan.

3. Bidang Perhubungan dan Pengangkutan

Kerajaan China telah juga mengambil pelbagai langkah untuk membangunkan sistem
perhubungan dan pengangkutan. Pada tahun 1876, kerajaan Manchu membina landasan kereta
api pertama yang menghubungkan Shanghai dengan Tientsin dengan kerjasama Syarikat Jardine
dan Matheson. Pada tahun 1896, landasan kereta api Shanghai dihubungkan dengan Peking ,
menubuhkan sistem telegraf melalui Imperial Telegraph Administration. Pada tahun 1900,
perkhidmatan telegraf yang meliputi 14 000 batu menghubungkan bandar-bandar utama di
seluruh negara China. Sistem telegraf telah mempercepat urusan perdagangan. Sistem pos juga
dilaksanakan.

4. Hubungan Diplomatik
Kerajaan China telah mengambil beberapa langkah untuk menjalinkan hubungan
diplomatik dengan negara-negara Barat. Hubungan tersebut penting bagi kerajaan China untuk
menguasai ilmu pengetahuan dan teknologi daripada negara-negara Barat. Sebuah jabatan yang
dikenali Tsungli Yamen (Pejabat Hal Ehwal Luar Negeri) telah ditubuhkan di Peking pada tahun
1861 bagi menjalankan hubungan diplomatik dengan negara-negara Barat. Kerajaan China juga
telah membenarkan penubuhan Pejabat Perwakilan Asing di Peking. Pada tahun1866 kerajaan
China telah menghantar perwakilan China melawat negara-negara Eropah seperti Britain,
Perancis Amerika Syarikat, Belgium, Denmark, Sweden dan Belanda. Pejabat Kedutaan China
juga ditubuhkan di London, Berlin, Paris dan Washington. Hubungan ini merintis jalan bagi
negara China untuk mempelajari teknologi Barat. Kerajaan China telah melantik dua orang
Pesuruhjaya Perdagangan di Nanking dan Tientsin bagi menguruskan masalah hubungan
perdagangan dengan orang-orang Barat.

5. Sistem Pendidikan

Kerajaan China telah menubuhkan sebuah Maktab Bahasa pada tahun 1862 yang
dikenali sebagai Tung- Wen Kuan (maktab bahasa) di Peking. Maktab ini juga berfungsi sebagai
pusat penyelidikan dan pusat penterjemahan buku-buku asing. Pegawai-pegawai Cina
digalakkan mempelajari bahasa asing serta menimba ilmu pengetahuan Barat. Kerajaan China
menggalakkan pelajar-pelajarnya melanjutkan pelajaran ke luar negara. Pada tahun 1872 hingga
1881 seramai 120 pelajar dihantar ke Amerika Syarikat dan pada tahun1877 seramai 30 orang
pelajar dihantar ke Britain dan Perancis sebagai langkah untuk memodenkan China.

Kesimpulan
Pembaharuan yang dijalankan dari tahun 1861 hingga 1895 kurang berjaya. Gerakan
pembaharuan ini gagal mencapai matlamat maka Gerakan Islah diperkenalkan pada tahun 1898.
5. Bincangkan faktor-faktor yang menyebabkan Gerakan Menguatkan Diri (1861-1895
menemui kegagalan.

Pendahuluan

Pada penghujung abad ke-19, terdapat kelemahan dalam pentadbiran Kerajaan Manchu.
Buktinya, China begitu mudah dikalahkan oleh British dalam Perang Candu Pertama 1839-1842.
Kerajaan Manchu juga menghadapi beberapa pemberontakan dalam negeri seperti
Pemberontakan Taiping (1851-1864) dan Pemberontakan Nien (1853-1868). Perkembangan ini
telah memberi kesedaran kepada pegawai-pegawai istana dan pemimpin-pemimpin wilayah
seperti Putera Kung (1833-1898), TsengKuo-fan (1811-1872), Li Hung-chang (1823-1901) dan
Tso Tsung-tang (1812-1885) mengenai keperluan untuk melaksanakan satu rancangan bagi
memoden dan menguatkan China.Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan Gerakan
Menguatkan Diri menemui kegagalan. Antaranya ialah ketiadaan pemimpin nasional yang
cekap, tentangan daripada golongan konservatif, masalah Kewangan, ketiadaan pelarasan dan
kesan imperialisme Barat dan Jepun.

1. Ketiadaan pemimpin nasional yang cekap


Gerakan Menguatkan Diri mencapai kejayaan yang terhad kerana tiada pemimpin yang
cekap dan dinamik bagi menerajui gerakan ini. Malah kerajaan Manchu juga gagal melahirkan
pemimpin-pemimpin yang berkaliber bagi meminpin gerakan tersebut.Pemimpin berkaliber
seperti Putera Kung telah disingkirkan dari istana pada tahun 1875. Maharani Dowager yang
memegang tampuk pemerintahan selepas itu bersifat antipemodenan. Malah usaha pemodenan
yang dijalankan oleh gabenor-gabenor wilayah tidak mendapat kerjasama dan bantuan daripada
kerajaan pusat. Kerajaan pusat tidak memberikan kerjasama kepada pegawai-pegawai yang
terlibat dalam gerakan ini kerana kebanyakan daripada mereka berasal daripada keturunan Cina.

2. Tentangan daripada golongan konservatif


Gerakan Menguatkan Diri gagal kerana mendapat tentangan daripada golongan
konservatif di istana Ching.Golongan konservatif menentang usaha memodenkan China selepas
Putera Kung disingkirkan daripada istana. Pada tahun 1875, Maharani Dowager yang
mempunyai sifat antipemodenan menerajui pemerintahan China. Baginda telah membelanjakan
wang yang dikutip untuk memodenkan negara bagi mengindahkan istananya. Golongan sarjana
dan pegawai-pegawai kerajaan China tidak menyokong program pemodenan kerana mereka
dikongkong oleh adat resam tradisional dan ajaran Confucius. Dalam pada itu, terdapat juga
pegawai-pegawai China yang tidak berusaha untuk menerapkan aspek pemodenan dalam
pentadbiran kerrana mereka tidak memahami idea Barat.

3. Masalah Kewangan
Gerakan Menguatkan Diri gagal mencapai kejayaan ekoran masalah kewangan yang
dihadapi oleh China. Masalah kewangan berlaku ekoran bencana alam seperti banjir dan
kemarau yang melanda China menjelang tahun 1840-an. Di samping itu, perbelanjaan untuk
menghadapi peperangan dan pemberontakan menambahkan beban kewangan kerajaan China.
Tambahan pula, kerajaan China terpaksa membayar ganti rugi kepada kuaasa-kuasa Barat
selepas Perang Candu Pertama dan Perang Candu Kedua. Masalah kewangan dihadapi oleh
kerajaan China menyebabkan program pemodenan tidak dapat dijalankan.

4. Ketiadaan pelarasan
Gerakan ini mencapai kejayaan yang terhad kerana tiada kerjasama antara kerajaan pusat
dan kerajaan di peringkat wilayah.Usaha pemodenan yang dijalankan oleh pegawa-pegawai di
peringkat wilayah tidak mendapat kerjasama dan sokongan daripada kerajaan pusat. Pemimpin-
pemimpin di peringkat wilayah seperti Li Hung-chang, tseng Kuo-fan dan Tso Tsung-tang tidak
memberikan kerjasama dengan kerajaan pusat. Pemimpin-pemimpin di peringkat wilayah hanya
mementingkan pertahanan wilayah masing-masing serta mempertahankan kedudukan mereka.

5. Kesan Imperialisme Barat dan Jepun


Dasar Imperialisme yang dilakukan oleh kuasa Barat dan Jepun telah menyebabkan
Gerakan Menguatkan Diri tidak mencapai kejayaan. Peperangan yang dilancarkan oleh kuasa-
kuasa Barat menyebabkan keadaan politik di China tidak stabil .Malah peperangan yang
dilancarkan oleh kuasa-kuasa Barat menyebabkan kerajaan China terpaksa menanggung kos
perbelanjaan perang yang tinggi.Di samping itu, kerajaan China juga dipaksa membayar ganti
rugi yang tinggi kepada kuasa-kuasa Barat.Perkembangan ini menyekat usaha para pemimpin
China untuk menjalankan rancangan pembaharuan bagi memodenkan negara.

6. Pemodenan Terhad
Gerakan Mnguatkan Diri gagal kerana kerajaan China tidak bersedia untuk melakukan
pembaharuan-pembaharuan radikal bagi memodenkan negara. Kerajaan China juga tidak
bersedia untuk melakukan rombakan serta menusun semula institusi-institusi tradisional bagi
memodenkan negara. Dalam konteks ini, mereka hanya meminjam teknologi Barat untuk
memodenkan negara berasaskan institusi-institusi tradisional yang sedia ada. Sikap kerajaan
China tidak sanggup mengorbankan nilai-nilai serta institusi tradisional menjejaskan pencapaian
Gerakan Menguatkan Diri. Malah terdapat juga pegawai-pegawai kerajaan China yang tidak
memahami konsep pemodenan yang berteraskan nilai-nilai Barat. Perkembangan ini telah
menyebabkan kerajaan yang dicapai oleh negara China dalam usaha untuk memodenkan negara
amat terhad.

7. Kelemahan Kerajaan manchu.


Salah satu faktor yang menyebabkan Gerakan Menguatkan Diri gagal adalah kelemahan
kerajaan Manchu.Kerajaan Manchu tidak mempunyai sistem pentadbiran yang teratur dan
sistematik. Kerajaan tidak dapat mengawal amalan rasuah dan penyelewengan yang berleluasa
dalam kalangan pegawai-pegawai kerajaan. Tambahan pula pegawai-pegawai kerajaan
menyalahgunakan dana yang diperuntukkan oleh kerajaan pusat bagi melaksanakan program-
program Gerakan Mneguatkan Diri. Perkembangan ini menyebabkan Gerakan Mnguatkan Diri
tidak mencapai kejayaan.

Kesimpulan
China berusaha memajukan negara bagi menjamin kedaulatan wilayahnya.Namun
langkah memajukan China kurang berjaya. Kegagalan China dalam usaha pemodenan. Ini
terbukti apabila mereka berjaya dikalahkan oleh negara kecil seperti Jepun dalam Perang China-
Jepun.
6. Huraikan faktor-faktor Pemberontakan Boxer di China pada tahun 1899.

Pengenalan:

Pada tahun 1899, tercetus pemberontakan yang lebih dikenali sebagai Pemberontakan
Boxer di China.Pemberontakan ini bermatlamat untuk menghalau orang asing dari bumi China
dan membunuh orang China yang beragama Kristian. Pemberontakan ini merupakan reaksi
orang Cina terhadap tekanan kuasa-kuasa asing kepada China.Walaupun pemberontakan ini
gagal ia tetap memberi kesan terhadap China terutamanya pihak istana dalam usaha mereka
untuk melakukan pembaharuan sebagai langkah untuk menguatkan kerajaan dalam menghadapi
ancaman kuasa asing.

1. Sentimen anti orang asing

Faktor pertama yang mencetuskan pemberontakan Boxer adalah sentimen anti orang
asing yang meningkat ekoran pencerobohan yang dilakukan oleh kuasa-kuasa Barat sejak
Perang Candu Pertama.Tindakan kuasa-kuasa barat ini telah menjatuhkan maruah dan
mencemar kedaulatan China apabila mereka berebut untuk mendapatkan konsesi perdagangan di
China. Sentimen anti orang asing ini menyebabkan rakyat orang Cina berganding bahu dengan
pihak istana untuk menghalau orang asing dari China.

2. Sentimen anti Kristian

Faktor kedua melibatkan sentimen anti orang Kristian berikutan tindakan mubaligh
Kristian yang menyebarkan agama Kristian dalam kalangan masyarakat Cina. Mubaligh Kristian
memperjuangkan- hak-hak istimewa penganut Kristian dan campur tangan dalam hal ehwal
tempatan. Keadaan ini menyebabkan hubungan antara orang Cina yang memeluk Kristian dan
Cina bukan Kristian menjadi renggang.

3. Penguasaan ekonomi oleh kuasa asing

Seterusnya faktor penguasaan ekonomi oleh kuasa asing menimbulkan perasaan benci
rakyat tempatan terhadap orang asing. Tambahan pula kemasukan pelabur-pelabur asing
menyebabkan pengusaha-pengusaha tempatan kehilangan sumber pendapatan dan pengangguran
berleluasa. Kerajaan China juga menghadapi masalah kewangan akibat gantirugi perang lalu
memperkenalkan cukai-cukai baharu selain cukai sedia ada.Oleh itu rakyat menyertai
pemberontakan untuk menghalau orang asing.

4. Kepercayaan masyarakat Cina

Faktor berikutnya berkait rapat dengan kepercayaan masyarakat Cina bahawa orang
asing menyebabkan berlakunya bencana alam seperti banjir,kemarau dan tanah runtuh yang
menyebabkan kemusnahan nyawa dan harta benda mereka.Oleh itu orang asing dianggap
sebagai punca penderitaan dan harus diusir dari negara China.

