Anda di halaman 1dari 2

1.

0 Nama Program

Karnival Sukan Kokurikulum Tingkatan 6 SMK BEAUFORT II 2022.

2.0 Pengenalan

Pelajar sains sukan semester pertama bersama-sama dengan kelab bola jaring tingkatan 6 akan
menganjurkan karnival sukan di SMK BEAUFORT II. Penganjuran pertandingan ini adalah untuk
memenuhi amali subjek sains sukan semester pertama yang mewajibkan pelajar melaksanakan
tugasan pengurusan sukan. Di samping memenuhi syarat untuk mendapatkan markah kokurikulum
kelab sukan dan permainan (kelab bola jaring).

3.0 Matlamat

Matlamat utama pertandingan ini diadakan adalah untuk mewujudkan hubungan silaturahim yang
harmoni dalam kalangan pelajar dan menggalakkan pelajar untuk bergaul tanpa mengira suku kaum
yang ada di sekolah. Selain itu, untuk menarik minat pelajar untuk menunjukkan bakat yang mereka
ada melalui penyertaan yang menyeluruh serta memupuk budaya bersukan.

4.0 Rasional

Pertandingan bola jaring ini dapat mewujudkan semangat persaingan yang sihat, semangat
muhibah, kesefahaman, berkerjasama, toleransi dan meningkatkan nilai moral serta meningkatkan
kecergasan fizikal kepada pelajar.

5.0 Objektif

Objektif pertandingan bola jaring adalah:

1. Menggalakkan penglibatan pelajar SMK BEAUFORT II dalam aktiviti sukan.


2. Memupuk semangat kesukanan dalam kalangan pelajar.
3. Mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan pelajar yang pelbagai kaum.
4. Menerapkan nilai daya saing secara sihat.
5. Melahirkan pemain-pemain yang berbakat dalam permainan bola jaring.

6.0 Tema

Bersukan Dengan Norma Baru.

7.0 Struktur dan Organisasi

Sila rujuk LAMPIRAN A

8.0 Anggaran Perbelanjaan

Sila rujuk LAMPIRAN B


9.0 Sumber Kewangan

Sila rujuk LAMPIRAN C


10.0 Butiran Pertandingan

 Tempat
Gelanggang Bola Jaring SMK Beaufort II

 Tarikh
22 January 2022

11.0 Program Tentatif Pertandingan


Sila rujuk LAMPIRAN D
12.0 Penyertaan Peserta
Semua pelajar tingkatan 1,2,3 & 4
13.0 Penutup
Harapan kami agar kertas kerja ini dapat dipertimbangkan serta diluluskan untuk memudahkan
kami melaksanakan program karnival sukan SMK BEAUFORT II 2022. Kami juga berharap agar
Karnival Sukan ini dapat berjalan dengan lancar dan mendapat sokongan semua pihak dari SMK
BEAUFORT II. Akhir sekali kami juga berharap agar dapat menimba ilmu dalam pengurusan sukan yang
dijalankan.

Disediakan Oleh Disemak Oleh, Disokong Oleh,

______________________ ____________________ __________________________


NUR AISYAH BINTI MANSUR EN.LINUS MASINGIN EN.RAHIM BIN GHAPAR
Pengerusi Bola Jaring, Pensyarah Sains Sukan, Penolong Kanan Kokurikulum,
Tingkatan 6 Tingkatan 6 Tingkatan 6

Anda mungkin juga menyukai