Anda di halaman 1dari 5

KEPENTINGAN BUDI BAHASA DALAM KALANAGAN MASYARAKAT

OLEH : MARDYATUL HAMIZAH BINTI HUSSIN

Pelbagai pihak telah menyuarakan pandangan bahawa masyarakat di negara kita


tidak mengamalkan budi bahasa dalam kehidupan bermasyarakat. Amalan negatif ini
dapat dilihat daripada sikap golongan muda yang semakin tidak menghormati orang
tua. Hal ini mungkin disebabkan oleh kebanyakan ibu bapa sekarang tidak
mempedulikan anak-anak sama ada mereka itu berbudi bahasa atau tidak kerana
mereka sibuk mengejar kekayaan. Perdana Menteri pernah mengatakan bahawa
beliau begitu kecewa dengan amalan budi bahasa yang kurang dipraktikkan dalam
masyarakat sekarang. Sejak beberapa tahun lalu, Kementerian Kesenian, Warisan,
dan Kebudayaan telah melancarkan kempen Budi Bahasa Budaya Kita supaya dapat
mengembalikan suasana budi bahasa dalam masyarakat. Tambahan pula, kempen ini
telah diuar-uarkan melalui pelbagai media sama ada media elektronik atau media
cetak. Hal ini menunjukkan bahawa media massa memainkan peranan penting untuk
melancarkan kempen ini. Persoalannya apakah kepentingan budi bahasa dalam
masyarakat?
Antara kepentingan budi Bahasa dalam kalangan masyarakat termasuklah
seseorang itu akan dihormati kerana sifat atau tingkah lakunya itu membuatkan
seseorang individu berasa selesa. Contohnya, individu tersebut sentiasa menghormati
orang yang lebih tua daripadanya. Selain itu, saling membantu orang yang dalam
kesusahan seperti mangsa banjir, anak yatim dan sebagainya. Kesanya, dapat
mengeratkan hubungan sillaturahim antara masyarakat dengan bangsa lain. Oleh itu
kita mestilah merendahkan diri terhadap semua orang tidak kira bangsa kita atau
orang luar agar hancur badan dikandung tanah, budi baik terkenang jua
Selain itu, dapat mewujudkan perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat. Hal ini
dikatakan kerana semua kaum di dalam sesebuah negara saling berkerjasama atau
erti kata yang lain berganding bahu untuk membentuk negara yang makmur dan
damai. Sebagai contoh, setiap bangsa mengadakan program gotong-royong untuk
membersihkan alam sekitar selepas berlaku banjir . Tambahan pula, bangsa melayu
menghormati dan meraikan perayaan-perayaan kaum lain bagi menguatkan
hubungan perpaduan di negara kita.
Kepentingan budi bahasa yang lain ialah mampu memberikan pelancong berasa
seronok apabila melancong di negara kita. Seterusnya, pelancong akan berasa selesa
jika kita memberi bantuan secara berbudi bahasa. Jika kita melayan pelancong
tersebut dengan baik, pelancong tersebut akan memanjangkan perihal peristiwa
tersebut kepada rakan-rakan dan keluarga apabila sudah kembali ke negara mereka.
Hal ini dapat menimbulkan keinginan mereka untuk melancong ke negara ini lagi
pada masa depan. Secara langsung, kedatangan pelancong ini juga dapat
meningkatkan sumber ekonomi negara, malah nama dan imej negara akan meningkat
di mata dunia. Oleh yang demikian, kita haruslah mengamalkan prinsip orang
berbudi, kita berbahasa. Natijahnya, negara kita berpotensi untuk menjadi pusat atau
destinasi pelancongan terbaik di rantau ini dan hal ini sudah tentu memberikan
impak kepada ekonomi negara.
Kesimpulannya, kempen budi bahasa merupakan salah satu cara terbaik untuk
meningkatkan budi bahasa dalam masyarakat. kita haruslah bekerjasama dan
mempraktikkan amalan ini dalam kehidupan seharian. Budi bahasa perlu
dibudayakan sejak anak-anak masih kecil. Akhir sekali, saya menyeru seluruh
rakyat Malaysia agar bersama-sama mengamalkan budi bahasa agar impaknya
menguntungkan masyarakat dan negara. Bak kata pepatah air jernih ikannya jinak.