5. Sokongan dari pihak istana

Faktor terakhir merupakan sokongan dari pihak istana untuk mengusir orang asing.
Maharani Dowager Tzu Hsi mengarahkan pemimpin tentera dan pegawai-pegawainya memberi
bantuan senjata kepada pemberontak. Bukan itu sahaja pemberontak Boxer juga membunuh
orang Cina yang beragama Kristian kerana dianggap bersekongkol dengan orang asing dan
menderhaka kepada nenek moyang mereka.
6. Masalah Kewangan

Kerajaan China juga menghadapi masalah kewangan dan ekonomi yang serius.
Masalah kewangan timbul kerana kerajaan China terpaksa membelanjakan wang yang banyak
bagi membayar ganti rugi perang kepada kuasa-kuasa Barat.Bagi mengatasi masalah ini,
kerajaan China terpaksa memperkenalkan cukai-cukai baharu dan menambah cukai yang telah
membebankan rakyat. Keadaan ini menyebabkan golongan petani dan penganggur menyertai
pemberontakan bagi menghalau orang asing dari negara China.

Kesimpulan

Pemberontakan ini tidak berjaya kerana kelemahan koordinasi pemberontakan itu sendiri
yang kurang teratur ditambah dengan kemerosotan kerajaan Manchu dalam bidang pentadbiran
dan ketenteraan. Kemerosotan sokongan terhadap kerajaan Manchu juga berpunca daripada
masalah kewangan yang dihadapinya.Kesan yang paling memalukan orang Cina ialah apabila
kegagalan pemberontakan ini dianggap menjatuhkan maruah orang Cina dan negara China
sebagai The Middle Kingdom.Walau bagaimanapun peristiwa Pemberontakan Boxer ini
membawa kepada kebangkitan semangat nasionalisme orang Cina kearah pembaharuan dan
revolusi terhadap Dinasti Manchu.
7. Sejauh manakah faktor ketidakpuashatian golongan tentera menyebabkan tercetusnya
Dahagi India pada tahun 1857?

Pendahuluan

Dahagi India merupakan pemberontakan yang dilancarkan oleh golongan tentera (sepoi)
untuk menentang pemerintahan penjajah British di India. Orang India menganggap Dahagi
India sebagai perjuangan membebaskan negara daripada pemerintahan British.Selain sepoi,
golongan putera raja, nawab dan pembesar yang kehilangan gelaran, tanah dan kuasa turut
menyertai pemberontakan tersebut.Dahagi India tercetus disebabkan ketidakpuashatian golongan
tentera disamping faktor-faktor lain seperti dasar pengilhakan, adat, pengenalan pendidikan barat
dan lain-lain.

Isi 1. Ketidakpuashatian golongan tentera

Faktor utama tercetusnya peristiwa Dahagi India pada tahun 1857 ialah golongan tentera
atau sepoi India tidak puas hati dengan dasar ketenteraan yang diamalkan oleh kerajaan British.
Antaranya ialah;

i. Akta Pengambilan Khidmat Awam


Akta yang diperkenalkan oleh Lord Canning juga mendapat bantahan daripada sepoi-sepoi India.
Akta ini memberi kuasa kepada British untuk menghantar tentera berkhidmat di luar dan dalam
negara. Mengikut akta ini, sepoi-sepoi India yang berkhidmat di luar negara tidak diberikan
elaun tambahan. Sepoi-sepoi India juga menentang amalan diskriminasi dalam pemberian gaji
dan kenaikan pangkat dalam tentera. Perkembangan ini melahirkan rasa tidak puas hati dalam
kalangan sepoi-sepoi India terhadap pemerintahan British.

ii. Perasaan dendam sepoi-sepoi (tentera) India


Tindakan British menghantar sepoi-sepoi India berkhidmat ke luar negara telah menimbulkan
kemarahan sepoi-sepoi yang berkasta tinggi.Sepoi-sepoi berkasta tinggi dari kaum Brahmin dan
Rajput percaya bahawa kesucian kasta mereka akan hilang apabila mereka menyeberangi
lautan.Perkembangan ini menyebabkan sepoi-sepoi India dari Regimen 47 yang diarahkan
berkhidmat di Burma enggan mematuhi arahan tersebut. Sepoi-sepoi ini dihukum gantung dan
akhirnya British terpaksa membubarkan regimen tersebut.Sebenarnya penghantaran sepoi-sepoi
India untuk berkhidmat di seberang laut bertujuan mengatasi ketidakseimbangan bilangan
tentera India (230,000) dan British (45,000).

iii. Kes senapang Riffle Royal Enfield


Sepoi-sepoi India yang beragama Islam dan Hindu berasa marah apabila mendapat tahu bahawa
minyak yang digunakan untuk membersihkan senapang tersebut mengandungi lemak khinzir dan
lembu. Lemak babi adalah haram bagi penganut Islam manakala lembu adalah binatang suci
bagi penganut Hindu.Peluru riffle yang hujungnya terpaksa digigit dahulu sebelum dimasukkan
ke dalam senapang juga disyaki disaluti lemak babi dan lembu.British menarik balik peluru jenis
itu dan diganti dengan peluru berbalut kertas. Namun, sepoi-sepoi itu tetap percaya kertas-kertas
itu juga disapu dengan lemak khinzir dan lembu.Sepoi-sepoi India menganggap British sengaja
melakukan perkara tersebut untuk menghina penganut kedua-dua agama. Sepoi-sepoi India
enggan menggunakan peluru tersebut dan mereka dipenjarakan.
2. Dasar Pengilhakan (Penguasaan Wilayah)

Dasar ini diperkenalkan oleh Lord Dalhousie. Melalui dasar ini beliau telah merampas
hak dan kedaulatan pemerintahan tempatan dengan mengilhakan wilayah-wilayah yang ditadbir
mereka.Dasar ini dilaksanakan berpandukan kepada tiga alasan, iaitu Undang-undang Lesap
Waris, Hak Menakluk Kuasa Agung dan Salah Tadbir Tempatan.Antara wilayah-wilayah yang
dikuasai oleh Gabenor Dalhousie ialah Punjab, Karnatik, Tanjor, Jhansi, Bhagat, Jaitpur, Oudh
dan Sambalpur Tindakan Dalhousie menjejas maruah pemerintah tempatan hingga menyebabkan
putera-putera raja tempatan seperti Nana Saheb, Nawab dan Raja Tanjor tidak puas hati dan
menyertai penentanganCara British menguasai India meninggalkan kesan mendalam kepada
pemimpin dan penduduk tempatan. Tindakan ini dianggap mencabul hak dan kedaulatan
pemimpin dan penduduk tempatan.

3. Penghapusan Amalan Suttee (Pembaharuan sosial)

Suttee merupakan adat yang diamalkan oleh penduduk beragama Hindu di India sejak
turun-temurun. Amalan suttee dilaksanakan dengan cara membakar hidup-hidup seseorang balu
beragama Hindu bersama mayat suaminya semasa upacara pengebumian.Pada tahun 1828, Lord
William Bentick (Gabenor Jeneral British di India) telah menggubal undang-undang yang
mengharamkan amalan suttee kerana dilihat tidak berperikemanusiaan.Tindakan ini
menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan penduduk yang beragama Hindu terhadap
pemerintahan British di India.

4. Penghapusan Amalan Thuggee


Lord William Bentick turut mengharamkan amalan thuggee iaitu perbuatan merompak dan
pembunuhan jalanan yang dilakukan oleh kumpulan agama yang bersenjata terhadap saudagar
dan pengembara. Amalan ini dilakukan atas nama Dewi Kali.Tindakan beliau menimbulkan
kemarahan golongan agama yang terlibat .

a) Penghapusan amalan membunuh bayi perempuan


Amalan membunuh bayi perempuan diamalkan oleh masyarakat India sejak turun-
temurun.Masyarakat India menganggap bayi perempuan akan menjadi beban kepada keluarga
apabila mereka membesar kelak seperti terpaksa menyediakan mas kahwin (dowri) kepada pihak
lelaki.Tindakan Lord William Bentick mengharamkan amalan ini kerana dianggap sebagai tidak
berperikemanusiaan. Tindakan beliau menimbulkan rasa tidak puas hati masyarakat India.

b) Pengenalan Akta Kahwin Semula


Pengenalan “Akta Kahwin Semula” mendapat penentangan daripada penduduk
tempatan. Akta ini membenarkan perkahwinan semula balu-balu dalam masyarakat
India.Tindkan British memperkenalkan akta ini dianggap sebagai percubaan untuk menghina
dan melanggar amalan tradisi masyarakat India yang beragama Hindu.

c) Pengenalan pendidikan Barat


Perubahan yang diperkenalkan oleh British dalam sistem pendidikan menimbulkan rasa tidak
puas hati penduduk tempatan.British menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di
sekolah dan kolej. Bahasa Ingeris juga dijadikan sebagai bahasa rasmi dalam bidang
pentadbiran serta kehakiman.Penggunaan bahasa Inggeris dalam urusan pentadbiran
khususnya di Utara India yang

sekian lama menggunakan bahasa Urdu dan Parsi sebagai bahasa perantaraan utama turut
menimbulkan rasa tidak puas hati penduduk tempatan.Ekoran perubahan ini, jawatan-jawatan
penting dalam kerajaan diberikan kepada penduduk tempatan yang berpendidikan Inggeris dan
mengenepikan yang lain.Perubahan-perubahan ini tidak disenangi oleh penduduk tempatan
yang tidak mendapat pendidikan British .Malah, perubahan ini dianggap sebagai percubaan
British untuk menyebarkan agama Kristian dalam kalangan masyarakat India.

d) Pengenalan teknologi Barat dalam sistem pengangkutan dan perhubungan


Tindakan British memperkenalkan sistem perhubungan dan pengangkutan moden seperti
pembinaan jalan keretapi dan sistem telegraf telah mengancam amalan tradisi masyarakat
India. Walaupun pengenalan teknologi dalam sistem perhubungan dan pengangkutan ini dapat
menyemarakkan semangat kebangsaan di India, namun segolongan masyarakat menganggap
teknologi moden mengancam amalan kasta yang diwarisi oleh masyarakat India sejak turun-
temurun. Semasa pemerintahan British, penduduk India hanya dibenarkan menaiki gerabak
kelas ketiga sedangkan kelas satu dan dua hanya untuk pegawai-pegawai Inggeris. Ini
bermakna penduduk tempatan yang berkasta tinggi terpaksa duduk bersama-sama dengan
golongan berkasta rendah. Pengenalan teknologi Barat dianggap sebagai usaha British untuk
mencemarkan adat resam dan agama Hindu.

6. Pengenalan peraturan baru


Tindakan British memperkenalkan dasar dan peraturan baru melahirkan rasa tidak puas hati
penduduk tempatan. Akta Penjajahan Punjab 1907 yang diperkenalkan oleh British
menimbulkan kemarahan penduduk. Melalui akta ini, kerajaan British bertindak meninggikan
cukai tanah dan mengenakan bayaran bagi bekalan air yang disalurkan ke kawasan pertanian.
Dasar dan peraturan baru ini menjejaskan kehidupan pendudukan dan menambahkan beban
golongan petani.

Kesimpulan

Dahagi India mengalami kegagalan.Selepas berjaya menumpaskan Dahagi India, British


melakukan rombakan besar-besaran dalam sistem pentadbiran di India untuk memuaskan hati
rakyat India.

Catatan: Faktor pertama yang perlu dihuraikan ialah ketidakpuashatian golongan tentera,
kemudian diikuti dengan faktor- faktor lain.
8. Sejauh manakah krisis Balkan menjadi faktor utama yang menyebabkan tercetusnya
Perang Dunia Pertama?

Pendahuluan

Perang Dunia Pertama bermula apabila Jerman menyerang Belgium pada 4 Ogos 1918. Perang
ini berakhir apabila Jerman dan sekutunya ditewaskan oleh tentera Bersekutu Perang ini
melibatkan Perikatan Kuasa Tengah yang terdiri daripada Jerman, Austria• Hungary dan Italy
dengan Pakatan Bertiga yang diwakilioleh Rusia, Perancis dan Britaian. Perang ini berakhir
apabila pihak - pihak yang terlibat menandatangani perjanjian Versailles. Tidak dapat dinafikan
bahawa krisis Balkan menjadi satu faktor penting yang menyebabkan berlakunya Perang Dunia
Pertama. Namun begitu terdapat juga faktor-faktor lain yang turut menyumbang kepada
tercetusnya perang tersebut.

Faktor meletusnya Perang Dunia 1

1. Krisis Balkan (Dihurai sebagai isi yang pertama)

Permusuhan Austria-Hungary dengan Serbia menimbulkan ketegangan di Rantau Balkan.


Penaklukan Bosnia Herzegovina oleh Austria-Hungary membangkitkan kemarahan Serbia dan
Rusia. Waiau bagaimanapun tindakan Austria-Hungary ini disokong oleh Jerman. Peristiwa
pembunuhan Archduke Ferdinand oleh seorang pemuda Serb merupakan faktor serta merta
mencetuskan Perang Dunia Pertama. Kerajaan Austria menjadikan insiden ini sebagai alasan
untuk mengisytiharkan perang ke atas Serbia . Jelaslah bahawa perkembangan krisis Balkan ini
merupakan faktor utama yang menyebabkan tercetusnya Perang Dunia Pertama.

