Anda di halaman 1dari 20

PERANCANGAN SISTEM PANGKALAN DATA, REKEBENTUK DAN PENTADBIRAN

(Database Systems Planning, Design and Administration)

LEWAHAN DATA (Data Redundancy)


- `cari sendiri
KETIDAK-KONSITENSI DATA (Data Inconsistency)
- Cari sendiri
KETIDAK-BERSANDARAN DATA(Data Independency)
- Cari sendiri
PENGANSTRAKAN DATA (Data Abstraction)
- Cari sendiri

PERMODELAN DATA PROSES

Definisi

Permodelan data proses merujuk kepada pemetakan proses-proses atau prosedur-prosedur atau aliran
data organisai ke dalam bentuk gambarajah yang dipanggil sebagai Carta Aliran Data (Data Flow
Diagram)

Carta Data Aliran(Data Flow Diagram-DFD)

1. Carta Aliran Data adalah peralatan pemodelan proses yang digunakan untuk memaparkan
pengaliran data serta proses-proses yang terdapat di dalam sesebuah organisasi.
2. Carta Aliran Data ini boleh dikategorikan kepada dua : Logikal dan Fizikal.
3. Carta Aliran Data logical memodelkan proses-proses yang akan dilaksanakan tetapi tidak
menunjukkan dengan bagaimana proses tersebut dilaksanakan (tidak menunjukkan perkakasan
atau perisian apa yang digunakan).
4. Carta aliran data fizikal memodelkan proses-proses dengan menunjukkan bagaimana proses
tersebut dijalankan (menunjukkan penggunaan perkakasan dan perisian).

1
PELAJAR Proses
Pendaftaran

Contoh : Carta Aliran Data Logikal

1
Proses
PELAJAR Pendaftaran
Menggunakan
komputer

Contoh : Carta Aliran Data Fizikal


Notasi Simbol-simbol Carta Aliran Data

1. Elemen-elemen Carta Aliran Data terdiri daripada :


a. Entiti
b. Aliran Data
c. Proses
d. Stor Data

Elemen Penerangan kepada Elemen Notasi : model Gane dan Sarson


Carta Aliran Data
 Entiti adalah orang, objek,tempat,peristiwa
atau konsep.
 Entiti Orang : PELAJAR, PENSYARAH,
DOKTOR, PEMINJAM dan lain-lain.
 Entiti Objek : PERALATAN, MAKMAL,
PRODUK dan lain-lain.
 Entiti Tempat : DAERAH, BANDAR,
Entiti NEGERI, NEGARA. PELAJAR
 Entiti Peristiwa : PENDAFTARAN,
PERMOHONAN, PEMINJAMAN dan lain-
lain
 Entiti Konsep: KURSUS, AKAUN, INVOIS
dan lain-lain

 Aliran Data adalah laluan pergerakan data dari


satu lokasi kepada lokasi yang lain di dalam
sistem maklumat.
Aliran Data  Notasi untuk aliran data adalah simbor garisan
beranak panah yang berlabel dengan nama Markah
atau jenis data yang bergerak

 Proses adalah tindakan yang berlaku dalam


sistem maklumat
 Aliran data yang masuk ke dalam proses
merupakan data input 1
 Aliran data yang keluar merupakan data output
Proses  Label Data masuk tidak boleh sama dengan
data output Proses
 Contoh Jika data masuk ialah “markah” maka Markah
data output tidak boleh “markah”. Mungkin
data output boleh ditulis sebagai “maklumat”
atau “markah yang diproses”
 Stor data merupakan lokasi dimana data
disimpan.
 Kegunaan stor data :
Stor Data o Menyimpan data 1 PELAJAR
o Mengambil balik data
 Notasi simbol stor data sila rujuk sebelah
Peraturan-peraturan hubungan elemen-elemen Carta Aliran Data

