Anda di halaman 1dari 27

Siri Kuliah Webex PPPJJ, USM

We lead

JMS 414: Sejarah China Moden

Zaman Chunqiu (Ch’un-Ch’iu) dan


Zhanguo (Chan Kuo) –
Perkembangan & Perubahan

Dr. Ku Boon Dar


Pengurus Kursus
kubd@usm.my
Hasil Pembelajaran
We lead

• Menjelas dan membincang Zaman


Chunqiu dan Zhanguo.

• Menilai dan mengupas sumbangan-


sumbangan utama Zaman Chunqiu
dan Zhanguo.
Zhou Timur
We lead

• 770SM - 256SM
• Dibahagikan - dengan Zaman Chunqiu
(Ch’un-Ch’iu春秋) / Zaman Musim Bunga
dan Luruh / Zaman Musim Tunas dan Gugur
disusuli Zhanguo (Chan Kuo战 国 ) / Zaman
Negeri-negeri Berperang.
• Kedua-dua istilah telah membayangkan
suasana politik China masa itu.
Zaman Chunqiu
We lead

• Zaman Chunqiu: 722SM – 481SM (242


tahun)
• Ada karya bertajuk Chunqiu (Ch’un-Ch’iu 春
秋) (Hikayat Musim Bunga dan Musim Luruh)
yang memberi maklumat zaman itu. Ia
menceritakan kemunculan dan kemusnahan
kuasa-kuasa baharu (wilayah-wilayah) yang
banyak - kuasa itu bangkit dengan cepat
tetapi juga runtuh dengan cepat.
Hikayat Chunqiu We lead

Catatan ini
merupakan sejarah
negara China yang
pertama mempunyai
tarikh yang tepat.
Dikatakan bahawa
catatan ini dibuat
oleh Confusius sendiri.
We lead
Zaman Chunqiu
We lead

• Pembesar-pembesar wilayah enggan


patuh dan taat pada Raja Zhou sebagai
tianzi (son of heaven/putera syurga).
• Sebaliknya, para pembesar wilayah
menabalkan diri mereka sebagai raja yang
mederka, dan ada yang mengambil
gelaran tianzi (Putera Syurga).
Zaman Chunqiu
We lead

• Di Zaman Zhou Timur, Wangsa Zhou


masih wujud tetapi tidak berupaya
menguasai naungan.
• Akan tetapi Zhou tetap berkekalan
kerana tidak ada satu kuasa mampu
mengalahkan semua kuasa lain untuk
menggantikan Zhou.
• Namun, Zhou terpaksa tunduk kepada
sesetengah kuasa yang wujud.
Perkembangan & Perubahan
We lead

• Kebudayaan China bertambah maju.


• Sarjana-sarjana terkenal hidup dan
menulis pemikiran dan pendapat mereka.
• Dikenali Zaman Klasik kerana hasil karya
yang paling baik tertulis di zaman ini.
• Karya-karya seperti Shu-Jing (Classic of
History), Shijing (The Classic of Poetry) dan
Liji (Record of Rites) telah membentuk
kebudayaan China dari zaman tersebut
hingga ke hari ini.
Shijing (The Classic of Poetry)
We lead

• Shijing (诗经)adalah kitab kumpulan puisi


pertama di China.
• Sebanyak 305 buah, yang dikumpulkan
dari zaman dinasti Zhou Barat (西周)
(abad 11 SM – tahun 771 SM) hingga
pertengahan zaman Chunqiu(春秋).
• Jabatan yang bertugas mengumpulkan
puisi-puisi tersebut yang beredar dalam
kalangan rakyat.
Shijing (The Classic of Poetry)
We lead

• Ada peraturan yang mewajibkan jabatan


mempersembahkan puisi kepada raja.
• Puisi-puisi yang dikumpulkan, disusun dan
dirapikan oleh jabatan yang bertanggung jawab
bagi bidang seni, dan menjilidnya menjadi
antologi puisi Shijing.
Shijing (The Classic of Poetry)
We lead

• Konon, semua puisi dalam Shijing merupakan


lirik lagu yang dapat dinyanyikan pada zaman
itu.
• 《诗经·王风·采葛》
《ShiJing-Kitab ShiJing 300 Puisi-Cai Ge
(Wanita Pengumpul Tanaman ubat)》
• 彼采萧兮,
Wanita pengumpul tanaman ubat itu,
一日不见,
Sehari tidak jumpa,
如三秋兮。
Serasa tiga musim gugur lamanya.
Perkembangan & Perubahan
We lead

• Puisi dan prosa bermutu ditulis pada


kepingan-kepingan buluh yang
kemudiannya diikat untuk dijadikan buku.
• Pendapat-pendapat yang terkemuka
dicatatkan.
• Ajaran falsafah Aliran Seratus Pemikiran
ditulis dan dikumpulkan menjadi buku.

