Anda di halaman 1dari 2

MASJID UBUDIAH

Batu 24 ¾ Kg. Ramuan China Kechil


78100 Lubok China
Melaka
Email:masjidubudiahrck@gmail.com
Facebook: Masjid Ubudiah Rck

Ruj. Kami : Masjid RCK 19 (01)


Tarikh : 24 Julai 2019

Unit Pembangunan
Bahagian Khidmat Pengurusan
Jabatan Agama Islam Melaka
75450 Melaka

Tuan,

ADUAN KEROSAKAN DAN MEMOHON PERUNTUKAN BAIK PULIH MASJID UBUDIAH


RAMUAN CHINA KECHIL

Adalah dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas.

2. Pihak Masjid Ubudiah Ramuan China Kechil memohon kepada pihak tuan untuk
hadir ke masjid Ubudiah Ramuan China Kechil bagi membuat siasatan dan mengenal pasti
kerosakan yang sedang dihadapi oleh pihak masjid.Untuk makluman pihak tuan baru-baru
ini dinding masjid pecah di bahagian luar dan boleh membahayakan kepada para jemaah.

3. Kami juga amat berbesar hati kepada pihak tuan sekiranya dapat memberi
peruntukan kepada pihak Masjid Ubudiah bagi pembangunan fizikal masjid memandangkan
masjid ini tidak pernah mendapat apa-apa dana pembangunan dari Jabatan Agama Islam
Melaka manakala kutipan sedia ada masjid pula tidak mencukupi untuk baik pulih bangunan
masjid.Kami juga ingin memohon peruntukan mengecat bangunan masjid yang amat
diperlukan ketika ini. Kos bagi baikpulih masjid termasuk mengecat bangunan dianggarkan
RM50,000.00.

4. Perhatian dari pihak Tuan dan tindakan didahului dengan ucapan terima kasih dan Allah
sahaja yang dapat membalasnya. Pihak tuan boleh menghubungi Tn. Hj. Abdullah Bin Hj.
Ismail (Pengerusi Masjid) di talian 013-6302936 atau En. Jamaluddin Bin Mohd Ali
(Timbalan Pengerusi) 012-8939075 sekiranya ada sebarang pertanyaan tentang perkara di
atas.

Sekian, terima kasih.

“Pusat Ibadah, tarbiyah, ilmu, kebajikan dan aktiviti komuniti yang kondusif ”

Saya yang menjalankan tugas,

…………………………………
(Tn. Hj. Abdullah Bin Hj. Ismail)
Pengerusi Masjid Ubudiah RCK

s.k : Fail Masjid


Unit Pembangunan
Bahagian Khidmat Pengurusan
Jabatan Agama Islam Melaka
75450 Melaka

Anda mungkin juga menyukai