a. Contoh-contoh hubungan yang sah atau betul

1 Maklumat pelajar
Data Pelajar 1 PELAJAR
PELAJAR Proses Pendaftaran

2 maklumat Pelajar
Laporan 1 PELAJAR
PELAJAR Menjana laporan

Surat kelulusan Proses


PELAJAR Pengesahan
kelulusan

Borang sakit

b. Contoh-contoh hubungan yang tidak sah atau tidak betul

Borang sakit
PELAJAR GURU

Data pelajar
PELAJAR 1 PELAJAR

laporan pelajar
PELAJAR 1 PELAJAR
Rajah konteks

1. Rajah Konteks ialah rajah aliran data paras tertinggi yang menunjukkan skop dan sempadan bagi
sebuah sistem maklumat.
2. Ia merupakan rajah mula-mula sekali yang akan dilukis apabila hendak menyediakan DFD.
3. Ciri-ciri rajah konteks ialah :
a. Mesti dimuat dalam satu halaman muka surat sahaja.
b. Hanya satu proses sahaja yang ditempatkan ditengah-tengah.
c. Nama proses adalah nama bagi sistem tersebut.
d. Proses tersebut dinomborkan nombor yang unik ia itu 0.
e. Melibatkan semua entiti.
f. Tidak terdapat sebarang stor data dalam rajak konteks.
g. Terdapatnya simbol aliran yang menghubungkan proses dengan entiti-entiti.
4. Contoh Rajah Konteks:

Transkip Ubat maklumat


pesakit

0
Data pesakit Data sakit
PESAKIT Sistem DOKTOR
pesakit
Pengurusan
Klinik

Laporan pesakit Laporan analisis


pesakit

Rajah Sifar

1. Rajah Sifar adalah rajah aliran data paras kedua yang menunjukkan perincian bagi Rajah Konteks.
2. Rajah sifar adalah hasil daripada pemecahan rajah Konteks.
3. Ciri-ciri Rajah Sifar ialah :
a. Menunjukkan proses-proses utama dalam sistem maklumat. Prose-proses yang akan
ditunjuk dalam rajah sifar adalah hasil pecahan dari rajah konteks.
b. Setiap proses dibari nama yang unik. Nombor yang digunakan bermula dari nombor 1,
kemudian 2,3......
c. Rajah Sifar mesti mempunyai stor data yang berintekrasi dengan proses-proses utama.
d. Kesemua entiti dari rajah konteks disalin semula ke rajah sifar.
4. Contoh Rajah Sifar : (hasil pecahan daripada Rajah Konteks di atas)

Menjana
maklumat
Transkip Ubat Transkip Ubat pesakit

Menjana
Laporan pesakit Laporan Pesakit maklumat
pesakit

1 maklumat
pesakit
Data pesakit
PESAKIT Proses 1 PESAKIT
Pendaftaran

2
maklumat
pesakit Proses data pesakit
doktor
Capaian
data

2 RAWATAN

3
Data sakit pesakit Maklumat sakit pesakit
Proses
Pengrekodan
penyakit

6
Laporan analisis maklumat
pesakit pesakit
Menjana
Laporan
Analisis pesakit

Rajah Paras Rendah

1. Dalam keadaan tertentu, rajah sifar yang dilukis perlu diperharusi atau diperincikan lebih
mendalam, maka tindakan pemecahan proses dari rajah sifar perlu dilakukan untuk menghasilkan
proses-proses yang baru.
2. Rajah baru yang dipecah daripada rajah sifar dinamakan Rajah Paras Satu.
PERMODELAN DATA LOGIKAL

Definisi

1. Permodelan Data Logikal merujuk kepada pemetakan logikal-logikal proses yang melibatkan
syarat-syarat atau piliha-pilihan ke dalam bentuk gambarajah/jadual.
2. Gambarajah untuk mewakili logikal-logikal sistem maklumat terdiri daripada 2 :
a. Jadual keputusan
b. Perpohon keputusan

Jadual Keputusan

Tujuan

Tujuan jadual keputusan ialah mewakili logikal-logikal dalam bentuk jadual, yang lebih mudah
difahami.

Definisi

Jadual keputusan ialah satu jadual yang mengandungi baris dan lajur dan di bahagikan kepada empat
sukuan; seperti rajah dibawah :

Syarat-syarat/Tindakan Peraturan

Syarat-syarat Tindakan alternatif

Tindakan Entri Tindakan

Contoh Soalan :

Sebuah supermarket telah menjalankan promosi tahunan untuk menarik lebih ramai pembeli
berkunjungi ke pusat mereka. Pembeli yang dapat memenuhi kriteria akan layak mendapat hadiah
istimewa. Kriteria yang melayakan seseoang pembeli adalah seperti berikut:

a) mempunyai kad ahli supermarket.


b) memperolehi mata bonus lebih 1000 mata atau jumlah pembelian bulanan lebih daripada
RM1000.00

