Anda di halaman 1dari 2

DOA TAKLIMAT PENGURUSAN FAIL & REKOD SERTA TAKLIMAT INTEGRITI PPD ALOR GAJAH TAHUN

2021

‫ان الرَِّجْيِم‬
ِ ‫الشْيَط‬
َّ ‫اهلل ِمَن‬
ِ ‫َأعُْوذُ ِب‬
‫بسم اهلل الرحمن الرحيم‬
ِ ِ ‫ وعلى آلِِه و‬، ِ‫ف اَأْلنْبِي ِاء والْمرسل‬
ِ ‫الساَل م على َأ ْشر‬ ِ ِّ ‫هلل ر‬ ِ
َ ‫ص ْحبِه َأمْج َعنْي‬
َ َ َ َ َ ‫َ َ ُ ْ َ نْي‬ َ َ ُ َّ ‫ َوالصَّاَل ةُ َو‬، َ ‫ب الْ َعالَمنْي‬ َ ‫احلَ ْم ُد‬.
ِ ِ
‫يم‬
ُ ‫يم احْلَك‬
ُ ‫َأنت الْ َعل‬
َ ‫َّك‬َ ‫ك اَل ِع ْل َم لَنَا ِإاَّل َما َعلَّ ْمَتنَا ۖ ِإن‬
َ َ‫ ُسْب َحان‬.
Ya Allah, Ya Karim Ya Wadud,
Sesungguhnya pada petang ini Ya Allah, kami merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran dan pujian terhadap-Mu atas
kurniaan-Mu yang tidak ternilai. Kami memanjatkan rasa syukur kehadrat-Mu Ya Allah kerana telah mengizinkan
kami untuk melaksanakan TAKLIMAT PENGURUSAN FAIL & REKOD SERTA TAKLIMAT INTEGRITI PPD ALOR
GAJAH TAHUN 2021. Kami juga memohon kehadhrat-Mu Ya Allah agar taklimat kami ini diberkati hendaknya.
Kurniakanlah kepada kami ketabahan dan kesabaran yang tinggi dalam menghadapi dugaanMu. Hindarkanlah dan
selamatkanlah kami daripada mara bahaya dan musibah yang boleh mengancam nyawa khususnya dalam
menangani wabak penyakit COVID-19.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim


Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahawa kami di sini ingin menimba ilmu-Mu yang sangat luas bagi
mengembangkan potensi diri kami sebagai hamba-Mu yang Engkau redhai.
Justeru, Engkau kurniakanlah keberkatan dan kerahmatan atas taklimat yang kami jalankan ini. Kurniakanlah
kepada kami ilmu-Mu. Sinarilah hati-hati kami dengan cahaya dan hidayah-Mu. Semoga dengannya kami mudah
menerima dan menghayati serta mengamalkannya.

Ya Allah, Ya Ghaffar,
Ampunilah akan dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami dan kasihanilah keduanya sebagaimana mereka
mengasihi kami sejak kami kecil. Begitu juga ampunilah dosa guru-guru kami, sahabat-sahabat kami, saudara-
saudara kami, kaum kerabat kami, serta keseluruhan kaum muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat baik
yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia, dengan rahmat-Mu jua Ya Allah Tuhan Yang Maha
Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Ya Zal Jalali Wal Ikram,


Kurniakanlah jua kepada kami kesihatan anggota, kecerdasan minda, ketenangan jiwa, kekuatan semangat.
Semoga dengannya kami mampu mendepani cabaran, berdaya saing dan mampu mengangkat martabat diri,

keluarga, masyarakat dan negara. Engkau permudahkanlah segala urusan kami di dunia dan di akhirat. Semoga
kami mampu mencapai kecemerlangan dan kegemilangan dalam usaha membangunkan generasi alaf baru Ya
Allah.

‫الر ِحْي ُم‬ ِ ِ َّ ‫َّك َأنْت‬ ِ


َّ ‫اب‬ ُ ‫ت الت ََّّو‬ َ ‫ب َعلَْينَا ِإن‬
َ ْ‫َّك َأن‬ ْ ُ‫ َوت‬.‫م‬3ُ ‫السمْي ُع اْ َلعلْي‬ َ َ ‫رَبَّنَا َت َقبَّ ْل منَّا ُد َعاَئنَا ِإن‬.
ِ ‫ربَّنَا ظَلَمنَا َأْن ُفسنَا وِإ ْن لَم َت ْغ ِفرلَنَا وَترمَحْنَا لَنَ ُكونَ َّن ِمن اْخل‬.
‫اس ِريْ َن‬ َ َ ْ َْ ْ ْ َ َ ْ َ
‫اب‬ َ ‫نك َرمْح َةً ۚ ِإن‬ ِ
َ ‫ب لَنَا من لَّ ُد‬ ‫ِإ‬
ُ ‫َأنت الْ َو َّه‬
َ ‫َّك‬ ْ ‫وبنَا َب ْع َد ْذ َه َد ْيَتنَا َو َه‬
َ ُ‫َربَّنَا اَل تُِز ْغ ُقل‬.
ِ ِ ُّ ‫ربَّنَا آتِنَا يِف‬.
َ ‫الد ْنيَا َح َسنَةً َويِف اآْل خَر ِة َح َسنَةً َوقنَا َع َذ‬
‫اب النَّا ِر‬ َ
ِ
3َ ‫ب الْ َعالَمنْي‬ ِ َّ ِ ِ
ِّ ‫ َواحْلَ ْم ُد هلل َر‬،‫ص ْحبه َو َسل َم‬ ِ ِ ٍ ِ َّ
َ ‫صلى اهللُ َعلى َسيِّدنَا حُمَ َّمد َو َعلى آله َو‬ َ ‫و‬. َ

Anda mungkin juga menyukai