Anda di halaman 1dari 10

LOGO

NAMA SEKOLAH

SMK SULTAN MANSOR SHAH


PULAU SEBANG, MELAKA

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 20 _ _

NAMA MURID : ______________________________ KELAS : ________________

BAHASA MELAYU
_ _ JANUARI 20 _ _
11.00 PAGI – 1.00 PETANG

( 2 JAM )

Arahan

1. Kertas soalan ini mengandungi tiga bahagian iaitu bahagian A, bahagian B dan bahagian C.
2. Bahagian A mengandungi 20 soalan. Pilih satu jawapan sahaja dan bulatkan jawapan murid di
dalam kertas soalan.
3. Bahagian B mengandungi 14 soalan dan jawab di ruang yang disediakan di dalam kertas soalan.
4. Bahagian C mengandungi 5 soalan dan jawab di ruang yang disediakan di dalam kertas soalan.

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

…………………………………… ………………………………………...

Kertas ini mempunyai 10 halaman bercetak termasuk muka hadapan.

1
Bahagian A.

Lengkapkan ayat - ayat di bawah dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

1. Seseorang yang membuat kebaikan pasti akan menerima ____________nya.

A. Hadian C. ganjaran
B. sumbangan D. cenderamata

2. “Tuan pengerusi, ________ bersetuju dengan pendapat Encik Lokaman itu,” kata Zaidi.

A. saya C. dia
B. kami D. kamu

3. “ ________ tidak boleh membiarkan penjenayah itu terlepas begitu sahaja,” kata inspektor
polis kepada anggota - anggota yang lain.

A. Kami C. Kamu
B. Kita D. Kalian

4. Pelajar - pelajar itu didenda kerana ________ tidak memakai lencana sekolah.

A. dia C. beliau
B. mereka D. kami

5. “Permaidani ________ saya beli pada minggu sudah.” kata Puan Shin Yee kepada Puan Liana
sambil memegang permaidanitersebut.

A. ini C. sana
B. itu D. sini

6. “Bapa akan ke ________ nanti untuk menghadiri majlis perkahwinan anak saudaranya,” kata
abang kepada Pak Salleh.

A. Situ C. sini
B. Sana D. ini

7. Nama pengetua sekolah itu ________?

A. siapakah C. apakah
B. siapa D. apa

2
8. “ ________ yang sedang bermain piano?” tanya Alin kepada Lina.

A. Apa C. Siapa
B. Apakah D. Siapakah

9. Kerajaan berhasrat melahirkan modal insan yang ________ kelas pertama.

A. berfikir C. bertindak
B. berakal D. berminda

10. Nawi _________ tidak faham ketika Aminah menegur tindakannyamembocorkan rahsia
mereka.

A. Kira -kira C. buat - buat


B. Akan - akan D. agak - agak

11. Fatin Nabila begitu ________ mematahkan hujah - hujah lawan dalam pertandingan bahas
semalam.

A. Petah C. mahir
B. Betah D. bernas

12. “ ________ seorang pahlawan, Panglima Hasyim terus menentang tali barut penjajah itu.

A. Daripada C. demi
B. Bagi D. Laksana

13. Ular sawa yang diburu semalam didapati ________ kekenyangan di dalam reban ayam.

A. Melingkar C. melintang
B. Melendut D. melengkung

14. “Setelah ________ selesai bersiram nanti, sediakan santapan untuk sultan,” arah
Bendahara kepada tukang masak itu.

A. beta C. baginda
B. patik D. tuanku

15. Perut saya terasa ________ setelah memakan buah mangga yang masam itu.

A. loya C. perit
B. ngeri D. muak

3
Soalan 16 hingga soalan 21.

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut.

Ramli melihat susuk tubuh ibunya penuh penderitaan, akan tetapi wajahnya amat manis,

dengan senyuman terukir di bibirnya. Betapa ibunya berusaha benar menyembunyikan

penderitaan itu di sebalik senyumannya. Dia tahu bahawa ibunya bertanggungjawab terhadap

dirinya dana adik - adiknya juga.

Dia meletakkan kasutnya dengan baik di atas tempat letak kasut yang diperbuat

daripada tong. Tempat itu dibuat oleh ibunya sendiri. Kasut adik-adik dan ibunya teratur rapi.

Ternyata ibunya amat mementingkan kebersihan dan kesempurnaan.

Bajunya ke sekolah, meskipun bertampung akan tetapi sentiasa bersih. Ibunya tidak

sanggup melihat dia memakai pakaian yang kotor ke sekolah.

