Anda di halaman 1dari 1

SINGA DAN ARNAB

Suatu masa dahulu, seekor singa sudah beberapa hari berburu tapi tidak berjaya menangkap apa-
apa untuk dimakan.
"Adoi, laparnya aku !" ngaum singa.

Tiba-tiba, dia ternampak seekor arnab yang sedang tidur di bawah pokok. Dia berjalan dengan
senyap ke arah arnab.
" Mmm di sini, ada makanan untuk aku !"

Ketika ingin menangkap arnab itu. Singa dia ternampak seekor anak rusa lalu berhampirannya.
" Aku tangkap rusa dululah, sebab rusa lebih besar !"

Dia lalu mengejar rusa itu. Setelah lama mengejar, singa gagal menangkap rusa. Singa keletihan, dia
kembali untuk mencari arnab tetapi arnab itu sudah pun melarikan diri.

"Alangkah bodohnya aku!" kata singa dengan perut yang berbunyi. "Padan mukaku kerana
kehilangan makanan, hanya kerana tamak untuk mendapat lebih!"

Pengajaran daripada cerita ini ialah, kita janganlah menjadi tamak, atau kelak kita akan kehilangan
segalanya.

SINGA DAN NYAMUK

Seekor singa marah kepada seekor nyamuk yang asyik terbang di tepi di telinganya ketika dia cuba
tidur.
"Pergi kamu dari sini sebelum aku memijakmu dengan kakiku," jerit singa.

"Aku tidak takut padamu," kata nyamuk. "Kamu digelar Raja Rimba, tapi aku lebih kuat daripada
kamu. Mari berlawan dan lihat siapa menang." Singa pun bersetuju.

Nyamuk terus terbang dan menggigit hidung dan telinga singa. Ketika cuba memijak nyamuk itu,
singa tercakar diri sendiri dengan kukunya yang tajam, sehingga berdarah.
"Cukup !" dia akhirnya menjerit. "Cukuplah! Kamu menang!"

Tanpa sebarang kecederaan, nyamuk terbang sambil bercakap besar tentang kejayaannya
mengalahkan singa. Nyamuk terbang ke sana ke sini dengan sombong, sehingga terperangkap pada
sarang labah-labah antara pokok-pokok.

Labah-labah kecil terus menggigitnya, nyamuk meronta di sarang labah-labah.


"Aku berlawan dan berjaya mengalahkan singa yang gagah, tapi kalah di tangan labah-labah yang
lebih kecil daripada aku!"

Pengajaran daripada cerita ini ialah, kita janganlah sombong dengan kekuatan dan kejayaan diri.

Anda mungkin juga menyukai