Anda di halaman 1dari 1

99 SJK ( C ) KEMPAS BARU ,

JALAN BANJARAN 4 , TEL : 07 - 2374421

KG. KEMPAS BARU , FAX : 07 - 2325137

81200 JOHOR BAHRU. E-MAIL : jbc 1036_kempas @yahoo.com.sg

Ruj. Kami : JBC1036/100-19/4


Tarikh : 18.05.2015
Daily Bakery Sdn. Bhd.
No. 2&4, Jalan Canggih 9,
Taman Perindustrian Cemerlang,
81800 Ulu Tiram,
Johor.

Tuan,

MEMOHON ROTI PERCUMA SEMPENA HARI SUKAN SEKOLAH

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Untuk makluman tuan, sekolah kami akan menganjurkan Hari Sukan Sekolah
seperti ketetapan berikut:-
Tarikh : 27.05.2015 (Rabu)
Masa : 07.00 pagi hingga 12.00 tgh hari
Tempat : Padang SJKC Kempas Baru
Jumlah Peserta : 950 Orang

3. Oleh yang demikian besarlah harapan kami sekiranya pihak tuan dapat memberi
sumbangan roti sebanyak 400 bungkus secara percuma pada hari tersebut.

4. Kerjasama dan perhatian dari pihak tuan amat kami hargai dan didahulukan
dengan ucapan ribuan terima kasih. Semoga dengan sumbangan ini dapat memberi
lebih tenaga dan khasiat kepada peserta-peserta sukan sekolah.

Sekian terima kasih,

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Saya yang menurut perintah,

(TEH KENG HWA)


Guru Besar,
SJKC Kempas Baru
81200 Johor Bahru

Anda mungkin juga menyukai