Anda di halaman 1dari 2

PTE SMK SERI SENTOSA KUALA LUMPUR

KERTAS KERJA

PERTANDINGAN PENGUCAPAN AWAM (PIDATO)

ANJURAN:
KELAB BOLA JARING TINGKATAN ENAM
___________________________________________________________________________

1.0 PENDAHULUAN
Untuk memastikan setiap individu khususnya para pelajar Tingkatan Enam PTE SMK Seri
Sentosa menjadi pelajar yang menguasai pelbagai bidang, salah satu elemen penting yang
perlu ada dalam setiap pelajar ialah dengan menguasai kemahiran komunikasi sama ada
komunikasi lisan ataupun komunikasi bertulis.
Sehubungan dengan itu, ahli Kelab Bola Jaring sebulat suara ingin mengadakan Pertandingan
Pengucapan Awam (pidato) supaya ilmu dalam kemahiran komunikasi dapat diaplikasikan
oleh para pelajar. Hal ini secara tidak langsung dapat meningkatkan keilmuan dan sifat yakin
kalangan pelajar.

2.0 NAMA PROGRAM


Pertandingan Pengucapan Awam (Pidato).

3.0 TARIKH
24 Ogos 2021 (Rabu).

4.0 MASA
10.00 pagi – 1.00 petang

5.0 ANJURAN
Kelab Bola Jaring Tingkatan Enam

6.0 OBJEKTIF PROGRAM


 Melatih pelajar supaya dapat mempertingkatkan dan memahirkan diri dalam komunikasi lisan
dan komunikasi bertulis.
 Sebagai salah satu cara untuk mengeratkan silaturrahim para pelajar.
 Sebagai salah satu medium untuk mencungkil bakat pelajar dalam bidang komunikasi
khususnya dalam aspek pengucapan awam.
 Melatih para pelajar mengurus dan mengendalikan sesuatu program ataupun projek dengan
sistematik dan berkesan.

7.0 LOKASI PROGRAM

Lokasi masing-masing melalui platform Google Meet.

8.0 KUMPULAN SASARAN

Sasaran pertandingan ini ialah semua ahli Kelab Bola Jaring seramai 18 orang.

9.0 JAWATANKUASA PELAKSANA / URUS SETIA PROGRAM

1
Pengerusi - Subashini A/P Sekar (6A4)
Timbalan Pengerusi - Reiyshna Krishna (6A3)
Bendahari - Harshini A/P Shreetharan (6A4)
Setiausaha - Amera Balqis Binti Azman (6A3)
Pengacara Majlis - Syakirah Binti Syed Nazir (6A3)
Penyelia Peserta - Wan Nur Aini Shafiqah Binti Wan Zabani (6A3)
Teknikal - Shazatul Balqis Binti Mohamad Zairi (6A3)
Montaj - Kartina Rau A/P Raman (6A6)
Hakim - Guru Penasihat Kelab Bola Jaring

10.0 TENTATIF PROGRAM


9.50 pg : Link Google Meet dibuka
10.00 pg : Kata Aluan Pengacara Majlis dan Bacaan doa
10.15 pg : Pertandingan bermula
11.15 pg : Rehat / Selingan Persembahan
11.30 pg : Pertandingan bersambung
12.30 tgh : Selingan / Hakim berbincang
12.45 tgh : Pengumuman Pemenang
: Ucapan Penutup
1.00 ptg : Majlis Bersurai

11.0 PENUTUP

Semoga pelaksanaan program ini akan melahirkan pelajar yang berketrampilan, berani
menengahkan diri serta berupaya menyampaikan idea bernas apabila berkomunikasi.

Disediakan oleh ; Disemak oleh ;

…………………………… …………………………
(AMERA BALQIS BINTI AZMAN) (IRNI HAFIZAN BINTI IBRAHIM BEY)
Setiausaha Program Guru Penasihat
Kelab Bola Jaring Tingkatan 6

Anda mungkin juga menyukai