Anda di halaman 1dari 3

KARANGAN BAHAGIAN B – DOMAIN PENDIDIKAN

Kementerian Pendidikan akan menambah baik dan memperkemas subjek Pendidikan


Moral dalam silibus pembelajaran di sekolah, termasuk mempertimbangkan keperluan
memperkenalkannya di peringkat prasekolah. Langkah ini juga sebagai mengukuhkan nilai
murni melalui pendidikan formal di sekolah walaupun silibus Pendidikan Moral ketika ini
sudah ada penerapan nilai sedemikian yang sama seperti Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan.
Sumber : Berita Harian, 19 April 2016

Petikan di atas menyatakan maklumat yang berkaitan dengan subjek Pendidikan Moral dan
usaha memperkenalkannya di peringkat prasekolah.

Huraikan kepentingan-kepentingan mempelajari subjek Pendidikan Moral.

TEKNIK MENJAWAB SOALAN KARANGAN

4M

MEMBACA SEMUA SOALAN – 5 MINIT


MENGANALISIS SOALAN – 10 MINIT
MENULIS KARANGAN – 70 MINIT
MENYEMAK KARANGAN – 5 MINIT

MENGANALISIS SOALAN

JENIS KARANGAN – TIDAK BERFORMAT

TEMA SOALAN – SUBJEK PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH

TUGASAN SOALAN – KEPENTINGAN MEMPELAJARI SUBJEK PENDIDIKAN


MORAL DI SEKOLAH

SASARAN SOALAN - MURID SEKOLAH

IDEA/ ISI

I. MENGUKUHKAN NILAI MURNI

2. MELAHIRKAN MURID CEMERLANG

3. DAPAT MENGELAKKAN DIRI DARIPADA GEJALA NEGATIF

4. MEMBENTUK MURID YANG PATUH PADA AJARAN AGAMA


MENULIS KARANGAN

PENDAHULUAN

A1 – AYAT TEMA

Kini, subjek Pendidikan Moral merupakan antara subjek yang perlu diajarkan di sekolah-
sekolah.

A2 – HURAIAN TEMA/ ISU SEMASA TEMA

Hal ini dikatakan demikian kerana Kementerian Pendidikan akan menambah baik dan
memperkemas subjek Pendidikan Moral dalam silibus pembelajaran di sekolah, termasuk
mempertimbangkan keperluan memperkenalkannya di peringkat prasekolah.

Usaha ini adalah kerana terdapat banyak kepentingan yang akan diperoleh jika subjek
Pendidikan Moral diajar kepada murid-murid di sekolah.

A3 – AYAT TUGASAN

Persoalannya, apakah kepentingan-kepentingan mempelajari subjek Pendidikan Moral di


sekolah?

Jadi, saya akan memperincikan kepentingan-kepentingan mempelajari subjek Pendidikan


Moral di sekolah.

PERENGGAN IDEA/ ISI

A1 – ISI POKOK

Kepentingan primer mempelajari mata pelajaran Pendidikan Moral adalah dapat


mengukuhkan nilai-nilai murni melalui pendidikan formal di sekolah.

A2 – HURAIAN MENGAPA

Hal ini dikatakan demikian kerana penerapan nilia-nilai murni dalam diri murid sangat
ditekankan pada masa ini untuk melahirkan murid yang holistik, iaitu murid yang cemerlang
dalam akademik dan pada masa yang sama memiliki sahsiah yang unggul.

A3 – HURAIAN BAGAIMANA

Hal ini dapat dilakukan dengan cara mempelajari mata pelajaran Pendidikan Moral di sekolah
sekali seminggu untuk menerapkan nilai-nilai murni dalam diri murid.

Guru-guru perlu mengajar mata pelajaran Pendidikan Moral melalui silibus yang
diperkenalkan dalam buku teks Pendidikan Moral di dalam kelas atau di luar kelas.
A4 – CONTOH

Sebagai contoh, nilai-nilai murni seperti sopan santun, tolak ansur dan hormat-menghormati
mampu mengukuhkan perpaduan di negara kita.

A5 – KESAN

Impaknya, murid akan lebih menghormati kaum lain dan bekerjasama bagai aur dengan
tebing untuk memacu negara ke tahap gemilang.

A6 – PENEGASAN ISI

Oleh itu, mempelajari mata pelajaran Pendidikan Moral dapat mengukuhkan nilai-nilai murni
dalam diri murid.

PENUTUP

A1 – KESIMPULAN TEMA

Kesimpulannya, subjek Pendidikan Moral adalah pelengkap kepada pendidikan formal di


sekolah.

A2 – AYAT CADANGAN

Semua pihak yang terlibat dalam pendidikan negara perlu menggembleng tenaga seperti berat
sama dipikul ringan sama dijinjing untuk memastikan subjek Pendidikan Moral diajar dengan
bersungguh-sungguh supaya aspirasi pemimpin negara untuk melahirkan masyarakat madani
mampu direalisasikan.

A3 – AYAT HARAPAN

Jika perkara ini dapat diimplimentasikan sudah pasti modal insan yang holistik dapat
dilahirkan.

Anda mungkin juga menyukai