Anda di halaman 1dari 3

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selamat datang ke Program Kembara Kerjaya.

Yang berusaha Puan Masyitah, guru bimbingan dan kaunseling, yang dikasihi adik-adik SMK
Batu 4 sekalian.

_______________________________________________________________________

Terlebih dahulu, saya dan rakan-rakan ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih
kepada Puan Masyitah yang banyak membantu dalam menajalankan program pada hari ini serta
adik-adik SMK Batu 4 atas kesudian untuk hadir ke program Kembara Kerjaya, walaupun tengah
cuti ni kan?

Jadi, Program Kembara Kerjaya ini bertujuan untuk adik-adik lebih mengetahui tentang
pekerjaan-pekerjaan yang ada di Malaysia serta adik-adik dapat melihat kerjaya yang sesuai
dengan diri adik-adik. Kami amat berharap program ini dapat memberi sedikit pengetahuan
kepada diri adik-adik dalam pemilihan kerjaya.

_____________________________________________________________________

Okay. Sebelum tu, selalu orang cakap tak kenal maka tak cinta. Jadi sebelum kita teruskan untuk
slot yang seterusnya, saya dan rakan-rakan ingin perkenalkan diri dulu lah. Saya Nurul Arifah
Binti Mohd Zaki atau boleh panggil Kak Arifah. Saya dari Alor Setar Kedah. Sebab tu dengaq
bunyi slang utaqa tu sikit

Chew…

Eyka…

Afif…

Jadi semua dah kenalkan? Kak Arifah dengan rakan-rakan pun nak kenal awak semua tapi nanti
kita ada slot seterusnya yang khas untuk kita kenal-kenal okay?
_____________________________________________________________________________

So semua dah ready? Kalau dah ready cakap Yes Yes Yes!

Jadi tanpa membuang masa. Kita ke Slot yang pertama yang disampaikan oleh Abang Afif.

________________________________________________________________________

Terima kasih atas apa yang disampaikan oleh Abang Afif kita. Ada yang tak jelas ke? Semua
jelas? Jadi kita teruskan lagi dalam slot bersama Kak Eyka iaitu Slot Inventori SDS.

___________________________________________________________________________

Sebelum kita ke slot yang seterusnya, kami ada menyediakan satu video untuk adik-adik semua.
Jom kita tengok

*Tayangan Video*

Jad Kak Arifah nak mintak sorang wakil untuk ceritakan apa yang dia dapat dari video tadi?

*Sorang wakil cerita

Terima kasih Adik __________. Betul tu blablabla

____________________________________________________________________________

Seterusnya, kita akan bahagikan group kepada group Kak Arifah, group kak eyka, abang afif dan
abang chew.

____________________________________________________________________________

So macam mana perbincangan dengan kakak-kakak abang-abang tadi? Okay? Kalau okay? Nak
minta sorang untuk bagi sikit refleksi apa yang dapat dari perbincangan tadi.

____________________________________________________________________________
Bunga seroja di atas para,
Jatuh ditimpa buah berangan,
Andai kata tersilap bicara
Kemaaf jua kami pohonkan

Sekian, majlis kita untuk hari ini. Pihak kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas segala
kerjasama dan tumpuan yang telah anda berikan. Diharapkan anda semua dapat peroleh ilmu
baharu tentang pemilihan kerjaya pada masa hadapan.
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai