Anda di halaman 1dari 3

ASSIGNMENT 1

PK30703 CAREER AND PLACEMENT


SEMESTER 1, SESSION 2020/2021

TITLE:
TUGASAN GANTIAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER 1,
SESI 2021/2022

STUDENT:
BP19110327 | UMI AFIDA BINTI NORIJAN

;
LECTURER:
ENCIK SOBRI BIN ISMAIL
Soalan 1
a. Pilih satu (1) teori yang berkaitan dengan kerjaya dan berikan huraian mengenainya.

(10 Markah)
Teori pemilihan kerjaya dan personaliti Anne Roe.

Teori ini diasaskan oleh seorang wanita bernama Anne Roe. Beliau telah mengintegrasikan
teori personality dengan klasifikasi sesebuah pekerjaan. Teori ini banyak mengaitkan peranan
keluarga dalam menentukan personaliti dan kerjaya kepada seseorang individu iaitu dengan latar
belakang keluarga dan pengalaman layanan ibu bapa semasa bersama kanak-kanak. Anne Roe
menyatakan pengalaman zaman kanak-kanak dirumah bersama kedua ibu bapa merupakan asas
kepada pembentukan sikap dan juga personaliti seseorang itu termasuklah di dalam pemilihan
sesebuah kerjayanya. Kanak-kanak sebenarnya telah menjadikan peranan dan tingkah laku ibu
bapanya sebagai model ataupun tauladan.

Teori Anne Roe juga biasanya dikenali sebagai “a need theory approach to career choice” ,
iaitu teori pemilihan kerjaya berdasarkan pendekatan keperluan. Hierarki pemilihan kerjaya
Abraham Maslow merupakan antara teori asas yang digunakan oleh Anne Roe sebagai dasar
ataupun tapak kepada pembentukan teori pemilihan kerjaya Anne Roe ini. Secara hierarki, Maslow
telah menyebutkan lapan motif dan peringkat dalam keperluan individu. Lapan hierarki Maslow
dalam diri individu tersebut adalah keperluan fizikal ( physiological needs), keperluan keselamatan
(safety needs), keperluan kasih sayang dan dicintai ( needs for belongingness and love ), keperluan
penghargaan kendiri (self-esteem needs), keperluan pengetahuan dan pemahaman ( needs to
know and understand), keperluan estetika (aesthetic needs), keperluan aktualisasi diri (self-
actualization) dan keperluan hubungan dengan kuasa ( Transcendence). Hierarki keperluan Maslow
ini digambarkan sebagai segi tiga pyramid yang menunjukkan keperluan yang paling asas
memeiliki ruang yang paling luas sehingga keperluan yang paling kecil. Terdapat ada keperluan
yang mudah untuk dipenuhi dan ada juga yang tertunda dan setiap keperluan ini tidak dapat
dipenuhi sekali gus.

Antara tiga faktor yang ditekankan dalam mempengaruhi pemilihan kerjaya dalam teori ini
adalah faktor latar belakang genetik, pengaruh tenaga psikik dan faktor pengaruh genetik dan
hierarki keperluan.
b. Buat perancangan bentuk bimbingan kerjaya yang berlandaskan teori yang dipilih.
(10 Markah)
Perancangan bentuk bimbingan kerjaya berdasarkan teori Anne Roe

Antara cadangan perancangan bentuk bimbingan kerjaya berdasarkan teori Anne Roe
adalah dengan menyelidik terlebih dahulu tentang latar belakang seseorang individu itu untuk
menentukan faktor pemilihan kerjayanya mengikut personaliti dan bentuk bimbingan keluarga
yang didapatinya semasa kanak-kanak. Ini kerana teori pemilihan kerjaya Anne Roe telah
menerangkan bahawa gaya asuhan dan layanan yang diterima dari keluarga, keperluan yang perlu
dipenuhi ada kaitan dengan pemilihan bidang kerjaya yang bakal diceburi seseorang individu itu
ceburi.

Selepas mengetahui latar belakang personaliti dan gaya asuhan yang diterima, orientasi
pekerjaan boleh ditentukan yang terbahagi kepada dua iaitu berorientasikan manusia dan tidak
berorientasikan manusia. Individu yang bekerja di dalam sektor pekerjaan yang berbentuk dan
corak manusia lazimnya akan datang daripada individu yang mendapat layanan mesra dan penuh
kasih sayang diterima daripada ibu bapanya. Sementara itu, individu yang bekerja dalam bidang
yang bukan berorientasikan manusia lazimnya datang daripada individu yang menerima layanan
yang agak dingin dan tidak dipedulikan dari segi keperluan emosi yang tidak dipenuhi oleh ibu
bapanya.

Kumpulan pekerjaan dan orientasi pekerjaan yang dibahagikan kepada lapan kumpulan
adalah kumpulan yang berorientasikan manusia iaitu perkhidmatan, perniagaan, organisasi,
kebudayaan umum dan seni hiburan. Kumpulan yang berorientasikan bukan manusia pula adalah
teknologi, kerja luar/luar rumah dan sains.

Anda mungkin juga menyukai