Jawapan :
** Terdapat 3 syarat – mempunyai kad ahli, mata bonus >100 mata dan jumlah balian >Rm1000.00
** Tentukan lajur pada peraturan : 23 = 2 x 2 x 2 = 8 maka bil lajur =8
** Terdapat 2 tindakan – layak dapat hadiah dan tidak layak dapat hadiah

Syarat/Tindakan 1 2 3 4 5 6 7 8
Mempunyai kad ahli Y Y Y Y T T T T
Ada Mata bonus>100 mata Y Y T T Y Y T T
Jumlah belian >RM1000 Y T Y T Y T Y T
Layak mendapat hadiah X X X
Tidak layak mendapat hadiah X X X X X

Kesimpulan : terdapat tiga syarat untuk memerolehi hadiah.

Perpohon Keputusan

Contoh Soalan :

Sebuah supermarket telah menjalankan promosi tahunan untuk menarik lebih ramai pembeli
berkunjungi ke pusat mereka. Pembeli yang dapat memenuhi kriteria akan layak mendapat hadiah
istimewa. Kriteria yang melayakan seseoang pembeli adalah seperti berikut:

a) mempunyai kad ahli supermarket.


b) memperolehi mata bonus lebih 1000 mata atau jumlah pembelian bulanan lebih daripada
RM1000.00

Jawapan :

Ya dapat
Hadiah
pembelian bulanan lebih daripada RM1000
Ya
Tidak dapat
mata bonus lebih 1000 mata Hadiah

Ya
Ya dapat
Tidak
pembelian bulanan lebih daripada RM1000 Hadiah
Ada kad ahli
Tidak dapat
Tidak Hadiah Tidak Tidak dapat
Hadiah

Kesimpulan : terdapat tiga syarat untuk memerolehi hadiah.


PERMODELAN KONSEPTUAL

Definisi

Permodelan konseptual merujuk kepada pemetakan data-data dalam organisai ke dalam bentuk
gambarajah yang dipanggil sebagai Rajah Entiti Perhubungan (Entity Relationship Diagram)

Rajah Entiti Perhubungan

1. Rajah Entiti Perhubungan merupakan satu peralatan bergrafik yang digunakan untuk
menunjukkan hubungan di antara satu entiti dengan satu entiti yang lain bagi suatu sistem
maklumat.
2. Rajah Entiti Perhubungan mengandungi tiga kompenan utama :
a. Entiti
b. Atribut
c. Perhubungan

Entiti

1. Entiti merupakan objek dunia nyata yang boleh menyimpan data dan dapat dikenalpasti dengan
jelas.
2. Objek ini wujud secara fizikal seperti individu, tempat, benda, peristiwa dan konsep.

Entiti Contoh
Individu Pelanggan, Pekerja, Pembekal
TempatObjek Daerah, Negeri, Negara
Peristiwa Pesanan, tempahan, Jualan
Konsep Projek, Akauan, Unit
Objek Alat Tulis, Perabot, Baju

3. Entiti mempunyai nama atau jenis entiti(entity Type). Entiti juga mempunyai kejadian entiti
(entity occurrence) iaitu objek-objek yang dimodelkan sebagai entiti.
4. Contohnya PEKERJA terdiri daripada Abu, Raji dan Chin merupakan kejadian entiti bagi jenis
entiti pekerja.
5. Entiti diwakili dengan simbol segiempat tepat dan dilabelkan dengan kata nama di tengah-tengah
simbol , lihat contoh di bawah:

PESAKIT

Jenis-jenis Set Entiti


Kumpulan entiti yang sama dipanggil set entiti

a) Entiti Kuat

Entiti kuat ialah entiti yang kwujudannya tidak bersandar kepada entiti entiti lain

b) Entiti Lemah

Entiti lemah ialah entiti yang kewujudannya bersandar kepada satu set entiti kuat.

PELAJAR WARIS

Rajah di atas menunjukkan dua entiti. Entiti Pelajar merupakan entiti kuat sebab kewujudannya tidak
bergantung kepada entiti lain. Manakala entiti waris adalah entiti lemah kerana kewujudannya
bergantung kepada entiti kuat iaitu PELAJAR.

Atribut

1. Atribut merupakan ciri-ciri suatu entiti. Contohnya entiti PESAKIT terdiri daripada atribut berikut
: IDPesakit, NamaPesakit, Kelas, Alamat.
2. Simbol yang digunakan untuk mewakili atribut ialah bujur dan ia dihubungkan dengan entiti
melalui garisan.
3. Atribut yang penting dan berkaitan ditunjukkan.

