Anda di halaman 1dari 7

UNIT TEKNOLOGI PEMBINAAN

KOLEJ KOMUNITI KUALA TERENGGANU

KERTAS CADANGAN INI DIKEMUKAKAN UNTUK

MEMENUHI SILIBUS KURSUS STP 3033


SISTEM BINAAN BERINDUSTRI

CADANGAN PROGRAM

LAWATAN PELAJAR KURSUS STP3033


SISTEM BINAAN BERINDUSTRI KE KILANG
PEMBUATAN BATA TANAH BERKUNCI
(INTERLOCKING BRICK) DI WAKAF TAPAI,
KUALA BERANG, TERENGGANU.

DISEDIAKAN OLEH
Norsuzilawate Binti Zulkapli
(PENSYARAH STP3033)

SESI JULAI 2014

1
UNIT TEKNOLOGI PEMBINAAN
KOLEJ KOMUNITI KUALA TERENGGANU

1.0 PENGENALAN
Sebagai memenuhi silibus Kursus STP3033 Sistem Binaaan Berindustri, yang
mengkehendaki pelajar-pelajar yang mengambil kursus ini untuk mengadakan
lawatan ke tapak-tapak bina yang menggunakan sistem IBS atau ke kilang-kilang
pembuatan produk IBS. Melalui lawatan ini, pelajar akan dapat didedahkan
dengan proses pembinaan bangunan menggunakan kaedah IBS atau proses
penghasilan produk IBS. Lawatan ini telah memilih Kilang Bata Tanah Berkunci
yang beroperasi di Wakaf Tapai, Kuala Berang, Terengganu. Semoga dengan
mengikuti lawatan ini, para pelajar akan dapat meninjau secara langsung proses
penghasilan bata tanat berkunci dan mendapat pengetahuan daripadanya.

2.0 OBJEKTIF LAWATAN


Di antara tujuan lawatan ini diadakan adalah sebagaimana berikut :
2.1 Mendedahkan pelajar tentang proses-proses penghasilan bata tanah
berkunci.
2.2 Membuka minda pelajar tentang produk IBS masa kini.
2.3 Pelajar dapat melihat secara langsung proses penghasilan bata tanah
berkunci di kilang.
2.4 Pelajar didedahkan tentang teknologi dalam kerja pembinaan di kilang.
2.5 Pelajar didedahkan tentang harga pasaran produk IBS.
2.6 Meningkatkan kefahaman peserta berkenaan bidang pembinaan.

3.0 TEMPOH PERLAKSANAAN


Lawatan ini memerlukan tempoh perlaksanaan 1 hari sahaja.

4.0 JUMLAH PESERTA


- Lawatan ini melibatkan 8 orang pelajar STP3 dan 20 orang pelajar STP 1
serta 8 orang pensyarah.
- Jumlah 36 orang peserta

2
UNIT TEKNOLOGI PEMBINAAN
KOLEJ KOMUNITI KUALA TERENGGANU
5.0 CADANGAN JADUAL LAWATAN
TARIKH : 14 OGOS 2014 (KHAMIS)

8.00am- 9.00am – 10.00am 10.00am-1.00pm 1.00pm-2.00pm 2.00pm-3.30pm


8.30am (1 j) (3 j)

Pendaftaran
Hari Pelajar  Penerangan  LAWATAN DI KILANG. REHAT LAWATAN DI
Pertama aktiviti penghasilan KILANG.
Minum Pagi
produk IBS di MAKAN
kilang. TENGAHARI SESI SOAL
BERTOLAK
KE KILANG JAWAB
SOLAT
PENUTUP &
PENYAMPAIAN
CENDERAHATI