2. Perlumbaan senjata.

Kuasa- kuasa barat berlumba- lumba untuk mengumpulkan senjata bagi meningkatkan kekuatan
tentera masing - masing, Sehubungan dengan itu, negara - negara barat mengeluarkan
perbelanjaan besar untuk mengukuhkan kekuatan persenjataan, ketenteraan dan teknologi
peperangan. Persaingan ini melahirkan perasaan syak wasangka dalam kalangan negara barat.
Contohnya Jerman dan Britain bersaing untuk menambahkan kekuatan tentera laut masing -
masing. Manakala Perancis dan Rusia meningkatkan kekkuatan tentera darat. Kecenderungan
kuasa - kuasa barat untuk mengukuhkan kekuatan tentera meletakkan asas bagi tercetusnya
perang dunia pertama.

3. Imperiallsme kuasa - kuasa Barat.

Revolusi perindustrian yang tercetus di Eropah menyebabkan kuasa- kuasa Barat berlumba -
lumba untuk menguasai tanah jajahan. Contohnya Jerman dan Perancis bertelingkah untuk
menguasai Morocco hingga hamper mencetuskan peperangan. Manakala Britain berasa curiga
terhadap usaha Jerman untuk menguasai tanah jajahan di Asia dan Afrika. Persaingan untuk
rnengusai tanah jajahan menimbulkan permusuhan dalam kalangan kuasa - kuasa Barat. Justeru
dasar Imperialisme yang dilaksanakan oleh kuasa - kuasa Barat merupakan factor tercetusnya
Perang Dunia Pertama.

4. Kebangkitan Nasionalisme

Kemunculan nasionalisme melampau di Jerman, Perancis dan Britain telah melahirkan


pemusuhan dalam kalangan Negara Barat. Contohnya orang Jerman menganggap diri mereka
sebagai bangsa tuan paling berkuasa di dunia. Sikap ini menyebabkan Jerman tidak dapat
menerima kebangkitan Negara lain terutama Perancis. Semangat Nasionalisme mendorong
Perancis mendapatkan kembali wilayah Alsace dan Lorrain dari Jerman. Begitu juga Britain
tidak dapat menerima kebangkitan kuasa=- kuasa barat lain dalam meningkatkan kekuatan
tentera laut.

5. Pengaruh autokrasi

Pemerintahan golongan aristokrat di Jerman, Rusia dan Austria-Hungary memainkan penman


dalam mencetuskan Perang Dunia Pertama. Golongan ini menggunakan perang sebagai alat
untuk mengukuhkan pengaruh mereka.Sebagai contoh Maharaja Jerman iaitu Kaiser wilhem II
mengambil langkah untuk membangunkan system pertahanan Negara dengan membina kapal -
kapal perang dan peluru berpandu. Tindakan baginda ini menmbulkan perasaan curiga dan
kebirnbangan kuasa - kuasa barat yang lain.

6. Pakatan tentera.

Kemunculan pakatan tentera ini menyebabkan Negara-Negara Barat terbahagi kepada dua buah
blok yang saling bermusuhan. Tujuan pakatan ini dalah untuk member bantuan ketenteraan
sekiranya mana – mana Negara anggota diserang oleh kuasa lain. Sebagai contoh pada thun
1907 apabila Britain menyertai Perancis dan Rusia untuk menubuhkan Pakatan Bertiga bagi
menghadapi ancaman Jerman. Ternyata penubuhan pakatan tentera telah melahirkan ketegangan
antara Negara sekaligus menjadi asas bagi tercetusnya Perang Dunia Pertama.

Kesimpulan

Krisis di Balkan telah menjadi pemangkin yang mencetuskan Perang dunia pertama. Perang
dunia Pertama meninggalkan perubahan yang amat ketara dalam sistem politik, ekonomi dan
sosial antarabangsa. Perang ini menyebabkan pernerintahan monarki di Jerman, Rusia dan Turki
turnbang dan digantikan dengan pemerintahan demokrasi. Perang ini berjaya rnelumpuhkan
kekuatan ketenteraan Jerman

*Catatan: Calon harus menerangkan isi berkaitan dengan krisis Balkan sebagai isi yang
pertama kemudian diikuti oleh isi-isi yang lain.
9. Jelaskan faktor-faktor tercetusnya perang dunia kedua pada tahun 1939.

Pendahuluan

Perang Dunia Kedua tercetus apabila Jerman melancarkan serangan terhadap Poland pada tahun
1939. Dalam peperangan tersebut, Britain , Perancis, Rusia dan Amerika Syarikat membentuk
pakatan yang dikenali sebagai Kuasa Berikat. Dalam pada itu Jerman, Itali dan Jepun
mewujudkan pakatan yang dikenali sebagai Kuasa Paksi. Terdapat beberapa factor yang
menyebabkan tercetusnya Perang Dunia Kedua. Antaranya ialah factor rasa tidak puas hati
terhadap Perjanjian Versailles, kemunculan ideologi baharu, kemelesetan ekonomi, kebangkitan
golongan tentera di Jepun dan kepentingan imperialis.

1. Rasa tidak puas hati terhadap Perjanjian Versailles

Jerman terpaksa menyerah sebahagian besar wilayahnya dan semua tanah jajahan takluknya
kepada pihak yang menang. Jerman dikehendaki membayar pampasan sebanyak US33 bilion
kepada pihak Berikat yang menang. Pasukan tentera Jerman juga dihadkan dan larang
ditempatkan di Rhi.neland. Perjanjian ini dianggap tidak adil dan menjejaskan imej Jerman.
Jerman tidak mematuhinya dan melanggar syarat-syaratnya . Jerman memulakan program
mengukuhkan kekuatan tenteranya. Itali yang menyertai pihak Berikat dalam Perang Dunia
Kedua juga tidak puas hati terhadap Perjanjian Versailles. Itali tidak diberikan tanah jajahan
seperti yang diterima oleh Perancis dan Britain.

2. Kemunculan ideologi baharu

Ideologi-ideologi baharu iaitu Fasisme dan Nazisme bertapak di Eropah. Fasisme dikaitkan
dengan Benito Mussolini dan Nazisme pula muncul di Jerman setelah Adolf Hitler menguasai
Jerman. Ideologi ini mencabar negara-negara yang mengamalkan demokrasi. Tahun 1919 -
Mussolini menubuhkan Parti Fasis di Itali dan mendapatkan sokongan daripada orang
ramai.Golongan Fasis percaya kepada nasionalisme yang melampau yang menggalakkan
peperangan untuk meningkatkan imej.Mussolini menjalankan dasar perluasan kuasa bagi
menjadikan Itali sebagai sebuah kuasa imperialis di Eropah.Keadaan di negara Jerman selepas
Perang Dunia Pertama meletakkan asas bagi kemunculan fahaman Nazi di Jerman.Adolf Hitler
menubuhkan Parti SosialisKebangsaan (Parti Nazi) pada bulan September 1919.Parti ini menang
dalam pilihan raya umum pada tahun 1933 dan Hitler dilantik sebagai Canselor Jerman.Hitler
mendapat sokongan pada daripada rakyat.Beliau berjaya membangkitkan semangat
kebangsaan.Beliau melanggar syarat-syarat Perjanjian Versailles dan membesarkan kumpulan
tentera.Tahun 1936 - tentera Jerman memperluaskan kuasa dengan menduduki Rhineland.Tahun
1939 - Hitler menguasai Austria dan Czechoslovakia.Perang Dunia Kedua tercetus apabila
Jerman menyerang Poland.

3. Kemelesetan ekonomi

Perang Dunia Pertama menyebabkan kemelesetan ekonomi yang teruk di Jerman dan Itali. Kos
peperangan dan pembayaran ganti rugi menyebabkan inflasi yang tinggi di kedua-dua negara
tersebut..Tahun 1929 - berlaku kemelesetan ekonomi dunia.Di Itali wujud masalah
pengangguran, mogok, dan tunjuk perasaan.Rakyat mula menyokong pemimpin-pemimpin yang
memperjuangkan nasionalisme melampau.Pemimpin Jerman dan Itali menjalankan dasar
perluasan kuasa bagi mengatasi masalah ekonomi ini. Dasar imperialisme digalakkan demi
memenuhi keperluan penduduk tempatan seperti bahan mentah, pasaran, dan makanan. Di
Jepun, pihak tentera memperjuangan dasar yang sama. Memberikan ruang kepada kemunculan
pemerintahan diktator di Jerman, Itali, dan Jepun.

4. Kebangkitan golongan tentera di Jepun

Di Jepun, kebangkitan golongan tentera dan penguasaan tentera ke atas kerajaan mencetuskan
Perang Dunia Kedua di Asia. Sejak tahun 1932, golongan tentera dapat mempengaruhi kerajaan
menjalankan dasar perluasan kuasa bagi mendapatkan tanah jajahan. Tahun 1932, Jepun
menyerang Manchuria dan menakluknya. Tahun 1937, Jepun menyerang dan menakluki China.
Jepun juga ingin menyerang dan menakluki negara-negara Asia Tenggara. Perkembangan ini
membimbangkan Amerika Syarikat dan sekatan ekonomi dikenakan ke atas Jepun.Tindakan
Amerika Syarikat mendorong tentera Jepun menyerang Pearl Harbour di Hawaii, Bermulalah
Perang Pasifik antara Amerika Syarikat dan Jepun. Dasar perluasan kuasa oleh golongan tentera
mendorong tercetusnya perang ini.

5. Kepentingan imperialis

Negara Jerman, Itali, dan Jepun melancarkan dasar perluasan kuasa untuk mengukuhkan
kedudukan mereka. Mereka ingin bersaing dengan Britain, Perancis, dan Amerika Syarikat
untuk memiliki tanah jajahan. Dasar imperialisme mereka mendorong gerakan ketenteraan.
Jerman menyerang dan menakluki Austria dan Czechoslovakia. Itali pula menawan Habsyah dan
Albania. Jepun menakluki Manchuria dan China.Tindakan negara-negara ini membimbangkan
kuasa-kuasa Barat lain dan mencetuskan Perang Dunia Kedua.

Kesimpulan

Perang Dunia Kedua meninggalkan kesan yang mendalam dalam bidang politik, ekonomi dan
sosial. Perang ini menyebabkan Amerika Syarikat dan Rusia muncul sebagai kuasa besar dunia.
Hubungan tegang antara dua kuasa ini menyebabkan tercetusnya Perang Dingin yang berlarutan
sehingga tahun1989.
10. Bincangkan kesan Perang Dunia Kedua terhadap Jerman.

Pendahuluan

Perang Dunia Kedua tercetus apabila Jerman melancarkan serangan terhadap Poland pada tahun
1939. Dalam Perang Dunia Kedua, Britain, Rusia , Perancis dan Amerika Syarikat membentuk
pakatan yang dikenali sebagai Kuasa Berikat. Jerman, Itali dan Jepun pula mewujudkan pakatan
yang dikenali sebagai Kuasa Paksi. Peperangan ini meninggalkan kesan yang amat mendalam
terutama dalam bidang politik, ekonomi dan sosial di eropah dan juga kepada Jerman sendiri.

1. Perpecahan Jerman

Apabila peperangan tamatdan Jerman dikalahkan, Jerman dibahagikan kepada empat buah zon
yang dikuasai oleh Britain, Perancis, Amerika Syarikat danS oviet Union. Sistem ekonomi yang
seragam dijalankan dengan menggabungkan semua zon yang dikenali sebagai Jerman Barat. Zon
ini memperolehi bantuan ekonomi daripada Amerika Syarikat melalui Rancangan Marshall.
Soviet Union membangunkan Jerman Timur sebagai zon yang dipengaruhi oleh komunis.
Perkembangan yang berlaku ini menyebabkan wujudnya perpecahan yang ketara antara Jerman
Barat dengan Jerman Timur yang terpisah daripada segipolitik, ekonomi dan sosial sehingga
Jerman kembali bersatu pada tahun 1989.

2. Negara Jerman kehilangan wilayah

Kekalahan Jerman dalam Perang Dunia Kedua menyebabkan Jerman kehilangan satu perempat
daripada wilayahnya kepada pihak yang menang. Perancis menguasai wilayah Saar,Soviet Union
meluaskan sempadannya sehingga meliputi wilayah Jerman dan rantau Baltik. Walaupun Jerman
gagal memperlihatkan negaranya sebagai kuasa politik yang hebat di eropah dalam era ini
namun Jerman bangkit sebagai kuasa ekonomi yang berperanan penting di eropah selepas perang
dunia kedua. Jerman berjaya muncul sebagai negara termaju di dalam dunia yang berada dalam
kelompok negara G7.

