Anda di halaman 1dari 1

PERATURAN-PERATURAN AM BILIK OPERASI SPBT SMKSSAAS

❖ Pelajar tidak dibenarkan masuk ke bilik spbt tanpa kebenaran guru spbt
❖ Pelajar tidak dibenarkan membawa keluar buku tanpa kebenaran guru
❖ Pastikan lampu dan kipas ditutup selepas digunakan
❖ Pelajar tidak dibenarkan membawa makanan dan minuman ke bilik spbt
❖ Pelajar tidak dibenarkan membuat bising di dalam bilik operasi spbt
❖ Tidak dibenarkan memakai kasut semasa masuk ke bilik operasi spbt
❖ Pelajar/guru yang menggunakan bilik operasi spbt hendaklah menjaga
kebersihan bilik
❖ Pastikan buku-buku disusun selepas digunakan

PERATURAN-PERATURAN SKIM PINJAMAN BUKU TEKS(SPBT)

Bagi melaksanakan tanggungjawab dalam pengurusan dan penjagaan buku teks


dalam kalangan pelajar dan guru, pihak pengurusan spbt ingin memastikan:

➢ Semua pelajar warganegara malaysia layak diberikan buku teks yang


mencukupi.
Maka, adalah menjadi tanggungjawab para pelajar untuk menggunakan dan
menjaga buku teks dengan sebaik mungkin tanpa mengharapkan kami
(pengurusanspbt) semata-mata untuk menjaga kepentingan dari semasa ke
semasa.

Pelajar seharusnya :

✓ Membalut buku teks dengan pembalut plastik jernih


✓ Menulis nama dan kelas yang betul pada ruangan nama peminjam
yang disediakan
✓ Tidak mengoyak atau menconteng buku teks yang dipinjam
✓ Membawa buku teks mengikut hari dan jadual yang ditetapkan
✓ Tidak meninggalkan buku di dalam kelas atau di merata tempat
✓ Tidak meminjamkan buku teks kepada pelajar lain
✓ Tidak menghilangkan buku teks
✓ Menyayangi buku teks seperti asset yang amat berharga
✓ Melaporkan kepada pihak pengurusan jika mempunyai sebarang masalah
berkaitan buku teks

Anda mungkin juga menyukai