Anda di halaman 1dari 5

KAHWIN CAMPUR

Kahwin campur adalah suatu keadaan yang bukan janggal di kalangan


masyarakat Malaysia hari ini. Secara umumnya, masyarakat dapat menerima
hakikat bahawa kahwin campur kerana ia dapat memperkaya masyarakat serta
dapat mengukuhkan hubungan antara kaum. Namun begitu, tidak kurang juga
masyarakat yang berpendapat bahawa kahwin campur akan mengundang
pelbagai masalah pada masa akan datang sehingga sampai kepada tahap
perceraian.

Soal hati dan jodoh, memang sukar dimengerti. Kalau sudah jodoh berkahwin
dengan orang yang asalnya berlainan agama dan bangsa itu sudah suratan
takdir. Perkahwinan dalam Islam merupakan salah satu perjanjian suci dan
mengikat pasangan. Surah An-Nisa pada ayat 21 yang bermaksud: ``Dan
mereka (isteri-isterimu) telah mengambil dari kamu perjanjian yang kuat.''

Sebenarnya tidak ada nas yang menggalakkan berkahwin dengan pasangan


berlainan bangsa. Cuma sesetengah fuqaha menggalakkan agar berkahwin
dengan pasangan yang tidak ada hubungan kekeluargaan kerana melihat
beberapa maslahah terutama dari aspek mengembangkan zuriat serta dari
aspek kesihatan sekiranya perkahwinan melibatkan saudara terdekat
dibenarkan. Justeru itu, walau tidak ada larangan daripada syarak berkaitan
dengan perkahwinan dengan sesama keluarga maka ianya menjadi suatu yang
biasa pada masyarakat hari ini. Jika kita lihat kepada sejarah Islam, Nabi
Muhammad S.A.W pernah mengahwini sepupunya iaitu Zainab Binti Jahsy.
Selain daripada itu Baginda sendiri pernah mengahwinkan anaknya Fatimah
dengan Syaidina Ali iaitu sepupu baginda.

Isu kahwin campur ini juga tidak diperuntukkan secara khusus di dalam undang-
undang. Namun, peruntukan di dalam Akta Undang-Undang Keluarga Islam
(Wilayah-wilayah Persekutuan), 1984 sebagai misalnya, seksyen 7
memperuntukan bahawa setiap perkahwinan di Wilayah-Wilayah Persekutuan
haruslah mengikut peruntukan di dalam Akta dan diakadnikahkan menurut
hukum syarak. Seksyen ini memberi Mahkamah bidangkuasa di dalam mana-
mana perkahwinan di Wilayah-Wilayah Persekutuan.

Manakala merujuk kepada Seksyen 10 (1) Akta yang sama, peruntukan Seksyen
tersebut memperuntukan bahawa “Tiada seseorang lelaki boleh berkahwin
dengan seseorang bukan Islam kecuali seorang `Kitabiyah'.” Di dalam
mentafsirkan `Kitabiyah' Seksyen 2 Akta tersebut menyatakan bahawa
`Kitabiyah'adalah:

(a) Seorang perempuan dari keturunan Bani Ya'qub; atau

(b) seorang perempuan nasrani dari keturunan orang-orang nasrani sebelum


Nabi Muhammad menjadi Rasul; atau

(c) seorang perempuan Yahudi dari keturunan orang-orang Yahudi sebelum Nabi
Isa menjadi Rasul.

Manakala bagi Seksyen 10 (2) pula, ia menyatakan bahawa “ Tiada seseorang


perempuan boleh berkahwin dengan seseorang bukan Islam.” Oleh kerana
setiap perkahwinan di Kuala Lumpur haruslah menurut peruntukan perundangan
syariah maka kedua-dua seksyen ini haruslah dipatuhi. Asasnya adalah agama
Islam itu sendiri yang mana sesuatu perkahwinan itu tidak menjadi masalah
walaupun berlainan bangsa.

Surah Al-Baqarah pada ayat 221 menyatakan bahawa;``Dan janganlah kamu


berkahwin dengan perempuan-perempuan kafir musyrik sebelum mereka
beriman (memeluk agama Islam) dan sesungguhnya seorang hamba
perempuan yang beriman itu lebih baik daripada perempuan kafir musyrik,
sekalipun keadaannya menarik hati kamu. Orang kafir itu mengajak ke neraka,
sedang Allah mengajak ke syurga dan memberi keampunan dengan izin-Nya.
Dan Allah menjelaskan ayat-ayat-Nya (keterangan-keterangan hukum-Nya)
kepada umat manusia supaya mereka dapat mengambil pelajaran
(daripadanya).''

Di dalam Surah Al-Maidah Ayat 5 juga Allah telah menegaskan ``Dan (dihalalkan
kamu berkahwin) dengan wanita yang menjaga kehormatan di antara wanita
yang beriman dan wanita yang menjaga kehormatannya daripada kalangan
orang yang diberikan kitab dahulu daripada kamu apabila kamu beri mereka mas
kahwinnya, sedang kamu bernikah bukan berzina dan bukan pula kamu
mengambil mereka menjadi perempuan simpanan. Dan sesiapa yang ingkar
sesudah ia beriman, maka sesungguhnya gugurlah amalnya (yang baik) dan
adalah ia pada hari akhirat kelak daripada orang yang rugi.''

Jika kita lihat senario hari ini perkahwinan campur merupakan satu tekanan
besar terhadap pasangan serta keluarga masing-masing dan memerlukan sikap
toleransi semua pihak yang terlibat, bukan hanya suami dan isteri berkenaan
sahaja. Oleh yang demikian, kahwin campur mempunyai kelebihan dan
kekurangannya tersendiri.

Aspek agama misalnya mestilah mengatasi segala perkara. Bagi budaya, ia satu
elemen yang mewarnakan kehidupan pasangan kahwin campur. Perbezaan dari
segi budaya, tradisi dan amalan keluarga pihak suami dan isteri sebenarnya
akan menceriakan kehidupan dan mengeratkan ikatan hubungan pasangan
berkenaan serta anak-anak mereka.Walaupun terdapat beberapa halangan serta
tentangan terhadap kahwin campur, tetap ada satu 'keistimewaan' bagi situasi
itu. Pendedahan terhadap budaya dan amalan kaum lain akan membuatkan
individu terbabit dapat memahami dengan lebih baik kebudayaan dan tradisi
orang lain.

Selain itu, anak-anak hasil daripada kahwin campur akan mendapat kebaikan
daripada pendedahan terhadap budaya ini, mereka boleh mahir dalam sekurang-
kurangnya tiga atau empat bahasa termasuk bahasa ibunda ibu bapa serta juga
Bahasa Inggeris dan boleh menikmati pelbagai masakan kaum masing-masing.
Selain itu, dari sudut saintifik dikatakan bahawa dengan perkahwinan campur ini
akan melahirkan generasi yang lebih genius.

Kahwin campur sebenarnya memberikan satu sinar dan keceriaan bagi mereka
yang bijak mengadaptasi kelebihan ini dalam rumahtangga dengan sentiasa
cuba mempelajari dan mengenali amalan, budaya serta tabiat keluarga
pasangan masing-masing. Pemikiran akan lebih terbuka dan positif selain dapat
menerima dan memahami adapt resam masing-masing. Namun, apa yang paling
penting dan menjadi keutamaan adalah asas agama kerana a adalah merupakan
tiang seri kepada kerukunan sebuah rumahtangga. Allah menjadikan manusia
dari pelbagai bangsa, rupa serta budaya yang berbeda namun pada hakikatnya
agama sahaja yang boleh menyatukan mereka.

Kegagalan daripada kahwin campur pula dapat dilihat sekiranya pasangan tidak
dapat memahami dan bertolak ansur dalam semua perkara. Jurang perbezaan
yang begitu ketara terutamanya adat dan budaya menjadikan mereka tewas
dalam melayari perkahwinan yang bahagia. Alam percintaan sebelum
perkahwinan menjadikan pasangan dibuai mimpi-mimpi yang indah tanpa
memikirkan realiti selepas perkahwinan yang lebih menuntut tanggungjawab
yang besar.

Segala kekurangan mahupun kegagalan dalam perkahwinan campur ini dapat


diatasi apabila pasangan tahu apakah dia sebenarnya perkahwinan itu.
Perkahwinan adalah satu perhubungan intim di antara dua individu (lelaki dan
perempuan) yang bergelar suami dan isteri. Ia bukan setakat hanya untuk
menikmati kepuasan seksual, tetapi merangkumi melakukan aktiviti harian
secara bersama serta berkongsi minat, kegemaran dan kepentingan. Pasangan
ini juga saling bekerjasama dalam setiap urusan keluarga ke arah hidup yang
lebih sejahtera dan bermakna. Dalam Islam, perkahwinan merupakan satu ikatan
yang cukup indah ke arah membina sebuah institusi keluarga yang menuju
matlamat mencapai rahmat dan redha Allah s.w.t.
Perkahwinan memberi ruang kepada pasangan untuk merasai kemesraan dan
kehangatan kasih sayang, di samping saling memenuhi keperluan peribadi
masing-masing secara bersama. Pasangan yang berkahwin juga dapat
merasakan satu suasana komunikasi yang lebih bebas serta jelas tentang
semua perkara. Perbezaan di antara mereka saling dihormati dan sentiasa wujud
rundingan atau perbincangan dalam segala hal dan masalah.
Di harap kita semua dapat memahami erti perkahwinan yang sebenar tidak kira
samada perkahwinan sesama bangsa atau perkahwinan campur.