Anda di halaman 1dari 4

Teori Sosiologi

Apa itu teori?


Ahli sosiologi membuat penyelidikan - pengumpulan data, maklumat yang akan menjadi
kenyataan/jawapan  sesuatu fenomena

Maka wujudlah konsep-konsep yang dapat menerangkan fenomena tadi Akhirnya satu teori dapat
dirumuskan dan dibentuk. Ini menjadi kenyataan. Kenyataan yang mempunyai hubung kait antara
konsep dan fakta

Oleh itu teori  ialah penjelasan/penerangan yang saintifik tentang sesuatu fenomena

Teori juga merupakan cara bagi mengaitkan beberapa konsep

Robert K. Merton mendefinisikan teori sosiologi sebagai himpunan  andaian yang saling kait mengait
secara logik dan dapat dirumuskan keseragaman empirik

Pengertian umum – teori sosiologi ialah satu set andaian tentang masyarakat, fenomena sosial dan
tingkah laku manusia
  

Teori mikrososiologi dan makrososiologi


1. Teori mikrososiologi – memahami tingkah laku masyarakat dalam kelompok kecil atau interaksi
manusia pada peringkat individu, menerangkan satu aspek realiti atau permasalahan yang kecil
contoh:mengapa menjadi penagih dadah. 

2. Teori makrososiologi – menerangkan masalah masyarakat yang besar dan kompleks, memahami
tingkahlaku yang ada hubungannya dengan unit-unit masyarakat yang besar, misalnya kesan institusi
keluarga terhadap institusi pendidikan, agama atau kesan institusi ekonomi terhadap institusi politik,
agama, perubahan sosial

Tiga perspektif teori (pendekatan) utama dalam sosiologi


Teori interaksionisme (interactionism)
Dipengaruhi oleh Max Weber – menegaskan tentang pentingnya memahami dunia sosial
(masyarakat) daripada sudut pandangan individu yang bertindak atau berinteraksi di dalam dunia
sosial tersebut

Perkataan interaksionisme berasal daripada perkataan Inggeris – interaction (interaksi)

Perspektif interaksionisme – menumpukan perhatian kepada interaksi sosial pada setiap hari dan
yang biasa berlaku  dalam kehidupan manusia setiap hari.

Dalam kehidupan seharian, manusia sering berinteraksi  dengan kelompok utama dan kelompok
sekunder
Interaksi sosial berkaitan dengan sosialisasi kerana melalui agen-agen sosialisasi, seseorang itu
belajar berinteraksi.  Proses seseorang itu bertindak atau memberi gerak balas kepada orang lain
dinamakan “interaksi sosial”

Teori ini menekankan sesuatu proses yang memfokuskan individu dan persoalan yang ditimbulkan 
ialah kaitan dengan pengertian yang sama dipegang oleh beberapa individu dalam satu kelompok
kecil

Ahli-ahli teori melihat simbol ini  sebagai suatu yang penting dalam proses komunikasi dan interaksi
antara individu.

Oleh itu perspektif ini juga dikenali sebagai interaksionisme simbolik (interactionisme symbolic)

Dalam interaksi manusia dengan manusia lain mereka menggunakan simbol-simbol (alat fizikal yang
diberikan makna) seperti bahasa, alat atau benda yang tertentu (Contoh, bendera – simbol
kedaulatan negara – bendera merupakan satu simbol yang diberikan makna atau pengertian)

Dalam kehidupan bermasyarakat, komunikasi amat diperlukan dan komunikasi  sesama manusia
adalah simbolik berkaitan dengan pengertian atau takrifan atau makna yang sama atau difahami
oleh kelompok atau individu

Dalam kehidupan bermasyarakat, komunikasi amat diperlukan, komunikasi sesama manusia adalah
simbolik

Manusia berkomunikasi melalui simbol-simbol – perkataan, gerak geri, simbol seni – muzik, lukisan,
ukiran

Kehidupan manusia bergantung kepada interaksi.  Interaksi menentukan  kesan atau gerak balas
antara individu. Gerak balas tersebut akan mempengaruhi kegiatan selanjutnya bagi orang yang
pertama tadi.

Teori konflik (conflict theory)


Berasal daripada tulisan Karl Marx – dipopularkan oleh Mills Coser dan Dahrendorf.

Mereka berpendapat cara paling baik tentang sesuatu masyarakat ialah membuat analisa pada sudut
konflik dan kuasa. Perspektif konflik menekankan satu aspek penting dalam susunan sosial sesuatu
masyarakat iaitu dominasi satu kelompok individu terhadap kelompok yang lain. Perspektif ini
mempercayai bahawa masyarakat ialah gelanggang berlakunya pergelutan antara kelas sosial yang
berlainan bagi mendapatkan sumber-sumber ekonomi.  Oleh itu secara umumnya andaian teori ini
ialah mentafsirkan interaksi sosial dalam bentuk pergelutan bukannya kerjasama.

Contohnya kita berpendapat bahawa institusi agama merupakan satu gerakan sosial  yang dapat
menyatukan manusia dengan memberi ikatan kerohanian dan etika hidup.  Ahli-ahli konflik
berpendapat – agama juga mencetuskan konflik – keegoaan agama masing-masing.

Karl Marx berpendapat  bahawa ketegangan dan perjuangan kelas sosial merupakan punca utama
perubahan sosial. Menurut Marx, faktor-faktor ekonomi menyebabkan konflik antara kelas dan ini
membawa konflik dalam masyarakat yang disebabkan oleh pengagihan kuasa yang tidak sama.

Berdasarkan perspektif konflik ini ciri utama sesuatu masyarakat  adalah berdasarkan kuasa yang
berada pada satu kelompok, akan dikenakan terhadap kelompok yang lain.  Setiap kelompok tadi
pula mempunyai satu set nilai hidup yang sama dan bila mereka menyedari tentang set nilai atau
minat yang sama maka jadilah mereka satu kelas sosial.  Konflik antara kelas sosial tadi  terjadi
bergantung kepada keadaan politik dan sosial tertentu bergantung kepada pengagihan anggota dan
sama ada sistem kelas itu bersifat terbuka atau tertutup.

Mempercayai bahawa masyarakat merupakan satu gelanggang yang sentiasa berlaku pergelutan di
antara kelas sosial yang berlainan bagi mendapatkan sumber-sumber ekonomi.
Tokoh – Karl Marx

Teori Fungsional (Functionalism)


Istilah fungsi dalam sosiologi bermakna tujuan atau tugas tertentu bagi setiap anggota masyarakat
kepada sistem dalam masyarakatnya dan akibat yang dihasilkan terhadap orang lain.

Ahli-ahli fungsi mengatakan bahawa masyarakat  ialah satu sistem yang terdiri daripada kombinasi
benda, bahan dan manusia yang membentuk keseluruhan masyarakat.

Masing-masing berhubung kait dan saling bantu membantu.  Perubahan dalam satu bahagian akan
mengubah bahagian-bahagian lain sehinggalah tercapai titik keseimbangan.
Ia adalah satu sistem yang dinamik  yang sentiasa berubah  untuk mencapai titik kestabilan

Tokoh-tokoh teori ini ialah Augustus Comte, Herbert Spencer, Emile Durkheim

Banyak dipengaruhi oleh ilmu biologi. Masyarakat dianggap sebagai satu organisma yang hidup dan
terdapat beberapa organ yang saling bergantung antara satu sama lain

Setiap bahagian dalam masyarakat dibandingkan dengan organ-organ yang ada dalam tubuh
manusia

Setiap organ atau bahagian mempunyai fungsinya yang khusus dan perlu bagi melancarkan
perjalanan sistem sosial.

Teori ini memberi penekanan dari aspek masyarakat  dan hubung kaitnya antara institusi-institusi 
dan bukannya dari segi individu atau kelompok (contohnya, keluarga). 

Herbert Spencer melihat persamaan antara masyarakat dan organisma. Menurutnya semua
organisasi mempunyai struktur – iaitu beberapa bahagian yang berkaitan seperti kepala, tangan, kaki
,jantung dan sebagainya.  Setiap bahagian ini mempunyai fungsinya tersendiri  dalam kehidupan
seluruh organisma tersebut

Fungsi bermaksud tugas atau keadaan yang menyebabkan proses pengadaptasian dan penyelarasan
kepada sesuatu sistem yang berlaku.  Ia biasanya menyokong ke arah kesatuan atau kebaikan
sesuatu sistem itu. Supaya sesuatu sistem dapat kekal maka tugas-tugas tertentu mesti dijalankan. 
Contoh: Guru di sekolah mengajar murid untuk memberi pendidikan kepada mereka. Fungsi mereka
ialah memberi pendidikan.

Anda mungkin juga menyukai