Anda di halaman 1dari 6

Media Baru: Kebaikan dan Keburukan Kepada Pelajar.

Apakah yang dimaksudkan oleh media baru? Ini merupakan sebuah istilah

yang tidak difahami oleh golongan ramai. Media baru adalah istilah yang digunakan

untuk menerangkan kemunculan teknologi baru era digitalisasi ini seperti computer

atau jaringan teknologi informasi dan komunikasi . Media baru secara ringkas adalah

media yang terbentuk daripada interaksi antara manusia dengan internet secara

khususnya.Sebahagian besar teknologi yang digambarkan sebagai media baru adalah

digital dan memiliki karakteristik yang dapat dimanipulasikan, bersifat jaringan,

padat dan interaktif. Antara contohnya media baru ialah internet, laman web,

komputer multimedia, permaianan komputer, CD-ROM, DVD, penyiaran

audio dan video secara langsung, chat room, emel, komuniti  dalam talian,

kamera digital dan mobile computing. Televisyen, filem, majalah, buku, atau

penerbitan berasaskan kertas bukan dikategori sebagai media baru kecuali jika

mereka mengandungi teknologi yang membolehkan interaktiviti digital.

Pada zaman modenisasi ini, ramai orang, terutamanya golongan pelajar

suka menggunakan media baru untuk kegunaan tertentu. Banyak kebaikan yang

diperoleh daripada media baru. Kalau disalahgunakan, media baru juga boleh

membawa keburukan. Jadi apakah antara kebaikan dan keburukan media baru

kepada golongan pelajar?

Antara kebaikan media baru ialah kemudahan berkomunikasi. Sseorang

pelajar mampu untuk berhubung dengan pelajar lain dengan mudah melalui media

1
baru. Sebagai contoh, e-mel, chat room, Facebook, Twitter dan sebagainya merupakan

antara perkhidmatan internet yang digunakan dengan meluas. Sesiapa sahaja boleh

berkomunikasi antara satu sama lain dengan menggunakan komputer yang

dihubungkan dengan internet.  Melalui kajian Hampton pada tahun 2000 terhadap

40,456 responden di Amerika Syarikat, ia menunjukkan bahawa semakin kerap mereka

berhubung dengan rakan melalui media baru, semakin banyak ilmu pengetahuan yang

dapat diketahui. Ini kerana apabila berlakunya interaksi antara seseorang pelajar

dengan pelajar yang lain, tentunya bahawa menjalankan sesuatu projek dengan pelajar

di sekolah-sekolah lain, berbincang dengan rakan dari kalangan berbagai budaya dan

latar belakang negara mengenai berbagai isu semasa dan bertukaran maklumat dan

pendapat.

Selain itu, para pelajar dapat memperolehi maklumat terkini dengan

mudah sahaja apabila kita menggunakan media baru. Maklumat tersebut yang

tersedia dalam laman web adalah dalam bentuk pangkalan data, dokumen, maklumat

kerajaan, bibliografi atas talian, penerbitan dan perisian komputer.  Kebanyakannya

adalah maklumat terkini, tersedia dengan percuma dan dapat dicapai dengan cepat.

World Wide Web, juga digelar Web atau WWW  adalah aplikasi internet yang

berfungsi dengan menggabungkan teks dan grafik dalam satu dokumen atau

antaramuka pengguna yang sama. Maklumat-maklumat yang terkandung di dalam

internet meliputi pelbagai kategori dari seluruh dunia. Maklumat-maklumat ini

sentiasa dikemaskini supaya maklumat yang dipaparkan sentiasa terkini dan tepat.

Maklumat ini berbeza dengan meklumat dari buku yang jarang dikemaskini.

Maklumat-maklumat yang boleh diakses ini memudahkan pelajar mencari maklumat

2
untuk tujuan pembelajaran. Di samping itu, dengan ciptaan media baru sebagai

thumbdrive, cakera padat, CD-ROM dan DVD, kita dapat menyampaikan dan

menyebarkan maklumat yang didapati kepada pelajar yang lain.