Begitu juga setiap peralatan di rumahnya tersusun rapi. Halaman rumahnya bersih.

Rumput tidak berpeluang menghulurkan pucuknya.

Ibunya sering meminta dia menolong membersihkan rumput-rumput itu. Bersama adiknya

dia tolong membersihkannya.

Kebiasaannya itulah membendung diri dan adik-adiknya menjaga kebersihan pakaian dan

rumahtangganya.

“Emak! Esok Hari Guru di sekolah Ramli. Ramli ingin hadiahkan sesuatu kepada Cikgu

Fatimah, mak. Dia baik kat Ramli.” Harapan itu disampaikan kepada ibunya ketika dia sedang

makan bersama ibu dan adik-adiknya.

Ibunya mengangguk-angguk. Akan tetapi tergambar kemuraman di wajahnya. Nasiyang

disuapnya dikunyah perlahan-lahan. Dia tahu ibunya sedang memikirkan harapannya itu.

16. Apakah hasrat yang dinyatakan oleh Ramli kepada ibunya?

A Menemui guru kesayangannya

B Menyambut perayaan hari guru

C Meringankan beban keluarganya

D Memberikan hadiah kepada gurunya

4
17. Mengapakah wajah ibu Ramli berubah setelah mendengar kata-kata Ramli?

A Perasaannya telah tersinggung

B Dia terharu mendengar kata-kata Ramli

C Kata-kata Ramli telah melukakan hatinya

D Dia tiada wang bagi memenuhui hasrat Ramli

18. Ramli menyatakan hasratnya kepada ibunya?

A Semasa makan malam

B Ketika bersarapan pagi

C Sewaktu minum petang

D Ketika makan tengah hari

19. Siapakah sering disuruh oleh ibunya untuk membersihkan rumput?

A. Ramli

B. Kamal

C. Loman

D. Sazali

20. Nilai yang berikut terdapat dalam cerpen “Hadiah Hari Guru”, kecuali

A prihatin

B kasih sayang

C membangga diri

D mengenang jasa

5
Bahagian B.

Baca petikan cerpen dibawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan di bawah.

Hatta, maka pada suatu waktu kedua-dua orang suami isteri itu meninggal dunia. Mereka

meninggalkan dua orang anaknya itu yang masih kecil. Kedua-dua orang anak yatim itu belum dapat

mencari nafkahnya sendiri kerana mereka masih terlalu kecil . Segala ternakan dan harta benda

peninggalan orang tuanya habis diambil orang-orang jahat, sehingga kedua-dua anak yatim itu

melarat hidupnya. Hanya sebuah kolam ikan yang digali dan dibuat sendiri olah ayahnya sahaja yang

tinggal dan tidak dapat dicuri atau diambil oleh orang-orang jahat itu. Pusaka satu-satunya yang

tinggal itulah yang selalu dijaga siang dan malam oleh kedua-dua orang anak yang malang itu. Anak

yang sulung sudah agak besar , akan tetapi sayang sekali anak itu cacat. Kakinya kerekot, jari-jari

kakinya tumbuh melekat satu sama lain, seperti kaki itik dan kedua-dua tumitnya berlubang.

Hatta, maka pada suatu hari pergilah Si Bongsu melihat-lihat kolam ikan peninggalan orang

tuanya. Didapati dekat kolam itu tujuh orang wanita baru sahaja selesai mandi dan sedang bersiap-

siap untuk berangkat pulang. Maka berkatalah anak yatim piatu itu kepada tujuh orang wanita itu, :

Jikalau tuan hamba tidak keberatan, perkenanlah kiranya saya turut sama.”Jawab tujuh orang

wanita itu, “ Jikalau saudara mahu, apa salahnya . Kami tidak keberatan sama sekali. Akan tetapi

saudara sendirilah yang mahu ikut dengan kami dan kami tidak berkeberatan.

” Kemudian tujuh orang wanita itu pun pergi dan diikuti oleh anak yatim itu. Mereka menuju

ke kayangan dengan mempergunakan pelangi sebagai tangganya. Tujuh hari tujuh malam, mereka

berjalan, akhirnya sampailah mereka di kayangan.