3. Kehilangan nyawa

Perang dunia keduayang berlaku di eropah dan Asia mengorbankan banyak nyawa manusia,
kemusnahan harta benda dan mengundang kesengsaraan kehidupan manusia dalam sejarah
dunia. Rakyat Jerman berjumlah 600000 orang dianggarkan terkorban akibat letupan bom,
pembunuhan,wabak penyakit dan kebuluran .Negara Jerman mengalami kerosakan dan
kemusnahan infrastruktur, bandar dan perusahaan yang terjejas dengan teruk dan menyusahkan
kehidupan rakyatnya. Rakyat Jerman menghadapi situasi kehidupan yang amat tragis ekoran
peperangan yang berlaku. Mereka berhadapan dengan kesedihan,traumatik dan masa hadapan
yang tidak menentu. Namun begitu, rakyat Jerman berjaya memulihkan kehidupan mereka
dengan bangkit berusaha membina negara semula daripada kemusnahan perang. Hasilnya negara
Jerman tetap menjadi sebuah negara maju dalam dunia sekarang ini.

4. Ganti rugi peperangan.

Menurut Perjanjian Damai Paris, negara yang kalah di dalam peperangan dikehendaki membayar
ganti rugi peperangan kepada negara-negara yang menang. Ini menyebabkan negara-negara
yang menang dalam peperangan bertindak menuntut gantirugi peperangan daripada negara yang
kalah. Negara Britain dan Perancis mendapat bekalan arang batu secara percuma dan bekalan
tenaga buruh secara paksa daripada Jerman. Amerika Syarikat pula mengambil semua aset milik
syarikat-syarikat Jerman yang eroperasi di negaranya. Hak cipta jentera dan mesin-mesin yang
dihasilkan oleh saintis Jerman turut diambil oleh negara Amerika sebagai ganti rugi. Negara
Jerman terpaksa berhadapan dengan tindakan negara yang menang dalam peperangan ini. Aset
galian dan kelebihan dalam pengetahuan serta teknologi di rampas sebagai ganti rugi dalam
peperangan.Walaupun negara Jerman seperti sudah jatuh ditimpa tangga, rakyat dan bangsa
Jerman bangun memulihkan ekonomi dan menguruskannya sehingga berjaya setanding negara
lain di eropah

5. Hukuman jenayah perang

Perbicaraan terhadap penjenayah diadakan di Nuremberg selepas peperangan tamat. Sejumlah


177 orang Jerman dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan jenayah perang. Sebanyak 13 kali
perbicaraan terhadap orang Jerman diadakan antara tahun 1945- 1947. Perbicaraan tersebut
memutuskan seramai 25 orang dijatuhkan hukuman mati, 20 orang dikenakan hukuman penjara
dan 35 orang dibebaskan daripada tuduhan. Peristiwa buruk peperangan dunia kedua menjadikan
negara Jerman sekali lagi dihukum selepas berhadapan dengan perang dunia pertama yang lalu.
Faktor ini menyebabkan negara Jerman perlu memperkuatkan diri bagi memulihkan nama baik
negaranya di Eropah.Tekanan politik, ekonomi dan sosial yang berlaku ini menjadikan
rakyatnya berusaha kuat dan matang membangunkan negara menempuh cabaran dan halangan.

Kesimpulan

Negara Jerman menerima kesan yang besar akibat kekalahan dalam perang dunia kedua. Kesan
tersebut merangkumi aspek politik, ekonomi dan sosial. Negara Jerman kehilangan
kedaulatannya kepada pihak yang menang ,wilayah dalam negara Jerman dibahagikan kepada
zon-zon yang dikuasai oleh Britain ,Perancis, Amerika Syarikat dan Soviet Union .Hal ini juga
memperlihatkan kemunculan Amerika Syarikat dan Soviet Union muncul sebagai kuasa besar
dunia. Hubungan tegang antara kedua-dua kuasa besar ini mencetuskan perang dingin yang
berlaku sehingga tahun 1989 di Eropah.
11. Perang Dunia Kedua (1939-1945) telah meninggalkan impak yang amat mendalam terhadap
aspek politik, ekonomi dan sosial. Nilaikan.
Pengenalan
Ketidakpuasan hati kalangan negara yang terlibat dalam Perang Dunia Pertama seperti Jerman
telah menyebabkan dunia terlibat dlam kancah peperangan dunia yang lebih besar. Dalam Perang
Dunia Kedua, Britain, Rusia, Perancis dan Amerika Syaikat membentuk pakatan yang dikenali sebagai
Kuasa Berikat. Jerman, Itali dan Jepun pula mewujudkan pakatan yang dikenali sebagai Kuasa Paksi.
Peperangan yang berlangsung selama lebih kurang tujuh tahun berakhir dengan penyerahan kalah oleh
Jepun secara rasmi pada September 1945 ini telah meninggalkan impak yang amat mendalam teutama
dalam aspek politik, ekonomi dan sosial kalangan penduduk dunia.

Politik
i. Penubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
Selepas Perang Dunia Kedua, Pertubuhan Bangsa-Bangsa, PBB ditubuhkan kerana kegagalan
Liga Bangsa memainkan peanan berkesan untuk menghalang pepeangan. Matlamat PBB ialah untuk
memelihara keamanan dunia dan menghalang peperangan, menggalakan kerjasama antarabangsa
dalam bidang sosial dan ekonomi serta memberi bantuan kemanusiaan dan mencegah wabak penyakit
dalam kalangan negara anggota. Sebuah Majlis Keselamatan telah dibentuk bagi mengawal keamanan
antarabangsa yang dianggotai oleh kuasa-kuasa besar dunia iaitu Amerika Syarikat, Rusia, Perancis,
Britain dan China. Oleh yang demikian, Penubuhan PBB ini secara tidak langsung dapat membantu
menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh negara-negara di dunia ini.
  
ii. Eropah tebahagi kepada dua blok
Selepas tamat Perang Dunia Kedua muncul dua kuasa besa bahau iaitu Ameika Syarikat  dan
Soviet Union. Kedua-dua kuasa tesebut berada dalam pakatan yang sana semasa Perang Dunia Kedua.
Persaingan kedua-dua kuasa dalam kancah Peang Dingin menyebabkan dunia berpecah kepada tiga
kelompok iaitu negara Pro-Amerika, Pro Rusia dan Negara Berkecuali.  Eropah terbahagi kepada dua
blok iaitu Eropah Timur yang pro-komunis dan Eropah Barat yang pro-demokrasi. Oleh itu, berlaku
persaingan kuasa akibat daripada ideologi yang berbeza.

iii. Dekolonisasi
Perang Dunia Kedua membangkitkan semangat kebangsaan dalam kalangan penduduk Asia
dan Afrika. Muncul gerakan untuk membebaskan tahan air daripada penjajah bagi membentuk negara
dan bangsa mereka sendiri. Kos peperangan yang tinggi menyebabkan negara-negara Eropah
menghadapi masalah kewangan untuk menguruskan tanah jajahan. Selepas tamat perang negara-
negara Eropah memulakan poses dekolonisasi dengan membei kemerdekaan kepada tanah jajahan
mereka. Antara tahun 1945-1970 banyak tanah jajahan di Asia dan Afrika mencapai kemedekaan.

iv. Perang Dingin  


Selepas tamat perang Amerika Syarikat dan Rusia muncul sebagai kuasa besar dunia. Ameika
Syaikat memperjuangkan penubuhan kerajaan  demokrasi di Eropah Barat . Rusia berjuang untuk
mengasaskan pemerintahan komunis di negara-negara Eropah Timur. Pertentangan ini menyebabkan
hubungan kedua-dua kuasa besar ini semakin tegang sehingga mencetuskan Perang Dingin. Semasa
Perang Dingin belangsung, kedua-dua kuasa besar ini menggunakan pelbagai pendekatan untuk
mengukuhkan ideologi dan pengaruh masing-masing.

FWH 2021
v. Pepecahan Jerman
Perang Dunia Kedua menyebabkan perpecahan Jerman kepada empat zon yang dikuasai oleh
Britain, Perancis, Ameika Syarikat dan Rusia. Pada bulan Disember 1946 , Britain, Perancis  dan
Amerika Syarikat menggabungkan zon-zon mereka. Rusia membangunkan Jerman Timur sebagai zon
komunis. Pada bulan Mei  1949 Persekutuan Republik Jerman ditubuhkan dan ibu kotanya di Bonn.
Demokratik Jerman ditubuhkan pada bulan Oktober dengan ibu kotanya di Berlin.

vi. Perubahan Sempadan Negara-Negara Eropah


Perang Dunia Kedua menyebabkan berlaku perubahan dalam sempadan negara-negara
Eropah. Soviet Union meluaskan sempadan hingga meliputi wilayah Jerman, Finland, Poland,
Czechoslovakia, Romania, dan Jepun. Soviet Union telah menguasai juga menguasai negara yang
tidak berpihak kepada mana-mana pakatan semasa PD2 seperti Estonia, Latvia dan Lithuania. Pihak
Soviet juga berusaha menubuhkan kerajaan berasingan di wilayah yang dikuasai oleh mereka.
Perancis bertindak menguasai wilayah Saar dari Jerman manakala Poland menguasai wilayah Silesia
dari Jerman. Poland mendapat ganti rugi dengan menguasai wilayah-wilayah perindustrian di Silesia,
Jerman. Jerman terlah kehilangan satu perempat daripada wilayahnya dalam Perang Dunia Kedua.

Ekonomi
i. Ganti Rugi Perang
Selepas tamat perang, negara-negara yang menang menuntut ganti rugi daripada negara-negara
yang kalah dalam peperangan. Menurut Perjanjian Damai Paris, Hungary, Findlad, dan Romania
dikehendaki membayar ganti rugi sebanyak $360 000 000 kepada Soviet Union. Pihak Soviet telah
memindahkan jentera dan mesin dari kilang perindustrian wilayah jerman sebagai kos ganti rugi.
Negara Eropah lain turut menuntut ganti rugi dari Jerman. Britain dan perancis mendapatkan bekalan
arang batu secara percuma dari Jerman. Amerika Syarikat turut mendapatkan paten (hak cipta) bagi
semua jentera dan mesin- mesin yang dihasilkan oleh saintis Jerman. Sememangnya kesan ekonomi
yang dapat dilihat daripada perang dunia kedua ialah ganti rugi yang terpaksa ditanggung oleh negara
yang mengalami kekalahan.

ii. Kemusnahan Ekonomi


Perang dunia kedua menyebabkan ekonomi negara-negara Eropah musnah. Peperangan ini
menyebabkan kawasan tanah perindustrian yang luas rosak dan pengeluaran hasil pertanian merosot.
Jumlah hasil pertanian yang dikeluarkan oleh negara-negara Eropah pada tahun 1946, hanya satu
pertiga daripada hasil pertanian yang dikeluarkan pada tahun 1938. Selain itu peperangan turut
menjejeskan pengeluaran dalam sektor perindustrian dan hanya pulih pada tahun 1938 dan tahun 1948.
Turut mengalami defisit dalam perniagaan dengan Amerika Syarikat sebanyak empat billion dolar
Amarika. Kos perang dunia kedua dianggarkan mencecah hampir US 500 billion ekoran kesan dunia
kedua yang memberi kesan kemusnahan ekonomi yang teruk.

3. Sosial
i. Kematian dan kemusnahan harta benda.
Perang Dunia Kedua mengobankan banyak nyawa. Dianggarkan 600 000 rakyat Jerman terkoban
akibat serangan bom. Manakala tenteranya berjumlah 500 000 oang terbunuh dalam pertempuran.
Kadar kehilangan nyawa yang tinggi juga dialami oleh Rusia. Lebih kurang 7 juta orang awam dan 11
juta orang tentera terkorban. Britain dan negara-negara Komanwel kehilangan 445 000 tentera, lebih
separuh daripada jumlah itu ialah tentera Bitain. Amerika Syarikat pula kehilangan 325 000 orang
tentera. Jumlah keseluruhan orang awam dan tentera yang terkorban ialah antara 25 juta hingga 30 juta
orang. Jumlah keseluruhan orang awam dan tentera yang terkorban ialah 25 juta hingga 30 juta orang.

FWH 2021
ii. Perubahan Peranan Wanita.
Perang Dunia Kedua telah menyebabkan wanita turut mengalami perubahan. Penglibatan ramai
golongan lelaki dalam peperangan menyebabkan pekerja di sector perindustrian dan perkilangan.
Kaum wanita mula mengambil alih kerja-kerja yang sebelum ini dilakukan oleh kaum lelaki di sektor
perindustrian. Ramai kaun wanita kini menjadi pekerja dan buruh di kilang-kilang.

iii. Masalah Pelarian.


Lebih kurang enam juta kumpulan etnik minoriti Jerman di Czechlovakia dan Hungrary menjadi
pelarian. Ratusan ribu pekerja di Eropah Timur yang tidak mahu kembali ke negara asal mereka telah
menjadi orang pelarian. 

iv. Perbicaraan Jenayah Perang.


Selepas tamat Perang Dunia Kedua, perbicaraan terhadap penjenayah-penjenayah telah diadakan di
Nuremberg. Sebanyak 13 perbicaraan telah diadakan antara tahun 1945 hingga 1947 terhadap orang
Jerman yang dituduh melakukan jenayah perang. Perbicaraan ini telah dikendalikan oleh para hakim
dari Amerika Syarikat, Britain, Perancis dan Rusia. Seramai 177 orang Jerman telah dihadapkan ke
mahkamah pengadilan atas tuduhan jenayah perang. 25 orang telah dikenakan hukuman mati, 20
orang dikenakan hukuman penjara manakala 35 orang dibebaskan.