Seterusnya, dengan adanya media baru, para pelajar mendapat akses

kepada pembelajaran interaktif dalam talian ataupun e-Learning. E- Learning adalah

pembelajaran yang pelaksanaanya didukung oleh jasa teknologi seperti telefon, audio,

videotape, transmisi satelit atau komputer. Pelajar mendapati bahawa pembelajaran

secara talian merupakan satu kaedah yang menyenangkan pembelajaran dan

pengajaran. Pembelajaran ini membolehkan pelajar belajar di mana sahaja dan pada

masa yang dipilih oleh pelajar. Ini membolehkan pelajar menguruskan sendiri masanya

dengan lebih efektif. Pembelajaran secara maya ini juga melibatkan penggunaan kos

secara efektif. Pembelajaran secara interaktif secara talian membolehkan pelajar

meneroka maklumat baru menerusi perpustakaan digital atau laman web. Pelajar

berpeluang mendapatkan pengalaman berbincang dengan guru- guru melalui e-mel

atau blackboard. Apabila semakin banyak teknologi diperkenalkan dalam bidang

pendidikan, pendidikan jarak jauh menyediakan satu cara untuk menyebarkan

maklumat dan pengetahuan secara global.

Walaupun media baru banyak mendatangkan kebaikan kepada para

pelajar, jika tidak digunakan dengan cara yang betul, banyak keburukan yang dibawa

olehnya.

3
Antara keburukannya adalah pendedahan komuniti pelajar kepada unsur-

unsur negatif dari segi maklumat, bahan dan sebagainya. Sebagai contoh, maklumat

yang banyak terdapat di internet tidak ditapis dan ini akan mendatangkan bahaya dan

kemudaratan khususnya kepada pelajar, yang menjadi antara golongan pelayar

internet teramai di Malaysia. Terdapat banyak maklumat yang tidak sesuai seperti

maklumat seks, keganasan, hasutan, kabar angin, diskriminasi, dadah, promosi

keganasan dan penderaan, perjudian dan sebagainya. Keistimewaan internet ialah tiada

seorangpun yang memilikinya dan mengawalnya. Semua orang mempunyai hak untuk

menyampaikan dan menyiarkan sebarang makluat di internet. Ini menyebabkan

terdapat banyak maklumat yang tidak tepat di internet. Maklumat ini boleh

mendatangkan bahawa sekiranya para remaja terutamanya golongan pelajar tidak

dapat membezakan maklumat yang betul dan maklumat yang salah. Ini akan

menjejaskan matlamat pengajaran dan pembelajaran melalui internet dan secara tidak

langsung dari media baru.

Seperkara lagi ialah pelajar menjadi pasif dan kurang berkomunikasi.

Penggunaan media baru walaupun ada kebaikan tetapi terdapat kekurangan dimana

pelajar yang selalu mengakses internet lebih tertarik untuk duduk di hadapan

komputer tanpa memikirkan kehidupan sosial samada dalam keluarga dan masyarakat.

Senario ini akan menyebabkan pelajar menjadi pasif dan kurang berkomunikasi

apabila berhadapan dengan orang ramai; sedangkan untuk menjadi seorang pelajar

yang berdaya saing, mereka berkeupayaan untuk memberikan idea-idea yang bernas

dan berkualiti bagi memantapkan kerjaya dan pembangunan kerjaya mereka kelak. In

4
akan melahirkan sebuah generasi yang kurang berkomunikasi dan kreatif dan ini boleh

menyusahkan proses perpaduan antara rakyat.

Akhirnya, media baru akan menyebabkan obsesi di kalangan pelajar

terhadap laman sosial seperti Facebook dan Twitter serta permainan komputer.

Teknologi tersebut boleh menyebabkan para pelajar untuk kurang minat terhadap

pelajaran mereka dan prestasi mereka di sekolah akan menurun. Ini juga boleh

menyebabkan masalah kesihatan dan konsentrasi pelajar untuk mundur.

Inilah antara kebaikan dan keburukan media baru kepada komuniti

pelajar. Media baru senjata era globalisasi. Walaupun dengan adanya media baru

pelajar dapat memperolehi banyak kebaikan, banyak keburukan juga boleh

mendatang. Pada pendapat kumpulan kita, kita berasa bahawa media baru amat

berguna kepada kita sebagai para pelajar jika digunakan dengan betul.

Ahli Kumpulan:

Kristin Melissa

Lin Tai Jie Melvin

Lydia Adila Michelle

May Mee Win Ng Yong Han

Megan Nuraini

5
6

Anda mungkin juga menyukai