3
UNIT TEKNOLOGI PEMBINAAN
KOLEJ KOMUNITI KUALA TERENGGANU
6.0 ANGGARAN PERUNTUKAN YANG DIPOHON

BIL PERKARA HARGA/UNIT KUANTITI JUMLAH


(RM) (RM)
Untuk (28 orang pelajar):
1 Makan Pelajar 10.00 28 280.00

JUMLAH RM280.00

7.0 CADANGAN TARIKH

BIL PERKARA CADANGAN TARIKH


1 LAWATAN AKADEMIK KE KILANG BATA 14 OGOS 2014
TANAH BERKUNCI (KHAMIS)

8.0 CADANGAN TEMPAT


KILANG IBS INTERLOCKING BRICKS SDN BHD DI KAWASAN PERINDUSTRIAN WAKAF
TAPAI ,MARANG, TERENGGANU

4
UNIT TEKNOLOGI PEMBINAAN
KOLEJ KOMUNITI KUALA TERENGGANU

9.0 PENUTUP
Semoga daripada lawatan awal yang diadakan ini dapat membantu pelajar
dalam memahami proses penghasilan produk IBS yang akan dipelajari dalam
kursus Sijil Teknologi Pembinaan. Melalui pendedahan ini juga diharap dapat
melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran sepanjang semester ini.

Disediakan Oleh; Disemak Oleh;

(NORSUZILAWATE BINTI ZULKAPLI) (WAN NORAIDA BINTI WAN MUSA)


Pensyarah Unit STP Ketua Program
Kolej Komuniti Kuala Terengganu Unit Teknologi Pembinaan
Tarikh : Kolej Komuniti Kuala Terengganu
Tarikh :

Disahkan Oleh;

(MOHAMAD KAMEL BIN ALI)


Ketua Jabatan
Jabatan Kejuruteraan & Kemahiran
Kolej Komuniti Kuala Terengganu
Tarikh :

Catatan dan Kelulusan :


__________________________________________________________________
__________________________________________________________________

Diluluskan / Tidak diluluskan ;

(CHE MUKHTAR BIN BAKAR)


Pengarah
Kolej Komuniti Kuala Terengganu
Tarikh :

5
UNIT TEKNOLOGI PEMBINAAN
KOLEJ KOMUNITI KUALA TERENGGANU
PROJEK 1
STP 3033 SISTEM BINAAN BERINDUSTRI
ARAHAN :
Pelajar dikehendaki membuat lawatan secara berkumpulan ke kilang pembuatan konkrit pasang
siap (pre-cast concrete) di sekitar Gong Badak, Terengganu. Pelajar dikehendaki membuat
laporan bergambar proses penghasilan produk konkrit pasang siap yang dijalankan di kilang
yang dipilih.

Bagi tujuan perlaksanaan projek ini, pelajar perlu :

1. Mendapatkan nama, alamat kilang dan nombor telefon pegawai berkenaan kilang yang
dipilih dan menyerahkan kepada pensyarah untuk tujuan surat-menyurat.
2. Pelajar perlu mendapatkan surat pengesahan pelajar KKKT untuk dibawa bersama
pelajar semasa lawatan.
3. Pastikan pelajar lengkap berpakaian kemas dan selamat; memakai safety boot dan
safety helmet.
4. Memakai jaket kolej dan tag pelajar.
5. Mengambil gambar-gambar berkaitan

PEMARKAHAN :

Pengenalan 5 markah

Kandungan Laporan 20 markah

- Jenis-jenis produk IBS yang dihasilkan

- bancuhan konkrit

- pengawetan

- acuan dan sebagainya

- mesin/loji yang digunakan

- pengangkutan

Gambar berkaitan dan penerangan 20 markah

Penutup 5 markah

6
UNIT TEKNOLOGI PEMBINAAN
KOLEJ KOMUNITI KUALA TERENGGANU
LAPORAN LAWATAN
KILANG IBS INTERLOCKING BRICKS

STP 3033 SISTEM BINAAN BERINDUSTRI


ARAHAN :
Pelajar dikehendaki menyediakan laporan lawatan secara individu setelah mengikuti sesi
lawatan ke Kilang IBS Interlocking Bricks. Laporan mestilah mengandungi gambar-gambar
proses penghasilan produk IBS interlocking Bricks, kelebihan penggunaan produk IBS
interlocking Bricks, kelemahan produk IBS interlocking Bricks , bahan-bahan dan
peralatan/mesin untuk menghasilkan produk IBS interlocking Bricks.

Bagi tujuan lawatan ini, pelajar perlu :

1. Berpakaian kemas dan selamat; memakai safety boot dan safety helmet.
2. Memakai jaket kolej dan tag pelajar.
3. Mengambil gambar-gambar berkaitan

PEMARKAHAN :

Pengenalan 5 markah

Kandungan Laporan 20 markah

Gambar berkaitan dan penerangan 20 markah

Penutup 5 markah

Anda mungkin juga menyukai