NamaPesakit Kelas

IDPesakit
Alamat

PESAKIT

Menamakan Atribut

• Menggunakan kata nama


– Contoh : No_matrik, Nama, Alamat
• Nama atribut adalah unik dalam satu jenis entiti
• Ikut format piawai untuk keunikan
– Contoh : PELAJAR – Pel_no_matrik
Pel_nama
Pel_alamat
• Namakan atribut yang sama tetapi entiti yang berbeza dengan nama yang berbeza.
– Contoh : pel_nama, Staf_nama
• Domain atribut merupakan set nilai yang boleh diterima oleh sesuatu atribut.
AtributDomain
Lulus, Gagal
Keputusan
Jantina
Lelaki, Perempuan
Markah (0,100)
CGPA (0,4)
Status
Aktif, Tangguh, Gagal,
Jenis Atribut

 Atribut boleh dibahagi kepada :

o Atribut Mudah
 Atribut atonomik yang tidak boleh dipecahkan lagi.
 Contoh : Tarikh_lahir, Jantina

o Atribut Nilai Tunggal


 Hanya menyimpan satu nilai tunggal sahaja
 Contoh : No_kp, No_staf, No_Akaun

o Atribut Nilai Komposit


 Atribut yang boleh dipecahkan kepada unit-unit atau komponen-komponen
 Atribut tersebut perlu dijadikan kepada entiti.
 Contoh : Alamat

Alamat
Negeri
No_rumah

Jalan Poskod Bandar

o Atribut Nilai Berbilang


 Mempunyai lebih daripada satu nilai bagi setiap entiti
 Simbol yang digunakan berbeza.
 Contoh : Nama_tanggungan
STAF

No_Staf Nam

Nama_tanggungan

o Atribut Terbitan
 Atribut yang diterbitkan daripada atribut lain daripada entiti yang sama atau entiti
yang berlainan.
 Contoh : Atribut tarikh_lahir boleh memberikan nilai atribut umur.

STAF
Umur Tari

No_Staf Nama
Kunci

• Merupakan atribut yang digunakan untuk mengecam sesuatu entiti secara unik.
• Tiga jenis kunci iaitu:
– Kunci calon ( Candidate key )
• Merujuk kepada atribut-atribut yang dapat mengecam entiti secara unik
• Entiti boleh dicam secara unik melalui
• Atribut nilai tunggal
• Contoh : No_Staf, No_kp
• Gabungan dua atau lebih attribut
• Contoh : Entiti Video – Tajuk_Video & Nama_Hero

– Kunci primer ( primary key )


• juga dikenali sebagai pengecam
• Merujuk kepada pemilihan satu daripada kunci calon bagi mengecam jenis entiti
secara unik.
• Pemilihan berdasarkan yang mana lebih mudah diuruskan bagi pengguna
pangkalan data.
• Contoh: No_Kp dan No_matrik merupakan kunci calon untuk entiti PELAJAR,
maka No_matrik merupakan kunci primer kerana nombor matrik sudah cukup
untuk mengenalpasti setiap pelajar.

Perhubungan

• Merupakan gam yang melekatkan pelbagai komponen dalam ERD


• Label yang digunakan biasanya adalah kata kerja (verb)
• Contoh
– Pelajar mendaftar kursus

PELAJAR daftar KU

Jenis-jenis hubungan

a) Hubungan satu kepada satu (1:1)

satu orang staf ( contoh ketua jabatan) akan menguruskan satu jabatan dan satu jabatan akan hanya
mempunyai satu ketua jabatan sahaja
STAF mengurus JABATA

b) Hubungan satu kepada banyak (1:M)

satu orang pelanggan boleh membuat banyak tempahan tetapi bagi satu tempahan adalah untuk satu
pelanggan sahaja

PELANGGAN 1 M
membuat TEMPAHA

c) Hubungan Banyak kepada banyak

satu orang pelajar boleh mendaftar banyak kursus dan satu kursus boleh ambil ramai pelajar

PELAJAR M N
mendaftar KURSUS

Darjah Perhubungan

• Merujuk kepada bilangan entiti yang terlibat dalam sesuatu perhubungan.