(Dipetik oleh prosa tradisional Asal Padi, antalogi Kuingin Berterima Kasih, Dewan Bahasa dan Pustaka)

6
21. Berdasarkan petikan di atas, mengapakah kedua - dua orang anak yatim piatu hidup melarat?

i_________________________________________________________________________

ii_________________________________________________________________________

iii________________________________________________________________________

( 3 markah )

22. Nyatakan dua kecacatan yang di alami oleh anak yang sulung.

i________________________________________________________________________

ii_______________________________________________________________________

( 2 markah )

23. Apakah harta peninggalan ayahnya yang masih tersisa?

__________________________________________________________________________

( 1 markah )

24. Berapakah jumlah wanita yang sedang mandi di kolam kepunyaan anak yatim tersebut?

__________________________________________________________________________

( 1 markah )

25. Apakah permintaan yang dinyatakan oleh anak yatim tersebut kepada wanita - wanita tersebut?

__________________________________________________________________________

( 1 markah )

26. Berapa lamakah perjalan yang perlu diambil untuk sampai ke tempat tinggal wanita - wanita itu?

__________________________________________________________________________

( 1 markah )

27. Dimanakah wanita wanita itu tinggal?

__________________________________________________________________________

( 1 markah )

7
Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang dibrikan.

“Ini arahan, Nusia.” Suara doktor yang berkerudung ungu itu kendur. Mukanya muram.

“Darah dan manusia itu, berbezakah nilainya? Kalau harganya pangkat dan darjat, padamkan

saja istilah manusia dalam hati. Untuk apa kalau semuanya boleh dibeli?”

“Nusia!”

Aku cepat-cepat beredar. Suara Doktor Murni melantun ke dinding pejal wad Unit Rawatan

Rapi. Solehah yang tenat, yang pundi janinnya pecah di ovari, juga sedang koma. Al-Hafiz masih

terlantar, tulang selangkanya patah riuk, diheret kereta sejauh dua meter di tar keras, tidak

pernah pun dijenguk Profesor Doktor Juaidi.

Juga si kecil, bayi buangan yang hampir kekeringan darah. Gadis malang yang dibelasah

hingga tinggal nyawa-nyawa ikan dan mahasiswa leukemia yang semakin cair sel darah merah di

tubuhnya itu, tidak perlukah mereka itu diberi darah?

“Hidup yang ditentukan oleh tangan manusia ini, tidak pernah adil, Solehah.” Titis air mataku

gugur di hujung jari Solehah. “Engkau hanya memerlukan tiga pek darah sahaja, tetapi tidak

diberikan. Tuan Besar Musa itu tubuhnya tidak mahu menerima darah tetapi pakar-pakar

itu......,”sebak menyendat di dadanya.

“Dapatkan sepuluh pek darah sekarang!” Arah Profesor Doktor Juaidi apabila cupingnya

diusapi suara lembut Doktor Murni, yang menyampaikan berita tentang bank darah yang kontang.

“Dapatkan di hospital lain; segera.

” Untuk siapa? Hatinya musykil sendiri.

Dipetik daripada cerpen ‘Gerhana Manusia’ Oleh Aminah Mokhtar Dalamantologi Sejadah Rindu, Dewan

Bahasa dan Pustaka

8
28. Dimanakah perbualan antara doktor dan Nisa berlaku?

__________________________________________________________________________

( 1 markah )

29. Apakah penderitaan yang dialami kepada Solehah?

__________________________________________________________________________

( 1 Markah )

30. Mengapakah Al-Hafiz terlantar dan menerima rawatan di hospital?

__________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________

( 2 markah )

31. Berdasarkan cerpen di atas, apakah yang diperlukan oleh para pesakit?

__________________________________________________________________________

( 1 markah )

32. Berapakah jumlah darah yang diperlukan oleh pesakit berdasarkan permintaan Profesor Doktor

Junaidi?

__________________________________________________________________________

( 1 markah )

33. Siapakah yang telah memberitahu kepada Nusia bahawa pihak hospital ketiaan darah yang

diperlukan oleh para pesakit?

__________________________________________________________________________

( 1 markah )

34. Pada pandangan murid, apakah tiga cara yang boleh dilakukan oleh pihak hospital untuk

mendapatkan sumbangan bekalan darah daripada masyarakat?

i_________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________

ii_________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________
Iii________________________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________________________
( 3 markah )

9
Bahagian C

Bina ayat berdasarkan perkataan yang diberikan.

35. Mendendangkan
__________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________

( 2 markah )

36. Membeli

__________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________

( 2 markah )

37. Sekolah

__________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________

( 2 markah )

38. Hujan

__________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________

( 2 markah )

39. Malaysia

__________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________

( 2 markah )

- SOALAN TAMAT -

10

Anda mungkin juga menyukai