Kesimpulan
Ringkasnya, peperangan yang dimulai dengan serangan Jerman ke atas Poland pada September 1939
telah berakhir pada tanggal 15 Ogos 1945 pada saat Jepun menyerah kepada tentera Amerika Syarikat.
Hakikatnya adalah Perang Dunia Kedua sebenarnya telah meninggalkan impak yang yang mendalam
dari aspek politik, ekonomi dan sosial. Perang ini juga telah menyebabkan Amerika Syaikat dan Rusia
muncul sebagai kuasa besar dunia. Namun, hubungan tegang antara kedua-dua kuasa besar dunia ini
akibat perbezaan ideologi telah menyebabkan tercetus Perang Dingin yang berlarutan hingga tahun
1989.

FWH 2021
12. Huraikan sebab-sebab berlaku Perang Dingin

Pengenalan
Perang Dingin merujuk kepada keadaan tegang yang wujud antara Amerika Syarikatbdan Soviet
Union. Perang Dingin bermula apabila presiden Harry Trumen mengisytiharkan Doktrin Trumen pada
tahun 1947. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya Perang Dingin. Antaranya ialah
faktor perbezaan ideologi politik, perbezaan sistem ekonomi, dasar perluasan pengaruh Soviet Union
di Eropah, hubungan renggang antara Amerika Syarikat dan Soviet Union dan Doktrin Truman.

1. Perbezaan ideologi politik

Amerika Syarikat dan Soviet Union mengamalkan sistem pemerintahan yang bertentangan Amerika
Syarikat memperjuangkan sistem demokrasi yang mengutamakan hak asasi manusia Soviet Union
menyokong sistem sosialis yang berteraskan ideologi komunis .Perbezaan ini menyebabkan hubungan
antara kuasa-kuasa ini menjadi renggang

2. Perbezaan sistem ekonomi

Amerika Syarikat memperjuangkan sistem ekonomi kapitalis yang menggalakkan perdagangan bebas
tanpa campur tangan kerajaan. Soviet Union tidak menggalakkan sistem ekonomi bebas. Perniagaan
dimiliki dan diuruskan oleh kerajaan sahaja. Soviet Union menyekat negara-negara sosialis melibatkan
diri dalam perdagangan antarabangsa kerana bimbang ia akan mengancam rejim totalitarian Soviet
Union. indakan Soviet Union menentang ideologi kapitalisme dan bimbang terhadap ancaman dari
Amerika Syarikat menyebabkan Perang Dingin

3. Dasar perluasan pengaruh Soviet Union di Eropah


Soviet Union telah meluaskan pengaruhnya di Eropah sebelum Perang Dunia Kedua tamat. Akhir
1944 tentera komunis Rusia telah membebaskan dan mengawal sebahagian besar negara-negara di
Eropah Timur. Rusia juga berjaya menguasai Jerman Timur.Dalam Persidangan Yalta, Stalin
mengandaikan pihak Barat bersedia menerima pengaruh Rusia di Poland tetapi dalam Persidangan
Potsdam wujud ketidaksefahaman yang menyebabkan keretakan hubungan antara mereka. Rusia
bertindak mengukuhkan cengkamannya terhadap negara-negara di Eropah. Kerajaan-kerajaan yang
dibentuk didominasikan oleh golongan komunis. Kerajaan Soviet Union juga ingin meluaskan
pengaruh di Eropah Barat. Stalin menggalakkan komunis memainkan peranan aktif dalam pilihan raya
dalam negara-negara tersebut terutamanya di Itali dan Perancis. Tindakan Soviet Union menyebarkan
pengaruh komunis menyebabkan Amerika Syarikat mengambil langkah-langkah menyekat penyebaran
ideologi komunisme.

4. Hubungan renggang antara Amerika Syarikat dan Soviet Union

Hubungan menjadi buruk selepas Mei 1945. Amerika Syarikat menolak bantuan ekonomi yang
diminta oleh Soviet Union. Perdana Menteri Britain, Sir Winston Churchill mengadakan satu tirai besi
yang memisahkan Eropah Timur dengan Eropah Barat. Ucapan beliau membuktikan kebimbangan
Amerika Syarikat dan Britain terhadap pengaruh Soviet Union di Benua Eropah.

5. Doktrin Truman
Presiden Harry Truman mengumumkan bantuan yang diberikan kepada Soviet Union dihentikan.
Amerika Syarikat tidak mengiktiraf kerajaan yang ditubuhkan tanpa persetujuan rakyatnya. Doktrin ini
menjadi dasar Amerika Syarikat bagi tempoh 30 tahun berikutnya. Doktrin ini juga menjadi dasar
kepada usaha Amerika Syarikat menentang perluasan pengaruh Soviet Union dan ideologi komunisme
ke seluruh dunia. Berdasarkan doktrin ini Amerika Syarikat memberikan bantuan kewangan dan
ketenteraan kepada Turki dan Greece bagi membendung ancaman komunisme

FWH 2021
Kesimpulan

Perang Dingin telah menyebabkan kuasa-kuasa besar berlumba-lumba untuk menambahkan senjata
dan kekuatan tentera.

13. Bincangkan faktor-faktor tercetusnya Gerakan 4 Mei 1919

Pengenalan

Gerakan 4 Mei ialah peristiwa demonstrasi, pemogokan dan rusuhan yang dijalankan pada
tahun 1919 oleh kira-kira 5000 pelajar di Peking dari 13 institusi pengajian tinggi dan diketuai oleh
pelajar-pelajar serta pensyarah-pensyarah Universiti Peking (Peita). Universiti Peking merupakan
pusat revolusi intelektual kerana canselornya Tsai Yuan Pei menggalakkan perkembangan idea-idea
baru di kalangan pelajar-pelajar. Gerakan ini merangkumi jangka masa 1917-1921 yang dikenali
sebagai Zaman Revolusi Intelektual‖ kerana ianya telah meninggalkan kesan yang mendalam dari segi
politik, sosial, intelektualisme dan kebudayaan. Di antara tokoh-tokoh penting dalam Gerakan 4 Mei
ialah Tsai Yuan Pei, Chen Tu Hsiu, Hu Shih, Monlin, Kuo Mojo dan Lu Shun.

Isi 1. Keadaan politik yang tidak mantap

Setelah berjaya menggulingkan Dinasti Manchu melalui Revolusi 1911, pemimpin-pemimpin


China gagal membentuk sebuah kerajaan yang efektif. Perselisihan sering berlaku di antara pemimpin-
pemimpin menyebabkan rancangan-rancangan pembaharuan tidak dapat dilaksanakan. Sebagai
contoh, perselisihan di antara Yuan Shih Kai dan Dr. Sun Yat Sen serta Kuomintang dan kemudiannya
selepas kematian Yuan Shih Kai pada tahun 1916 berlaku pula perselisihan di antara Presiden Li Yuan
Hung dan Perdana Menteri Tuan Chi Jui. Selepas kematian Yuan Shih Kai juga berlaku zaman
Hulubalang‖ (Warlordism) yang menyebabkan negeri China semakin menuju kepada kehancuran.
Pergolakan politik yang tidak berkesudahan ini menyebabkan golongan bangsawan, sarjana dan
intelek hilang kepercayaan terhadap kerajaan.

Isi 2. Peranan saudagar dan pekerja

Semasa Perang Dunia Pertama 1914-1918, muncul perusahaan penting di negeri China seperti
perusahaan besi dan keluli yang sangat diperlukan oleh Pihak Berikat. Perkembangan perusahaan ini
menyebabkan munculnya saudagar-saudagar besar dan bertambahnya tenaga buruh terutamanya di
bandar-bandar perusahaan seperti Shanghai, Canton, Tientsin dan lain-lain. Golongan saudagar dan
pekerja merasa kurang senang terhadap politik dalam negeri kerana ianya mengancam kepentingan
ekonomi mereka. Golongan ini menentang perbuatan rasuah dan penyelewengan yang dilakukan oleh
pegawai-pegawai kerana ianya akan menjejaskan faedah-faedah yang seharusnya diterima oleh
mereka. Akibatnya, golongan saudagar dan pekerja melibatkan diri dalam Gerakan 4 Mei dengan
mewujudkan kemantapan politik bagi menjaga kepentingan ekonomi dan kedudukan mereka.

Isi 3. Perkembangan Intelektualisme

Antara tahun 1903-1919, semakin ramai pelajar China dari luar negeri pulang ke negeri China.
Antaranya ialah Chen Tu Hsiu dan Tsai Yuan Pei dari Perancis, Kuo Mojo dan Lu Shun dari Jepun
dan Hu Shih serta Mon Lin dari Amerika. Dengan menggunakan Universiti Kebangsaan Peking
(Peita), Tsai Yuan Pei yang menjadi Canselor, Chen Tu Hsiu dan Hu Shih yang menjadi pensyarah,
telah menyebarkan idea-idea Barat kepada pelajar-pelajar. Mereka menyebarkan pelajar-pelajar
bahawa negeri China jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan kemajuan negara-negara Barat.
Mereka menekankan kepada penggunaan politik, ekonomi dan pendidikan moden secara Barat untuk
membentuk sebuah negara China yang moden dari segi politik, ekonomi dan sosial.

FWH 2021
Isi 4. Faktor luar negeri

Peristiwa yang berlaku di negeri-negeri lain turut memberi inspirasi kepada golongan
nasionalis terutamanya pelajar-pelajar China. Antaranya peristiwa penting yang memberi kesan
mendalam ialah Revolusi Bolshevik yang berlaku di Rusia pada tahun 1917. Revolusi Bolshevik
merupakan kejayaan perjuangan rakyat Rusia menggulingkan Kerajaan Czar yang korup. Mereka telah
berjaya membentuk sebuah kerajaan yang moden dan disegani. Selain itu, revolusi sosial yang berlaku
di beberapa buah negara Eropah seperti Finland, Jerman, Austria dan Hungary serta ―rusuhan beras‖
di Jepun pada tahun 1918 juga telah membangkitkan kesedaran rakyat China untuk menentang
kerajaan. Peristiwa-peristiwa tersebut merupakan perjuangan rakyat menentang kerajaan hasil dari
rasa tidak puas hati.

Isi 5. Masalah Shantung

Semasa berlakunya Perang Dunia Pertama 1914-1918, Jepun telah mengalahkan Jerman di
Shantung dan merampas konsesi Jerman di Shantung. Pada 18 Januari 1915, Jepun telah
mengemukakan tuntutan yang dikenali sebagai “21 tuntutan” untuk dilaksanakan oleh China.
Penerimaan tuntutan-tuntutan tersebut akan menjadikan negeri China sebagai protektorat Jepun. Di
antara tuntutan itu ialah:
a. Negeri China hendaklah berjanji tidak akan menyerahkan atau memajakkan kepada kuasa-kuasa
lain
mana-mana bahagian, pelabuhan, teluk, pulau atau pantai di sepanjang negerinya.
b. Negeri China mesti mengambil penasihat-penasihat Jepun dalam bidang kewangan, ketenteraan dan
pasukan polis.
c. China mesti bersetuju terhadap tuntutan yang dicapai di antara Jepun dan Jerman di Shantung.
d. China hendaklah melanjutkan tempoh pajakan Port Arthur dan khidmat keretapi Manchuria Selatan
dari 25 tahun kepada 99 tahun.
e. China hendaklah mengakui pendudukan Jepun di Shantung.
f. China dan Jepun akan menjalankan usaha sama dalam perusahaan besi. China tidak dibenarkan
menjual besi tanpa izin Jepun atau mendirikan perusahaan besi yang lain yang akan menjejaskan
usaha sama itu.
g. China mesti membeli 50% senjata dari Jepun.

Golongan pelajar menganggap tuntutan tersebut sebagai satu penghinaan yang boleh
menjatuhkan maruah China. Mereka mendesak supaya Kerajaan China menolak sama sekali ―21
tuntutan‖ tersebut. Kemarahan golongan pelajar China bertambah kerana Persidangan Damai
Versailles Januari 1919 yang dihadiri oleh pihak berikat mengiktiraf ―21 tuntutan‖ tersebut.
Persidangan Versailles Januari 1919 telah memutuskan bahawa bekas hak-hak Jerman di Shantung
diserahkan kepada Jepun. Keputusan Persidangan Versailles telah mengakibatkan satu demonstrasi
pelajar-pelajar di Peking pada 4 Mei 1919. Mereka menuntut pengembalian hak-hak China di
Shantung dan mendesak Kerajaan China supaya tidak menandatangani Perjanjian Versailles.
Golongan pelajar juga mendesak Kerajaan China menghukum tiga ahli politik pro Jepun iaitu Chang
Tsung Hsing, Lu Tsung Yu dan Tsao Ju Lin yang dipercayai bertanggungjawab bagi penerimaan
tuntutan berkenaan oleh China.

