Anda di halaman 1dari 1

Aku sebatang pokok kelapa sawit.

Aku hidup subur bersama-sama dengan rakanku di

sebuah ladang yang luas. Aku banyak berbakti kepada peladang. Aku memberikan peluang

pekerjaan kepada ramai rakyat di negara ini.

Aku mengeluarkan buah kelapa sawit. Aku berbuah lebat. Buah aku dikait oleh

peladang. Kemudian, aku dikumpulkan di tepi jalan di ladang tersebut.

Selepas itu, aku dinaikkan ke atas lori. Aku dihantar ke kilang memproses kelapa

sawit. Aku dan rakan-rakan dikumpulkan di Kawasan kilang memproses. Kemudian, aku

dimasukkan ke dalam kilang untuk diproses.

Produk utama yang dihasilkan daripada aku ialah minyak masak. Setelah siap

diproses, aku dibotolkan dan dijual di pasar-pasar raya. Aku telah dibeli oleh seorang

wanita. Aku digunakan untuk menggoreng makanan.

Aku juga boleh diproses menjadi pelbagai produk yang lain. Aku menjadi banyak

kegunaan untuk manusia. Aku boleh diproses menjadi minyak masak dan majerin. Aku

juga boleh diproses menjadi sabun dan lilin.

Aku berasa bangga kerana dapat membantu kehidupan manusia. Selain

menghasilkan pelbagai barangan kegunaan harian, aku juga mampu memberikan peluang

pekerjaan kepada manusia, Ekonomi negara juga akan meningkat.

Anda mungkin juga menyukai