• Tiga kategori darjah perhubungan iaitu:
– Unari (satu entiti terlibat)
– Binari(dua entiti terlibat)
– Ternari(tiga entiti terlibat)

Perhubungan Unari

 Perhubungan jenis ini adakalanya dikenali sebagai perhubungan rekursif, manakala entiti tersebut
dikenali sebagai entiti rekursif.
 Contoh diatas menunjukkan, satu pengurus mengurus ramai subordinat yang mana pengurus dan
subordinat merupakan dari jenis entiti yang sama iaitu STAF

STAF mengurus

1
Perhubungan Binari

 Perhubungan jenis ini merupakan perhubungan di antara dua jenis entiti. Perhubungan yang
paling biasa terjadi.
 Contoh diatas menunjukkan perhubungan M:N, satu pelajar boleh mendaftar banyak kursus dan
satu kursus boleh diambil oleh lebih daripada satu orang pelajar.

PELAJAR mendaftar KURSU

Perhubungan Ternari

 Perhubungan jenis ini merupakan perhubungan yang melibatkan tiga jenis entiti secara serentak.
 Contoh diatas menunjukkan:
o satu pelajar boleh mendaftar banyak kursus dan satu kursus boleh diambil oleh lebih
daripada satu orang pelajar.
o satu pelajar boleh mendaftar dengan seorang pensyarah dan seorang pensyarah boleh
menerima satu atau lebih pelajar
o satu pensyarah boleh mendaftar banyak kursus dan satu kursus boleh diajar oleh ramai
pensyarah.
PELAJAR M N
mendaftar KURSUS

PENSYARAH

Transformasi perhubungan berdarjah Ternari kepada Binari

PELAJAR M N
mendaftar KURSUS

PENSYARAH
PELAJAR M N
mendaftar KUR

selia a

N M
PENSYARAH

Kardinaliti

• Merujuk kepada berapakah bilangan instance entiti B yang berkait dengan instance entiti A.
• Format – (Minimum, Maximum)

PELANGGAN 1 M
membuat T
(1,1) (0,M)

Satu TEMPAHAN mesti


dibuat sekurang-
kurangnya oleh satu
PELANGGAN.
Kardinaliti min = 1
Satu TEMPAHAN mesti Satu PELANGGAN
dibuat oleh tidak lebih Tidak membuat
dari satu PELANGGAN. TEMPAHAN . Kard
kardinaliti max = 1 minimum = 0
 Kardinaliti (min,max) di dalam perhubungan JABATAN- PROGRAM
JABATAN 1 M
menawar PROGRA
(1,1) (1,M)

Satu PROGRAM boleh Satu JABATAN boleh


ditawarkan sekurang- menawarkan sekurang-
kurangnya satu JABATAN kurangnya satu PROGRAM
dan sebanyak-banyaknya atau sebanyak mana
oleh satu JABATAN. Oleh PROGRAM yang dikehendaki.
itu kardinaliti = (1,1) Oleh itu kardinaliti = (1,M)
Keterlibatan dalam Perhubungan

• Merujuk kepada samada penglibatan entiti adalah opsyenal (pilihan) atau mandatori (wajib).
• Opsyenal – kardinaliti minimum = 0
• Mandatori – kardinaliti minimum = 1

Penyingkiran Hubungan M:N

• Jika hubungan banyak-ke-banyak (M:N) terdapat di dalam model ER, huraikan hubungan ini
dengan menerbitkan satu entiti perantaraan.
• Hubungan M:N digantikan dengan dua hubungan 1:M terhadap entiti perantaraan yang baru
dihasilkan.

Penyingkiran Hubungan Kompleks


• Hubungan kompleks adalah hubungan yang melibatkan tiga atau lebih entiti.
• Hubungan ternari merupakan satu contoh hubungan kompleks.
• Hubungan kompleks perlu dihuraikan dengan mempertimbangkan hubungan binari yang boleh
mewakilkan hubungan kompleks tersebut.

Penyingkiran Hubungan Rekursif

• Terdapat tiga jenis hubungan rekursif iaitu:


 satu-ke-satu (1:1);
 satu-ke-banyak (1:M);
 banyak-ke-banyak (M:N).
• Hubungan 1:1 dan 1:M boleh diwakilkan melalui satu hubungan sahaja tanpa perlu kepada
penstrukturan semula
• Walaubagaimanapun jika hubungan rekursif M:N wujud dalam model data konseptual, hubungan
ini perlu dihuraikan dengan memperkenalkan entiti perantara

• Pekerja Selia Pekerja (a)


Penyingkiran Hubungan dengan Atribut
Penyingkiran Atribut Berbilang Nilai

Anda mungkin juga menyukai