FWH 2021
14. Huraikan kesan-kesan gerakan 4 Mei 1919

1. Pencapaian matlamat

Gerakan 4 Mei telah mencapai matlamat perjuangannya. Wakil China dalam Persidangan Damai
Versailles iaitu C.T. Wong dan Wellington Khoo tidak menandatangani Perjanjian Versailles yang
dijadualkan pada 28 Jun 1919 akibat dari desakan pelajar. Tiga orang ahli politik China yang dianggap
pro Jepun dan bertanggungjawab bagi penerimaan ―21 Tuntutan‖ Jepun oleh China iaitu Chang
Tsung Hsing, Lu Tsung Yu dan Tsao Ju Lin telah meletakkan jawatan. Dalam Persidangan
Washington pada 21 November 1921, negeri Jepun telah bersetuju untuk menarik diri dari Shantung.

2. Membangkitkan semangat kebangsaan

Gerakan 4 Mei telah melahirkan semangat kebangsaan di kalangan orang-orang China. Ianya
merupakan saru revolusi mental di kalangan orang-orang China yang digerakkan oleh golongan
intelek. Pelajar muncul sebagai golongan penting pembela kepentingan nasional

Gerakan 4 Mei telah mendapat perhatian dari negara-negara asing terutama di kalangan penulis.
Untuk meninjau lebih lanjut mengenainya ramai penulis Barat dan Asia telah melakukan lawatan ke
negeri China. Di antara mereka ialah Bertrand Russel antara Oktober 1920 hingga Julai 1921, Paul
Monroe seorang penulis dari Amerika pada tahun 1921, Hans Driesh seorang ahli falsafah Jerman
pada tahun 1922 dan pujangga terkenal Rabindranath Tagore pada tahun 1923

China. Dalam hubungan mengembangkan semangat nasionalisme, golongan pelajar dan intelek dari
Universiti Kebangsaan Peking memainkan peranan penting. Demonstrasi oleh pelajar-pelajar
mengakibatkan demonstrasi dan pemogokan di seluruh China. Golongan pelajar juga telah
menganjurkan pemulauan barang-barang buatan Jepun. Pemulauan ini mendapat sokongan ramai dan
menjejaskan perdagangan Jepun dengan China. Perasaan anti Jepun juga bertambah di kalangan
orang-orang China akibat dari Gerakan 4 Mei. Buat pertama kalinya pekerja-pekerja China
mengadakan demonstrasi-demonstrasi secara besar-besaran di Peking, Tientsin, Shanghai, Hankow
dan bandar-bandar lain.

3. Perkembangan fahaman Komunis

Gerakan 4 Mei telah membuka jalan kepada perkembangan fahaman Komunis di negeri
China. Ideologi-ideologi Barat telah menarik minat intelek-intelek China yang merupakan pengasas
Gerakan 4 Mei. Dalam tahun 1918, Li Ta Chao telah menubuhkan ―Society for the Study of
Marxism‖ di Universiti Peking yang merupakan pusat Gerakan 4 Mei. Kebanyakan ahlinya terdiri dari
pelajar-pelajar Universiti Peking seperti Chang Kuo Tao dan Mao Tse Tung yang kemudiannya
memainkan peranan penting dalam gerakan Komunis di negeri China. Chen Tu Hsiu seorang
pemimpin terkemuka Gerakan 4 Mei telah menganut fahaman Marx-Lenin dalam tahun 1920. Beliau
telah menubuhkan ―Socialist Youth Corps‖ di Shanghai pada tahun 1920. Pada tahun tersebut juga,
Li Ta Chao telah menubuhkan ―Socialist Youth Corps‖ di Peking. Pada tahun 1920 juga, pertubuhan-
pertubuhan Marxism telah disatukan dan pada tahun 1921, Chen Tu Hsiu dan Li Ta Chao telah
menubuhkan Parti Komunis China dengan bantuan Comintern.

4. Memperbaiki kedudukan Kuomintang

Gerakan 4 Mei telah melemahkan kedudukan hulubalang-hulubalang yang menguasai


Kerajaan China di Peking. Golongan pelajar yang mendapat sokongan orang ramai telah menyalahkan
mereka di atas kegagalan negeri China menjaga kepentingannya dalam Perjanjian Versailles 1919.
Akibat desakan orang ramai, Kabinet China yang dipimpin oleh Tuan Chi Jui terpaksa dibubarkan.
Gerakan 4 Mei telah memperbaiki kedudukan Kuomintang yang bertujuan untuk menyatukan negeri

FWH 2021
China. Akibat dari tindakan Sun Yat Sen menyokong Gerakan 4 Mei menyebabkan Kuomintang
mendapat sokongan ramai terutamanya di kalangan pelajar. Sokongan ini memberi inspirasi kepada
Sun Yat Sen untuk

menegakkan kuasa Kuomintang di negeri China. Sokongan ini juga membolehkan Sun Yat Sen
menyusun semula dan memperkuatkan Kuomintang sehingga Kuomintang di bawah Chiang Kai Shek
berjaya menubuhkan kerajaan baru di Nanking pada tahun 1928.

5. Kemunculan gerakan kebudayaan baru

Gerakan 4 Mei telah mengakibatkan kemunculan Gerakan Kebudayaan Baru. Golongan


intelek sama ada dari professor, guru, pelajar atau penulis berpendapat bahawa perjuangan mereka
adalah untuk membentuk satu masyarakat baru, menilai kembali tradisi China dan memperkenalkan
idea-idea Barat. Universiti Peking memainkan peranan penting menerbitkan majalah-majalah dan
akhbar-akhbar yang bertujuan menyumbangkan usaha-usaha membina sebuah masyarakat China yang
baru. Di antara majalah dan akhbar tersebut ialah New Youth (Pemuda Baru), New Tide (Aliran Baru)
dan Weekly Critic (Pembidas Mingguan). Para intelek seperti Chen Tu Hsiu, Lu Shun, Hu Shih dan
Lin Pan Nung telah mengkritik masyarakat tradisional China yang berasaskan ajaran Confucius.
Mereka telah menyokong pembentukan negeri China yang moden yang berasaskan sains dan idea-idea
Barat. Satu lagi perubahan ialah mengkaji semula ajaran Confucius yang menjadi pegangan hidup
orang-orang China. Intelek-intelek China telah terpengaruh dengan pemikiran saintifik Bertrand
Russel, John Dewey dan Thomas Huxley yang menganggap fahaman Confucius sudah tidak sesuai
lagi dan perlu dihapuskan.

Kesimpulan

Gerakan 4 Mei merupakan satu gerakan kebangsaan yang telah mempengaruhi perkembangan
politik dan sosial negeri China. Negeri China telah mengalami perubahan politik dan sosial yang
mendadak selepas gerakan ini dan ianya juga telah merintis jalan kepada kemunculan Parti Komunis
China sebagai sebuah kuasa yang berpengaruh dewasa itu sehingga akhirnya PKC berjaya
menubuhkan sebuah Kerajaan Republik Komunis pada tahun 1949.

FWH 2021
15. Galurkan proses dekolonisasi dan pengembalian kedaulatan di India pada abad abad ke-
20.

Pengenalan

Proses dekolonisasi bermaksud pembebasan tanah jajahan dengan memberikan kemerdekaan


kepada tanah jajahan tersebut. Proses ini berlaku dengan pantas selepas Perang Dunia Kedua.
Dekolonisasi melibatkan bekas tanah jajahan di merata tempat. Hal ini berlaku apabila negara-negara
Eropah mengalami kemerosotan ekonomi sehingga tidak mempunyai kekuatan untuk menguasai tanah
jajahan mereka selepas Perang Dunia Kedua. Ditambah pula dengan desakan hebat daripada penduduk
tempatan khususnya golongan intelek menyebabkan proses dekolonisasi terpaksa dipercepatkan.

Dekolonisasi di India pada tahun 1905 hingga 1918 dikenali sebagai tahap militan kerana
munculnya gerakan bersifat radikal yang memainkan peranan penting dalam menggerakkan
penentangan terhadap British. Gerakan ini diketuai oleh B.G Tilak, Lala Lajpat Rai, Bipin Chandra
Pal, dan Aurobindo Ghosh. Mereka mencadangkan agar semua yang berkaitan dengan British
dipulaukan seperti barangan, pendjdikan, perkhidmatan kerajaan, undang-undang, dan mahkamah.
Namun, menjelang tahun 1920, usaha golongan militan tersebut gagal.

Pembabitan Turki dalam Perang Dunia Pertama turut memberi kesan kepada India dan
masyarakat Islam mengangap Turki mewakili pemerintahan Islam. Oleh itu, masyarakat Islam di India
menganggap musuh Turki juga musuh orang Islam. Gerakan Khilafat dilancarkan oleh Maulana Abul
Kalam Azad Khan, Muhammad Ali, dan Shaukat Ali untuk memulaukan semua aktiviti kerajaan dan
penutupan premis perniagaan. Pemimpim-pemimpin Gerakan Khilafat mendakwa bahawa India
bukanlah negara Islam dan menyebabkan 500 000 hingga dua juta masyarakat Islam berhijrah ke
Afghanistan.

Perjuangan penduduk India hercorak sederhana selepas Perang Dunia Pertama tetapi masih enggan
bekerjasama dengan British. Mahatma Gandhi memimpin Kongres Kebangsaan India (INC) dan
menukar INC daripada sebuah parti elit kepada gerakan massa yang mewakili semua lapisan
masyarakat. Tiga prinsip perjuangan Mahatma Gandhi ialah satyagraha, ahimsa, dan swadesi. Prinsip
swadesi ialah berdikari tanpa mengharapkan bantuan orang lain. Buktinya, Mahatma Gandhi
menyarankan agar masyarakat India bersatu memulau barangan dari Eropah dan Britain.

Manakala, prinsip satyagraha pula bererti berpegang kepada kebenaran. Melalui prinsip ini,
Mahatma Gandhi menyarankan agar bangsa India terus memperjuangkan kemerdekaan yang
dibenarkan dalam sistem demokrasi. Mahatma Gandhi merupakan seorang pejuang antikekerasan
kerana menurut beliau, kekerasan tidak mampu menyelesaikan masalah. Seterusnya melalui prinsip
ahimsa, tindakan popular yang diambil ialah mogok lapar yang dilakukan pada tahun 1920.
Penentangan melalui mogok lapar menyebabkan kekuatan tentera British tidak berguna kerana tidak
ada penentangan bersenjata daripada pengikut Mahatma Gandhi. Tindakan Mahatma Gandhi memaksa
British memberikan kemerdekaan kepada India pada tahun 1947.

Perjuangan Mahatma Gandhi juga menyentuh isu agama. Mahatma Gandhi yang beragama
Hindu telah mengkritik amalan kasta dalam agama Hindu yang dipaparkan dalam
akhbar Young India dan Nuvujivan. Hal ini menyebabkan golongan militan tidak berpuas hati dengan
Mahatma Gandhi dan membawa kepada pembunuhan beliau oleh Nathuram Ghose. Amalan kasta
yang dikritik oleh Mahatma Gandhi menarik perhatian rakyat India dengan isu Harijan atau golongan
yang tidak boleh disentuh. Beliau menekankan bahawa amalan tersebut harus dihapuskan. Beliau turut
mengambil seorang gadis Harijan sebagai anak angkatnya.

FWH 2021
Seterusnya penjajah British telah menggubal beberapa akta untuk mempercepatkan rakyat
tempatan memerintah India. Antaranya, termasuklah Akta Majlis India (1909) dan Akta Montague-
Chelmsford. Namun, British telah memonopoli pengeluaran garam dan menaikkan harga garam yang
secara tradisinya dihasilkan oleh rakyat tempatan. Tindakan ini telah menyebabkan Mahatma Gandhi
mengadakan Perarakan Garam atau Perarakan Dandi kesannya, British telah menahan dan
memenjarakan pemimpin- pemimpin INC termasuk Mahatma Gandhi dan INC diisytiharkan tidak sah.

Seterusnya, Persidangan Meja Bulat diadakan di London, namun gagal mencapai kata
sepakat. Kemudiannya, British bekerjasama dengan INC dan menganjurkan Pakatan Gandhi-Irwin
pada tahun 1931. Gandhi bersetuju membatalkan kempen melanggar perintah awam dan sebagai
balasan, pihak British akan menarik balik segala tindakan kekerasan dan memberi jaminan untuk
membebaskan nasionalis yang ditahan.

Persidangan Meja Bulat Kedua diadakan dan Gandhi yang menghadiri persidangan tersebut
merasakan pegawai-pegawai British berdolak-dalik dalam memberi kuasa mentadbir negara sendiri
kepada orang India. British pula mendakwa Mahatma Gandhi gagal meyakinkan British dalam usaha
menyelesaikan masalah perpaduan rakyat India dan sikap British ini mengecewakan Mahatma Gandhi.
Hal ini menyebabkan Mahatma Gandhi menjalankan semula gerakan menentang British dan beliau
ditahan sekali lagi. British bertindak dan memburukkan lagi keadaan dengan pengumuman Anugerah
Perkauman yang menindas rakyat India dari kelas bawahan. British seterusnya memperkenalkan
Pakatan Poona pada tahun 1932 dan berjaya menghentikan Mahatma Gandhi daripada terus mogok
lapar di penjara. Persidangan Meja Bulat Ketiga diadakan dan Akta Kerajaan India 1935
diperkenalkan.
Dalam pilihan raya umum pada tahun 1937, INC menang besar di lapan wilayah manakala
Liga Muslim menguasai tiga kawasan sahaja yang menyebabkan Liga Muslim mendakwa bahawa INC
hanya memperjuangkan nasib orang Hindu dan mencipta slogan “Islam Dalam Bahaya” untuk meraih
simpati, Di sinilah idea penubuhan Pakistan diperjuangkan dan mendapat sokongan sebilangan rakyat
yang ditunjukkan dalam kemenangan Liga Muslim dalam pilihan raya umum pada tahun 1945 dan
1946. Parti INC dan Liga Muslim dipilih mewakili India dalam rundingan kemerdekaan India dengan
pihak British.

