Anda di halaman 1dari 4

NOTA PENTING 3 JANUARI 2022 - K T 4 1

KEHADIRAN KELAS BM TAHUN 4 1 - DISEMBER


6 DISEMBER 2021 (ISNIN) 13.12.2021 20.12.2021 27 DISEMBER 2021 (ISNIN)
4.1.2022 (GANTI)
8.15 PG - 9.45 PG
THANESHA - TH (ADA SEBAB) THANESHA
YOGA THARSHAN YOGA THARSHAN
VETHAN - KELAS GANTI VETHAN - TH
SUCHITHRA SUCHITHRA
THANUMITHAN THANUMITHAN - TH
YUGENTHIRAN YUGENTHIRAN
SHASMITAA SHASMITAA
KEHADIRAN KELAS BM TAHUN 4 1 - JANUARI
3 JANUARI 2022
THANESHA
YOGA THARSHAN
VETHAN
SUCHITHRA
THANUMITHAN
YUGENTHIRAN
SHASMITAA

SOALAN : Kamu akan menyambut sesuatu perayaan. Tulis persiapan yang kamu sekeluarga
akan lakukan untuk menyambut perayaan tersebut.
(SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI) Salin

Setiap tahun saya akan menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga
dengan meriah. Sambutan tersebut diadakan pada bulan Syawal. Sebelum
menyambut sambutan ini, kami sekeluarga akan melakukan beberapa
persiapan.
Beberapa minggu sebelum perayaan, kami sekeluarga akan
membeli-belah. Saya sekeluarga akan membeli-belah pakaian tradisional dan
moden. Kami akan membeli-belah di pasar raya yang terkenal di Pulau Pinang.
Kami menggunakan kereta ayah untuk pergi ke sana. Kami juga akan membeli
barang-barang perhiasan rumah untuk menghiaskan rumah.
Selepas itu, saya sekeluarga akan membersihkan rumah bersama-
sama. Ayah dan saya akan membersihkan kawasan sekeliling rumah. Abang
saya pula akan mengecat rumah supaya rumah kelihatan ceria. Kakak saya akan
mengelap cermin tingkap untuk mengelakkan kekotoran dan sesawang. Kami
akan membuat kerja bagai aur dengan tebing.
Seterusnya, kami sekeluarga akan menghiaskan rumah dengan
molek. Saya akan membantu ibu menggantung langsir yang baharu pada
tingkap rumah. Kakak saya pula akan menggubah bunga untuk diletakkan di
atas meja tamu. Ayah saya akan menyalakan lampu pelita menggunakan buluh.
Selepas dihias, rumah saya akan kelihatan indah dan berwarna-warni.

Akhir sekali, ibu saya akan membuat kuih-muih dengan sendiri.


Ibu saya akan menyediakan kuih-muih seperti ketupat, biskut raya, lemang dan
sebagainya. Kakak saya akan menolong ibu untuk membuat kuih bagi
mengurangkan beban kerja ibu. Kami sekeluarga akan menghidangkan kuih-
muih kepada tetamu yang akan datang ke rumah kami. Kami juga akan
memberikan kuih-muih kepada jiran yang berdekatan.
Walaupun persiapan yang disediakan agak memenatkan kami sekeluarga,
tetapi kami berasa seronok bagai itik mendapat air. Melalui persiapan-persiapan
ini, kami dapat merasakan kemeriahan Sambutan Hari Raya Aidilfitri. Aktiviti-
aktiviti seperti ini juga dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan kami.

SOALAN : Kamu akan menyambut sesuatu perayaan. Tulis persiapan yang kamu sekeluarga
lakukan untuk menyambut perayaan tersebut.(Tahun Baharu Cina) Salin