諸子百家; (zhuzi baijia)


Perkembangan & Perubahan
We lead

• Hasil-hasil seni daripada gangsa dan


jed dibuatnya dengan baik.
• Dari buku-buku buluh, kita bukan
sahaja mengetahui mengenai
pencapaian kebudayaannya yang
agung, tetapi juga keadaan politik
pada Zaman Klasik.
Zaman Chunqiu
We lead

• Para hegemon di zaman Chunqiu :

• Zheng Zhuang Gong 郑庄公 ( 757 -701 SM)


Qi Heng Gong 齐桓公 ( 685 - 643 SM )
Jin Wen Gong 晋文公 ( 636 - 628 SM )
Qin Mu Gong 秦穆公 ( 659 - 621 SM )
Chu Zhuang Wang 楚庄王 ( 613 - 591 SM )
Raja Wu He Lu 吴王阖闾 ( 514 - 496 SM )
Raja Yue Gou Jian 越王勾践 ( 496 - 465 SM )
Berakhir Zaman Chunqiu
We lead

• Dalam tahun 770 S.M. Raja Zhou dihalau


keluar dari ibu negerinya.
• Keluarga diraja tersebut lari ke Luoyang
di wilayah Henan.
• Kelemahan wangsa Zhou telah terbukti
sepenuhnya
Berakhir Zaman Chunqiu
We lead

• Keadaan ini berakhir dalam tahun 481


SM iaitu apabila penakluk-penakluk mula
bersifat lebih menceroboh, memiliki
kawasan-kawasan yang telah ditakluk
mereka dan membunuh atau mengusir
keluar pembesar-pembesar jajahan yang
telah dialahkan oleh mereka.
• Dengan ini bermulalah Zaman Zhanguo.
Zaman Zhanguo
We lead

• Zaman Zhanguo: 476SM – 221SM (255


tahun)
• Zaman Zhanguo (Chan Kuo战国) / Zaman
Negeri-negeri Berperang
• Zaman ini lebih bergolak berbanding
dengan Zaman Chunqiu.
• 7 negeri berperang: Qin [秦国], Chu [楚国],
Han [韩国], Qi [齐国], Wei [魏国], Yan [燕国]
dan Zhao [赵国].
We lead
Zaman Zhanguo
We lead

• Ada kitab bertajuk Catatan Zhanguo


(Zhanguo Ce / Chan Kuo Ts’e / Catatan
Negeri-negeri Berperang 战 国 策 ) yang
mengisahkan perkembangan politik
zaman ini - negeri-negeri bertelagah
untuk merebut kuasa yang diakhiri
dengan kejatuhan Zhou.

Zaman Zhanguo
Perubahan & Perkembangan
We lead

• Zhou Timur: Sudah mula menggunakan


besi sehingga dapat digunakan dalam
kehidupan harian malah dalam
peperangan - ia lebih tahan berbanding
dengan gangsa.

Catatan Zhanguo
Perubahan & Perkembangan
We lead

• Dalam tahun 307 SM, kerajaan Zhao


memperkenalkan satu cara ketenteraan
yang baharu, yang menggunakan tentera
berkuda.
• Oleh kerana penggunaan angkatan
tentera berkuda lebih berkesan lagi
daripada angkatan tentera yang
menggunakan kereta perang.
• Maka dengan sekejap sahaja, negeri-
negeri yang bermusuhan tadi turut
membentuk angkatan tentera berkuda.
Perubahan & Perkembangan
We lead

• Zaman Zhanguo bukan sahaja satu zaman


peperangan dan permusuhan, tetapi juga
zaman hidupnya ahli-ahli falsafah.
• Kebangkitan “Aliran Seratus Pemikiran”.
• Sarjana-sarjana yang mengembara
mengajar pembesar-pembesar yang lain
akan pemikiran-pemikiran mereka yang
terkemuka.

諸子百家; (zhuzi baijia)


We lead
Kesimpulan We lead

• Zaman Chunqiu dan Zaman Zhanguo –


zaman penuh kekacauan, permusuhan
dan peperangan demi meraih kuasa.
• Namun, muncul sarjana-sarjana tersohor
melahir pemikiran yang membentuk
pemikiran dan kebudayan Cina.
Buku-Buku Rujukan:
We lead

• Eberhard, W., A History of China. London: Routledge &


Kegan Paul, 1977.

• Fairbank, J. K., E. O. Reischauer & A.M. Craig, East Asia:


Tradition and Transformation. Boston: Houghton Mifflin,
1973.

• Gernet, Jacques, A History of Chinese Civilization. 2nd ed.


Cambridge: Cambridge University Press, 1996.

• Hsu, Cho-yun, Ancient China in Transition: An Analysis of


Social Mobility, 722-222 B.C.. Stanford, California:
Stanford UP, 1965.

• Hucker, C. O., China’s Imperial Past: An Introduction to


Chinese History and Culture. London: Gerald Duckworth
& Company Limited, 1975.
We lead

Terima Kasih

Presented by
Dr. Ku Boon Dar | kubd@usm.my

Anda mungkin juga menyukai