Isu pertikaian Hindu dan Islam tidak dapat dibendung lagi, Gabenor Jeneral India, Lord Louis
Mountbatten bersama pemimpin INC dan Liga Muslim mencapai satu kata sepakat. Oleh itu,
rancangan pemisahan India untuk penganut Hindu dan Islam dilaksanakan, Secara ringkasnya, orang
Islam memasuki Pakistan dan orang Hindu memasuki India yang mencatatkan penghijrahan besar.
Proses penghijrahan tersebut melibatkan ribuan orangnterkorban dan berlaku pertumpahan darah. Era
penjajahan bagi kedua-dua negara, iaitu Pakistan dan India berakhir pada Ogos 1945 apabila kedua-
dua negara menjadi negara bebas berdaulat. Muhammad Ali Jinnah telah memegang jawatan sebagai
Gabenor Jeneral Pakistan dan Jawaharlal Nehru menjadi Perdana Menteri India yang pertama.
Manakala, Lord Louis Mountbatten diminta meneruskan tugasnya sebagai Gabenor Jeneral India.

Kesimpulannya, pelbagai pihak telah mengambil inisiatif untuk membebaskan India daripada
penjajahan British. Bagaimanapun, usaha mernbebaskan diri daripada belenggu penjajahan terjejas
kesan konflik antara orang Hindu dan orang Islam yang akhirnya membawa perpecahan India keuda
dua negara, iaitu India dan Pakistan.

FWH 2021
16. Nilaikan peranan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dalam memelihara keamanan dan
kesejahteraan masyarakat dunia.

Pendahuluan

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ditubuhkan pada bulan Oktober 1945. PBB telah
ditubuhkan semata-mata untuk menggantikan Liga Bangsa yang telah dibubarkan setelah gagal
menghalang Perang Dunia Kedua. Pertubuhan antarabangsa ini mempunyai struktur organisasi,
prinsip, matlamat dan susunan keahlian yang lebih mantap. Sejak awal penubuhannya, PBB telah
memainkan peranan yang amat penting dalam memelihara keamanan dan kesejahteraan masyarakat
dunia.

1. Kemerdekaan wilayah jajahan

PBB memainkan peranan dalam menyelesaikan masalah kemerdekaan wilayah jajahan, PBB
diamanahkan untuk mentadbir wilayah jajahan dan harus memastikan penduduk wilayah mendapat
layanan yang sama, mendapat perlindungan daripada keganasan dan menggalakkan pemerintahan
sendiri. Semenjak penubuhannya, PBB telah berjaya menyelesaikan masalah kemerdekaan negara
yang telah dijajah. Misalnya, pada tahun 1947 terdapat sebanyak 74 buah negara menghadapi masalah
kemerdekaan kemudian ia mula berkurangan apabila PBB telah meluluskan pengisytiharan
kemerdekaan wilayah dan penduduk negara jajahan. Oleh itu, PBB telah berjaya menonjolkan
peranannya dalam usaha membebaskan negara-negara yang dijajah oleh kuasa asing. Kesannya
banyak negara yang telah dimerdekakan kekal berdaulat dan berada dalam keadaan yang aman tanpa
campur tangan luar.

2. Masalah pelarian

Seterusnya PBB juga giat memainkan peranan dalam menyelesaikan masalah pelarian. Pada
awalnya, PBB telah menubuhkan Pertubuhan Pelarian Antarabangsa(IRO) bagi menempatkan semula,
menghantar pulang dan memberi perlindungan kepada lebih 1 000 000 pelarian dari negara-negara
yang mengalami krisis politik. Bagi menangani masalah ini, PBB mengadakan rundingan diplomatik
bagi menempatkan pelarian ke negara-negara tertentu. Kemudian pada 1952, Pesuruhjaya Tinggi
Tentang Orang Pelarian (UNHCR) ditubuhkan bagi menangani masalah pelarian dengan lebih
berkesan. Ini telah membuktikan bahawa, PBB ialah antara badan utama dunia yang dapat
menyelesaikan masalah pelarian agar masyarakat dunia dapat hidap dalam keadaan yang aman dan
sentosa.

3. Menangani konflik antarabangsa

Peranan PBB dalam memelihara keamanan dan kesejahteraan dunia juga dapat dilihat dalam
kejayaannya menangani beberapa konflik antarabangsa. Konflik antara dua buah negara sering berlaku
akibat dari keinginan sesebuah negara meluaskan pengaruh atau ingin menguasai negara lain dengan
pelbagai alasan. Keadaan akan menjadi lebih rumit sekiranya terdapat campur tangan kuasa-kuasa
besar dunia. Walau bagaimanapun, PBB berjaya memainkan peranannya dengan berusaha
mendamaikan negara yang berkonflik melalui rundingan. Contoh kejayaan PBB dalam usaha ini ialah,
pada tahun 1948 apabila Majlis Keselamatan berjaya mengundurkan tentera Soviet Union dari utara
Iran. Tindakan ini dapat mengelakkan peperangan dari berlarutan antara Soviet Union dan Iran. Oleh
itu, dengan penglibatan PBB dalam beberapa konflik dunia telah dapat meredakan krisis yang berlaku
seterusnya memastikan keamanan tercapai.

4. Membantu negara mangsa perang

FWH 2021
Selain itu, PBB juga berperanan memberi bantuan kepada negara-negara yang menjadi
mangsa perang selepas Perang Dunia Kedua menerusi “Program Bantuan dan Pembangunan Semula
PBB”. Pada peringkat awalnya, bantuan diberikan kepada negara-negara sekutu blok Barat. Kemudian
bantuan disalurkan kepada mangsa perang di Asia Timur Jauh, Afrika dan Amerika Latin. Antara
agensi PBB yang memainkan peranan dalam menyalurkan bantuan kepada mangsa peperangan ialah
Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO), Tabung Kanak-kanak PBB (UNICEF) dan Pesuruhjaya
Tinggi Tentang Orang Pelarian PBB (UNHCR). Dalam konteks ini, PBB memberi bantuan khidmat
kebajikan bagi memastikan kualiti kehidupan rakyat di negara tersebut terpelihara. Dengan ini jelaslah
bahawa PBB dapat melaksanakan tanggungjawab sosialnya memelihara kesejahteraan masyarakat
dunia dengan memberi bantuan dalam pelbagai bentuk kepada negara mangsa perang tanpa mengira
bangsa, agama atau warna kulit

5. Membantu membangunkan negara mundur

Akhirnya, PBB turut membantu membangunkan negara-negara mundur dalam aspek ekonomi
dan sosial. Untuk tujuan itu Majlis Ekonomi dan Sosial telah diwujudkan. Majlis ini terdiri daripada
54 ahli yang dilantik bagi tempoh tiga tahun. Majlis ini bertindak menguruskan hal ehwal ekonomi
dan sosial melalui agensi-agensi seperti, Persidangan Perdagangan dan Pembangunan PBB
(UNCTAD), Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO),
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Pertubuhan Pendidikan, Saintifik, dan Kebudayaan PBB
(UNESCO) dan sebagainya. Majlis ini memainkan peranan dalam mengumpulkan data tentang
kemajuan ekonomi dan sosial antarabangsa. Data yang dikumpulkan digunakan dalam perancangan
dan pelaksanaan projek pembangunan terutamanya di negara-negara membangun. Bantuan kewangan
dalam bentuk pinjaman juga disediakan untuk membantu negara-negara mundur. Bagi tujuan tersebut,
PBB telah menubuhkan “International Development Association” (IDA) sebagai badan gabungan
Bank Dunia. IDA diberi kuasa untuk membiayai projek yang memberi sumbangan kepada kemajuan
wilayah. Oleh itu, terbukti bahawa PBB telah memainkan fungsinya dengan berkesan untuk membantu
negara mundur membangun dan memajukan ekonomi dan sosial demi mewujudkan kesejahteraan
rakyat di negara tersebut.

Kesimpulan
Sebagai kesimpulannya, PBB telah berjaya memainkan peranannya mempertahankan
keamanan dan kesejahteraan masyarakat dunia dengan berkesan. PBB juga mengambil langkah-
langkah bagi menangani konflik yang melibatkan negara-negara anggota. Dengan adanya pertubuhan
ini Perang Dunia Ketiga dapat dielakan.

FWH 2021
17. Bincangkan hubungan antara Amerika Syarikat dan United Kingdom di dalam NATO
sepanjang abad ke-20.

Pengenalan

Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) merupakan satu pakatan ketenteraan antara
kerajaan berdasarkan Perjanjian Atlantik Utara yang telah ditandatangani pada 4 April 1949.
Organisasi membentuk satu sistem pertahanan kolektif di mana Negara anggota bersetuju untuk
pertahanan bersama dalam tindak balas kepada serangan oleh mana-mana pihak luar. Ibu Pejabat
NATO ialah di Brussels, Belgium dan terdiri daripada 28 negara anggota di seluruh Amerika Utara dan
Eropah. Pada mulanya NATO adalah tidak lebih daripada sebuah persatuan politik tetapi mula berubah
selepas Perang Korea yang meransang Negara-negara anggota membina struktur te berkesanntera
bersepadu di bawah arahan dua komander tertinggi Amerika Syarikat.

NATO telah menonjolkan Amerika Syarikat sebagai kuasa besar yang memainkan peranan
utama dalam pertahanan dan keselamatan di Eropah Barat.NATO ditubuhkan untuk menghalang
kebangkitan semula kuasa ketenteraan Jerman di Eropah,mengheret dan melibatkan secara langsung
Amerika Syarikat dalam hal-ehwal ketenteraan dan politik Eropah, mengekang perluasan idelogi
komunis dan ketenteraan Rusia di Eropah dan seterusnya mengatasi ketidakyakinan Eropah terhadap
ketidakkemampuan PBB sama ada dari sudut pendekatan dan strategi bagi menyelesaikan atau
mengatasi pelbagai konflik antarabangsa, khususnya dalam konteks dunia secara berkesan.

Bagi mencapai matlamat NATO, strategi yang digunakan ialah untuk mewujudkan sistem
pertahanan bersama yang melibatkan semua Negara anggotanya terhadap keselamatan dan kedudukan
setiap negara anggota. NATO telah menambah kekuatan ketenteraan untuk membendung pengaruh
komunis yang diterajui oleh Soviet Union bersama Negara-negara Eropah Timur yang pro komunis.

NATO telah mengesahkan kehadiran tentera Amerika Syarikat dan Britain selepas tahun 1945
terutamanya di Jerman dan Turki supaya komunis yang diarah oleh Moscow dapat disekat dengan
berkesan. Tambahan pula pada tahun 1949 Soviet telah meletupkan bom atomnya yang pertama.

Britain adalah negara yang memainkan peranan penting dalam proses penubuhan NATO. Jika
dirujuk kepada koleksi surat-surat peribadi Ernest Bevin, Setiausaha Luar Britain 1946-1951) dan
dokumen oleh “Foreign Office”, pihak British sememangnya menyusun strategi dengan
mengetengahkan peranan besar Amerika Syarikat dalam proses penubuhan NATO. Ini bermakna
British Berjaya untuk tidak menonjolkan peranan mereka walaupun British merupakan “key player”
dalam proses penubuhan NATO. Britain yang diterajui oleh Parti Buruh menyusun pelbagai strategi
bagi memastikan pertubuhan antarabangsa yang bakal dibentuk akan turut disertai oleh Amerika
Syarikat. Berdasrkan pengalaman Britain pertubuhan yang ditubuhkan kurang berkesan tanpa
penyertaan AS sepertimana yang berlaku ke atas Liga Bangsa. Presiden S.Trauman pula masih belum
bersedia menghadapi ancaman Soviet di Eropah dan bagi pihak UK pula perlu membuat perancangan
jangka panjang penglibatan AS dalam soal keselamatan di Eropah. Selepas Perang Dingin telah
menyebabkan hubungan UK dan AS menjadi lebih baik dan boleh dilihat dalam tiga bentuk hubungan
perundingan diplomatik; merunding dan membincang pelbagai peringkat diplomasi; kerjasama
ketenteraan dan kerjasama bilateral. Kerjasama-kerjasama yang terjalin menguntungkan kedua-dua
pihak melalui FBI dan CIA di pihak Amerika dan M16 Secret Intelegent Service (SIS) dan M15
Security Service di pihak Britain.