Setiap tahun saya akan menyambut Tahun Baharu Cina bersama keluarga
dengan gemilang. Biasanya, sambutan tersebut diadakan pada bulan Januari
atau Februari. Sebelum menyambut sambutan ini, kami sekeluarga akan
membuat beberapa persiapan.
Beberapa minggu sebelum perayaan, kami sekeluarga akan
membeli-belah. Saya sekeluarga akan membeli-belah pakaian tradisional dan
moden. Kami akan membeli-belah di pasar raya yang terkenal di Pulau Pinang.
Kami menggunakan kereta ayah untuk pergi ke sana. Kami juga akan membeli
barang-barang perhiasan rumah untuk menghiaskan rumah.
Selepas itu, saya sekeluarga akan membersihkan rumah bersama-
sama. Ayah dan saya akan membersihkan kawasan sekeliling rumah. Abang
saya pula akan mengecat rumah supaya rumah kelihatan ceria. Kakak saya akan
mengelap cermin tingkap untuk mengelakkan kekotoran dan habuk. Kami akan
membuat kerja bagai aur dengan tebing.
Seterusnya, kami sekeluarga akan menghiaskan rumah dengan
molek. Saya akan membantu ibu menggantungkan langsir yang baharu pada
tingkap rumah. Kakak saya pula akan menggubah bunga untuk diletakkan di
atas meja tamu. Ayah saya akan menggantung lampu tanglung di anjung
rumah. Selepas dihias, rumah saya akan kelihatan indah dan berwarna-warni.

Akhir sekali, ibu saya akan membuat kuih-muih dengan sendiri.


Ibu saya akan menyediakan kuih-muih seperti kuih bulan, kuih bakul, manisan
dan sebagainya. Kakak saya akan menolong ibu untuk membuat kuih bagi
mengurangkan beban kerja ibu. Kami sekeluarga akan menghidangkan kuih-
muih kepada tetamu yang akan datang ke rumah kami. Kami juga akan
memberikan kuih-muih kepada jiran yang berdekatan.
Walaupun persiapan yang disediakan agak memenatkan kami sekeluarga,
tetapi kami berasa seronok bagai itik mendapat air. Melalui persiapan-persiapan
ini, kami dapat merasakan kemeriahan Sambutan Tahun Baharu Cina. Aktiviti-
aktiviti seperti ini juga dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan kami.

TUGASAN KERJA RUMAH : SOALAN KARANGAN - salin dan fahamkan


cerita.
Loceng berbunyi menandakan waktu persekolahan telah tamat. Semua
murid berjalan ke arah pintu pagar. Tiba-tiba …
Mulakan karangan kamu dengan,
Tiba-tiba …
Tiba-tiba, Ali terdengar suatu letupan yang kuat. Dia berlari ke
arah bunyi tersebut untuk mengetahui kejadian yang berlaku. Dia
terkejut apabila melihat suatu kemalangan yang dahsyat.
Kemalangan itu berlaku antara kereta dengan basikal yang
ditunggangi rakan Ali, iaitu Abu. Ali melihat keadaan rakannya yang
terbaring di bahu jalan. Abu tercedera parah di bahagian kaki dan
tangan. Ali segera berlari ke pondok telefon. Dia menelefon ambulans
dan polis untuk melaporkan kejadian.
Beberapa minit kemudian, pihak polis tiba di tempat kejadian
diikuti ambulans. Selepas itu, pihak polis mengawal keadaan lalu lintas
untuk mengelakkan kesesakan jalan raya. Pasukan penyelamat pula
memberikan rawatan kecemasan kepada mangsa kemalangan.
Kemudian, Abu dimasukkan ke dalam ambulans menggunakan
pengusung. Abu dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan
susulan.
Selepas itu, Ali menelefon ibu bapa rakannya. Dia
memaklumkan kejadian yang menimpa rakannya kepada ibu bapa
rakan. Mereka terkejut selepas mendengar berita itu. Mereka juga
berasa sayu dan pilu. Mereka mengucapkan terima kasih kepada Ali
kerana membantu.
Pada hari itu, Ali pulang lewat ke rumah. Dia menceritakan
kejadian tersebut kepada ibu bapanya. Mereka berasa kasihan
terhadap nasib yang dialami oleh rakannya. Mereka juga bangga
dengan anaknya. Ibu bapa Ali memuji tindakannya yang berani dan
baik hati.
Ibu bapa Ali menasihatinya supaya berhati-hati di jalan raya
semasa pulang dari sekolah. Hal ini kerana malang tidak berbau.
Mereka berhasrat untuk melawat rakan Ali di hospital.

Anda mungkin juga menyukai