( 478 patah
perkataan )
Pasukan keselamatan sangat penting kepada sesebuah negara. Hal ini demikian
kerana pasukan keselamatan ditugaskan untuk membantu dan menyelamat
masyarakat- masyarakat di negara kita daripada sebarang masalah. Pihak kerajaan
juga telah mewujudkan beberapa pasukan keselamatan di negara kita seperti Angkatan
pertahanan awam (APM), Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dan sebagainya.
Antara perana bagi Angkatan pertahanan awam terhadap negara ialah menyediakan
perkhidmatan kecemasan dan khidmat bantuan kemanusian di seluruh negara. Dengan
kecekapan dan kemahiran yang dimiliki oleh anggota pertahanan ini, dapat
memastikan kesejahteraan masyarakat sentiasa terjamin dan terjaga. Selain itu,
peranan APM juga adalah memberikan bantuan kepada mangsa banjir. Hal ini dapat
memudahkan kehidupan masyarakat kerana mereka tidak lagi bersusah payah untuk
mencari keperluan hidup mereka.
Bukan itu sahaja, kerajaan juga telah memberikan misi kepada Jabatan Bomba dan
penyelamat (JBPM) untuk memberikan perkhidmatan kebombaan dan penyelamat
professional bagi menyelamatkan nyawa dan harta benda demi kesejahteraan rakyat.
Antara tugas menyelamat JBP ialah kerja-kerja kenderaan, menyelamatkan mangsa
runtuhan bangunan serta mencari dan menyelamat mengsa lemas. Di samping itu,
JBPM juga berperanan untuk memadamkan kebakaran dan menyelamatkan mangsa
kebakaran.
Kesimpulannya, semua pihak perlulah menghargai dan memahami kerja-kerja
pasukan keselamatan agar segala urusan dapat di selesaikan dengan sempurna.
Kesannya, pasukan keselamatan akan mendapat lebih banyak kepercayaan daripada
masyarakat-masyarakat setempat.

( 203 patah
perkataan )
Pada masa ini, mata pelajaran Sejarah bukanlah suatu mata pelajaran yang asing
kepada para pelajar. Sejak dari tingkatan satu, pelajar sudah mula berkenalan
dengan mata pelajaran ini. Tambahan pula mata pelajaran Sejarah telah diwajibkan
lulus bagi semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun 2013. Walau
bagaimanapun, terdapat murid yang menunjukkan perasaan tidak puas hati terhadap
pelaksanaan tersebut kerana beranggapan bahawa Sejarah merupakan suatu mata
pelajaran yang susah dan membosankan walhal banyak faedah yang dapat diperoleh
melalui pembelajaran mata pelajaran ini. Persoalannya, apakah kepentingan-
kepentingan mempelajari mata pelajaran Sejarah?
Antara kepentingan-kepentingan mempelajari mata pelajaran sejarah ialah dapat
mengelakkan diri daripada mengulangi kesilapan. Hal ini demikian kerana, dalam
peristiwa-peristiwa sejarah yang dinyatakan mengandungi pelbagai pengajaran yang
tersirat. Sebagai contoh, peristiwa Tanah Melayu dijajah dan ditindas oleh penjajah
British memberi pengajaran kepada generasi muda supaya jangan terlalu mudah
mempercayai orang asing. Orang British digambarkan dengan licik dan jahat pada
masa itu kerana sanggup menggunakan tipu muslihat atau taktik kotor untuk
meluaskan kawasan jajahan mereka di tanah air kita. Justeru, generasi muda
perlulah sentiasa ingat akan pengajaran tersebut dan tidak mengulanginya pada
masa akan datang bagi mengelakkan peristiwa yang sama berulang lagi.
Selain itu, mempelajari sejarah juga dapat menerapkan semangat patriotisme
dalam kalangan generasi muda. Jika kita lihat keadaan pada hari ini, masyarakat
tidak lagi menghargai jasa-jasa pejuang tanah air kita yang telah bersusah payah
membebaskan negara kita daripada dijajah. Akibat daripada itu, semangat
patriotisme semakin terhakis dalam diri masyarakat kita terutamanya golongan
muda. Sambutan hari kemerdekaan juga sering tidak diendahkan oleh golongan
muda hari ini kerana mereka menganggap sambutan itu tidak mendatangkan apa-apa
faedah sedangkan sambutan itu wajib diadakan untuk menghargai jasa-jasa pejuang
tanah air. Mereka harus sedar bahawa segala kesenangan dan kebebasan yang
diperoleh oleh mereka pada hari ini ialah hasil usaha pewira-pewira negara kita.
Dengan itu, nama mereka sentiasa meniti di bibir masyarakat kerana harimau mati
meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.
Di samping itu, pengajaran mata pelajaran Sejarah mampu mewujudkan jati diri
dalam kalangan generasi muda. Sejarah mendedahkan ketinggian peradaban dan
tamadun nenek moyang kita. Pelajar akan dapat melihat ketinggian nilai seni, adat
resam, dan pemikiran mereka. Mereka turut akan sedar dan menghargai warisan
bangsa sendiri. Bukan itu sahaja, mereka akan berasa bangga terhadap pencapaian
dan kedudukan warisan sendiri. Natijahnya, golongan muda akan membentuk identiti
diri dan tidak akan mengagung-agungkan budaya Barat. Tegasnya, Sejarah penting
untuk membentuk jati diri dalam kalangan generasi muda.
Kesimpulannya, mata pelajaran Sejarah terbukti mempunyai pelbagai
kepentingan, terutamanya kepada para pelajar. Sejarah merupakan ilmu hidup yang
memandu manusia untuk menjalani kehidupan yang sempurna. Di sebalik setiap
lembaran teks sejarah, terkandung pelbagai pedoman hidup dan pengajaran bagi
memandu generasi muda hari ini. Para pendidik dan ibu bapa wajarlah melentur
buluh biarlah dari rebungnya mengenai sejarah terhadap anak-anak mereka. Oleh
hal yang demikian, semua pihak perlulah berusaha mencapai matlamat mata
pelajaran Sejarah demi kesejahteraan dan keamanan negara.

( 469 patah
perkataan )

Anda mungkin juga menyukai