FWH 2021
Hubungan keduanya renggang apabila Atomis Energy Act of 1946 diperkenalkan yang
melarang Amerika mengadakan kerjasama nuklear dengan Negara-negara lain kerana bimbang berlaku
percambahan aktiviti pembinaan senjata nuklear di tempat-tempat lain. Ianya mengecewakn Britain
yang bercita-cita membangunkan senjata nuklear dan ingin meminta bantuan Amerika. Britain
akhirnya

mendirikan sendiri senjata nuclear setelah mengadakan beberapa rundingan nasihat dari Amerika.
Akhirnya pada tahun 1952 Britain berjaya menghasilkan empat senjata nuklear.

Kesimpulan

NATO dianggap oleh Soviet sebagai Amerika. Amerika mempunyai pengaruh yang besar
dalam NATO berbanding Britain. Amerika mendominasi NATO namun kepentingan UK dalam NATO
menyeimbangkan kekuatan NATO menyaingi Rusia bersama Pakatan Warsaw.

FWH 2021
18. Bincangkan penglibatan United Kingdom dari aspek politik dan ekonomi dalam komanwel.

Pendahuluan

Pertubuhan Komanwel ditubuhkan pada tahun 1931 dan merupakan salah satu organisasi yang
penting. Keanggotaannya terdiri daripada bekas tanah jajahan British yang telah mencapai
kemerdekaan. Pada akhir tahun 1950-an, kebanyakan bekas tanah jajahan di Afrika, Asia, Carribbean,
dan Pasifik yang mencapai kemerdekaan memilih untuk menyertai Komanwel.Negara-negara ini yang
mempunyai latar belakang sejarah yang sama melalui pengalaman dijajah oleh British dibenarkan
memilih jenis kerajaan sama ada berbentuk republik, monarki, atau menerima monarki British. United
Kingdom telah banyak memberi sumbangan dalam Komanwel.

Penglibatan United Kingdom dalam Komanwel dari aspek Politik

Isi 1. Sebagai pengasas dan ketua Komanwel

i. Penglibatan United Kingdom dalam Komanwel yang utama ialah menubuhkan Pertubuhan
Komanwel. United Kingdom boleh dianggap sebagai "pengasas" dan "ketua" Komanwel. Penubuhan
ini berjaya menjaga dan mengawal negara-negara bekas tanah jajahannya daripada tanah jajahannya
lenyap begitu sahaja.

ii. Hanya empayar British sahaja yang berjaya mewujudkan sebuah pertubuhan yang disertai oleh
negara-negara bekas tanah jajahannya yang dahulu pernah ditakluki tetapi kini mempunyai status yang
sama dengan Britain.

Isi 2. Memerintah tanah jajahannya berkerajaan sendiri

i. United Kingdom dalam Komanwel telah memerintah tanah jajahannya ke arah berkerajaan sendiri
seterusnya memberi kemerdekaan. Buktinya, bekas tanah jajahan British tidak dipaksa untuk
menyertai Komanwel dan keahliannya dalam Komanwel adalah bebas, iaitu boleh menarik diri
daripada Komanwel pada bila-bila masa. Misalnya, Myanmar meninggalkan Komanwel pada tahun
I'Hfl dan Republik Ireland meninggalkan pertubuhan ini pada tahun 1949.

ii. Negara-negara anggota juga disyaratkan supaya bersedia untuk bekerjasama dengan ahli-ahli demi
kepentingan bersama. Semasa Persidangan Perhubungan Komanwel di Lahore, Pakistan pada tahun
1954, dua syarat lagi dicadangkan, iaitu mempunyai sistem parlimen dan berkemampuan untuk
mentadbir negara.

Isi 3. Pengekalan legasi monarkinya

i. Penyertaan keanggotaan dalam Komanwel juga secara tidak langsung mengekalkan legasi monarki
United Kingdom. Pengekalan legasi ini memberi pengiktirafan kepada Queen (Raja Inggeris) sebagai
ketua negara dan mengekalkan keunikan Komanwel.

FWH 2021
ii. Oleh itu, keanggotaan dalam Komanwel bukan secara automatik dan bekas-bekas tanah jajahan
British tidak semestinya diterima terus menjadi anggota setelah mencapai kemerdekaan. Sesebuah
negara bekas tanah jajahan British perlu memohon untuk menjadi ahli Komanwel. Malahan, syarat
seterusnya ialah negara-negara anggota yang berhasrat untuk menukarkan status monarki menjadi
republik, maka negara tersebut mestilah memaklumkan kepada negara-negara anggota yang lain.
Kesannya, lebih kurang 16 buah negara anggota Komanwel memilih untuk mengakui Queen (Raja
Inggeris) sebagai ketua negara.

Isi 4. Pengekalan model Barat

i. Sumbangan United Kingdom dalam penubuhan Komanwel adalah dengan memperkenalkan sistem
sosial, ekonomi, dan poliolitik berdasarkan model Barat. Penerapan sistem undang-undang, birokrasi,
ekonomi, dan lain-lain ini menjadikan struktur pentadbiran negara-negara Komanwel lebih kemas dan
berkesan.

ii. Keselarasan struktur politik, sosial, birokrasi serta sistem ekonomi yang sudah sebati dan menjadi
tradisi kepada negara Komanwel menyebabkan mereka lebih cenderung mengekalkan hubungan baik
dengan United Kingdom.

Penglibatan United Kingdom dalam Komanwel dari aspek Ekonomi

Isi 5. Memberi bantuan ekonomi

i. United Kingdom ini juga menjalankan tanggungjawabnya untuk membangunkan tanah jajahannya,
termasuk wilayah-wilayah yang diamanahkan kepadanya yang ketinggalan dari segi ekonomi. Oleh
itu, Komanwel telah mengambil langkah yang wajar dengan bekerjasama secara multilateral dalam
bidang ekonomi dalam kalangan bekas tanah jajahannya akan mengukuhkan ekonomi negara-negara
berkenaan.

ii. Buktinya, negara Komanwel mengeksport lebih 50 peratus daripada teh, bijih timah, jut, getah,
minyak sawit, dan koko dunia. Malahan, negara Komanwel juga menyumbang separuh daripada
kduaran aluminium dunia.

Isi 6. Mewujudkan Rancangan Colombo

i. United Kingdom telah memujuk Amerika Syarikat, Kanada, dan Jepun untuk mewujudkan
Rancangan Colombo pada tahun 1950. Rancangan ini yang bertujuan memberi bantuan kewangan,
teknikal, dan biasiswa kepada negara-negara kurang maju. Dalam bidang ekonomi, bantuan
pembangunan tanah dan pertanian serta pengekalan kaedah pertaian moden telah disumbangkan.

ii. Buktinya, beberapa negara anggota Komanwel seperti India, Fiji, Sri Lanka, dan Tanah Melayu
menikmati faedah daripada program ini sama ada dalam bidang pendidikan, dan pembinaan
infrastruktur, iaitu jalan raya, kereta api, serta sistem pengairan.

C. Kesimpulan

Sumbangan United Kingdom dalam Komanwel berjaya mewujudkan kerjasama dalam bidang
ekonomi, pelajaran, teknikal, dan lain-lain. Kerjasama yang wujud ini telah menyebabkan negara-
negara anggota tidak meninggalkan Komanwel.

FWH 2021
Catatan: Calon seharusnya membincangkan mengenai penglibatan dan sumbangan United
Kingdom dalam Komanwel

19. Jelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi kebangkitan kesedaran nasionalisme di India


pada abad ke-19 (STPM 2020)
Pengenalan
Nasionalisme ialah semangat cintaakan negara dan ingin bebas daripada penjajahan Unsur
nasionalisme India sudah bermula sejak dari peristiwa Dahagi 1857 lagi.Terdapat pelbagai faktor
yang mempengaruhi kebangkitan kesedaran nasionalisme di India. Antaranya faktor pendidikan Barat,
bahasa Inggeris, diskriminasi dalam perkhidmatan awam dan lain-lain.

Isi 1. Pendidikan Barat yang diperkenalkan British

Pendidikan Barat yang diperkenalkan British merupakan faktor utama yang melahirkan
kesedaran kebangsaan dikalangan rakyat India. Pendidikan Barat menyebabkan rakyat India terdedah
kepada konsep2 seperti kebebasan, demokrasi, persamaan dan hak asasi manusia. Pendidikan juga
menyedarkan rakyat tentang pentingnya kebebasan individu dari kekejaman dan penindasan
penjajahan Barat. Perkembangan pendidikan melahirkan tokoh-tokoh nasionalis seperti Raja Mohan
Ray dan Gokhale yang memainkan peranan penting dalam gerakan kebangsaan di India.

Isi 2. Bahasa Inggeris

Penggunaan bahasa Inggeris turut memainkan peranan dalam membangkitkan kesedaran di


India. Kewujudan 600 bahasa daerah di India menjadi penghalang komunikasi dan persefahaman di
kalangan penduduk India. Bahasa Inggeris telah digunakan sebagai alat perantara antara rakyat India.
Bahasa Inggeris juga menjadi alat perpaduan untuk menyatukan orang India yang terpisah dari segi
agama,bangsa dan wilayah.Ini memudahkan komunikasi dan kesedaran nasionalisme di India

Isi 3.Dasar Lord Lytton

Tindakan oleh pemerintah Inggeris di India iaitu Lor Lytton juga telah mempengaruhi
kebangkitan nasionalisme India.Pelbagai akta yang diperkenalkanoleh Lord Lytton seperti Akta
Senjata dan Akta Akhbar Vernakular melahirkan sentiment anti British dalam kalangan penduduk
India.Lord Lytton juga menjalankan dasar menggalakkan import kain kapas dari England dan
menghadkan penyertaan penyertaan perkhidmatan awam.Langkah-langkah ini menimbukan
kemarahan rakyat India terhadap British.

Isi 4. Dasar ekonomi British

Dasar ekonomi British juga telah menyemarakkan semangat nasionalis di India. British yang
mengutamakan kepentingan ekonomi di England telah menyebabkan ekonomi masyarakat India
terjejas. Langkah British yang bertindak mengawal industri tempatan bagi mengelakkan persaingan

FWH 2021
dengan perusahaan milik British telah menyusahkan rakyat India. Disamping itu, tindakan British
memonopoli perdagangan garam telah menjejaskan sumber pendapatan penduduk tempatan yang
terlibat dalam industri tersebut.

Isi 5. Dasar diskriminasi British

Dasar diskriminasi Inggeris juga telah membangkit akan semangat nasionalisme penduduk
India. Inggeris telah menghalang penyertaan orang India dalam perkhidmatan awam dengan
mengadakan peperiksaan perkhidmatan awam berdasarkan sukatan pelajaran Britain. Selain itu
Inggeris juga mengabaikan atau tidak mengambil berat kebajikan dan hak asasi buruh-buruh India
yang bekerja

di seberang laut. Buruh-buruh India juga dikenakan pelbagai undang-undang dan cukai yang
membebankan oleh pemerintah British. Ini mencetuskan kemarahan dalam kalangan rakyat India.

Isi 6. Sistem perhubungan dan pengangkutan

Pembinaan sistem perhubungan dan pengangkutan moden turut memainkan peranan dalam
mencetuskan semangat kebangsaan di India. Pembinanan landasan keretaapi dan jalan raya telah
memudahkan perhubungan dan interaksi di kalangan penduduk India.Kemudahan ini juga
memudahkan penyebaran semangat nasionalisme dan menyatukan rakyat India yang terdiri dari
pelbagai bangsa dan keturunan.

7. Peranan akhbar

Akhbar-akhbar tempatan memainkan peranan dalam membangkitkan kesedaran nasinalisme di


India. Akhbar digunakan sebagai medium penyebaran maklumat dan mengkritik pemerintahan British.
Antara akhbar yang mengkritik dasar British adalah akhbar Kesari dan Patriot. Akhbar juga turut
menyebarkan idea pemerintahan sendiri dan demokrasi dalam kalangan rakyat tempatan. Ini
menyemarakkan lagi nasionalisme di India.

Isi 8. Peranan Kesusasteraan


Karya-karya kesussateraan juga turut memainkan peranan dalam membangkitkan kesedaran
nasionalisme di India.Hasil sastera yang mengkritik secara sinis dasar pemerintah British berjaya
membangkitkan kesedaran nasionalisme penduduk India. Karya –karya tersebut dimuatkan dalam
akhbar-akhbar tempatan menyebabkan idea nasionalisme tersebar ke seluruh India

9.Keagungan silam

Kajian terhadap keagungan silam India juga melahirkan keyakinan rakyat India terhadap
kebudayaan dan peradaban mereka. Kajian dilakukan oleh sarjana seperti William Jones dan Max
Muller mengenai kegemilangan zaman Asoka melahirkan keyakinan dan kebanggaan orang India
terhadap negara mereka. Kajian seperti ini membangkitkan kesedaran nasionalisme penduduk India
untuk kembalikan zaman kegemilangan negara India.

Kesimpulan

Kesimpulannya, dasar-dasar yang dilaksanakan oleh British merupakan asas kepada kemunculan
sentimen anti-British. Kebangkitan semangat kebangsaan melahirkan pemimpin-pemimpin
nasionalisme yang mengatur gerakan untuk membebaskan Negara daripada cengkaman penjajah.

FWH 2021
FWH 2021

Anda mungkin juga menyukai